ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, May 7, 2008

Antara Murtad dan Hak Dalam Islam

** Dihantar pada Utusan, Bharian dan Harakah - disiarkan harakah

Assalamualaikum kepada semua umat Islam di Malaysia. Kita semua adalah khalifah yang dilantik oleh Allah s.w.t dan lebih istimewa kita adalah umat Nabi Muhammad s.a.w. Isu murtad dan hak seorang islam di dalam Islam di Malaysia bukan isu baru dan kewajaran melindungi isu ini dari umum atas dasar keselamatan negara bukan penyelesaian. Dengan teknologi canggih masa kini, murah dan penggunaan meluas www atau world wide web, kita semua dapat mengakses kepada maklumat tanpa sempadan dan betapa perlembagaan kita ditekan dan dihina oleh dunia, terutamanya agama yang terlibat.

Lahir sebagai islam kita diajar untuk berpegang kepada Rukun Iman dan menunaikan Rukun Islam, dan dengan jelas dalam Al-Quran disebut "Tiada Paksaan Dalam Agama Islam", namun begitu Islam BUKAN SEKADAR SEPATAH AYAT, Al- Quran sendiri mengandungi 30 juzuk dan lebih berpuluh ribu ayat.

Islam adalah agama yang hakiki, yang kekal, percaya akan hidup di dunia adalah sementara dan akhirat adalah matlamat setiap umat Islam. Islam juga percaya segala perbuatan baik akan dibalas baik begitu juga sebaliknya, walau sebesar hama walau satu sen. Jika seorang islam tidak dibalas dengan sewajarnya, Islam percaya akan hari pengadilan.

Sebagai seorang islam, adalah menjadi tanggungjawab kita kepada umat Islam lain. Ini menjadikan tugas dan tanggungjawab seorang Islam amat sukar dimasa kini. Antara contoh, kita sebagai muslim dipertanggungjawabkan akan saudara se-Islam kita, jika tidak solat, tegur, jika salah, tegur, jika itu ini tegur. Namun, peranan sebatang lidi amat kecil dan rapuh jika dibandingkan dengan seribu lidi yang bersatu.

MURTAD acap kali dikaitkan dengan tuntutan hak seorang islam terhadap pilihan agamanya. Allah berfirman tiada tempat bagi mereka yang telah keluar dari Islam dan dihalalkan akan nyawa seorang murtad kepada saudaranya pantas kepada seorang islam lain.

Namun, Islam juga mewajibkan umatnya patuh kepada undang-undang negara dan semestinya Malaysia ialah negara berdaulat. Saranan Mufti Perak, Tuan Haruszani Zakaria adalah amat tepat. Beliau mengingatkan akan kelemahan badan bertanggungjawab dalam kebajikan islam dan kemudian mendedahkan jumlah 100,000 murtad yang menunggu untuk didaftarkan.

Masalah dan ancaman terbesar umat islam di Malaysia bukanlah pada 100,000 orang beragama islam yang pastinya Allah telah terima kemurtadan mereka. Umat Islam kini diancam oleh masalah pelaksanaan, dan ini jelas berpunca dari budaya ikut-mengikut agama lain.

Saudaraku Bangsaku Agamaku,

Allah tidak memerlukan akan umat-Nya, umat-Nya yang memerlukan Allah. Mengapa 100,000 ribu islam murtad? Mungkinkah mereka berada didalam rumah kita, disebleh kita? Adakah mereka semua berpakat? Apakah ada anasir lain? Tidak!! Setiap manusia ada hak dan islam mengajar tidak memaksa dan menghormati agama lain.

Pada yang lahir sebagai Islam, tanggungjawab ibu bapa untuk memulihara dan memperkuatkan akidah! Selepas baligh, tanggungjawab kita sendiri untuk melengkapkan Rukun Islam dengan berpegang kepada Rukun Iman. Cuba tanya diri kita, siapakah yang memenuhi pusat -pusat hiburan? Meja siapakah yang penuh dengan air syaitan? Anak siapakah yang bangga menogak arak, memeluk dan bercumbu tanpa segan silu? Di mana anak kita pada malam semalam? Mengapa pusat snuker penuh ditatkala khatib membaca khutbah? Siapa korupsi, rasuah, salahguna kuasa? Media penuh inisiatif membongkar pelbagai isu. Arak masih boleh dibeli dengan mudah.

Di manakah Jabatan Agama Islam? Apakah peranan kerajaan? Itu adalah antara dua soalan yang lazimnya akan diutarakan. Tetapi, pernah kita bertanya apa yang kita boleh lakukan? Apa yang sudah kita lakukan? Apakah kita laksanakan amanah Allah? Atau, kita akan bertindak menyaman Jabatan Agama Islam kerana menahan anak kita di pusat hiburan. Mungkin kita akan pergi ke sekolah dan memberi amaran kepada guru yang meninggi suara pada anak kita.

Arak tetap dijual, dadah tetap berleluasa, pusat hiburan masih penuh malah ada cadangan melanjutkan waktu operasinya, dan masjid makin kosong kecuali satu waktu seminggu. Selain dari kerajaan, Jabatan Agama Islam, apakah peranan yang boleh kita lakukan demi menyemai islam dalam diri saudara se-islam kita sebelum mereka mengucap keluar islam? Apa yang boleh kita lakukan sedangkan murtad mereka telah Allah terima?

Perlukah kita ke pusat hiburan dan berkhutbah supaya saudara islam kita tidak minum arak? Mungkin baik jika identiti 100,00 ribu ini dihebahkan supaya semua umat islam lain mendapat pengajaran dan boleh melakukan apa yang patut seperti memulau, tidak bergaul terlalu rapat. Akhir sekali, ada baiknya jika kita gantikan peribahasa "Biar mati anak, jangan mati adat" dengan peribahasa "Biar mati adat, jangan mati agama."

AMAR - Mustaqim Abdul Rahman
Gombak, Selangor.

No comments: