ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, May 7, 2008

Pemula Demonstrasi Haram Jalanan UMNO Harus Berundur

** Disiarkan beritakmu.net 12 December 2007

PAS atau pun Parti Islam Se-Malaysia adalah sebuah parti pembangkang yang mendakwa menjadikan agama Islam sebagai landasan perjuangan mereka.

Hakikatnya, UMNO yang dahulu selalu dituduh sebagai parti orang kafir sekurang-kurangnya tidak menggunakan Islam sebagai madah perjuangan.

Lebih parah lagi, PAS tidak ada beza dengan UMNO dalam soal perebutan kuasa, mainan keji politik, salah guna kuasa dan lain-lain.

Tidak dapat dinafikan Dato Seri Nik Aziz adalah seorang pemimpin yang mempunyai imej yang dituntut islam, namun dalam berjuta ahli pas imej pun tiada cerminan akhlak Islam.

PAS tidak semestinya tidak baik, UMNO juga tidak semestinya senantiasa baik. Dalam konteks ini, kematangan PAS mahupun UMNO diukur oleh setiap pendekatan yang mereka ambil dalam menghadapi setiap masalah. Namun, PAS yang dianggotai majoriti penduduk luar Bandar mengambil pendekatan yang sentiasa terarah ke gaya orang luar Bandar. Sepatutnya, para pemimpin PAS yang berkelulusan luar Negara dapat memimpin dan mempengaruhi elemen PAS bukan luar atau kebandaran tetapi kearah elemen PAS yang lebih baik. Mempengaruhi setiap ahli PAS kearah pemikiran lebih teratur, sistematik, bertamadun dan lebih penting disukai Allah dan Rasul-Nya.

Dewasa kini, kita sering dikejutkan dengan pelbagai demonstrasi jalanan. Persoalan samada demonstrasi jalanan ini adalah saduran yang betul atau tidak pada saya terpulanglah pada individu. Sebagai ahli UMNO saya mahu menunjukkan pada Pak Lah, pemimpin Utama UMNO apakah yang dimaksudkan dengan kuasa rakyat dalam pilihanraya akan datang. Namun, bagi golongan yang berdemonstrasi ini, saya sokong dan tidak sokong. Asalkan mereka ada sebab tersendiri saya sokong, jika mereka dipergunakan oleh pihak berkepentingan dan mereka berdemonstrasi hanya kerana mereka rasa dan orang kata kerajaan tidak bagus saya tidak sokong.

Sebagai Islam, saya mahu percaya hidup selepas mati adalah hidup yang kekal. Oleh demikian, jika ibu saya dipukul, bapa saya disembelih, kakak saya dirogol dan abang saya ditanam hidup-hidup, saya tidak perlu mengambil pendekatan bom berani mati kerana mereka semua akan masuk syurga dan itulah tempat yang kekal.

Namun, saya tidak rasa saya mampu hidup tanpa mengambil apa-apa pendekatan. Paling tidak saya akan berusaha untuk ke Amerika Syarikat dan mogok lapar di hadapan Rumah Putih. UMNO bukan Israel dan PAS bukan Palestin, namun kepercayaan orang-orang PAS untuk menggunakan pendekatan demonstrasi jalanan perlulah dihormati dan tidak dihalang.

Sebagai ahli UMNO biasa, saya ingin mengambil kesempatan, menyeru kepada semua orang PAS, gunakanlah masa sebaik-baiknya berkempen untuk pilihanraya akan datang.

Kita adalah Negara demokrasi, ajarlah kepimpinan UMNO supaya mereka sedar dari tidur selesa dan lena mereka. Ramai ahli UMNO sendiri yang atas pagar kerana kecewa dengan “performance” UMNO dibawah Pak Lak dan Khairy Jamaludin. Jika Pak Lah, Khairy dan orang PAS tidak percaya, pergilah pasang mata-mata, atau menyamarlah dan menyusup kedalam golongan UMNO kebanyakan ini, dengarlah suara hati mereka.

UMNO, mesti undi UMNO, tetapi seribu satu alasan akan kedengaran. Yang pasti, undi mereka masih boleh dibeli, kerana melayu bukan seperti cina, orang Cina undi boleh dibayar tetapi tidak boleh dibeli. Mungkin kejadian ini benar-benar terjadi zaman dulu sebab itu keluar satu tohmahan terhadap orang cina yang mengatakan orang cina kalau tidak tipu dalam urusniaga tidak sah. Urusniaga dalam pilihan raya pun mereka mahu tipu.

Dalam krisis ada peringatan, dan sejarah menjadi bukti sahih. PAS yang memang dari dahulu menggunakan pendekatan kurang bijak dan elemen ideologi PAS sendiri ditentu oleh pemikiran ortodoks orang luar Bandar. PAS bukan ketiadaan pemimpin berkaliber lagi berkelulusan luar Negara, tetapi, mereka membiarkan elemen pemikiran ini kerana diakhir hari mereka beruntung darinya.

Namun, pemimpin PAS lupa, bahawa Allah s.w.t memandang kepada keikhlasan hati bukan zahir. Pendekatan sempit pemimpin PAS ini menjadi barah dalam PAS. Persoalannya, adakah pendekatan itu betul atau saya yang salah? Jawapannya ada, teruskan membaca. Mungkin orang-orang PAS sudah lupa, tetapi bagi orang-orang PAS yang sudah meninggal dunia mereka pasti ingat akan kata-kata nista dan fitnah mereka terhadap hamba Allah dan umat Nabi Muhamamad s.a.w. yang bernama Mahathir bin Mohamad.

Hamba Allah yang hina yang bernama Mahathir ini dikecam hebat oleh PAS sehingga saya yang mengambil mata pelajaran tamadun islam tidak sanggup membacanya. Panggilan carutan, kejian, binatang, tuduhan, fitnah, kecaman, ugutan, kata nista, gelaran MahaFiraun, Mahazalim dan macam-macam lagi. Mungkin orang PAS lupa, Allah MAHA Zalim, tiada siapa yang boleh lebih dari Allah dalam segala konteks kerana segala-galanya, cantik atau buruk, baik atau jahat, bagus atau tidak semua datang dari Allah s.w.t. Seperti kata Mursyidul Am PAS Allah s.w.t. pun mencarut.

Dalam banyak kecaman dan demonstrasi jalanan PAS dan penyokong Dato Seri Anwar Ibrahim berapa ramai yang ditangkap. Berapa ramai kepimpinan PAS yang menghadapi tuduhan mahkamah dan mungkin didenda dan dipenjara mengikut saluran undang-undang mahkamah.

Sehingga hari ini, lebih sepuluh orang yang terlibat dengan demontrasi Bersih, lebih sepuluh dari demontrasi di Batu Burok, lapan dari demontrasi peguam sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia dan kosong dari demonstrasi jalanan yang diketuai oleh Khairy Jamaludin sempena kehadiran Condolize Rice di Kuala Lumpur.

Malah, kedengaran desas desus ramai lagi akan dihadapkan kemahkamah. Tidak lupa kepada blogger yang masih berjuang di mahkamah seperti Jeff Ooi dan Aharuddin Atan. Dari demikian, saudaraku Haji Mohamad Sabu, saudaraku webmaster www.mahafiraun.net, www.mahazalim.net, dan semua warga Malaysia, adakah tuduhan, cacian, kecaman dan gelaran anda kepada hamba Allah yang hina bernama Mahathir ini benar? Jika anda berasa benar, maka tunggulah hingga hari di Padang Masyar untuk diadili, jika tidak, hamba Allah itu masih bernyawa lagi, pergilah meminta maaf dari beliau dan meminta ampun dari Allah s.w.t. Sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Hak Asasi Manusia kepada rakyat Malaysia dan sedarlah akan hak kebebasan anda sebagai hamba Allah dan rakyat Malaysia.

Gunakanlah kuasa undi anda dalam pilihanraya akan datang dan janganlah benarkan undi anda dibeli. Ingat, biarlah undi anda dibayar tetapi bukan dibeli. Kepada pemerintah Malaysia, rakyat sudah makin sedar akan hak mereka. Sememangya, demonstrasi jalanan boleh meruntun perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum, tangkaplah dan dakwalah, jika penjara sudah penuh nanti maka biarkanlah mereka berdemonstrasi dengan cara Malaysia.

Adunan ketimuran dan adat Melayu dalam berdemonstrasi. Pihak polis boleh memberi mereka permit dengan syarat tiada perararakan, tetapi demonstrasi sahaja. Perarakan akan banyak mengundang masalah dan sukar dikawal, tetapi tidak demonstrasi setempat. Demonstrasi mestilah diadakan ditempat lapang seperti padang atau stadium. Pihak penganjur mesti memastikan setiap individu yang mahu memasuki kawasan demokrasi diperiksa dengan teliti dan tinggalkan kad pengenalan diri siap dengan pengesahan ibu jari. Jika ada kekecohan pihak penganjur akan ditangkap dan perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Duit cagaran berpuluh ribu atau sama dengan jumlah sasaran akan hangus jika gagal mematuhi syarat.

Kepada UMNO yang disayangi, perarakan jalanan dimulakan semula selepas tahun 1998, oleh kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO dan peserta perarakan jalanan tersebut tidak didakwa di mahkamah mungkin kerana tiada bukti, atau polis sudah “baru” memberi permit. Apakah ini tidak menjejaskan imej kerajaan pimpinan UMNO? Di satu pihak ditangkap kerana demontrasi haram, tetapi di pihak UMNO sendiri terlepas kerana diketuai oleh Khairy Jamaluddin?

Di mana maruah UMNO? Sebagai anak lelaki, sebagai orang melayu, jika benar kepimpinan Pemuda UMNO yang memulakan, biarlah mereka yang menamatkan. UMNO yang disayangi hanya akan menjadi kuat jika UMNO dipimpin oleh lelaki sebenar. Dan orang lelaki berani buat berani tanggung, tanpa melibatkan Parti UMNO, atau saudara mereka.

amar@beritakmu.net

No comments: