ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, May 7, 2008

PAS DISEBALIK TOPENG ISLAM – Parti Agama Sekular (PAS)

** Dihantar pada Utusan, Harakah dan Beritakmu.net- Disiarkan beritakmu pada 17Mac


PAS atau Parti Islam Se-Malaysia adalah sebuah Parti yang bertopengkan agama Islam dalam perjuangan mereka memenangi hati rakyat terutamanya orang Melayu. Hakikat ini memang sukar dipercayai kerana PAS yang kononnya menggunakan wadah Malaysia Negara Islam sebagai teras perjuangan telah menipu orang Melayu. Jelas, faktor kuasa dan harta menjadi matlamat utama majoriti kepimpinan PAS. PAS perlu meminta maaf kepada orang Melayu dan bertaubat serta insaf kepada Allah s.w.t

Kelantangan PAS dalam mengkritik UMNO sehingga sanggup menggelar UMNO sebagai kafir, Tun Mahathir sebagai Maha-Firaun, dan macam-macam lagi hanyalah satu taktik bagi menampakkan tiada siapa yang lebih Islam dari mereka.

PAS tidak layak memakai nama Parti Islam tetapi harus digelar Parti Agama Sekular mulai sekarang. Saya sanggup dikecam oleh ahli PAS termasuk diambil tindakan undang-undang, tetapi PAS telah membuktikan kepada rakyat terutama orang Melayu mereka hanyalah golongan manusia rakus yang belum punyai kuasa.

Apabila mereka telah mendapat kuasa, PAS lupa mereka harus bergabung dengan siapa bagi membentuk kerajaan yang dirahmati dan diberkati oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t Maha Kuasa telah membuktikan kepada kita PAS bertopengkan Islam dengan apa yang terjadi di PERAK.

PAS telah menghina dan memainkan agama Islam, mereka mempergunakan agama Islam bagi mendapat kepercayaan rakyat. Sesungguhnya, mereka harus dikeji sepertimana mereka mengeji UMNO, mereka harus digelar kafir sebagaimana mereka mengkafirkan UMNO, mereka harus bertaubat sebagaimana mereka melaungkan kepada Tun Dr Mahathir. Ironinya, kuasa dan wang menjadi matlamat hidup ramai orang termasuk PAS.

Dosa besar PAS ialah dengan menghalalkan cara yang sesuai pada mereka dan mengharamkan yang tidak sesuai pada mereka. PAS mempergunakan sepenuhnya hukum Allah dan Al-Quran bagi menghalalkan apa sahaja perbuatan PAS dan mengharamkan apa sahaja perbuatan UMNO. PAS mendidik pengikut dengan ajaran salah sehingga terbentuk Islam Sekular.

Jika Malaysia menjadi Islam Sekular pada masa akan datang yang perlu dipersalahkan bukanlah UMNO tetapi PAS. UMNO tidak pernah mengatakan mahu mewujudkan Negara Islam, kerana Malaysia memang mempunyai ciri Negara Islam, tetapi PAS sejak dahulu kununnya memperjuangkan Negara Islam tetapi baru peringkat negeri sudah memilih bukan Islam sebagai rakan bagi membentuk kerajaan negeri Perak.

Saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan bangsa bukan Melayu dan artikel ini juga tidak bertujuan menghasut atau menuduh bukan Islam. Dengan tegas, saya mahu mendedahkan kepada semua rakyat Malaysia bahawa PAS adalah Parti Agama Sekular dan hanya mempergunakan ISLAM demi kepentingan mereka.

Saya sebagai orang Melayu beragama Islam, saya mencabar kepimpinan PAS yang sejak dahulu memperjuangkan Negara Islam memilih pakatan yang beragama Islam. Tidak dinafikan Nabi Muhammad S.A.W pernah berkerjasama dengan orang kafir tetapi ini jelas berbeza dengan isu pembentukan kerajaan di Perak. Nabi Muhammad S.A.W sudah pasti akan memilih untuk bekerjasama dan mempercayai umat Islam berbanding bukan Islam. PAS perlu insaf dan taubat kerana bukan sahaja berani mempergunakan agama Islam sebagai wadah perjuangan tetapi juga mempergunakan nama Nabi Muhammad S.A.W bagi memancing sokongan rakyat.

Saya juga ingin mencabar Pemimpin PAS yang sudah menguasai 3 Negeri menjayakan perjuangan mereka. Salah satu perjuangan PAS ialah hukum hudud. Jika PAS ingin menafikan dakwaan saya bahawa PAS adalah Parti Agama Sekular, PAS perlu melaksanakan hukum HUDUD di Perak, Kedah dan Kelantan. Pada pandangan saya dalam PAS hanya seorang dua sahaja yang benar-benar memperjuangkan Islam. Yang selebihnya sama rakus, sama gila kuasa dan hanya terikut-ikut kerana kununnya dijamin Syurga.

Sebagai ISLAM saya berharap dan merayu kepada rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam jangan sesekali mempergunakan agama, hukum Allah, kewarakan, Al-Quran dan Nabi Muhammad S.A.W dalam politik. Politik Nabi Muhammad S.A.W tidak dapat disamakan dengan sesiapa sahaja kerana Nabi Muhammad S.A.W ingin memperluaskan dan menegakkan syiar Islam. Adakah Nabi Muhammad S.A.W makan gaji? Apakah Nabi Muhammad S.A.W mencerca umat Islam? Anda ada jawapannya sebagaimana anda ada jawapan kepada Parti Agama Sekular ini.

Mustaqim Abdul Rahman
Batu Caves, Selangor.

No comments: