** Dihantar dan Disiarkan Harakah pada 27Oktober 2007
Perselisihan Tun Dr Mahathir dan Pak Lah telah memasuki fasa kedua. Fasa pertama berlangsung selama 6 bulan. Pemenangnya menurut kata UMNO dan Pak Lah ialah PAS dan Keadilan atau lebih tepat Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.
Ironinya, perkembangan politik tanah air bukan mengecewakan, tetapi, langsung tiada perkembangan. Yang ada ialah penguncupan minda dan ideologi. Sejak awal Tun Dr Mahathir mengkritik pentadbiran Pak Lah, kita sinonim dengan jawapan saya masih baru, beri saya peluang, si polan tidak terlibat, kami sokong, dan banyak lagi jawapan skema. Dan selama inilah, saya berada di pihak Tun Dr Mahathir. Bukan kerana Tun, tetapi kerana agama. Agama yang menuntut akan kebenaran. Kebenaran yang menang dan kekal.
Menjelang pertemuan Tun Dr Mahathir dan Pak Lah, saya tidak mahu menyokong mahupun Tun Dr Mahathir atau Pak Lah kerana khuatir terpedaya jika kedua-dua mereka sama sahaja. Oleh demikian, saya menjadi pemerhati. Ya, pemerhati kepada permainan catur politik. Belum 24jam pertemuan Tun Dr Mahathir dan Pak Lah berakhir, Tun Dr Mahatir sekali lagi mencuri tumpuan dengan memperbaharui kritikan terhadap Pak Lah. Kali ini, lebih beracun kata Pak Lah.
Akhirnya, saya seorang rakyat biasa telah faham. Memahami tindakan Tun Dr Mahathir mengerakkan catur kuda untuk mengunci pergerakan Raja, 'checkmate' !! Pak Lah telah jatuh dalam jerat Tun Dr Mahathir dengan membuat kenyataan " Anak-anak Tun Dr Mahathir mendapat projek lebih besar, cuma tidak diperbesarkan". Tun Dr Mahathir memang bijak, tetapi beliau hanyalah seorang rakyat biasa yang sudah tua. Rakyat tidak mahukan Tun Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri kita.Tetapi kita memerlukan seorang pemimpin yang cukup bijak menjadi Perdana Menterisupaya nasib bangsa melayu dapat diperjuangkan ke peringkat dunia. Persoalan siapa yang cukup bijak tidak mampu dijawab. Yang pasti, kebenaran yang dicari masih belum kunjung tiba!!!
Kuasa masih di tangan rakyat. Buatlah apa yang perlu dilakukan. Adakah kita dapat menjamin Perdana Menteri sekarang atau akan datang akan menjadi seorang Khalifah Islam yang tulen? Sesiapa menjadi Perdana Menteri tidak penting, perubahan kearah kebaikan terus ke arah Islam lebih utama. Dan, perubahan memerlukan pengorbanan.
Secara peribadi, saya lebih suka melihat Anwar Ibrahim kembali ke arena politik tanah air secara lebih berkesan berbanding sekarang. Jangan kita lupa, Anwar Ibrahim ialah anak didik tertua Tun Dr Mahathir yang lebih cekap, terlatih dan berkesan.
Walau apapun keputusan pertarungan Tun Dr Mahathir dan Pak Lah, rakyat hanya mahukan kebenaran. Sehingga kini, Pak Lah masih belum mampu memberitahu rakyat akan kebenaran. Pak Lah, rakyat masih bersabar dan menunggu!!!
"amar" @ Mustaqim Abdul Rahman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment