ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, May 7, 2008

Generasi Muda Boleh Rosak Kerana Rasuah

SEJAK kebelakangan ini rakyat Malaysia digemparkan dengan pelbagai isu hangat seperti cetak rompak, makmal sekolah dan yang terbaru ialah PKPM.

Malangnya isu rasuah tidak sehangat mana dibandingkan dengan isu lain. Tidak terfikirkah oleh kita bahawa semua isu hangat ini telah terjadi kerana satu sebab iaitu rasuah? Ironinya, Malaysia sungguh mengecewakan. Ketika saya masih kecil, ada begitu banyak iklan mencegah rasuah dan saya masih ingat ada yang dibicara dan didakwa.
Keazaman dulu untuk tidak menjadi penjenayah kolar putih sudah lupus sama sekali dalam jati diri ini.

Saya berusia 23 tahun dan bekerja di sektor swasta, dan rakyat Malaysia yang bakal menjadi tunjang negara. Malangnya, rasuah melingkari dan meracuni kehidupan kami yang dikatakan bakal tunjang negara. Hampir keseluruhan jawatan kosong, projek juta-juta, operasi pihak berkuasa tempatan (PBT), pegawai kerajaan, peluang perniagaan malah rumah atau kedai kos rendah juga didurjanai oleh rasuah.

Di tempat tinggal saya, kami beranggapan ada orang yang menikmati kehidupan kerana rasuah dan saya yakin semua generasi muda seperti saya berkata ``A'ah RASUAH itu tidak salah, dulu Ayah aku mewah kerana rasuah, tidak dikenakan hukuman langsung''.

Wahai rakyat Malaysia terutama pemimpin-pemimpin yang dihormati, mari kita renung sejenak, bukankah kita menggadai maruah negara? Membenih budaya yang tidak sihat dan bermanfaat. Indonesia adalah bukti paling dekat dan kukuh bahawa rasuah harus dibendung.
Satu hari nanti kalau saya jadi pemimpin, tidak akan saya tinggalkan satu sen pun, dan semestinya, semua projek juta-juta tidak akan menjadi milik abang saya, adik saya, atau lebih tepat kroni saya.

Saya, mewakili generasi muda bangsa Malaysia, merayu kepada anda yang kami hormati, kagumi dan kasihi, hentikan rasuah, jujurlah pada amanah kerajaan kepada anda atau kami akan mewarisinya (RASUAH) dari ANDA. -

MUSTAQIM ABDUL RAHMAN, Kuala Lumpur.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=0808&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_05.htm&arc=hive

No comments: