Dihantar ke Utusan 31 May 2005 - Tidak disiarkan
Membaca penulisan wartawan The Star mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir gagal atasi rasuah membuat saya tergelak.Mungkin ini satu tanggungjawab baru yang diberi oleh wartawan tersebut kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang dan akan datang.
Saya pernah menulis dibeberapa akhbar termasuk Utusan mengenai bahaya rasuah dan untuk atasinya adalah nilai kendiri yang perlu ada pada setiap individu terutama bagi yang beragama islam.
Melihat makna rasuah dalam kamus dewan bahasa amat besar sekali, sehingga imam yang diberi gaji dan amanah oleh kerajaan, dimalam hari kerumah anda mengimamkan kenduri tahlil diberi makan juga satu rasuah, anda terkejut?
Tapi itulah hakikatnya, perlukah kita memenjarakan imam tersebut? Untuk menolak rasuah bukan pada Perdana Menteri atau orang lain tapi tanggungjawab diri kita sendiri dan lebih penting kesedaran rakyat akan bahaya rasuah.
Baik yang menerima atau yang memberi, INGATLAH, anda akan mati, dan kami, yang bakal mewarisi negara ini dari anda akan menghadapi kesukaran.
Apa yang berlaku sejak saya menulis diruangan ini 2 tahun lepas amat mengecewakan. Malah, pembabitan orang islam dalam gejala rasuah amat teruk sedangkan islam percaya pada hidup selepas mati. Tepat sekali, hidup selepas mati. Bermakna, sesiapa yang menerima rasuah Allah akan adili mereka di akhirat. Tiada seorang pun akan terlepas seperti di Malaysia.
Rasuah ialah salah laku manusia yang diberi amanah, dari kelakuan ia menjadi tabiat, dan kerana kebanyakan rakyat Malaysia menerima tabiat rasuah ini dengan rela hati, kini ia menjadi budaya. Budaya ini bakal menjahanamkan masa depan negara seperti di India dan lebih dekat lagi Indonesia .
Penerimaan masyarakat, rakyat adalah lebih berkesan dari apa-apa pun dalam membendung rasuah. Jika suami atau isteri anda mengambil atau memberi rasuah, marah mereka, bakar duit itu, dan banyak lagi.
Kalau ibu atau bapa anda mengambil atau memberi rasuah, nasihatkan mereka, bacakan hadis al-quran kepada mereka.
Jika kawan anda mengambil atau memberi rasuah , jgn kawan dengan mereka. Jika masyarakat tidak menerima, penagih yang benar-benar telah insaf pun tidak dapat meneruskan kehidupan normal, tapi jika masyarakat menerima, hendak minta keluar duit sendiri di KWSP pun kena beri rasuah. Norma-norma rasuah di Malaysia sudah di tahap membahayakan, marilah kita sama-sama menolak rasuah.
Kepada saudara-mara, rakan ayah dan ibu yang mengenali saya, jangan ambil atau memberi rasuah, jika kita tidak beri rasuah dan tidak dapat projek tidak mengapa, percayalah, rezeki itu datang dari Allah s.w.t bukan dari pemegang projek.
Harta bukan boleh dibawa mati, Allah menjanjikan balasan didunia dan diakhirat juga balasan pada zuriat kita.
Mustaqim Abdul Rahman
Batu Caves, Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment