ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, June 10, 2008

Tiada Ulama Dalam Politik

PAS atau Parti Agama Sekular mempunyai ramai pengikut yang begitu patuh pada Islam. Keislaman pengikut PAS ini terbukti apabila mereka sentiasa bertakbir, tidak meninggalkan sembahyang termasuk menyempurnakannya di dalam Stadium Melawati. Syiar Islam yang diperjuangkan oleh pengikut PAS ini memang bagus.

Namun, orang Islam perlu tahu membezakan dan menyedari akan hakikat tiada Ulama dalam politik. Dalam erti kata lain, ahli PAS yang terlibat sebagai pemimpin politik tidak boleh memakai gelaran atau dihormati sebagai ulama. Umum mengetahui betapa mereka mahu digelar Ulama, Tuan Guru, Ustaz dan sebagainya. Malah ada yang memakai jubah dan serban malah berjanggut bagi diri dihormati justeru mendapat tempat dalam Parti. Malah tidak keterlaluan dikatakan ada dikalangan mereka “melebamkan” dahi mereka sendiri. Semua ini dilakukan oleh mereka agar dihormati oleh para pengikut. Jika ia dilakukan kerana Allah, syukur Alhamdullilah.

Jika sebelum pilihanraya, pemimpin PAS membatu diri dan membiarkan penyokong mereka memangkah DAP, selepas pilihanraya PAS terus membisu dan seolah-olah merelakan segala perbuatan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat termasuk mencemar kesucian Agama Islam. Jika isu binatang ternakan berhidung kemek dikatakan HARUS oleh Ulama PAS kerana Cina yang mengusahakan dan bukan mereka, PAS tidak bela, makan mahupun mendapat hasil dari perusahaan ternakan tersebut. Kini, PAS merelakan Agama Islam dicabar dengan membenarkan keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam yang tidak boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi. Ia diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr. Xavier Jayakumar bersama Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Ronnie Liu. Mereka juga dipetik berkata bahawa peruntukan RM 3 juta setahun oleh kerajaan Negeri sebelum ini adalah amat sedikit berbanding populasi bukan Islam di Selangor.

PAS yang juga merupakan perintis agama Islam Sekular terus mengambil pendirian tidak mahu memperjuangkan agama Islam. Jika ditanya, PAS pasti melahirkan kenyataan bahawa media terlalu mengembar-gemburkan isu ini secara berlebihan. Kenyataan ini secara tidak langsung adalah kenyataan sokongan Parti Dayus PAS yang kununnya memperjuangkan agama Islam termasuk membantah pembinaan berhala gergasi di Batu Caves satu waktu dahulu.

Yang terbaru, ialah janji pendakwah bebas yang mendapat jolokan Ulama, Tuan Guru dan Ustaz oleh pengikut PAS iaitu Dr. Hasan Ali. Beliau dipetik berjanji bahawa rakyat Selangor akan mendapat 20 meter padu air percuma yang mana bersamaan dengan RM 11.40 pada bil bulan JUN sebagaimana yang dijanjikan oleh Tan Sri Khalil Ibrahim. Sebagai orang yang sudi memakai gelaran ulama, Tuan Guru dn Ustaz, Dr. Hassan Ali perlu memulihara nama Agama Islam di mata umat Islam apatah lagi di mata orang bukan Islam. Janji adalah WAJIB ditepati dan kegagalan berbuat demikian apatah lagi oleh Ulama di mata umum adalah amat berat. Jika dosa munafik adalah dosa besar, dosa munafik oleh Pemimpin yang tahu akan perbuatan tersebut berdoa tetapi masih melakukan adalah amat memalukan diri, keluarga, dan umat Islam keseluruhan.

Saya secara peribadi mendoakan agar Dr.Hasan Ali dijauhkan oleh Allah dari dosa besar dan imej seorang Ulama Islam terus dipelihara dan dipertahankan di Malaysia. Semoga rakyat Selangor tidak kira Islam atau bukan mendapat air percuma dan akan tertera pada bil bulan Jun ini. Sebagai orang Islam, Dr. Hasan Ali perlu melakukan apa sahaja dalam memastikan janji beliau ditepati termasuk membayar menggunakan duit sendiri dan menggadai harta atau membuat pinjaman. Kerana JANJI WAJIB dipenuhi. Dan jika tidak pun, permohonan maaf kepada rakyat Selangor serta taubat kepada Allah perlu dilakukan. Sesungguhnya, manusia tidak lari dalam melakukan kesilapan termasuk pemimpin PAS sekalipun. Apa-apa pun mari kita tunggu dan lihat dan jika JANJI tersebut dipenuhi saya ucapkan Tahniah pada pejuang rakyat dan saya dahului dengan permohonan maaf secara terbuka dengan ikhlas. Jika tidak, saya harap Dr.Hasan Ali tahu apa yang perlu dilakukan.

No comments: