ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, May 7, 2008

FAM Perlu Kaji Format Bolasepak Malaysia

** Dihantar pada Utusan 2Oktober2005 - tidak disiarkan

Saudara Pengarang,

Tirai bolasepak tempatan telah ditutup dengan didominasi oleh kuasa bola sepak yang amat sinonim dengan penyokong fanatiknya. Sebagai rakyat Malaysia, kita boleh berbangga dengan kehadiran lebih 90,000 penyokong yang hampir memenuhi seluruh pelosok Stadium Bukit Jalil. Satu perkembangan yang amat baik demi masa depan bola sepak tempatan kerana jika diimbas kembali, perlawanan bola sepak di Stadium Bukit Jalil hanya pernah penuh sekali iaitu perlawanan Thailand Malaysia pada Sukan Asia yang lepas.

Seperti diketahui, pasukan negeri mempunyai penyokong yang lebih banyak dari pasukan kelab dan ada pasukan negeri yang masih berada di Liga Perdana sebenarnya lebih hebat dari pasukan Liga Super. Tetapi, mereka terpaksa akur kepada pasukan juara iaitu Selangor dan Negeri Sembilan.

Saya percaya masih ramai di antara kita yang masih segar dengan kemeriahan bola sepak tempatan sewaktu pasukan negeri dibahagikan kepada Divisyen Satu dan Dua.
Anak-anak negeri yang tidak meminati bola sepak hadir ke stadium menyokong pasukan negeri kelahiran mereka, ada antara mereka yang memasang impian untuk menabur bakti kepada negeri mereka apabila mereka dewasa kelak.

Disini saya ingin meminta pihak FAM supaya mengkaji semula format liga bola sepak Malaysia, iaitu Liga Super 8 pasukan, Liga Perdana A dan B 16 pasukan.
Saya mencadangkan supaya Liga Super dikekalkan dengan penambahan 8 lagi pasukan terbaik dari Liga Perdana Satu dan Dua. Pasukan dalam Liga Perdana yang lain akan dimeriahkan oleh pasukan Piala Presiden. Hampir semua pasukan Piala Presiden ialah pasukan negeri.

Secara tidak langsung pasukan Piala Presiden yang terdiri dari pemain muda dapat menimba pengalaman dari pasukan senior mereka (terutama jika bertemu dalam Piala FA). Langkah ini dilihat dapat menyediakan pemain pelapis tempatan yang berkebolehan.
Disamping itu, pasukan kelab seperti MKLand, Public Bank dapat mempertahankan kewangan pasukan mereka terutama apabila bertemu dengan pasukan negeri yang mempunyai ramai penyokong.

Saya juga bersetuju dengan Saudara Ayis, kini sudah tiba masanya setiap pasukan bolasepak mempunyai logo atau lambang dan bendera mereka sendiri tanpa menggunakan bendera negeri kerana dikhuatiri ada beberapa golongan yang tidak menghormati bendera negeri. Ada antara penyokong yang tidak puas hati dengan mutu bola sepak tetapi bakarkan bendera negeri. Kita perlu sayang dan hormati negara, negeri, lagu dan bendera.

Akhir kata, supaya saranan ini bukan merupakan kehendak individu, diminta FAM melalui media cetak dan elektronik membuat tinjuan dan undian atau pendapat melalui SMS dari penyokong bola sepak kerana merekalah nadi utama kebangkitan bola sepak Malaysia.

MUSTAQIM ABDUL RAHMAN
BATU CAVES SELANGOR

No comments: