** dihantar pada Utusan 14August2006 - tidak disiarkan
Pemimpin atau Khalifah ialah golongan yang teramat istimewa. Mereka dipilh dari kalangan manusia dan diberi Allah akan keberkatan dan kedudukan yang istimewa jika mereka menjalankan amanah Allah dengan baik.
Seorang pemimpin bukan sahaja perlu mempunyai nilai amanah, jujur dan bertanggung jawab, mereka juga perlu berani dalam menghadapi apa juga dugaan atau halangan untuk menjalankan tugas mereka dengan mengekalkan prinsip serta kesusilaan. Definisi Pemimpin atau Ketua ini terlalu luas sehingga boleh dihuraikan dalam lebih sebuah buku.
Namun begitu bagi kami golongan mentah ini, definisi pemimpin adalah amat mudah dan ringkas, pada kami, pemimpin adalah orang yang amat hebat dan wajar ditauladani.
Apa yang menyedihkan, kebelakangan ini, ramai pemimpin yang menggunakan bahasa yang agak kasar seperti menggambarkan orang lain sebagai beruk, monyet, anjing, pergi jahanam, dan b@#*. Islam Hadhari yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri kita mengajar umat islam mengejar matlamat hidup tanpa menolak ajaran agama. Sepanjang 30 tahun beliau dalam Kaabinet, kita tidak pernah mendengar Perdana Menteri kita menggunakan ayat yang seperti ini, tetapi mengapa pemimpin lain pula hilang pertimbangan. Bukankah sunnah Nabi Muhamad S.A.W ialah menjadi pemimpin yang baik bahasa, budi dan saksama. Banyak soalan yang bermain dibenak kepala kami pewaris bangsa ini, namun yang paling menjengkelkan, perlulah kami mengikut jejak pemimpin berhati waja, bermulut keras ini suatu hari nanti.
Akhir sekali, bagi kami rakyat biasa, apa sahaja yang terjadi dalam politik adalah diluar pengetahuan dan kuasa kami, lantas, keadaan kami dihidangkan dengan bahasa-bahasa kasar ini tidak adil bagi pembangunan sahsiah masyarakat Melayu di masa hadapan.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment