ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, May 7, 2008

Parti Agama Sekular (PAS) – Mencemar Kesucian Masjid

** Dihantar pada Utusan, Harakah dan beritakmu.net - disiarkan beritakmu pada 14April

Parti Islam Malaysia – PIS atau Parti Agama Se-Malaysia berjaya mengekalkan gelaran PAS atau lebih tepat Parti Agama Sekular. Setelah memenangi dan menguasai 5 + 1 Negeri bersama pakatan bersama Parti Bukan Islam iaitu Keadilan dan DAP, PAS semakin keliru dalam agenda perjuangan Negara Islam.

Demi menegakkan imej Islam PAS selepas dikecam hebat kerana merestui Projek Ladang Ternakan Khinzir di Selangor, PAS dilihat semakin terdesak kerana rakyat sudah berjaya menghidu dan melihat wajah sebenar mereka. Jika dahulu sebelum PRU 12, PAS tidak boleh tidak, terpaksa (secara curi-curi) menggunakan masjid sebagai pentas berpolitik mereka kerana perbuatan mencemar kesucian Masjid ini dikecam termasuk tindakan tegas dari pihak berkuasa. Namun, kini PAS sudah mempunyai kuasa. Selain mengetuai Kerajaan Kelantan, Kedah, dan Perak, PAS mempunyai Exco dalam Kerajaan Selangor dan “Kuala Lumpur”.

Sungguh menyedihkan apabila PAS yang kununnya memperjuangkan Negara Islam dan berwadahkan Islam menggunakan Masjid sebagai pentas berpolitik walaupun Selangor sudah dikuasai mereka. Senario sama juga pasti terjadi di Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Islam Agama suci dan Masjid adalah tempat beribadah serta Pusat Aktiviti dan Penyebaran Agama Islam dan bukan Pusat Penyebaran Agenda Politik. Jika dahulu Masjid dan Surau digunakan oleh PAS berpolitik, rakyat masih boleh menerima kerana PAS adalah Pembangkang, dan memperjuangkan Islam termasuk tidak memilih bukan Islam bagi membentuk Kerajaan. PAS yang memperjuangkan Islam tidak seharusnya mencemar Masjid mahupun Surau.

Masjid mengikut erti kata wikipedia adalah seperti berikut.

"Masjid (مسجد) ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid.

Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.

Masjid Pertama: Ketika Nabi Muhammad saw tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangun sebuah masjid, yang sekarang dikenal dengan nama Masjid Nabawi, yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangun di sebuah lapangan yang luas. Di Masjid Nabawi, juga terdapat mimbar yang sering dipakai oleh Nabi Muhammad saw. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar, dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin. Penyebaran Masjid: Masjid kemudian dibangun di daerah luar Semenanjung Arab, seiring dengan kaum Muslim yang bermukim di luar Jazirah Arab. Mesir menjadi daerah pertama yang dikuasai oleh kaum Muslim Arab pada tahun 640. Sejak saat itu, Ibukota Mesir, Kaherah dipenuhi dengan masjid. Maka dari itu, Kaherah digelar sebagai kota seribu menara. Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah Islam atau madrasah bahkan sebagai rumah sakit. "

Jelas, fungsi utama Masjid selain tempat Solat ialah Pusat Penyebaran Islam. Tidak dinafikan “Masjid Pertama” digunakan untuk kegiatan politik, namun keadaan waktu itu amat berbeza dimana Islam masih diburu dan kerajaan Islam Pertama mempunyai banyak musuh. Berlainan dengan keadaan Malaysia masakini dimana Islam adalah Agama Rasmi dan umat islam bebas menjalankan aktiviti ibadah tanpa rasa takut dan khuatir. Tambahan pula, PAS sudahpun berjaya menguasai kerajaan Selangor.

Oleh itu, PAS tidak berhak mencemar kesucian Masjid demi kepentingan politik mereka. Sungguh musykil, Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Parti X ini tidak diyakini oleh PAS sendiri sehingga PAS terpaksa menjelaskan agenda mereka melalui masjid atau surau kepada orang Islam. Jika PAS terus menerus “menghalalkan” Masjid atau Surau sebagai pentas politik mereka demi memenangi kepercayaan orang Islam, maka tidak hairan jika UMNO dan Persatuan-Persatuan lain termasuk individu-individu lain juga akan menggunakan Masjid.

Justeru, kesucian Masjid sebagai benteng terakhir umat Islam di Malaysia akan dicemari dan pelopor pencemaran ini ialah Parti Agama Sekular – PAS. Rakyat ramai yang mengundi PAS tidak berminat dengan agenda politik PAS, Keadilan mahupun UMNO. Rakyat hanya mahukan kehidupan yang aman, stabil, harmoni, ekonomi baik sehingga dapat menjalankan ibadah dengan sempurna. Rakyat muak, dan menyampah dengan politik.

Satu-satunya tempat yang bebas politik sepatutnya ialah masjid. Malangnya, malah hinanya, apabila Parti yang majoriti rakyat pilih tetap mencemar Masjid dan mempergunakan Masjid dan Surau bagi berpolitik walaupun mereka sudah menguasai Negeri Selangor.Saya mewakili orang Islam di Selangor merayu kepada PAS, Keadilan dan UMNO supaya menjauhi Masjid jika mahu berpolitik.

Peliharalah Masjid selagi ia masih boleh terpelihara. Janganlah berpolitik di Masjid sehingga akhirnya umat Islam menjauhi Masjid. Jika ia terjadi, yang rugi ialah orang Islam sendiri.

No comments: