** Dihantar pada Utusan, Beritakmu dan Harakah 16 april 2008 - tidak disiarkan
Jika bilangan 20000 rakyat yang hadir di Kg Baru demi meraikan kembalinya Dato Seri Anwar Ibrahim ke kancah arena politik Malaysia jadi kayu pengukur, maka perjalanan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya masih amat-amat jauh.
Dato Seri Anwar Ibrahim memerlukan lebih dari itu untuk mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu bagi merealisasikan cita-cita beliau dan perjuangan PKR. Malaysia mempunyai 26 juta rakyat dan hanya kurang dari 0.1% rakyat hadir bagi menyatakan sokongan dan kegembiraan meraikan “comeback” Dato Seri Anwar Ibrahim. Malah, 20000 masih jauh dari anggaran 1,000,000 undi untuk PKR {31 Parlimen X 30000undi (purata)}.
Di mana silapnya? Adakah kerana hala tuju PKR yang masih kabur? Mungkinkah rakyat masih tidak memahami apa yang PKR perjuangkan? Sudah jemukah rakyat pada nama Dato Seri Anwar Ibrahim? Atau rakyat masih menanti janji Manifesto PRU 12 PKR dipenuhi untuk menilai Dato Seri Anwar Ibrahim?
Satu-satunya persamaan ketara dalam Pakatan Rakyat ialah perjuangan Malaysia Baru dan Malaysian Malaysia oleh DAP, sesungguhnya, terang lagi bersuluh, majoriti orang Melayu menolak DAP kerana mahu menghapuskan Ketuanan Melayu dan Dasar Ekonomi Baru. Apakah beza matlamat PKR dan DAP selain menghapuskan bangsa Melayu yang hanya berjumlah kira-kira 15 juta di Malaysia .
Persamaan DAP dan PKR ini juga turut mempersoalkan dan menghina ketuanan Melayu di Malaysia. Jika Cina ada ketuanan cina di Tanah Besar Cina , India ada ketuanan India di Negara India , orang Melayu hanya mahu dihormati sebagai Tuan Punya Tanah Melayu. Untuk rekod, PAP(sekarang DAP) pernah mencabar ketuanan Melayu dan sebagai akibatnya, orang Melayu bangkit sehingga tercetus peristiwa 13 Mei 1969.
Melayu mungkin bodoh kerana mengundi DAP, Melayu mungkin mundur dalam bidang ekonomi, Melayu mungkin mudah lupa akan sejarah mereka, Melayu mungkin masih lemah, TETAPI, Melayu tidak akan merelakan satu-satunya harta warisan nenek moyang mereka dilepaskan begitu sahaja atas nama keadilan untuk semua.
Akhir kata, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat perlu memperjuangkan suara majoriti rakyat Malaysia jika mereka mahu mengemudi bumi Malaysia bertuankan Melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment