ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, February 25, 2016

Difitnah PakCik Sendiri: Saya Malu Jadi Melayu!

Sebelum berkahwin, saya ada seorang Abah, dan seorang Ayah.

Abah adalah Abdul Rahman Mohd Nurut, dan Ayah, tidak lain tidak bukan adalah Pak Usu saya.

Panggil saya poyo, tapi dalam hidup, kedapatan orang lebih tua mesra dan serasi dengan saya.

Cukup serasi untuk bercerita perihal seks mereka sedangkan anak mereka lebih tua dari saya.

Mesra hingga mereka tidak malu menangis di peha saya, mengadu, meluah dan meroyan isteri mati dll, samada ada mereka ada talian saudara atau tidak dengan saya.

Malah antara yang masih berbuku di hati ini bila Pak Aloi menangis bila rayuannya pada Abangnya untuk datang tidak diendahkan.

"Abang taknak datang Abang?" Rangisnya! (Rayu  Tangis)

Ada satu malam, Usu telefon jam 3 pagi, dan saya ambil dia di Pudu jam 4 pagi, baru balik dari Langkawi. Usu menangis seperti anak kecil, kerana anaknya melaporkan pada polis Langkawi untuk menangkapnya -cerita lebih terperinci hal ini akan mengaibkan orang, kepercayaan Usu tidak akan saya khianati.

Tidak cukup itu, Usu pernah beritahu saya, dalam hidupnya selain Abah saya adalah orang yang dia kasihi kerana semasa dia benar-benar sakit dan bukan sakit "olok-oloknya", sayalah yang papahnya ke Klinik Batu 6 Jalan Gombak, dan membayar semua bilnya walaupun saya sendiri terpaksa meminjam kerana baru berumur 17 tahun.

Perginya Usu, cukup meruntun hati ini, perginya seorang Ayah yang menyayangi saya, selepas 8 tahun Abah pergi.

Ayah, maafkan Acai Ayah, kerana masa Ayah hidup Acai tidak berkesempatan memanggil Ayah, tetapi Usu tetap Ayah Acai sampai bila-bila. Itulah kata yang sering saya katakan pada Batu Nesannya.

Malangnya, semalam saya dan Abang difitnah.

Kami dituduh merampas harta Usu selepas Usu meninggal.

Hahahahaha!!! Itulah manusia! Masa Usu hidup, tiada siapa peduli. Masa Usu dimamah usia dan sakit, ditahan di Lokap Sentul, semua malu mahu melawat jauh sekali membantu.

Saya yang berusaha, pelbagai cara sah dan haram untuk keluarkan dia yang tidak bersalah.

Yang menuduh kami, tidak lain dan tidak bukan adalah Pak Cik sendiri.

Mungkin, seperti biasa, dia ada hujah yang menghalalkan tindakannya. Tetapi dalam usia itu, saya agak pelik kenapa dia mesti "open fire" terhadap kami tanpa menyiasat dahulu?

Bukankah Islam dan AlQuran ajar kita apabila sampai satu berita kepada kita, kita harus siasat dan selidiki dan lebih afdal serta Islam jika kita bertanya pada yang tertuduh(kami)!

Nak siasat, bukan susah, Pejabat Tanah pasti ada rekod samada saya mengambil hak Usu selepas dia mati atau sebelum dia mati?

Dan jika mahu selidiki ikut adab Nabi, tanya empunya badan bukan tanya dan cerita pada orang tengah lebih lagi semua yang kenal MUSTAQIM ABDUL RAHMAN pasti akui saya adalah orang yang senang dibawa berbincang.

Tidak mengapa, saya dan Abang berikrar menerima tuduhan ini dan tidak mahu perjelaskan kerana sudah berpuluh kali berbuat demikian. Kami berpendapat, kalau Usu bangun dari Kubur dan menjelaskan sendiri pun mereka tetap tidak akan terima.

Sebenarnya, perkara ini bukan perkara besar jika dibandingkan fitnah "keluarga" pada Abah.

Abah pernah difitnah berpuluh tahun membomohkan iparnya sendiri hingga mati. Allah Maha Besar sebelum sipenuduh mati, dia mahu datang jumpa Abah minta maaf kerana orang sebenar yang membomoh ibunya datang mengaku pada mereka.

Sebagai hambaNYA, jika kita teliti kalamNYA, jika orang bunuh anak kita, Allah suruh balas, mata dengan mata, telinga dengan telinga, hidung dengan hidung.(Sam a sam i)

Pembunuh perlu dibalas bunuh, atau jika tidak, dia perlu membayar gantirugi pada keluarga mangsa, dan jika tidak, jika pembunuh bertaubat keluarga mangsa perlu maafkannya kerana itu lebih baik untuk mereka.

Ini bukan ayat saya, ini ayat Allah, dalam AlQuran, tapi orang Islam ramai baca AlQuran tidak faham makna. Sikit yang baca faham makna tapi tidak hadam/mendalami maksud.

Akhirnya kita jadi saling tuduh menuduh, semua salah, semua makan harta anak yatim, semua makan hak orang, kita seorang sahaja yang betul.

Ia bukan sahaja terjadi pada konteks keluarga tapi pada Negara, malah Negara berperang kerana masing-masing mencari SejutaSatu perbezaan dengan orang lain, tapi tidak cari Satu persamaan antara kita.

Untuk memaafkan, kami rela jika itu yang diperintah Allah.

Tapi kami malu jadi Melayu! Malu berkongsi darah Mohd Nurut, Fakeh Hayat dan Tok Kando dengan mereka yang berkenaan!

Wallahualam.

PS:

Abah sering berpesan, kemana kami pergi, kami bawa bendera Abdul Rahman, bendera Mohd Nurut. Buruk kami, buruklah Abah! Kalau buruk kita, buruklah moyang kami, Tok Kando!

Setahu saya, belum ada anak Abah yang menipu, yang janji tapi mungkir(mahu gadai rumah untuk kos peguam), yang munafik dll.

Dan pesan memang berkesan, selain hari bertemu Allah kami amat khuatir hari bertemu Abah kembali. Abah! Maafkan kami kerana gagal mempertahankan nama baik Abah dan Mohd Nurut dan gagal bimbing mereka yang berkenaan seperti yang Abah harapkan.

Oh ya! Jika anda berfikir cara saya salah kerana menyiarkan dalam FB, cara "mereka" juga salah kerana bertanya secara terbuka kepada berpuluh sanak lain!

Lagipun tujuan saya menulis jika ingin memalukan atau mencari masalah sudah pasti saya akan guna nama sebenar, tetapi tujuan artikel ini tidak lain tidak bukan adalah pengajaran untuk diri kita sendiri. Bak kata Sultan Ibrahim, cermin diri kita dahulu! Jelas, memimpin dengan tauladan bukan dengan contoh tidak baik.

Amat indah jika kita ikut adab Rasulullah SAW, angkat telefon, whatsapp, atau email tanya empunya badan(atau guna kuasa veto sebagai PakCik "summon" kami menghadap, bukan tanya melalui orang ketiga, keempat, kelima, keenam hingga puas memberi salah informasi pada semua orang untuk membenci kami.

Anti Vaksin Baca Ini

Saya tertarik dengan satu artikel yang saya baca yang menyokong anti vaksin dengan menggunakan hadis Rasulullah SAW iaitu "susu ibu mempunyai imunisasi yang cukup untuk bayi".

Sebulan lepas, dari mulut seorang tabligh saya mendengar hadis berkenaan bekam dimana mereka berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa ketika Baginda naik ke langit sebanyak 9 kali mendapat dan mengurang perintah solat dari 50 waktu ke 5 waktu, perintah bekam juga ada disampaikan kepada Baginda!

Sebenarnya, semakin ramai orang Islam merasa terganggu dengan lambakan hadis palsu yang didakwa sohih dari perawi-perawi sohih.

Punca lambakan hadis palsu ini tidaklah jelas samada kerana masyarakat Malaysia kurang ilmu, atau didalam dunia internet yang mencabar tiada web yang menjadi rujukan hadis sohih atau sememangnya sohih dan tidak sering menjadi perbalahan sejak ratusan tahun dahulu.

Sohih atau tidak, lama-kelamaan orang Islam menjadi "ignorance" terhadap hadis walaupun yang sohih kerana hadis/sabda Rasulullah SAW sampaikan ayat aku walau sepotong ayat telah dibuat secara keterlaluan termasuk tidak memeriksa kesahihannya menjadikan ayat Allah dilelong, dijual murah, dilacurkan, digadai, dibuang dan dihina.

Kini golongan anti vaksin juga mengambil hadis Nabi dan untuk menguatkan hujah mereka, mereka kaitkan vaksin dicipta Yahudi untuk membunuh orang Islam.

Tanpa ilmu, mereka menjatuhkan hukuman dan mengunakan teknik bersangka-sangka sedangkan AlQuran melarang sikap sangka-sangka.

Mereka katakan, anak tanpa vaksin lebih sihat dari yang bervaksin.

Saya tiada masalah dengan sesiapa, baik anti vaksin, atau baik Doktor yang dilihat ingin meraih untung setiap kali menasihatkan vaksin kepada pesakit.

Saya ada masalah sekiranya ayat Allah di gadai dan dilelong demi keuntungan dunia yang sedikit, samada anti vaksin, air 30 juz, ayam 30 juz, dll.

Izinkan saya berkongsi kisah 3 anak lelaki saya yang ketiga-tiga lahir pada hari Jumaat, melalui "caesar" kerana ibu merek menghidap darah tinggi setinggi 220 bacaannya.

Menariknya ketiga anak saya mendapat vaksin yang berbeza antara satu sama lain.

Yang pertama ketika saya masih lagi berkerja di sebuah syarikat MNC, justeru semua vaksin ditanggung syarikat, dan saya ambil semuanya.

Anak kedua, saya sudah tidak berkerja. Dia lahir dalam keadaan yang amat cemas, dan mengubah persepsi saya kepada Doktor yang mahu bedah sebagai jalan mudah dan caj tinggi.

Beliau dibedah pada hari kedua kerana masalah paru-paru tidak matang. Beliau selamat, tetapi saya memberinya vaksin paru-paru yang mahal, dan tidak beri vaksin lain melainkan wajib.

Anak ketiga pula, sudah pasti duit makin susut, belanja makin tinggi. Cerita sama, Hospital Swasta bayar sendiri.

Saya tidak berinya banyak vaksin melainkan yang wajib.

Ketiga-tiga anak saya mempunyai vaksin berbeza, tetapi Alhamdulillah dengan izin Allah ketiga-tiganya sihat.

Tidak timbul Adik kurang vaksin dari Abang lebih sihat dan sebagainya.

Samada mereka ambil vaksin atau tidak, yang menyakitkan dan yang menyembukan tetap Allah dengan izinNYA.

Apakah golongan anti vaksin lupa akan akidah mereka? Allah yang sihatkan, bukan vaksin!

Kesilapan yang sering kita lakukan dalam agama Islam adalah kita suka mengambil jalan mudah dan mengabaikan keutamaan AlQuran mengatasi Sunnah dan Hadis.

Sunnah mengatasi Hadis dan sunnah berkaitan dengan batang tubuh Baginda SAW mengatasi sunnah yang tidak berkaitan batang tubuh Nabi.

Kita semua termasuk Doktor dan Anti vaksin perlu berusaha menjadikan anak kita lebih pandai dan lebih sekadar pengguna.

Lahirkan generasi pencipta jika tidak mahu "dibunuh" oleh Yahudi.

Saya cabar golongan anti vaksin bila melahirkan anak, atau bila dibedah jantung, atau kerana kemalangan jangan pakai ubat bius kerana ubat bius dicipta Yahudi untuk bunuh kita.

Kita mahukan anak Islam yang mencipta dan sementara itu wajarlah kita terima semua ilmu dalam dunia ini walaupun dijumpai oleh manusia adalah ilmu Allah. Tidak berkelip mata manusia dengan izin Allah.

Tapi, Allah mahu kita berusaha barulah Allah izinkan.

Vaksin adalah usaha.

Anti vaksin juga adalah usaha, dalam cara tersendiri.

Masing-masing punya cara sendiri, cukuplah untuk peringatan diri sendiri dan tidak perlu "menghasut" orang lain untuk ikut kita pakai vaksin atau anti vaksin.

Kita berbeza, ada yang Allah saya, ada yang Allah uji, ada yang Allah balas kerana dosa, ada yang Allah sakitkan kerana bersihkan dosa dan bermacam lagi.

Dari segi makanan juga berbeza. Ada makan manggis dan durian, sakit, ada yang makan durian jika tidak makan manggis sakit. Ada yang makan daun betik baik denggi, ada makan berkilo daun betik tidak baik denggi.

Kerana apa?

Kerana yang menyembuhkan adalah ALLAH bukan daun betik, bukan vaksin, bukan anti vaksin.

Yang menjadikan kita sakit pun Allah, bukan virus, pun bukan baju yang kita pakai, tetapi Allah mahu kita berusaha dan kita kena pakai baju untuk melindungi diri kita.

Tidak percaya, cubalah jangan pakai baju esok!

Saya juga ingin berkongsi kebenaran ayat AlQuran dimana Allah kata mati dan lahir seorang manusia adalah ditangannya, dan pengetahuan ini Allah ajar melalui ujian pada anak kedua saya.

Pada hari Selasa, Doktor mahu menahan isteri saya di Wad, saya enggan kerana saya bayar sendiri, tunggu hingga 40 minggu harap boleh lahir normal.

Rabu saya pergi jumpa Dr Kamariah di Naluri Wangsa Maju, beliau mahu bedah pada Khamis. Saya enggan kerana seperti anak pertama, saya rasa Doktor hanya mahu duit saya.

Pada hari Jumaat pagi jam 9 saya ke Tawakal berjumpa Dr Abdul Rahman dan beliau menolak kami mentah-mentah dan mahu menghantar isteri ke HKL kerana tidak mahu bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa.

Tetapi, kerana kasihan melihat isteri, beliau mengusahakan juga dan memujuk Dr bius dihadapan saya. Akhirnya mereka bersetuju untuk bedah isteri saya pada hari Isnin.

Malangnya, Dr bayi cuti pada Isnin jadi ia dibawa ke Ahad, tetapi bilik Bedah pula penuh akhirnya bilik bedah ditempah untuk hari Sabtu.

Lega mendapat tempat dan mahu bersyukur pada Allah saya pergi Solat Jumaat meninggalkan isteri saya dibawah seliaan Dr Darah tinggi.

Bila sampai ke Wad sekitar jam 2 saya dengan perbualan Nurse mengatakan jantung anak saya sudah berhenti selama 10 minit sebelum mereka semua kelam kabut dan ada kembali.

Panik dengan bacaan darah tinggi cecah 220, selepas episod marah Doktor bedah yang lambat pulang dari Solat, isteri saya dibawa ke Bilik Bedah pada jam 2.30 hari Jumaat, dan anak kedua saya lahir hari Jumaat kerana Allah. Saya fikir Doktor mahu bedah ikut hari kerana mahu maksimumkan kes mereka untuk jana untung besar.

Rupanya, Doktor manusia, mereka merancang dari Selasa, Rabu, Khamis, Isnin, Ahad, akhir sekali disahkan Sabtu, tapi kita berusaha Allah mahu Jumaat, tiada siapa dapat halang Jumaat.

Begitu juga kematian.
 

Tuesday, February 23, 2016

Pembaca Cabar Penulis Buku, Pengarah Filem Drama Sendu


Mutakhir ini remaja Melayu sering dihidang dengan Drama dan Filem Melayu yang bertaraf “sampah” dan tidak berasaskan realiti sedikitpun tetapi fantasi keterlaluan.

Bersepah dalam FB ibu bapa yang khuatir akan “trend” ini yang mereka gelar filem sendu dan drama sendu.

Sebut sahaja Suamiku, Isteriku, Orang Gaji, 100%, 200%, Rindu, Sotong, Perfect, Hati, Karipap, dan lain-lain pasti sudah terbayang adegan yang tidak mencabar minda dan tidak beri apa-apa “pendidikan” pada kita selain “angan-angau” kosong dan sia-sia.

Drama dan Filem Sendu ini juga merosakkan nilai, kekuatan dan jati diri remaja yang sememangnya amat-amat nipis, malah lebih nipis dari tisu.

Berbondonglah semua salahkan Sutradara Filem dan Drama yang semakin tidak kreatif dan kering idea dalam mengembangkan industri filem Negara sekaligus melahirkan masyarakat yang bernilai tinggi.

Sejak dahulu, Filem dan Drama Melayu hanya akan berkisar pada 3 Genre yang sama iaitu cinta, komedi dan hantu.

Sejak 30 tahun dahulu, jika diteliti, jalan ceritanya sama, A cinta B, B marah C, C cemburu D, D cinta A, kemudian E bunuh D, Mayat D Hidup Semula bunuh E, rupanya D belum mati, silap Hantu F seram suam, Lawak G pula bermodal bahankan Gemuk, Pondan, Seks dan Kawan, kita tepuk tangan, penonton gelak sakan, esok mereka kerja tiada kemajuan ke dan pelbagai lagi.

Perlu diakui ada percubaan kembangkan Filem dan Drama Melayu melalui Genre Polis dan Pengajaran, tetapi plotnya tetap sama dan tidak reality seperti, Polis baik, jujur, amanah dan tidak rasuah sedangkan hakikatnya semua tahu kebanyakan Penguatkuasa Kaki Duit Kopi, malah ada yang kaitkan corak kerja Peronda Polis yang lebih rajin bila tiba hari Kaunter judi TOTO dan Magnum dibuka.(Tidak dinafikan ada anggota penguatkuasa yang jujur dan takut pada Allah justeru penting untuk kita lahirkan filem atau buku tentang mereka bagi menggalak lebih ramai, bukan filem drama cinta sahaja)

Cerita pengajaran pula hanya berkisar pada koleksi cerita dalam Majalah Mistik yang popular satu masa dahulu dan tidak langsung menceritakan hakiki kehidupan yang sebenar apatah lagi berkaitan JabatPenjenayahJalan, PenjenayahBesarTempatan, Carcastam, Projek Invisible Tentera, Kes berpuluh Pegawai Imigresen ditahan ISA, MES Party, Kerajaan Kecil Petronas, Skandal Peguam Negara, Ahli dan Parti Politik,  Derma 2.6 billion, kuasa Tan Tin Tun, dll!

Semasa saya berusia 10 tahun, Pengarah Filem dan Drama beri alasan kekangan kerajaan, pada usia 20 tahun, mereka beri alasan pengguna Internet tidak ramai, pada usia saya 30 tahun, mereka beri alasan “low speed internet” untuk streaming video, dan hari ini, umur saya 40 tahun, mereka salahkan Rosmah Mansor dan apa sahaja yang boleh dipersalahkan selain diri mereka.

Selepas dikaji secara mendalam, punca sebenar kegagalan mereka adalah pencetus daya imaginasi mereka iaitu orang yang sama yang mencetus daya kreatif dan imaginasi otak kita.

Orang atau pencetus ini adalah penulis buku!!!

Penemuan terbesar ini bawa saya ke Kedai Buku Popular, MPH, Kounikuniya dll. Bila masuk mata terus tertarik ke Seksyen “Kecil” buku bahasa Melayu(bukan buku Sekolah) malangnya 95 dari 100 buku dirak tersebut adalah berkisar kepada cinta!!!

Lebih mengecewakan tajuk dan plot sama dari saya kecil hingga saya besar iaitu cinta, kekasih, hati, perasaan, Love, Untuk, Dia, Kiblat, Aku, Menangis, Sedih, Jiwa, 100%, 200%, dimana pada saya ia adalah fantasi yang keterlaluan yang tidak diperlukan kerana tidak selari dengan realiti hari ini.

Tidak salah berfantasi, tetapi menfantasikan hidup realiti secara berterusan akibatkan daya tahan maki dan lasak seorang pembaca runtuh dan hancur menjadi debu.

Sejak 30 tahun dahulu, tiada langsung buku remaja tebal atau Novel Melayu yang berkisahkan persahabatan tanpa cinta, anak kasihkan ibu, anak taat pada bapa, perang Sulu, Al-Maunah, terrorist dalam naratif penceritaan.

Tiada buku kisah masyarakat pentingkan diri, kisah penjawat awam rasuah, pekerja swasta tidak jujur, tiada cerita yang berbentuk nilai dan pengajaran kerana semua tidak mendatangkan untung.

Jika ada pun(jika saya terlepas pandang), hanya satu dua sahaja kerana kesukaran penulis mendapatkan penerbit dan tajaan yang hanya pentingkan keuntungan semata.

Yang banyak hanyalah cerpen, artikel dan cerita pendek 100 patah perkataan yang diulang-ulang cerita 30 tahun dahulu.

Saya tidak mahu “kondem” buku Motivasi diri, buku “Bagaimana”, buku Bisnes, buku Pelaburan, buku Kaya, dan pelbagai buku kaedah lain kerana jika samada tidak diteliti langsung atau diteliti setelitinya pun tetap kita akan tahu ia adalah samada hasil ciplak ataupun di”inspirasi” dari sedikit bahagian dari buku Inggeris dari Barat ie 7 Tabiat Manusia Yang Amat Berkesan, Art Of Deal, Art of War, Sales, Marketing for Dummies, Photographer Collection, Rich Dad Poor Dad dan banyak lagi kerana pembentukan minda, nilai dan jati diri seorang manusia lebih kepada buku cerita dan bukan buku teknikal.

Saya sendiri bergelut bila tiap kali ke Kedai Buku kerana dari 10,000 buku di rak itu, hanya 1 sahaja buku yang ada kualiti. Seperti koleksi “research” PHD berkenaan kajian ayam goreng yang sama dengan kaedah gorengan berbeza, tapi rasanya tetap rasa ayam.

Untuk menapis buku yang baik saya gunakan teknik bacaan MATH(Mula Akhir Tengah Habis), dimana jika ia menarik ia akan dihabiskan dari tengah ke hadapan hingga kebelakang hingga tamat.

Sebagai pengkhatam Novel Lagenda Budak Setan, Pilot CafĂ©, Jibam dll saya sebolehnya tidak mahu kritik hasil karya Novel Remaja yang berpaksikan cinta dan fantasi ini tetapi trend yang keterlaluan hingga dibawa ke layar TV dan ditonton berjuta orang buatkan saya “terpaksa” kritik.

Keterpaksaan ini didorong oleh “ahli keluarga” saya sendiri yang melahirkan tidak puas hatinya kerana saya “mengkritiknya” yang masih “lebih berminat”membaca novel cinta, Filem dan Drama sendu walaupun sudah bersuami dan beranak pinak.

Kebutuhan imaginasi serta ketagihan kita terhadap fantasi keterlaluan Novel, Drama dan Filem menghalang perkembangan minda kita.

Apatah lagi disisa usia belia, kita harus lebih dambakan Buku Cerita AlQuran dari buku cerita fantasi jiwang yang tidak bermanfaat langsung seperti “Novel, Filem dan Drama Melayu” hari ini!!!

Rentetan itu saya rasa perkara ini amat serius.

Apa yang terjadi pada masyarakat kita, dan jika anda tidak percaya, silalah ke Kedai Buku sekarang dan anda akan bersetuju perkembangan tamadun Melayu terbantut di Novel Remaja, tajuk malah plotnya sama seperti 30 tahun dahulu dan hari ini.

REWRITE @ Penulisan Semua @ Peluang Kedua @ Redemption/Tebus Diri!

Istilah diatas adalah istilah popular di kalangan penulis dan penghasil karya.

Justeru SAYA(Pembaca) CABAR SEMUA PENULIS BUKU NOVEL rewrite. 

Tulis semula samada karya lama ditulis semula sejajar dengan pengalaman hidup mereka yang benar dan matang, atau tulis karya baru yang pasti akan memadamkan pendirian dan pemikiran anda pada karya lama samada dari segi reality mahupun fantasi.

SAYA CABAR semua penulis baru untuk menghasilkan karya yang tidak kejar untung selain tidak berpaksi kepada Cinta fantasi anak muda kaya, berjaya, dll.

Tidak salah menghasilkan karya cinta tetapi biarlah ia memanfaatkan pembaca dengan realiti kehidupan ie hutang PTPTN, sukar dapat kerja, 3 kerja satu masa, dipecat Syarikat Penerbangan, kemungkinan penerima dan penerima rasuah mendapat anak cacat, cinta Afrika, penceraian selepas 3 hari berkahwin atau 50 tahun bersama dan pelbagai lagi.

Apa yang kita makan, itulah diri kita. Apa yang kita baca itulah diri kita. 

Seorang penulis mempunyai tanggungjawab besar umpama memberi makan kepada minda pembaca, apakah penulis rela beri makanan yang tidak berkhasiat dan negatif kepada pembaca?

Saya sendiri sebagai penulis cabuk sering dikecam picisan, sukar meraih "crowd" pembaca kerana saya tidak pandai "mislead tajuk", memutar fakta dan mensensasikan isu serta kurang gemar ambil kesempatan. Akibatnya, blog saya, seperti blog Kadir Jasin yang "intelektual" kurang dilawati, tetapi adalah penting bagi kami untuk menyediakan makanan yang halal lagi berkat kepada pembaca.

Jujurnya, mengkritik bukan mudah kerana pengkritik sering terperangkap dalam kritikan dan jadi seperti orang yang mereka kritik.

Hakikinya menyalahkan orang lain dan salahkan Kerajaan lebih mudah. Memang amat mudah!

PS: Saya rindu Buku Alih Bahasa Hardy Boys, Nancy Foo dll walaupun ia untuk kanak-kanak, tapi ia jauh lebih baik dari hasil karya penulis Novel Melayu yang hanya mementingkan keuntungan.

Saya juga percaya nilai tamadun tinggi atau rendah di ukur dari rak buku dan juga pengunjungnya.

Malangnya, 99% buku(selain buku Sekolah) di Rak Buku Kedai Buku bukan Buku Bahasa Melayu-Apa Kerajaan melalui Dewan Bahasa Pustaka buat?

Sejak dahulu dalam Bas/LRT, saya perhati dari 3 orang Cina mudah ketemu 1 Cina sedang membaca.

Dari 100 orang Melayu sukar ketemu 1 Melayu sedang membaca.

Selepas 30 tahun, trend ini masih tidak berubah. Melayu masih lebih gemar termenung berfantasi hasil Novel, Filem dan Drama sendu, "lepak moden@sembang kosong@whatsapp" dan Cina lebih gemar mengisi masa mereka dengan membaca!

Wednesday, February 17, 2016

Ayah Mertuaku Dahnil Si Kumbang

Hakikatnya blog ini tidak ramai pengikut, justeru untuk mendapat 100 view saya perlu share di FB. Jika tidak share, maka jumlah pembaca hanya kurang 10 orang.

Saya tidak berkecil hati, kerana saya tahu Melayu memang malas baca. Ini adalah fakta, dalam Bas dan Train, dari 1000 Melayu susah jumpa seorang dengan buku, dan dari 10 Cina pasti akan jumpa 2-3 orang dengan buku.

Tajuk kali ini pun bukanlah sesuatu yang mahu saya share, sebaliknya, saya sekadar mahu mengadu pada Allah dan mencatat demi kenangan.

Ayah Mertuaku Dahnil Si Kumbang.

Saya bukanlah menantu yang baik jauh sekali dari gelaran pejaya yang hebat. Lebih jauh dapat membantu Ayah dan Ibu Mertua dengan wang ringgit.

Tapi saya orang agak sentimental dari segi hubungan sesama manusia. Mungkin ia kesan dari sedekah AlFatihah dan AlIkhlas kepada semua yang kenali diri ini setiap hari.

Malam ini saya tidak boleh tidur dan agak gelisah dan ia kali kedua selepas 18 tahun. Pada 6 Nov 1998, Khamis malam Jumaat, perasaan sama juga menyerang kerana pada malam itu saya kehilangan seorang Abah.

Proses yang cepat, tidak diduga serta menyentap kami dalam keadaan tidak bersedia amat menyakitkan, dan takut ia berulang.

Bezanya, pada Abah, saya anak, lagi-lagi anak Lelaki, justeru suara saya ada beratnya.

Petang tadi saya melawat beliau di Hospital.

Batu karang akibat Gastrik berpanjangan katanya.

Dan mungkin esok perlu dibedah atau di laser atau di tebuk dll kemungkinan.

Soalan pertama saya tanya pada beliau adalah keadaan jantungnya. Ok, jawabnya!

Abah dimasukkan Hospital 3 hari sebelum meninggal kerana ulser usus yang bengkak akibat Gastrik,
Pada Khamis Doktor menjalankan proses laser atau tebuk saya tidak berapa ingat.

Tetapi, bila badan Abah mahu "recover", jantungnya terlalu lemah. Dan dia meninggal pada malam itu.

Cerita lebih kurang selepas 18 tahun ini menakutkan saya, apakah saya akan kehilangan Ayah Mertua esok selepas dibedah?

Saya mahu mengarahkan semua beras dan ipar Solat Hajat pada malam ini, tetapi siapalah saya.

Justeru saya diamkan.

Sebab itu saya gelisah.

Ya Allah, kau berilah rahmatMU pada Dahnil Si Kumbang. Samada KAU sihatkan, atau sakitkan, atau ambil dia, yang kami harap adalah rahmatMU untuk beliau.

Kerana hanya dengan rahmatMU manusia boleh masuk ke SyurgaMU.

Tuesday, February 16, 2016

Apa salah WAHABI?

Saya tertarik dengan tulisan bertajuk Umat Islam dimomokkan Wahabi di Sinar Harian.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/johor/umat-islam-dimomokkan-dengan-wahabi-1.239199

Hakikatnya, pada zaman dunia tanpa sempadan ini umat Islam amat terganggu dengan pelbagai perbezaan pendapat di kalangan agamawan serta permusuhan peringkat ulama malah membawa kepada peperangan Negara kerana Mazhab!

Namakan apa sahaja mazhab dan fahaman, termasuk Syiah semuanya akan mengatakan diri mereka betul dan ia perkara yang tepat dalam berdakwah.

Apa yang tidak perlu dikatakan adalah orang lain salah. Lebih lagi cara mengatakan orang lain salah itu teramat kasar, serta sedikit tidak islamik jauh mengikut sunnah Baginda SAW.

Mufti membuka aib orang lain dalam FB, apakah ini sifat Rasulullah SAW dalam menegur?

Agamawan cabar mencabar berdebat? Nabi pernah berdebatkah?

Bagi orang Islam yang tidak belajar di Arab, kami makin dipeningkan dengan pelbagai istilah serta bahasa Arab yang sukar meresapi kedalam jiwa.

Kadang-kadang saya terfikir, jika Nabi SAW diturunkan ke Negara China apakah AlQuran dalam Bahasa Arab atau Cina? Jika Arab kenapa dan jika Cina kenapa?

Secara logiknya, seorang pengutur akan nampak amat pandai jika dia menggunakan bahasa saintifik ie bahasa engineer bahasa bisnes,  bahasa akaun, bahasa sains, bahasa Doktor, bahasa undang-undang dsb.

Tetapi dalam dakwah malah dalam Islam, pengutur tidak perlu nampak pandai dan menggunakan istilah Arab kerana ia gagal meresapi dalam jiwa, faham, tapi tidak masuk kedalam hati berbanding dengan bahasa lidah.

Sebagai orang Islam, kita hanya wajib percaya dan beriman pada enam perkara.

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Mazhab hanyalah alat atau cara atau kaedah untuk kita melakukan yang enam ini. Selagi kita tidak terpesong dari yang enam ini kenapa perlu diperbesarkan hingga berperang, hingga kafir, hingga laknat, hingga neraka menjadi mainan, hingga Padang Masyar menjadi modal dsb?

Wahabi sendiri bukan Mazhab tetapi mampu menjadi duri dalam daging kepada orang Islam hingga di haramkan di Pakistan. Kenapa?

Wahabi tidak salah, 4 Mazhab tidak salah, semua tidak salah dan hanya satu sahaja betul iaitu AlQuran.

Kenapa kita fokus kepada salah yang banyak ini dan tidak fokus kepada satu yang betul. Kenapa?

Pengasas Wahabi sendiri iaitu Al-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Al-Tamimi sendiri berjuang demi menegakkan AlQuran yang satu, Islam yang satu, Allah yang satu dan Nabi yang satu!

Tindakan beliau drastik atau kasar kerana ia perkara serius semasa itu hingga membawa kepada "penyembahan" batu dsb.

Jika perkara itu tidak serius, beliau tidak akan bertindak komunis dan akan memberi kebebasan kepada umat Islam untuk beribadat kepada Allah dengan cara mereka.

Sepertimana Mazhab, Sunni dan Syiah, Wahabi juga bermasalah yang sama iaitu cara pengikutnya.

Pengikut Wahabi gagal mencapai semangat dan perjuangan Muhammad bin Abdul Wahab sehingga lahirnya ENSIKLOPEDIA BIDAAH!

Tebal, sangat tebal malah beribu perbuatan orang Islam di jatuhkan hukum bidaah.

Malah secara keterlaluan mereka jatuhkan hukum kafir, syirik, murtad, neraka dan sebagainya.

Sekali lagi, Rasulullah SAW sendiri menegur dengan adab, kenapa kita baik Wahabi, 4 Mazhab, tidak menegur dengan adab.

Pengikut yang salah, Wahabi tidak salah, 4 Mazhab tidak salah.

Apakah Muhammad Bin Wahab, Hanbali, Hanafi, Maliki dan Syafie ajar kita atau pernahkah mereka sendiri menjatuhkan hukum kafir, syirik, murtad, lagi-lagi neraka kepada orang yang salah itu?

Apakah Muhammad bin Wahab fokus kepada perkara kecil dalam ibadah orang Islam ala komunis tidak benarkan selain dari itu?

Saya ambil contoh, Qunut!

Kecil sahaja masalah Qunut. Nabi tidak buat.
Kalau kita buat apakah ia dilarang AlQuran? Apakah ia berdosa, dan buruk semata-mata? Apakah ia mengubah taklik syahadah serta akidah kita?

Masalah Tahlil/Talkin. Nabi tidak buat. Kalau kita buat apakah berdosa, atau tidak dapat pahala.
Kalau kita buat apakah ia dilarang AlQuran? Apakah ia berdosa, dan buruk semata-mata? Apakah ia mengubah taklik syahadah serta akidah kita?

Masalah bersanding, bertunang, dll. Nabi tidak buat. Kalau kita buat apakah berdosa, atau tidak dapat pahala.  Kalau kita buat apakah ia dilarang AlQuran? Apakah ia berdosa, dan buruk semata-mata? Apakah ia mengubah taklik syahadah serta akidah kita?

Masalah Facebook, Komputer. Nabi tidak buat. Kalau kita buat apakah berdosa, atau tidak dapat pahala. Kalau kita buat apakah ia dilarang AlQuran? Apakah ia berdosa, dan buruk semata-mata? Apakah ia mengubah taklik syahadah serta akidah kita?

Masalah sudu, garpu, periuk nasi elektrik. Nabi tidak buat. Kalau kita buat apakah berdosa, atau tidak dapat pahala. Kalau kita buat apakah ia dilarang AlQuran? Apakah ia berdosa, dan buruk semata-mata? Apakah ia mengubah taklik syahadah serta akidah kita?

Masalah kereta, kapal terbang dll. Nabi tidak buat. Kalau kita buat apakah berdosa, atau tidak dapat pahala. Kalau kita buat apakah ia dilarang AlQuran? Apakah ia berdosa, dan buruk semata-mata? Apakah ia mengubah taklik syahadah serta akidah kita?

Asasnya mudah kenapa perlu dirumitkan?

Baiklah.

Saya boleh terima apa sahaja anda mahu kata termasuk menggunakan kaedah bukan Nabi SAW atau kaedah komunis dengan memanggil saya kafir, jahil, murtad, syirik, bodoh, pergi belajar agama, Syiah dll.

Tapi satu sahaja saya minta kita fikirkan.

Bila 4 Sahabat memerintah ikut cara dan kaedah masing-masing, adakah mereka menyerang cara Sahabat lain?

Bila 4 Imam jalankan ibadah ikut cara dan kaedah masing-masing, adakah mereka menyerang cara Sahabat lain?

Adakah mereka menyuruh pengikut mereka ketika itu menyerang orang lain?

Ini masalah pengikut Wahabi!!! Bukan Wahabi, asas Wahabi itu betul, tapi pengikutnya salah.

Pengikut Wahabi suka menyerang orang lain, jauh lebih suka berbanding orang lain.

Itu salah Wahabi kerana pengikutnya suka menyerang!

Pengikut Mazhab yang empat walau banyak berbeza, jarang serang satu sama lain.

Sebagai contoh, perempuan Bangladesh Mazhab Hanafi tidak sunat, adakah pengikut Mazhab Syafie serang orang Bangla dan katakan mereka anak haram kerana perempuan mereka tidak bersuci dengan sempurna kerana tidak sunat?

Contoh lagi, Mazhab Syafie baca Qunut, apakah Mazhab di Arab Saudi serang dan menjatuhkan hukum tidak sah solat subuh di Mekah?

Semua tidak menyerang, tapi pengikut Wahabi begitu ekstrem menyerang dengan keras ala adat Arab bukan adab Rasulullah SAW!

Saya tidak berkata disini Wahabi salah, saya kata yang betul AlQuran.
Kenapa dicari 10000000001 perbezaan tetapi tidak pedulikan satu persamaan!

Lebih dari itu, saya tidak kata tahlil wajib, Qunut wajib, bersanding wajib, apa yang saya katakan jika ia lebih banyak baik dari buruk tidak perlu diperbesarkan, jika mampu buat, jika tidak, tidak perlu buat.

Saya tidak pernah tahu ada orang dipenjarakan atau di gelar kafir kerana tidak buat tahlil, tidak baca talkin, tidak baca Qunut(saya sendiri sudah 10 tahun tidak baca Qunut), dll.

Tetapi saya tahu ramai digelar kafir, syirik, bidaah dll hanya kerana baca Qunut, Tahlil, Talkin dll.

Wallahualam.

PS: Dakwah terbaik adalah kepimpinan melalui tauladan. Jika lihat pada permusuhan orang Islam hari ini yang suka menyerang dan berdakwah ala komunis, orang Bukan Islam tidak akan masuk Islam jika mereka tidak lihat pada keindahan AlQuran oleh Allah.

Monday, February 15, 2016

Zahid Berkomedi: Rakyat Cabar Kerajaan Rombak Sistem Pendidikan Yang Gagal Didik Rakyat Kerja Buruh

Mahu belia basuh longkang? Cuci pinggan sendiri dan tandas di Sekolah pun tidak mampu!

Saya rayu pada Dato Seri Zahid Hamidi berhenti berkomedi!

Jika Zahid tidak henti buat kenyataan komedi, saya khuatir sampai bila-bila Rakyat malah sejarah akan kenang Zahid sebagai Zahid Komedi sedangkan Hamidi adalah seorang Ulama malah beliau sendiri banyak menaungi Sekolah Agama Imtiaz di seluruh Malaysia.

Cabaran Dato Zahid pada Belia Malaysia untuk sapu sampah, cuci longkang, buat bangunan dan berhenti menyalahkan Kerajaan adalah komedi paling lawak Tahun 2016.

Ini kerana, sepanjang Belia Malaysia bersekolah Kerajaan, TIADA SUBJEK cara sapu sampah, buat bangunan, cuci longkang dll?

Tunjukkan saya satu sekolah di Malaysia yang mengajar cara bertani? Yang ajar cuci longkang? Yang ajar menyimen, ikat batu dan plaster? Sekolah mana? 

Bukan sahaja subjek, malah sistem pendidikan tidak dedahkan rakyat pada perkara seperti itu.

(Jika Menteri fikir untuk bertani, cuci longkang, sapu, ikat batu dan pekerjaan 3D lain tidak perlu bersekolah, Menteri silap. Thailand ada Sekolah dan Subjek Pertanian dan hasil pertanian Thailand beribu kali lebih baik dari Malaysia. Waima cuci longkang pun perlu belajar di Sekolah cara dan displin yang betul, disamping teknologi terkini.)

Zahid, dan Kerajaan perlu belajar dari Jepun yang tiada masalah migran dan rakyat Jepun sendiri berkerja sebagai pemungut sampah, petani dan angkat najis malah bersifat profesional dikenali sebagai Hygiene Engineer.

Ini kerana di Sekolah lagi mereka diberi tugas bersihkan tandas Sekolah, sapu Sekolah, malahan cuci pinggan sendiri di Kantin.

Hakikatnya, semua kerja baik tukang sapu 3D, atau Profesional Doktor mempunyai kesukaran dan cabaran yang berbeza.

Malangnya, di Sekolah Malaysia Cikgu Subjek BM, Math, BI, Akaun, Engineer, Sastera, Agama dll semuanya terpaksa menurut sistem Kerajaan untuk naik pangkat iaitu menyediakan pelajar untuk jadi orang pandai akademik sahaja!

Di rumah pula, Ibu Bapa punyai harapan tinggi pada anak-anak sedangkan anak-anak tidak berbakat dalam pelajaran tetapi sebab sistem pendidikan yang pincang, gagal UPSR/PT3 pun masih boleh bersekolah dan terus diharap menjadi Doktor.

PENIPUAN PALING BESAR UMNO terhadap Rakyat adalah sediakan Universiti Swasta di setiap Negeri bagi memenangi hati pengundi luar bandar khususnya Melayu.

Kerajaan beri "pinjaman@rasuah" pelajar gagal Matematik sambung pelajaran Diploma dan Ijazah supaya ibu bapa terhutang budi tergadai undi pada UMNO. 

Natijahnya, selepas pelajar ini pinjam RM 15,000 tidak termasuk bunga, mereka sukar dapat kerja kerana walaupun kelulusan sama dengan rakan dari IPTA, kualiti pelajar ini jauh berbeza dan tidak ikut piawaian industri.

Selepas buang masa 4 tahun dan beribu duit poket, akhirnya anak ini iaitu pelajar "dipaksa" membayar pinjaman PTPTN selain berhadapan kos sara hidup yang tinggi. Dan bagi menutup kepincangan Kerajaan, TPM tuduh anak ini malas dan memilih kerja?

Soalnya kenapa Kerajaan beri dia pelajar dan pinjaman jika dia tidak mampu untuk belajar?

JUSTERU, adalah jelas SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA MEMAKSA pelajar yang lemah dalam pelajaran untuk belajar bukan untuk berjaya asalkan mereka buat pinjaman dengan Kerajaan sekaligus terus termakan budi tergadai undi pada UMNO.(ulang kedua)

Lebih lawak lagi, dasar Kerajaan di Kementerian Pelajaran adalah;

VISI "Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI "Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
MATLAMAT "Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

Jika diteliti pada Visi, Misi dan Matlamat adalah jelas UMNO gunakan taktik "divide and rule" atas rakyat supaya terus undi mereka atau Negara tidak akan sejahtera kerana terlepas ketangan Cina.

Pecah dan perintah ini diserap pada orang Melayu supaya cemburu dan takut akan kejayaan Cina supaya orang Melayu akan terus sokong kepincangan Kerajaan dan terus jadi penganggur dan hamba di Negara sendiri dimana akhirnya TPM dan Naib Presiden UMNO sendiri salahkan rakyat.(ulang kedua)

Boleh disimpulkan Kerajaan sengaja tidak sediakan rakyat Malaysia secara mental dan physical untuk berkerja disektor 3D kerana jika Rakyat terlalu berdikari mereka akan mampu jatuhkan UMNO secara demokrasi mahupun rampasan kuasa.

Kerana ada baiknya jika Kerajaan biarkan orang Melayu terus bodoh dan menjadi hamba kepada sistem pincang Kerajaan kerana lebih mudah mengawal dan memerintah orang bodoh.

Saya jamin jika rakyat Malaysia sudah dilatih mental dan physical  untuk menjadi seorang tukang sapu, tukang cuci longkang, petani malahan membina rumah sejak Sekolah sudah pasti mereka tidak punyai masalah langsung untuk buat demikian kerana wang bukan ukuran jika hati sudah mahu.

Sebaliknya, Rakyat Malaysia hanya dididik untuk menjadi Doktor, Peguam, Akauntan, Kerani Kerajaan, Artikek, Engineer dan kerja pejabat lain di Sekolah malah diberi pinjaman pula walaupun tidak berbakat dalam pelajaran.

Malahan di zaman tekonlogi ini, jika skill yang betul diajar pada pelajar di Sekolah ie penggunaan alat bantuan petani, alat plaster, IBS, alat cuci longkang dll kerja 3D atau Danger, Dirty dan Difficult akan menjadi amat mudah.

Zahid berkomedi, Kerajaan tidak boleh salahkan rakyat jika Kerajaan sendiri khususnya pemimpin sendiri tidak mampu didik rakyatnya dengan mental, physical, skill dan ilmu yang tepat.

PS: Saya ingin tanya apa khabar dengan MLVK, IKM, IKBN dan Skim Skill lain? Apa khabar dengan Kolej Vokasional? Apakah mereka benar-benar menepati standard piawaian industri atau sekadar menepati standard salur keluar duit Kerajaan untuk kroni?

Saturday, February 13, 2016

Siapa Pandai Jaga Anak?

Selepas Tuan Haji Saiful Nang berkongsi artikel tentang anak-anak yang bermain kapal terbang dan "air" hingga masuk kedalam makanannya dimana didakwa ibu bapa buat tidak tahu, semua berlumba-lumba mahu membicarakan tentang "anak nakal".

Sepertimana Ulama dan Ustaz, ibu bapa masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing betul dimana yang jelas betul atau tidak tetapi kaedah "sampai, jawab dan penulisan"salah bawa lebih banyak perkara negatif dari positif.

Tidak Saiful Nang, tidak saya, tidak anda, malah tidak pakar sekalipun mampu benar-benar yakin kita betul dalam mendidik anak melainkan Allah SWT.

Sebagai contoh ibu bapa kita begitu bengis kerana pernah merasa keperitan kekejaman Jepun, keangkuhan penjajah British dll, maka (kita)anak-anak dididik dari pengalaman ibu bapa.

Apakah cara ibu bapa kita betul? Jika betul kenapa kita semua tidak ikut cara mereka?

Jawapan dia mudah. Physcology membuktikan seorang anak akan cuba elak ulangi "kesilapan" ayahnya walau kesilapan itu sekadar anggapan dan mereka akan tauladani sifat betul ibu bapa mereka, walaupun ia bukan betul sepenuhnya.

Ibu bapa hari ini sebenarnya menghadapi cabaran lebih mencabar dalam mendidik anak-anak.

Perang keatas kita hari ini bukan datang secara berhadapan dan bukan perang fizikal seperti yang dihadapi ibu bapa kita.

Perang hari ini adalah perang minda, perang jiwa dan perang globalisasi yang menyerang sekaligus menjajah secara halus.

Ibu bapa "clueless" kaedah didik anak berjaya bukan di dunia sahaja tapi lebih penting berjaya di akhirat kelak.

Kita boleh melihat kebrorokan dan kecurangan masyarakat kita mencuri, menipu, rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain yang mana ia pasti menyedihkan ibu bapa mereka di bawah sana kerana saya lebih dari pasti, ibu bapa mereka tidak pernah mengajar mereka menyakiti orang lain dengan apa jua cara.

Saya sendiri bapa kepada 3 anak lelaki yang buas. Pada yang mempunyai anak lelaki lebih dari 3 tanpa ada anak perempuan mungkin anda akan faham bila saya mengatakan "buas".

Menilai dari satu sudut positif selamat yang "standard", kami 6 beradik begitu patuh pada Emak dan takut kepada Abah.

Bila pergi kerumah orang kami akan duduk berenam, tidak bangun dan tidak bermain kecuali diarahkan.

"Budak Baik", "Baiknya Anak", "Pandainya" adalah antara pujian yang sering kami perolehi.

Sebagai anak paling kecil, saya ada kesukaran mengikut perintah, tapi sering ditegah oleh abang dan kakak.

Justeru tanpa saya sedari saya membesar dengan memenuhi spefikasi adik beradik dan anggapan ibu bapa sedangkan jiwa saya bukan begitu.

YA! Cara ajar anak berbeza-beza kerana jiwa anak-anak kita tidak sama.

Jika kita mempunyai anak yang sopan dan makan beradab di Kedai Makan, tidak bermakna anak orang lain juga mempunyai jiwa yang sama dan harus ikut "adab" Melayu itu.

Ibu bapa yang punyai anak yang "kurang ajar" kata orang atau lebih tepat bising, tidak boleh duduk diam, gatal tangan, makan bersepah, melalak, dll anda sebenarnya bertuah.

Saya kongsi satu kata ulama sejati;

"

Allah jadikan setiap manusia kelebihan dan ia berbeza antara satu sama lain sepertimana DNA kita.

Bila kita jumpa kelebihan dan kekuatan kita masing-masing, maka tiada apa yang boleh hentikan kita dari berjaya di dunia ini.

Allah juga jadikan kita dengan kekurangan masing-masing, dan ia juga berbeza antara satu sama lain sepertimana cap ibu jari kita.

Bila kita jumpa kekurangan kita dan perbaiki, maka tiada apa yang boleh hentikan kita dari berjaya di akhirat kelak.

"

Bila ibu bapa menegah anak mereka dari "explore" dengan kaedah mereka, maka secara tidak langsung ada kemungkinan anak mereka akan hidup selama-lamanya untuk hidup bawah tanggapan ibu bapa dan berusaha memuaskan hati mereka.

Pengalaman saya berkahwin dan mempunyai keluarga mertua yang sedikit berbeza.

Kakak ipar saya seorang Doktor dalam kalangan saudara semasa kecil dikenali sebagai seorang anak perempuan yang tiada masa hadapan kerana nakal, suka usik barang di rumah orang dll dan tidak ditegah ibunya.

Mungkin ibunya mahukan anaknya mempunyai daya ingin tahu dan tekad yang kuat dan tidak berhasrat membantutkan perkembangan minda itu.

Wallahualam.

Mungkin ibunya betul, mungkin emak saya betul. Pada saya dua-dua betul mengikut karakter anak masing-masing kerana Allah cipta manusia dengan kelemahan yang berbeza antara kita sama lain. Apatah lagi, ada juga ibu bapa yang bengis berjaya mendidik anak menjadi Perdana Menteri seperti Cikgu Mohamad mendidik Tun Dr Mahathir.

Terang lagi bersuluh, cara mendidik anak berbeza mengikut karakter, pembawaan, sifat semulajadi karuniaan Allah dsb justeru tiada siapa yang betul DAN;

Yang pasti, pada saya tiada siapa yang salah selagi anak kita tidak usik dan menyusahkan hidup orang lain dari kecil hinggalah dia “mati”.

DAN kalau setakat terkena sedikit pada orang dewasa tanpa membahayakan nyawa mereka, saya berpendapat ia lebih indah jika orang dewasa tersebut boleh menunjukkan contoh pada anak kecil ini iaitu contoh kemaafan dan jiwa besar.

Tujuan saya menulis artikel ini bukan untuk mempertahankan diri saya dari orang yang tidak boleh melihat "kebuasan" anak saya, dan sikap saya membiarkan mereka "explore" satu Mid Valley waima satu "Masjid" sekalipun.

Tetapi saya menulis agar ibu bapa yang terkena tempias kritikan ibu bapa anak "skeptikal' ini tidak mengubah cara mendidik anak semata-mata kerana masyarakat mahukan anak kita dididik cara mereka sedangkan jiwa anak kita Allah jadikan berbeza-beza.

Itu sahaja.

Oh ya, kepada pemilik kedai dan pengunjung kedai lain, nombor kereta saya 5777 dan anak saya 3 orang lelaki berumur 8, 5 dan 3 tahun. Jika anda tidak suka "anak buas" saya makan di kedai anda atau di sebelah meja anda, bolehlah letak notis larangan atau menegah saya masuk kedai. Asalkan dia tidak usik dan kacau orang lain, saya hanya mahukan anak saya belajar setiap detik, itu sahaja.

Mustaqim Abdul Rahman-tanpa niat menghina dan merendahkan sesiapa.

PS: Saya sering melihat anak muda yang begitu "beradab" salam dan cium tangan orang yang lebih tua, tapi mereka menarik tangan orang ke mulut mereka, kerana mereka disuruh ibu bapa tanpa memahami kenapa? Ada juga yang hanya salam bila diperhatikan sahaja.

Tidak seperti kita dahulu yang tunduk 90% semasa salam orang lebih tua dahulu dan akan salam samada diperhatikan atau tidak.
              

Monday, February 8, 2016

Mampukah Melayu Bersatu?

Terlalu sukar untuk Melayu bersatu tetapi tidak mustahil.

Namun, mutiara di laut bukan mudah didapati, begitu juga bukan mudah untuk menyatukan Melayu.

Walaupun hanya berjumlah kurang 20 juta Melayu Malaysia, Melayu hari ini berpecah kepada hampir 50 pecahan dan perpecahan terbaru ialah bangsa baru iaitu Bangsa Johor.
Jumlah itupun di import dari kacukan Indonesia, Minangkabau, Jawa, Bugis, Banjar, Batak, Acheh, Bangla, Pakistan, Siam, Sulu, Kalimantan dll jika tidak Melayu hanya dianggarkan berjumlah kurang 5 juta.

Melayu perlu laksanakan 5 langkah yang diteliti dari bangsa China, Indonesia dan Jepun.

PERTAMA!

Bahasa sahaja mampu satukan bangsa melayu(bukan kita tapi anak-anak kita.

Satukan bahasa! Indonesia ada 270 suku utama dengan bahasa utama tapi mereka guna Bahasa Melayu(tertulis dalam buku Perlembagaan Indonesia) sebagai bahasa rasmi.

Melayu berpecah kerana kita guna bahasa Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan paling pelik Bahasa Arab dalam acara rasmi dan rancangan TV perdana, guane?

KEDUA!!

Melayu perlu belajar dari bangsa yang berjaya satukan bangsa mereka melalui pendidikan.

Sekolah Cina sejak hari pertama anak kecil Cina bersekolah mereka tidak akan belajar apa-melainkan belajar tulis dan sebut berulang-ulang;

"Wo ai mama...Wo ai papa" atau "Saya sayang Emak...Saya sayang Ayah"

Physcology merujuk Emak kepada asal usul(negara) dan Ayah kepada bahasa(komunikasi), Indonesia ada pancasila yang dihafal sejak kecil, disebut berulang beribu kali hingga sebati dalam jiwa, menyerap dalam pembuluh darah dan hadir dalam nafas mereka.

KETIGA!!!
Muzik dan irama! Cina dan India tetap akan kekalkan gendangnya, muziknya, iramanya, hindustannya, walaupun dilanda hip hop, rockssss, R&B waima musik techno pun di iramaTamil oleh mereka. 
Malah untuk tujuan ini China sekat sebahagian youtube dan Facebook sepenuhnya! Satu lagi negara yang buat demikian adalah Korea Utara.
Mungkin nampak remeh tapi jika dengar balik pesan arwah Tan Sri P.Ramlee ada benarnya;
"kita perlu isi jiwa dan dada anak-anak kita dengan muzik dan irama melayu......kerana jika tidak, muzik dan irama asing akan masuk dan meresap dan menghilangkan jati diri melayu"

KEEMPAT!!!!

Common foe atau musuh yang sama, samada rekaan mahupun benar!

Sejarah buktikan semasa perang Eropah, Eropah pulih dan satukan kulit putih dengan menjadikan kulit hitam sebagai "common foe" atau musuh mereka yang sama.

China meletakkan Jepun sebagai musuh sama mereka hingga lahirnya China Bersatu, tapi Melayu tiada common foe. Melayu perlu pilih dan letak Jepun yang zalim atau komunis sebagai musuh sama untuk menyatukan Melayu sebagai satu.

Lebih malang bilamana Melayu mempunyai berjuta musuh berbeza dalamkalangan mereka sendiri.

KELIMA!!!!!
Agama! Malaysia didirikan dengan doktrin agama, bangsa dan negara berbeza dengan Indonesia yang mengutamakan Negara, kemudian Bangsa dan  barulah Agama! 

Apakah mereka kurang Islam dan beriman berbanding kita? Tidak, malah mungkin lebih beriman.

China juga berdoktrin Negara, Bangsa dan Agama.

Agama memecah belahkan manusia khususnya kita-bukan saya cakap, Al Quran yang cakap.
Banyak disebut dalam alquran ALLAH yang cakap seperti;
"Tidak akan berkelahi dua orang manusia hinggalah dibacakan ayat AKU(AlQuran) pada mereka kerana mereka suka berbuat khianat, dan banyak lagi.

Siapakah yang benar ikhlas mahu lihat Melayu Bersatu? 

Parti politik mana? 

NGO mana? 

Pemimpin Melayu mana? 

Raja dan Sultan Melayu mana yang tidak pentingkan diri dan tegas berusaha menyatukan Melayu?

Hakikatnya, Melayu lebih mudah diperintah dan dikawal jika Melayu berpecah.
Atas sebab itu mungkin ada baiknya kita berpecah pada pemimpin agar mudah mereka perintah dan kawal orang Melayu?
Fakta ini walaupun saya amat sayang hormat dan cinta kepada Tun Mahathir, tapi saya terpaksa akui ada silapnya beliau sebagai manusia biasa kerana berpeluang melakukan sesuatu selama 22 tahun memerintah tetapi tidak lakukan.

Paling mudah PM boleh wajibkan subjek kaum melayu di sekolah pun sudah memadai sebagai permulaan menyemai benih cintakan bangsa sendiri.
Jika orang Cina ada SJKC untuk subjek wajib kaum Cina dan menyemai semangat dengan tulisan kaligrafi mereka, India ada SJKT tetapi Melayu tidak ada SJKM dan dari dulu Melayu syok sendiri Sekolah Kebangsaan itu Sekolah Melayu...:((
MELAYU TERTIPU DAN DITIPU!
PS: Anak saya di Tadika Montessori belajar Bahasa Mandarin bukunya berkulitkan Tembok Besar China dengan wajah Mao Zedong! Apakah anak saya akan cintakan Malaysia atau China?