ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, May 7, 2008

Jangan Babit Raja, Guna Undi Sebaik-Baiknya

Disiarkan di beritakmu.net pada 12 Dec 2007

Saya bukanlah orang yang bertanggungjawab untuk memulakan gerakan melibatkan Istana dalam kancah politik Malaysia. Namun, saya masih ingat antara kata-kata memuliakan Sultan dan memberi amaran kepada kepimpinan Pak Lah akan kuasa Raja jangan dipandang sepi ialah blogger http://kuda-kepang.blogspot.com/ atau Datuk Ruhanie Ahmad.

Waktu itu, hanya blog ini saja jelas menaikkan semangat melayu untuk berharap pada Raja yang satu. Saya cukup ingat kerana waktu itu kecoh dengan memorandum dari ProWaris kepada Pak Lah mengenai WPI dan saya terfikir, hanya Sultan sahaja harapan rakyat yang ada.

Ini kerana urusan membabitkan tanah negeri terletak pada Exco Kerajaan Negeri dan Exco biasanya dilantik di kalangan ADUN yang perlantikan mereka perlu diluluskan oleh pihak Istana.

Saya masih ingat comments yang saya isi dalam artikel Datuk Ruhanie yang mahukan Sultan yang dimuliakan campurtangan dalam kancah politik Malaysia. Namun, waktu itu entah mengapa Blog Datuk Ruhanie telah mewajibkan setiap individu mendaftar sebelum meninggalkan komen.

Jadi komen yang panjang lebar itu tersia-sia dan tidak di “save” kerana saya menggunakan komputer riba abang saya. Tidak lama selepas itu, http://www.malaysiatoday.net/ pula memukul gendang irama yang sama dan mendapat banyak sokongan blogger lain.

Sehinggalah kemuncak usaha membawa Raja kekancah politik iaitu Perarakan Bersih. Malangnya saya tidak dapat serta bersama kerana saya tiada dalam Malaysia.Tidak lama selepas perarakan BERSIH, Hindraf menyusul. Kemunculan Hindraf membuatkan saya memahami polemik seorang Perdana Menteri dalam menguruskan Negara seperti yang acap kali dihadapi oleh Tun Dr Mahathir. Jika beri permit pada BERSIH, Hindraf mahu permit juga.
Jika tidak beri, dipanggil pula kerajaan zalim tidak demokrasi malah dengan keterlaluan dituduh UMNO melakukan "ethnic cleansing".

Mungkin Singapura atau Indonesia lebih demokrasi. Tidak bagi saya. Namun bezanya Pak Lah, Tun Dr Mahathir lebih tegas, tepat, cepat dan berani pula menanggung kesan dari tindakan atau keputusan beliau. Tidak seperti Pak Lah yang akan menyerahkan keputusan sukar pada Timbalan Perdana Menteri. Pak Lah merupakan Perdana Menteri yang mementingkan populariti kerana keputusan tidak popular akan diambil oleh Dato Seri Najib Tun Razak.

Malah ISA juga Pak Lah yang mulia tidak mahu gunakan kerana Pak Lah mendapat didikan agama dari kecil. ISA jelas merupakan akta yang membelakangi hukum islam. Selepas disaran oleh ramai pihak termasuk Datuk Samsiah Fakeh, tampak seperti Pak Lah akan gunakan ISA dan rakyat kebanyakan akan berfikir, ISA dizaman Pak Lah bukan kehendak beliau, diteruskan dari zaman Tun Dr Mahathir dan didesak oleh majoriti rakyat yang mahu melihat kestabilan kaum, politik dan ekonomi. Dari segi kelangsungan politik, Pak Lah memang bijak dalam mengekalkan imej Mr Clean beliau. Kerajaan kini masih dikuasai oleh kerajaan tiga beranak seperti yang dikatakan oleh Mohd Zahrin Yasin blogger http://www.sangkelembai2006.blogspot.com/.

Sebagai anak kecil dalam ragam politik, saya tersilap dalam pemikiran saya ingin mengheret Sultan dalam kancah politik. Nasib baik saya tidak dapat menghantar komen tersebut tempoh hari. Pada saya, demokrasi terpimpin di Malaysia masih menjadi harapan majority rakyat. Jika Sultan mengambil alih kepimpinan Negara maka kita akan menjadi Negara Beraja dimana pemimpin akan datang akan merupakan zuriat atau waris Raja kita. Jika diguna pakai sistem penggiliran Agong maknanya Malaysia akan mempunyai pemimpin baru setiap 5 tahun, sedangkan kerajaan yang baik mustahil untuk dibina dalam tempoh 5 tahun.Kerajaan demokrasi cacat ala-Malaysia memberi setiap individu yang memegang status warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun keatas, dan berdaftar kuasa mengundi. Setiap rakyat yang sudah berumur 21 tahu wajib mendaftar sebagai pengundi dengan menjalankan kewajipan mengundi.

Namun, persoalan bukanlah pada sistem demokrasi di Malaysia tetapi ialah kebijaksanaan rakyat terutama masyarakat Melayu dan India dalam menggunakan kuasa undi mereka setiap 5 tahun itu. Bagaimana pula dengan kebijaksanaan rakyat Sabah dan Sarawak yang mengundi kerajaan mereka sedangkan mereka terus tertinggal dalam arus pembangunan.

Benarkah dakwaan Tun Dr Mahathir undi orang melayu hanya bernilai RM 200? Benarkah dakwaan bahawa undi rakyat boleh dibeli? Bagaimana pula dakwaan orang cina menipu kerana telah dibayar untuk mengundi parti tertentu tetapi mereka mengundi parti lain pula?

Bukankah kuasa memilih kerajaan sudah diserah kepada rakyat? Salah siapa jika kerajaan yang rakyat pilih adalah kerajaan yang teruk, yang lemah?

Bagi ahli perniagaan atau mereka yang bekerja dengan kerajaan, mereka khuatiri jika undi kepada bukan kerajaan akan mengakibatkan mereka kehilangan punca rezeki. Adakah mereka lupa yang memberi rezeki itu adalah Allah. Kita berusaha, seperti Cina, mereka undi bukan kerajaan, tetapi adakah kita lebih senang dari mereka.

Sebagai ahli UMNO dan pendukung demokrasi, saya percaya akan kuasa dan hak mengundi saya. Saya juga maklum bahawa undi bukan rahsia kerana petugas parti akan mengetahui saya undi siapa. Tetapi cukuplah saya tahu dan yakin pada diri saya, bahawasanya saya ialah orang melayu, sayangkan UMNO dan undi siapa yang dapat memerintah Negara dengan baik.

Kalau undi saya bukan untuk parti saya UMNO dan saya dilucut keahlian, tidak makan, tidak ada punca rezeki, dihina, saya terima sebagai dugaan dari Allah.

Seruan saya untuk semua orang islam terutamanya, kuasa undi memilih pemimpin dalam pilihanraya sudah semakin hampir. Bijaklah dalam mengundi dan pandukanlah Al-Quran dalam menentukan undi untuk siapa. Jangan dihina dan disia-siakan perjuangan datuk moyang kita melawan penjajah dan memastikan masa depan anak cucu mereka bebas dan merdeka.

Apa yang kita lakukan dalam menjamin masa depan untuk anak cucu kita jika undi kita boleh dibeli? Jika masih keliru, sembahyang minta petunjuk pada Allah. Ingatlah, Allah Maha Kuasa pada setiap benda.AllahuakbarX3, Hidup MelayuX3, Hidup UMNOX3!

amar@beritakmu.net

No comments: