ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, January 28, 2014

RM 2.6 billion Rizab Tunai Selangor Jadi Rebutan


Jahanam Selangor!

Heboh satu Malaysia perletakan jawatan ADUN Kajang dan pengumuman calon dari Pakatan Rakyat iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim. Jika beliau dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat bijak pandai, sewajarnya Dato Seri Anwar Ibrahim bertanding di DUN Selangor pada PRU 13, Mei tahun lepas justeru menjimatkan kos PilihanRaya kecil dan rakyat tidak perlu membazir masa dan wang mengundi kali kedua dalam tempoh setahun.

Dalam Islam, membazir itu kawan Syaitan, samada secara langsung mahupun subahat namun Syurga dan Neraka kekal hak mutlak Allah dan bukan sesiapa manusia untuk menentukan.

Sehingga artikel ini ditulis, penulis tertunggu-tunggu tindak balas Ketua Pembangkang Selangor dan UMNO Negeri Selangor, tapi mungkin kerana beberapa perkara kecemasan yang tidak dapat dielakkan, UMNO Pusat terpaksa menjawab gesaan Dato Seri Anwar supaya UMNO tidak bertanding.

Pilihan Raya Kecil Kajang bukan sebarang Pilihanraya kerana hadiah utamanya adalah wang bernilai RM 2.6 billion yang menjadi rizab Kerajaan Negeri Selangor hasil berjimat cermat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selama 6 tahun. Jikalau Shaw Brothers masih sebagai teraju filem Melayu sudah pasti ada filem bertajuk Sandiwara Dua Anak Ibrahim, seorang gemuk berjimat dan menyimpan untuk si kurus guna dan habiskan kelak.

RM 2,600,000,000 bukan sedikit wang yang sudah pasti mengundang bukan sedikit orang yang mengimpikannya. Bukan calang-calang orang yang dapat menepis godaan wang sebanyak itu, dan mungkin tiada siapa mampu menepisnya.

Lain orang lain fikirannnya, malah pertimbangan logiknya juga tidak sama.

Pada logik saya, RM 2.6 billion tersebut tidak akan digunakan untuk memperkukuhkan parti  bagi menghadapi PRU 14, kerana logiknya ia paling awal diadakan pada 2018 malahan Pakatan Rakyat amat-amat kukuh di Selangor.

Pada logik saya juga berkemungkinan RM 2.6 billion itu akan digunakan untuk membiaya kegiatan-kegiatan subversif, haluan kiri, demonstrasi jalanan hingga membawa kepada rampasan kuasa, ataupun pembubaran Parlimen lebih awal seperti di Thailand.

Pada logik saya juga berkemungkinan RM 2.6 billion itu akan digunakan untuk BR1S Bantuan Rakyat 1Selangor, atau mungkin mendirikan lebih banyak Sekolah Tahfiz dan Masjid, atau menderma atau memberi pinjam kepada Kerajaan Kelantan bagi menyediakan air bersih dan lebuhraya kasih disana atau mungkin diberi pada anak yatim seluruh Malaysia, Wallahualam.

Pembaca sudah pasti mempunyai logik yang berlainan, pilih yang mana anda fikirkan logiknya dimana anda akan belanjakan RM 2.6 billion duit rakyat Negeri Selangor?

Secara logiknya juga, jika wang sebanyak itu mahu dibawa dari Luar Negara masuk ke Malaysia, ia amat sukar kerana Pihak Berkuasa Malaysia malahan PBB sendiri mahu tahu mengapa dan kenapa RM 2.6 billion dibawa masuk dari Luar Negara ke Malaysia? Samada untuk membiaya terroris menyerang Amerika, atau untuk membiaya Yakuza di Jepun atau menjahanamkan Malaysia khususnya Selangor sendiri atau untuk digunakan bagi diadakan Kenduri Kesyukuran PRU 13? Jika alasan tidak kukuh kebenaran tidak akan diberikan.

Nah! Sekarang diharap| pembaca berfikir lagi secara logik dimana lagi ada wang tunai yang banyak dalam Negara Malaysia kalau bukan dalam Akaun Kerajaan Negeri Selangor!!!

Apa-apapun saya ingin menjadi orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana saya pasti beliau akan menang di Kajang dengan mudah dengan ucapan, semoga Allah rahmati kita semua. Sekian.

Mustaqim Abdul Rahman

Wednesday, January 22, 2014

Apa Kebaikan Francais?

Pasti ada kebaikannya. Namun, untuk jangka masa panjang agak buruk khususnya bagi francais yang bersifat trending. Apabila trend tersebut habis, pemegang lesen francais pening kepala kerana duit modal masih belum diperolehi semula jauh sekali untung. Sebaliknya pemilik francais atau dikenali franchisor untung besar selain jenamanya dipopularkan franchisee.

Antara francais yang boleh dikatakan dalam kategori suram ini adalah 1901, Tutti Frutti, Big Apple Donut, Dunkin Donut dan lain-lain.

Mungkin ia tidak menjadi masalah kepada makanan yang mempunyai margin yang tinggi serta demand setiap hari seperti Aunty Anne, Chicken Rice Shop, Secret Recipe dan lain-lain.

Terbaru Cool Blog, Chatime dan beberapa makanan tempatan seperti Burger Bakar, Burger dan Stimbot mewarnai dunia francais yang menjanjikan pulangan tinggi dengan kerja mudah.

Situasi menang-menang dijadikan modal oleh pemilik francais kepada pemegang lesen francais. Namun, apabila bayaran lesen francais melebihi RM 50,000 malah ada yang mencecah ratusan ribu ringgit tidak termasuk bayaran ubah suai, tempahan stok serta terma-terma lain, ia sebenarnya menganiaya pemegang lesen apatah lagi produk tersebut sendiri belum benar-benar stabil dan diterima seperti KFC dan Mc Donalds.

Menambah luka pada duka, pemegang lesen francais yang masih rugi atau sudah untung selepas 5 tahun tidak punya apa-apa produk untuk diperjuangkan jika memilih untuk menukar bidang. Yang untung adalah jenama tersebut kerana namanya yang dinaikkan pemegang lesen francais.

Mereka perlu mula semula, atau menukar bidang lain dengan permulaan baru. Usaha gigih dan penat selama bertahun demi francais trending ini jelas amat-amat tidak berbaloi dan tiada kebaikan pada pemegang lesen francais. Jika dibandingkan dengan Francais Big 5 seperti Mc Donalds, KFC, Pizza,

Semoga artikel ini dijadikan pertimbangan usahawan yang mahu berniaga serta ingatan kepada pemilik francais supaya menimbangkan semula yuran dan bayaran francais yang terlalu mahal dibandingkan risiko franchisee dan laba franchisor.

Tuesday, January 21, 2014

Kisah Melayu Kasi Cina Kaya


Saya sempat menjelajah seluruh Malaysia ketika bertugas sebagai Jurutera Komputer yang bertanggungjawab menyokong Sistem Laporan Polis di Balai Polis seluruh Malaysia. Usia yang masih muda digunakan sepenuhnya sehinggakan saya sudah tawaf Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Penang dan Selangor beratus pusingan barang kali.

Kisahnya saya sempat merakamkan pelbagai budaya, sikap dan cara pemanduan, dialek, makanan serta sosio ekonomi yang berberza di setiap Negeri.

Tapi, dimana sahaja saya pergi ada satu kesamaan yang amat sama yakni Melayu Kasi Cina Kaya. Pada orang kampung, sudah pasti perkataan peraih bukan satu perkataan yang asing.

Peraih atau orang tengah untung hampir lima kali ganda atau lebih juga bukan satu yang asing pada kita. Malahan ada harga turun semurah kurang RM 1 dan harga pembekal dijual peraih hingga RM 10.00

Di kawasan Felda Lui Negeri Sembilan, hampir 95% penoreh berbangsa Melayu, 4% India dan 1`% Cina tetapi peraih lantun getah adalah Cina.

Di kawasan Nelayan seperti Kukup, Kuala Sedeli, Sekinchan, Morib dan lain-lain, hampir 99% Nelayan adalah orang Melayu tapi 1% Cina yang tinggal disitu tidak menjadi Nelayan sebaliknya peraih atau lebih sinonim dipanngil Taukey.

Di Kuala Selangor, Tanjung Karang juga sama, sawah padi diusahakan Melayu tetapi peraihnya adalah Cina sebelum dihantar ke Kilang Beras milik Kerajaan atau Swasta.\

Di Perak dan Pahang banyak ladang kelapa sawit dan getah yang di pajak kepada Cina dan Melayu hanya menerima hasil bulanan tetap sahaja. Cina pula dengan kerajinan mengurus menggaji orang Indonesia, Cina Seberang Laut, dan Bangladesh akan memperoleh untung berlipat kali ganda.

Di Penang, senario amat berbeza kerana saya hanya dapat ketemu pertempatan Melayu di Tanah Semenanjung. Selain Flat, dan sedikit di Kondo, saya dapat jumpa mereka di kawasan Balik Pulau dalam jumlah yang kecil tapi sempit.

Pada pengamatan saya juga, pekan yang di kuasai majoriti Cina juga lebih membangunkan dari Bandar Melayu yang berdekatan malahan anggota Polis setempat memberitahu Lori Trak Duit akan datang dua kali seminggu untuk mengambil duit dari Bank kawasan tersebut bukan menghantar duit.

Sebagai contoh, Titi lebih membangun dari Kuala Klawang, Bahau dan Mahsan lebih gah dari Kuala Pilah dan Seremban, Raub dan Bentong lebih membangun dari Bandar Melayu, Tanjung Karang dan Sekinchan lebih meriah dari Kuala Selangor, Batu Pahat dan Kluang lebih tersergam berbanding Kota Tinggi, bandingkan kawasan Bandar Melaka seperti Tengkera dengan Jasin, bandingkan Sg Petani dengan Alor Star, dan banyak lagi.

Antara indikator mudah juga adalah adanya Bank dalam jumlah tertentu dan sudah tentu Public Bank wajib ada di kawasan Cina ini kerana semangat satu hati orang Cina yang menebal dan hanya menyimpan di Bank milik orang Cina sahaja.

Peraih hanya satu contoh kecil tapi amat kuat kerana kerja peraiah amat mudah dilakukan jika punya modal dan wang. Hakikatnya, semua kawasan walaupun majoritinya orang Melayu tetapi hampir 90% pemilik perniagaan barangan elektrik, pakaian, runcit dan lain-lain adalah orang Cina, dan hanya 5% sahaja orang Melayu berniaga, itupun secara kecil-kecilan. Lagi 5% Peniaga pula adalah India dan bukan Rakyat Malaysia seperti Pattani, Bangladesh, Pakistan dan Kemboja.

Saya tidak menceritakan senario di Selangor dan Kuala Lumpur kerana kita semua sudah sedia maklum.

Jika ada yang masih terpinga, luangkan masa mengira di Mid Valley Megamall,The Garden, Sunway Pyramid, Subang Empire,  KLCC, One Utama, Sungai Wang, Lot 10, Berjaya, Low Yat Plaza, Mines, dan semua Mega Mall yang ada dan hasilnya amat mebahagiakan dimana 99% Pemilik Perniagaan adalah Cina dan 99% Pekerja adalah orang Melayu.

Kisah Melayu Kasi Cina Kaya ini boleh diteruskan seratus tahun atau seribu tahun lagi jika mahu, jika tidak, marilah membuat anjakan paradigma dengan menjadikan berniaga sebagai jihad, dengan bersatu hati dan menyokong industri kita, dengan saling mempercayai dan bergerak seperti seikat lidi, bukan seperti sebatang lidi yang bukan sahaja lemah tapi tiada manfaat langsung.




Mustaqim Abdul Rahman

Friday, January 17, 2014

Saravanan: 1,598,012 saman tidak dikeluarkan semasa Thaipusam tetapi 1 saman perlu


Selamat menjalankan ritual keagamaan Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu termasuk Saravanan, seorang individu yang mendakwa bapa kepada seorang murid dimana beliau menghubungi Guru Besar untuk mengatakan bantahan beliau pada ibadah korban yang diadakan di Sekolah.

Saya mewakili semua ibu bapa di sekitar Batu Caves ingin berkongsi “bantahan bisu” kami sepanjang 23 tahun kami di sana. Selama berpuluh tahun lepas kami tidak pernah membantah, dan sebagai orang Islam yang diajar menghormati ibadah agama lain, kami tidak akan membantah.

Namun, saya ingin bertanya kepada Saravanan mengapa 1,598,012 saman tidak dikeluarkan semasa Hari Thaipusam. Kesalahan yang sering saya lihat sepanjang 2 minggu Batu Caves dikunjungi adalah meletak kenderaan di Lebuh Raya, melintas di Lebuh Raya, membuang sampah merata-rata, menyekat jalan sesuka hati, dan banyak lagi.

Malahan, kepayahan yang kami terpaksa hadapi sepanjang 2 minggu khususnya 3 hari kemuncak adalah kesesakan lalu lintas yang amat dahsyat sehingga anak kami dimarahi kerana lewat ke Sekolah, minda dan emosi kami terjejas, urusan kami semua terganggu, malahan rutin ibadat kami sedikit terganggu semata-mata untuk memberi laluan dan menghormati hak beribadat agama Hindu.

Sepertimana Saravanan, kami juga menghadapi kesukaran memberi jawapan kepada anak-anak kami yang sering bertanya kenapa, mengapa dan kenapa ibadah agama lain seperti itu dan ini. Mereka tidak bertanya banyak di hari lain, tapi di hari Thaipusam kerana kebanyakan ritual di jalankan dijalanan dan tempat awam dan boleh dilihat dengan jelas oleh anak-anak kami.

Tapi, tidak sepertimana anda, kami menjawab anak kami dan memberi contoh kepada mereka dengan sopan dan bertamadun bahawa itu agama mereka, kita perlu hormati dan beri hak ibadah pada mereka.

Kesimpulannya, kalau 1,598,012 saman tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa, 1 saman perlu malah wajib dikeluarkan kepada Saravanan atas kesalahan biadap dan kurang ajar! Jika tidak bersetuju, samanlah saya.

Mustaqim Abdul Rahman


Tuesday, January 14, 2014

My Name Is Khan Mesej Tuhan Untuk Kristian dan Islam


Malang sungguh saya kerana tidak menjadi antara yang pertama menonton filem My Name Is Khan. 

Sesungguhnya, sastera dan seni India tidak terbatas pada cerita hantu dan cinta sahaja sepertimana filem Melayu. Garapan cerita dan mesej filem Khan ini amat amat menakjubkan. Lebih dari itu ia menuntun manusia tanpa mengira agama mendalami makna pesan ibu Khan yang berbunyi “ Hanya ada satu perbezaan yang membezakan manusia didunia ini iaitu “Orang Baik Yang Melakukan Perbuatan Baik dan Orang Jahat  Yang Melakukan Perbuatan Jahat”, tiada selain itu, tidak agama, tidak bangsa, tidak darjat, tidak status ekonomi dan sebagainya.

Kematian anaknya SAM yang dipukul kerana dia seorang Islam dan menggunakan nama Khan mendedahkan ia hanya satu dari beribu kes sepertinya di Amerika pasca 9/11. Orang Islam diserang dari pelbagai sudut hanya kerana satu persepsi dicipta untuk menyalahkan Islam atas perbuatan seorang yang bernama Osama Laden yang menyerang World Trade Centre. Di ketika ramai pihak mendesak Kerajaan Amerika menjelaskan pelbagai perkara dan fakta yang mengatakan ia adalah satu plot terancang yang di rangka oleh Amerika sendiri, mereka terus berdiam diri.

My Name Is Khan sebenarnya pergi lebih dalam dari itu. Lebih jauh dari polemik Kristian Islam di Amerika sebaliknya diseluruh dunia. Filem tersebut menyentuh ke sanubari setiap insan yang dibezakan agama, yang berkelahi kerana agama, yang berbunuhan demi agama, bahawa hanya ada satu perbezaan yang membezakan manusia iaitu baik dan jahat.

Di Malaysia kita sedang berusaha untuk tidak berbalah sesama kita rakyat Malaysia tanpa mengira agama kerana persaudaraan kita sering dijadikan bahan percubaan dan ujikaji oleh beberapa pihak. Kita diadu domba oleh pihak yang meraih laba besar jika kita berbunuhan. Sama seperti di Amerika dimana beratus ribu orang samada Kristian dan Islam mati hanya kerana keputusan beberapa orang.

Sebagai hamba Tuhan saya merayu kepada semua pembaca samada Kristian, Islam, Hindu, Buddha atau apa pun, beza sangatkah kita hingga kita perlu benci pada perbezaan kita sedangkan kita hanya mempunyai SATU TUHAN sahaja. Jika kita ada dua Tuhan sudah pasti ciptaan Tuhan Pertama akan berbeza dari ciptaan Tuhan Kedua. Kita mempunyai mata di muka bukan di perut, lubang hidung menghadap ke bawah bukan keatas untuk menadah hujan, telinga di tepi bukan depan dan belakang dan segala jenis organ yang sama serta kedudukannya yang sama. Mungkin pencarian kita kepada YANG SATU tersebut berbeza tetapi DIA TETAP SATU. Tidak perlulah dirungkai agama siapa yang betul kerana artikel ini hanya bertujuan mengajak kita semua mencari satu persamaan bukan seribu perbezaan.

Rizwan Khan membawa mesej dari Tuhan kita semua. DIA mahukan kita semua menyayangi sesama kita. Agama Tuhan adalah agama kecintaan sesama manusia tanpa sebarang perbezaan. Dan sebagai rakyat Malaysia saya merayu kepada semua khususnya penganut Kristian bahawa Tuhan mahukan kita berkasih sayang dan bukan berkelahi. 

Di Malaysia Islam menggunakan ALLAH sejak beratus Tahun malahan Kristian tidak pula menterjemah GOD kepada ALLAH sekian lama, tidak di Semenanjung. Ringkasnya, jika Kristian di Semenanjung terus berkeras mahu menggunakan kalimah ALLAH maka mesej dari Tuhan yang dibawa Rizwan Khan tidak dapat difahami kita semua.

Semua agama Tuhan adalah agama kasih sayang dan keamanan, mengalahlah wahai Kristian demi kasih kita pada Tuhan yang mahukan kita berkasih sayang. Dan pada orang Islam, kami di Sabah dan Sarawak sejak dahulu sudah lama mengalah dan tidak pernah memfailkan kes di Mahkamah untuk menghalang Kristian disini menggunakan nama Allah kerana kami percaya Tuhan mahukan kita berkasih sayang bukan bertelagah.

Bagi Semenanjung pula kami sanggup dan bersedia mengalah jika Saudara dan Sahabat Kristian yang dihormati boleh membuktikan bahawa memanggil God dengan nama Allah dalam ibadat harian mereka dapat meningkatkan keimanan mereka, ketakwaan serta keyakinan mereka pada Tuhan untuk berkasih sayang sesama manusia.

Mustaqim Abdul Rahman

Monday, January 13, 2014

Gandakan Cukai Pekerja Asing, PATI dan Nafikan Keistimewaan Rakyat Pada Mereka

Jangan Susukan Anak Kera di Hutan, Susukan Anak Sendiri di Rumah. Itulah peribahasa yang paling sesuai dengan senario PATI dan Pekerja Asing di Malaysia yang bebas cukai serta menikmati segala kemudahan dan keistimewaan lebih dari rakyat Tempatan.

Pada 21 Januari 2014 KDN telah mengumumkan operasi besar-besaran yang akan diadakan selepas berkali-kali ruang dan peluang diberikan kepada majikan untuk mendaftar pekerja mereka dalam program 6P. Hakikatnya, KDN pasti akan menjalankan operasi besar-besaran setiap tahun. Namun, umum mengetahui bahawa ia tidak sedikit pun berjaya mengurangkan jumlah PATI di Malaysia yang jumlah masuknya jauh lebih banyak dari jumlah yang dihantar pulang setiap tahun.

Masalah migran samada secara sah dan haram ini merupakan masalah serata dunia. Negara seperti Amerika juga berhadapan dengan masalah yang sama dengan PATI di Malaysia. Begitu juga Arab dan China. "Supply dan Demand" senantiasa menjadi sebab utama tindakan nekad PATI memasuki Negara lain secara haram dan tindakan nekad Rakyat Tempatan yang melindungi mereka.

Bezanya di Malaysia PATI Indonesia dan Thailand mempunyai hubungan yang amat rumit dengan masyarakat setempat. Terutamanya Indonesia yang persaudaraan terjalin seumpama peha kanan(Malaysia) dan peha kiri(Indonesia) walaupun saban waktu peha kanan yang terlebih mengalah.

Penulis sendiri dari galur datuk merupakan generasi ke empat di Malaysia dan jika dari galur nenek merupakan generasi ke sepuluh di Malaysia.

Justeru tidak hairanlah jika masyarakat setempat melindungi PATI umpama saudara kandung mereka sendiri. Ini mengakibatkan segala usaha Kerajaan membanteras PATI tidak berjalan dengan lancar. Untuk rekod, PATI merupakan antara kunci utama kepada peningkatan kadar jenayah berat dan sosial di Malaysia.
Jika ke Sungai Buloh kita bisa menemukan puluhan ribu PATI, di Gombak ratusan ribu PATI, itu tidak termasuk Ampang, Klang, dan dimana-mana sahaja adanya industri yang memerlukan Tenaga Kerja yang murah.

Mereka ini menjana ekonomi kita dan menyumbang kepada aliran berbilion ringgit wang tunai keluar setiap tahun. Mereka bukan sahaja tidak perlu membayar cukai pendapatan, cukai pintu, cukai tanah dan cukai Kenderaan Motor, tetapi juga menikmati harga murah minyak dan barangan subsidi, barangan runcit dari Kedai Rakyat 1Malaysia, air percuma di Selangor, elektrik percuma bawah RM 20 diseluruh Malaysia.

Dengan hitungan mudah dapat disimpulkan PATI bukan sahaja menikmati apa yang rakyat Malaysia nikmati malah mereka lebih beruntung dari Rakyat Malaysia sendiri. Anak mereka yang lahir disini terlindung oleh label bumiputera dan menikmati segala keistimewaan yang bumiputera perolehi termasuk menjawat jawatan dalam sektor awam dan GLC. Tidak hairanlah jika kaum bukan Bumiputera yang merupakan generasi ke 3 dan lebih disini akan berasa cemburu dan kurang senang, sasaran yang mudah dipersalahkan seperti biasa, Kerajaan.

Sebagai rakyat Malaysia kita berharap agar Kerajaan dapat memastikan hanya Rakyat Malaysia sahaja yang menikmati segala kemudahan dan kelebihan. Kerajaan juga perlu mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada Pekerja Asing sah lebih-lebih lagi PATI. Wujudkan satu badan bertindak khas LHDN yang memantau majikan yang menggaji PATI tanpa mengenakan tindakan Immigresen pada mereka dan mewajibkan potongan cukai lebih se per empat pendapatan.

Jika Kerajaan serius, pasti hasil cukai yang mampu diperolehi dari PATI yang meraih berpuluh billion setahun akan dapat meningkatkan pendapatan Kerajaan sekaligus mengurangkan defisit Kerajaan.


Yang penting tujuan utama mengutamakan kebajikan Rakyat Malaysia dan mendahulukan Rakyat Asing dalam soal peningkatan cukai dan pengurangan subsidi serta mengutamakan anak jati Malaysia tidak kira kaum di sektor awam dapat dicapai.

Tuesday, January 7, 2014

Murahnya Harga Marina

Majoriti rakyat Malaysia mencintai Tun Dr Mahathir dan bersamanya sejak lama dulu. Sudah tentu memisahkan Marina dari Mahathir amat sukar apatah lagi memahami laba yang diperoleh si anak samada secara langsung atau tidak.

Tapi, itu tidak menghalang peminat Tun Dr Mahathir untuk berusaha memisahkan tindak tanduk anak beliau darinya, sekurangnya memberi alasan bahawa dia adalah entity berbeza.

Walau besar atau sekecil manapun Marina menumpang nama bapanya, Marina tetap seorang ibu, isteri, rakyat dan seorang yang terpelajar.

Malangnya, tindakan beliau pergi tanpa dijemput ke psatu Majlis di Gereja di Klang untuk menyatakan sokongannya pada Gereja menampakkan kemurahan beliau. Mungkin kerana sudah lama orang tidak mahu beli, maka harga diri sudah diturunkan. 

Tidak salah untuk berbeza pendapat, tapi hadir tanpa dijemput, sokong tanpa dipinta, menjawab tanpa ditanya menyerlahkan muka sepuluh sen yang mahukan publisiti yang berbunyi Marina berfikiran terbuka.

Yang menjadi lebih tragik dan luar akal adalah dimana Marina Mahathir semasa orang Islam berarak ke Kedutaan Amerika untuk membantah kekejaman Yahudi? Dimana Marina Mahathir semasa Alvin, Vivian dan Namewee menghina Islam? Dimana Marina Mahathir semasa Islam ditindas dan dimalukan? Jika demi Islam kita perlu menjemput Marina Mahathir dan meminta pandangan dan merayu sokongannya, kenapa untuk Kristian tanpa perlu jemputan, tanpa perlu meminta dan merayu Marina bermurah hati?

Hakikatnya ramai orang Melayu melayan anak-anak Tun Dr Mahathir dengan sopan dan lembut kerana jasa bapa mereka yang tiada tanding tara. Namun, waktu berlembut sudah berakhir, kini biarlah mereka berdiri dengan kenyataan mereka hanya "rubbish" jika bukan nama bapa mereka melekat pada nama mereka.

Benarlah kata orang lama, iman tidak dapat diwarisi, dari seorang Ayah yang bertaqwa. Bezanya disini bagi Marina, pandai tidak dapat diwarisi, dari seorang Ayah yang bijak. Mungkin bodoh yang didapati!

Friday, January 3, 2014

Surat Terbuka Untuk UMNO Kelantan, Penang dan Selangor


Tahniah pada PAS, DAP dan PKR kerana berjaya mengekalkan kerajaan di Selangor, Penang dan Kelantan malah memenangi lebih cemerlang berbanding PRU sebelumnya. Malahan hingga hari ini berjaya memenangi hati rakyat Negeri berkenaan walaupun menaikkan kadar cukai, walaupun rasuah, walaupun kroni, walaupun seleweng, walaupun mewah dan walau apa pun.

Adat pertandingan sudah pastilah ada yang kalah dan ada yang menang, jika tiada yang kalah maka ia tidak dinamakan pertandingan. Pada yang menang, amanah Tuhan menanti dan pada yang kalah perlulah memperbaiki diri.

Malangnya, sistem reward yang diamalkan UMNO sekian lama kekal cacat hingga kini. Kelantan menjadi penanda aras bagi Pasukan Negeri yang tewas tetapi tetap mendapat beberapa kerusi Kabinet setiap penggal. Walaupun UMNO Kelantan tewas untuk 1000 tahun lagi tidak mengapa, Pemimpin UMNO Negeri tetap akan dilantik Menteri.

Role model ini diikuti oleh UMNO Selangor dan Penang yang dikejutkan pada PRU 2008. Walaupun kalah tetapi seperti Kelantan, wakilnya tetap dilantik sebagai Menteri Kabinet. Dengan congak mudah sudah pasti tidak banyak usaha perlu dilakukan oleh Negeri berikut untuk merampas kembali Kelantan, Selangor dan Penang kerana pelantikan Menteri bukan diambil dari merit.

Walaupun sistem reward tersebut gagal mengembalikan Kelantan pada UMNO,  ia tidak menjadi masalah kerana kerajaan persekutuan berjaya dikekalkan BN-UMNO.

Namun, umpama penyakit kalah yang sudah sebati dalam jiwa UMNO, dari Kelantan ia berjangkit ke Negeri –Negeri lain hinggakan pada PRU 13 UMNO hanya mampu menang 133 kerusi Parlimen sahaja walaupun usaha bersungguh-sungguh dilakukan oleh Perdana Menteri.

Tonik yang disuntik Perdana Menteri kepada UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan tidak mangkuh malahan membawa kepada sindrom kalah tidak apa pula kerana seperti yang dikatakan sebelum ini, penularan wabak ini berasal dari Kelantan dan ia tidak membawa sebarang kesan keatas Kelantan baik dari segi bantuan kewangan mahupun penagihan kuasa.

Zon Selesa UMNO sudah berbelas tahun berakhir, tapi UMNO masih selesa bertelagah sesama sendiri walaupun mereka sudah kalah untuk kali kedua malah untuk kali ke 5 atau 6 di Kelantan.

Disebabkan asyik dipilih sebagai pemimpin peringkat pusat, mereka gagal keluar dari minda pemimpin untuk menjadi pembangkang yang baik di Negeri sendiri.

Sedikit nasihat untuk UMNO, untuk menangkap seorang pencuri berfikir seperti pencuri. Jika mahu mengalahkan pembangkang berpengalaman seperti PAS, DAP dan PKR, jadilah seperti pembangkang dan belajarlah berpolitik seperti mereka kerana sebagai pembangkang mereka amat hebat dan terbukti pencapaiannya.

Jika UMNO kekal membawa pendekatan "memimpin" untuk membangkang, maka Kelantan, Penang dan Selangor hanya mampu dimenangi UMNO 10000 tahun lagi.

Mustaqim Abdul Rahman


Tuesday, December 31, 2013

SELAMAT DATANG 2014 SELAMAT TINGGAL IMEJ "IGNORANCE" PEMIMPIN

Semakin ramai rakyat atas pagar khususnya Melayu semakin ingin mengucapkan Selamat Tinggal UMNO-BN dan Selamat Datang 2014. Walaupun amat pahit kerana mereka sedar bahawa UMNO adalah pilihan terbaik untuk mempertahankan Islam dan memperjuangkan Melayu, tetapi peningkatan mendadak kos sara hidup dan kesempitan hidup serta sifat “ignorance” pemimpin Negara mendorong mereka melakukannya.

Walaupun PR yakni PAS dan PKR bukan lebih baik dari UMNO, namun kebijaksanaan mereka mengawal minda dan trend anak muda melalui CyberWar mereka, UMNO seharusnya amat amat bimbang jika benar-benar mahu pertahankan nasib Melayu dan Islam di Malaysia. Bukan sekadar bimbang malah harus menekan butang panik tahap 5 dalam skala 1-5.

Jika dibelek sejarah, Perdana Menteri paling lama Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali berhadapan dengan krisis keyakinan rakyat dan ahli parti, namun beliau berjaya keluar dan memenangi keyakinan mereka melalui pencapaian.

Pencapaian tersebut tidak datang dalam satu malam kerana beliau berjaya memenangi pelbagai gelaran saban tahun seperti zalim, diktator, kroni, nepostisme, yahudi, kafir, firaun, syaitan, syirik, bodoh, anti Cina, seorang murtad-Hindu, Ultra-Malay, Ayah yang jahil, suami dayus, bapa rasuah, buta ekonomi, musuh nombor satu umat Islam dan banyak lagi. Namun, beliau membuktikan semuanya salah melalui pencapaian gemilangnya hingga membuatkan pemfitnah-pemfitnahnya resah menanti soal Malaikat kubur.

Walau apa pun kesalahan dan kesilapan Tun Dr Mahathir, walau hebat manapun pencapaian dan kritikan semasa mencapainya, beliau tetap berjaya keluar dari imej pemimpin “ignorance” terhadap suara-suara akar umbi rakyat marhaen. Jika hari ini kita suarakan di media perdana waima di kedai kopi, esok lusa perubahan akan berlaku, jalan akan diturap, harga barang tidak akan dinaikkan dan sebagainya.

Kalau kita ambil contoh-contoh pemimpin yang dijatuhkan, digulingkan dan dikalahkan di dunia, mereka semuanya membawa satu imej yang jelas iaitu pemimpin yang “ignorance”. Suharto “ignorance” terhadap jurang sosio ekonomi dan rasuah walaupun beratus kali dibangkitkan, Saddam Hussein “ignorance” terhadap dakwaan beliau mengarahkan pembunuhan beribu ulama, Gaddafi “ignorance” pada keresahan rakyat yang sering disubsidi, Singapura kalah undi popular kerana “ignorance” pada suara anak muda yang mahukan kebebasan bersuara, Thaksin “ignorance” pada amaran Istana supaya menghentikan kerakusan mengaut kekayaan Thailand, Jepun “ignorance” kepada suara rakyat yang mahukan Jepun tidak terlalu tunduk pada China dan Amerika dan banyak lagi.

Akibat pemimpin ignorance ini juga boleh dilihat di Selangor sebelum 2008 di mana Menteri Besarnya membawa imej tersebut, begitu juga di Pulau Pinang di mana Ketua Menterinya tampak “ignorance” pada nasib orang India dan Melayu di pulau tersebut, di Kedah dan Perak, Menteri Besarnya juga “ignorance” pada hak sosial bukan Islam serta pergolakan dalaman parti. Sebaliknya, walaupun pemimpin PR juga ignorance tetapi mereka bijak menampilkan imej mereka ambil berat terhadap nasib rakyat.

Walaupun kebenaranan yang sebenar Perdana Menteri tidak ignorance malah hanya tidur 3 jam kerana berkerja keras siang dan malam demi rakyat, tapi persepsi rakyat adalah sebaliknya. Melalui kawalan media bebas internet, pemanipulasi persepsi berjaya mewajahkan Perdana Menteri sebagai pemimpin yang ignorance.

Dan sangka-sangka rakyat melalui cerita palsu tersebut disahkan oleh tindak tanduk Jemaah Menteri yang mempunyai banyak masa terluang menonton Persembahan Lawak berbanding menyelesaikan masalah rakyat. Begitu juga jawapan-jawapan atau “quote” seperti tidak suka jangan makan ayam, minyak mahal naik basikal, elektrik mahal pakai lilin dan sebagainya yang menggambarkan pemimpin BN-UMNO semuanya ignorance.

Serangan bertali arus terhadap pemimpin Negara khususnya kemewahan dan imej korporat baca keparat parti dan pemimpin UMNO juga menjadi duri dalam daging bagi UMNO dan BN keluar dari imej ignorance terhadap kesengsaraan rakyat yang didakwa mahu dikongsi bersama.

Samada quote tersebut benar atau tidak, samada UMNO benar korporat dan mewah atau tidak dan jika ia tahyul semata tetapi ia menjadi kebenaran kerana tiada langsung usaha cepat dan tepat dibuat oleh yang berkenaan untuk menafikan samada secara tidak langsung apatah lagi secara langsung. Lama kelamaan, berita palsu itu menjadi benar belaka dan rakyat kian percaya, Perdana Menteri dan para pemimpinnya adalah pemimpin yang “ignorance”.

Pada 2014, rakyat berharap agar kebenaran yang benar. Jika kebenarannya, Kerajaan UMNO dan BN serta Perdana Menteri memang sudah berhempas pulas menggadai jiwa demi rakyat, maka biarlah ia di persembahkan sepertinya  melalui tindakan dan mengawal penularan dakyah yang membiarkan rakyat dan ahli UMNO terus percaya Perdana Menteri dan Presiden Parti bukan seorang yang “ignorance” terhadap nasib rakyat dan beliau bukan membabi buta percaya pada apa yang dilaporkan oleh Penasihat-penasihat beliau.


Yang pasti kita berharap tindakan ampuh dan agresif serta proaktif akan diambil kerana hanya melaluinya rakyat akan percaya pemimpin benar-benar mahu menyelesaikan masalah rakyat khususnya kos sara hidup. 

Sebarang langkah proaktif yang difikirkan perlu harus dilakukan dengan secepat mungkin kerana di peringkat bawahan ini hampir 90% rakyat malahan ahli Parti kian percaya Perdana Menteri seorang yang “ignorance”. 

Jika tidak percaya, menyamar dan menyusuplah dikalangan rakyat biasa sebagai  bagi mendengar suara hati mereka seperti yang sering diamalkan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau seorang Perdana Menteri.

Friday, December 27, 2013

Himpunan Guling Kerajaan: Guna Akal Bukan Otak

Saya tertaik dengan satu kartun yang memaparkan satu Zombi yang mahu makan otak manusia berlalu pergi apabila mendapati mangsanya yang memakai baju BN tiada otak. Secara logiknya, Zombi tersebut sudah pasti pergi ke mangsa PR dan memakan otak manusia berbaju PR tersebut kerana dia mempunyai otak tapi tiada akal. Sebaliknya, mangsa terselamat tadi lebih berakal kerana Zombi yang lemah itu berjaya diatasi dengan mudah.

Himpunan Guling Kerajaan adalah bukti bahawa mana-mana pihak yang telah mengatakan sokongan dan penyertaan adalah tidak berakal walaupun mempunyai otak. Sama seperti lembu.

Jika individu tersebut ahli Parlimen maka ia lebih teruk dari lembu kerana sibuk mengenyangkan perut tanpa menghiraukan keadaan orang sekitar sama seperti binatang yang tersebut.

Jikalau individu tersebut adalah Islam maka jatuh hukum dosa kerana tidak mengguakan akal yang dikurniakan Allah.

Saya malah kita semua tidak suka akan kenaikan kos sara hidup yang dicadangkan bagi tahun 2014. Walaupun ia belum dilaksana, tapi siapa yang tidak risau jika keadaan sara hidup yang tinggi pasti membuatkan kadar jenayah meningkat dengan cepat.

Saya ingin mencadangkan kepada hampir 90 ahli Parlimen PR untuk menggunakan akal bagi mendesak kerajaan tidak menaikkan harga barang dan bukan melalui himpunan guling kerajaan yang boleh mencetus kepada pertumpahan darah, lebih teruk lagi rusuhan kaum.

90 Ahli Parlimen PR boleh membuat usul tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen dan jika ditolak mereka boleh memberi kata dua kepada Perdana Menteri agar jangan menaikkan harga barang jika tidak kesemua 90 Ahli Parlimen akan meletak jawatan sekaligus memaksa PRK diadakan semula. Malahan saya percaya tidak sukar untuk mendapatkan 30 ahli Parlimen BN yang juga tidak bersetuju dengan kenaikan harga barang tapi memilih pendekatan tunggu dan lihat.

Tindakan ini pasti membawa kerugian lebih besar kepada Kerajaan kerana terpaksa mengeluarkan belanja beratus juta untuk mengadakan Pilihan Raya Umum semula.

Hakikatnya, banyak lagi pendekatan bertamadun yang boleh digunakan bagi menyampaikan suara rakyat selain dari kekerasan.

Malahan saya percaya Kerajaan akan tunduk untuk mengkaji semula kenaikan harga barang dan kos sara hidup rakyat.

Rakyat bukan menentang kenaikan kerana kami sedar akan implikasi terhadap ekonomi serta pertumbuhannya selain Kerajaan terikat kepada perjanjian, tapi semua kenaikan dengan serentak jelas merupakan jalan yang bukan terbaik khususnya untuk rakyat.

Akhir kata, saya sarankan kepada dalang perhimpunan guling Kerajaan yang dikhabarkan dalam mesyuarat partinya memarahi seorang kakitangan parti kerana Malaysia tersenarai dalam Negara Risiko Rendah untuk berlaku kekacauan supaya menggunakan akal bukan otak. Bukan sukar untuk menggunakan pendekatan berhemah bagi memperjuangkan hak rakyat kerana rakyat sebenarnya bukan bodoh sangat.

Dan nasihat saya pada pengikut yang mengikut sembrono, gunalah otak sementara ia masih ada dan berfungsi dengan baik.


Mustaqim Abdul Rahman

Wednesday, December 25, 2013

Tahniah Pengarah dan Artis

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pengarah dan artis yang berjaya tidak dicalonkan dalam Festival Filem Asia baru-baru ini.

Hakikatnya, para pengarah dan artis yang lebih sibuk berpolitik dan lebih bijak mengkritik Kerajaan dan orang lain berbanding melihat dan berusaha membaiki kelemahan diri sendiri dalam berseni.

Sejak filem Jangan Pandang Belakang dan Adnan Sempit, semua Pengarah berlumba-lumba menghasilkan filem Hantu dan Lawak kerana mereka lebih mengutamakan keuntungan berbanding kualiti dan seni yang disampaikan. Lagu tidak perlu kata, lagu cinta dan jiwang tetap akan mengatasi lagu lain walaupun kosong.

Sebagai penggiat seni, para pengarah dan artis sepatutnya memenuhi keperluan seni dan bukannya keperluan peminat. Peminat sebenarnya mudah disogok dan disumbat oleh apa sahaja yang dihidangkan kepada mereka, justeru adalah menjadi amanah dan tanggungjawab yang besar bagi pembuat filem dan pencipta lagu menghasilkan seni yang benar-benar diperlukan masyarakat. Bukan setakat tayangkan hantu berkaki dan lawak lelaki pakai pakaian wanita.

Jelaslah orang Melayu dibodohkan oleh orang bukan Melayu melalui filem hantu, lawak dan lagu yang merendahkan mentaliti dan IQ masyarakat serta menghilangkan jati diri Melayu serta menggugat akidah dan iman.

Sebagai penggemar filem, saya tidak layak mengkritik pengarah filem dan artis kerana saya sendiri tidak berani berhadapan dengan kamera TV, tapi kegagalan dicalonkan dalam Festival Filem adalah tamparan hebat kepada Pengarah suka kritik, Pengarah suka Twitter, Pengarah Youtube, Pengarah 5 sen, Pelakon dan Penyanyi suka berceramah, Pelawak Murahan Pakai Baju Wanita dan ramai lagi penggiat seni.

Saya berpendapat sebenarnya Pembuat Filem dan Lagu mengambil jalan mudah kerana golongan muda pada awal 2000 lebih rela memilih menonton filem Barat dan meminati karya mereka. Justeru, apa yang disogokkan adalah seni yang bukannya seni sebaliknya sampah.

Tujuan saya menulis ini juga bukan untuk mengkritik jauh sekali menghina sebaliknya ingin berkongsi harapan agar filem dan lagu kita dihasilkan demi membangunkan nilai masyarakat dan bukan menjatuhkan atau lebih tepat melahirkan masyarakat berkualiti rendah yang rela ditakutkan oleh tahyul dan terus leka ketawa kosong.

Saya yakin kepada kemampuan pengiat seni dalam menerbitkan filem dan lagu yang berjaya mendidik masyarakat. Walaupun hasil seni seperti itu tidak mendapat sambutan menggalakkan, tapi ia adalah satu perjuangan yang jelas dan tidak akan dimakan zaman, lebih lagi jika dibandingkan dengan filem hantu dan lagu jiwang karat yang jelas bukan satu perjuangan tapi jika diambil terlebih akan membawa kepada kemusnahan yang maha dahsyat.

Harapan saya pada pejuang seni, abaikan politik, jangan terlalu sibuk mencari kesalahan orang lain, dan fokus pada “what you do best” iaitu berseni.


PS: Sudirman tetap hebat tanpa lagu cinta, P.Ramlee tetap agung tanpa filem hantu, dan siapa-siapa boleh melawak bila mengenakan pakaian wanita.

Monday, December 23, 2013

RAHSIA KEKUATAN PAS?

Saya dekati PAS sejak kecil kerana sering mengikut Abah ke Kelantan, kubu kuat PAS. Seluruh pelosok Kelantan hingga ke dalam gua Gua Musang kami jarahi. Sahabat Abah disana memang ramai, hinggakan tidak perlu mengeluarkan belanja makan walaupun sebulan berkelana disana. Orang Kelantan memang baik-baik dan makannya amat sedap belaka. Satu lagi Negeri yang sinonim dengan Kelantan dan PAS adalah Terengganu. Walaupun memiliki loghat bahasa yang berlainan dan makanan yang berbeda, tapi keduanya miliki banyak persamaan khususnya kebaikan hati penduduk mereka.

Di Kuala Lumpur, saya mempunyai ramai rakan, sahabat dan saudara orang TerLantan(Terengganu dan Kelantan). Dari kecil hinggalah menginjak usia dewasa, saya kagum dengan semangat mencari duit, kesatuan serta keghairahan mereka terhadap dakwah Islam.

Pak Cik Zaki adalah salah seorang ahli biasa PAS yang saya kenal sekian lama. Beliau sedia berjuang hingga ke titisan darahnya yang terakhir demi PAS. Sebenarnya PAS memiliki ribuan ahli seperti beliau, yang mengeluarkan beribu ringgit sebulan demi PAS dan kualiti ini tidak dimiliki mana-mana parti pada hari ini.

Sebut sahaja apa keperluan jentera Parti semuanya akan ditampung dan ditanggung sepenuhnya oleh ahli PAS tanpa diminta, jauh sekali meminta, merajuk lagi merengek.

Tidak cukup dengan wang, mereka bekerja siang dan malam, pagi dan petang, saban hari setiap minggu, silih bulan ganti tahun, malahan habis tahun kini sudah berdekad Pak Cik Zaki menghambakan dirinya pada PAS yang dipercayai demi perjuangan Islamnya.

Sebab itu pada masa Khairy Jamaludin melancarkan Kempen Gempur Kelantan pada 2008, yang dibawanya adalah kekalahan yang amat memalukan, begitu juga Gelombang Merah 2013. Mendekati mereka dengan kaedah mengecam, menghina dan merendahkan perjuangan mereka jelas sudah terbukti memakan diri, tapi itu juga yang dilakukan hingga kini.

Semua ini terjadi kerana kegagalan memahami kekuatan PAS. Kekuatan PAS bukan terletak pada Arwah Fadzil Nor, Nik Aziz, Harun Din, Hadi Awang, Nasharudin, Hassan Ali, Mat Sabu dan lain-lain. Mahupun ia tidak terletak pada PKR atau DAP.

Kekuatan PAS sebenarnya terletak pada ahlinya seperti Pak Cik Zaki yang akan berjuang sehingga nyawa bercerai dari badan demi mewujudkan Negara Islam di Malaysia. 

Walaupun hakikatnya Negara Islam di Malaysia adalah mustahil di capai memandangkan ahli Parlimen Islam gagal membentuk 2/3 Parlimen yang diperlukan untuk menggubal undang-undang, tapi mereka tetap percaya pada pejuangan mereka.

Sebenarnya, kalau mahu mencari titik persamaan tidak perlu pergi jauh minum kopi, ia sudah lama dihadapan mata, ia sudah lama di dalam jiwa.

Soalnya Negara Islam bagaimana di Negara berbilang kaum dan agama ini, tapi ahli PAS tidak pernah undur walaupun suku inci dalam perjuangan Negara Islam mereka. Walaupun mereka sedar hudud tiada dalam asas kerjasama mereka dengan parti sekutu, mereka tetap perjuangkan juga.

Ahli PAS seperti Pak Cik Zaki sudah menjadi ahli PAS sejak azali, kerana azali beliau adalah memperjuangkan Islam dan di Malaysia satu-satunya platform paling mudah didapati dan dekat dihati dalam memperjuangkan Islam adalah melalui PAS.

Walaupun UMNO sudah berusaha sehabisnya, malahan Tun Dr Mahathir sendiri mungkin hingga habis usianya tetap masih gagal meruntuhkan kepercayaan ahli PAS seperti Pak Cik Zaki yang menjadi nadi utama PAS.

Jelaslah kekuatan PAS terletak pada ahlinya dan perjuangan Negara Islam mereka melalui PAS. Stigma ini bukan dibina semalaman tapi puluhan tahun, dan ia hanya mampu diubah dengan masa yang lama serta halus yakni mengawal persepsi dan kelolaan minda dan jiwa.

Sebagai Parti buatan manusia, PAS yang memegang teguh ajaran Sunnah Wal Jamaah tidak lari dari sifat semulajadi manusia iaitu hukum alam Syaitan dimana Syaitan kecil usaha hasut hati manusia jahat, dan Iblis besar usaha hasut manusia baik. Kini PAS secara halus sedang diserang permainan persepsi ,kelola minda dan jiwa oleh golongan haluan kiri yang mengimpikan memiliki Malaysia.
   
Golongan haluan kiri menggunakan strategi Trojan Horse kerana jika Kuda itu berjaya dibawa ke barisan kepimpinan PAS maka segalanya akan menjadi mudah kerana PAS memiliki beribu ahli yang sanggup bergadai nyawa dan harta seperti Pak Cik Zaki.

Dan, Malaysia bakal menjadi Negara Arab yang berperang dan berbunuhan sesama Islam sejak 1400 tahun dahulu dan pihak musuh mudah mengambil kesempatan atas kesempitan.

Adalah penting dan wajib bagi semua orang Islam menjauhi permusuhan dan berbunuhan sesama Islam. Adalah penting bagi ahli PAS biasa yang tidak pernah disebut namanya, tapi menjadi nadi utama PAS sedar berjaga dan memerhatikan Kuda Trojan dalam PAS.

Dan lebih utama, adalah amat penting bagi mereka yang bukan Ahli PAS memahami kekuatan PAS dan tidak bersemuka dengan mereka menggunakan kekuatan mereka. Gunakan pendekatan Islam dalam mendekati mereka dengan halus.

Mungkin sepuluh tahun dahulu model paling sesuai untuk Malaysia adalah sekular, tapi cabaran Arab Spring, perkembangan ajaran sesat yang dibiayi Yahudi bagi meruntuhkan perpaduan Islam, ekonomi dunia yang tenat, pengkhianatan bangsa lain terhadap Islam, kebangkitan gergasi ekonomi dunia yang baru iaitu China dan juga terkini, salji di Mesir, maka adalah wajib kita menimbang dan memperhalusi cadangan menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam yang sederhana bagi menghadapi ancaman diatas sebagai satu, yakni 1Islam.

Waspada akibatnya jika kekuatan PAS berjaya dikawal dan dipergunakan tanpa kita sedari, Negara sebenarnya sedang diancam dan berada di ambang peperangan sesama Islam yang hanya menguntungkan pihak populis yang sudah menunggu beratus tahun dengan sabar.

Tuesday, December 17, 2013

KISAH SEBALIK KENAIKAN 2014


2014 adalah tahun untuk segala barang naik. Sebenarnya, Kerajaan kurang berdisplin mengikut jadual kenaikan harga yang telah ditetapkan lama dahulu. Dari kadar cukai, Tol, TNB, Syabas,dan lain-lain yang dibina dan diselanggara oleh syarikat konsesi, Kerajaan terikat dengan perjanjian yang telah menetapkan kenaikan. Lebih kalut lagi, ketua-ketua Kerajaan dan segelintir parti pemerintah Kerajaan terikut pula rentak tarian ahli politik pembangkang yang mempolitik dan memanipulasikan isu ini hingga yang segantang jadi segunung, setitik jadi lautan. Kenaikan berkala hari ini akhirnya jadi kenaikan berganda dan bertimpa-timpa.

Begitu juga barang keperluan asas dimana pentadbiran Kerajaan setiap tahun menyatakan komitmen untuk mengurangkan subsidi.

Semua ini sudah ditetapkan lebih 10 tahun dahulu, dan Kerajaan serta parti pemerintah bersetuju disertai dengan pelan pembangunan ekonomi ajar pendapatan rakyat dan kenaikan wajib selaras. Jika pendapatan rendah dan kenaikan tinggi, maka Kerajaan akan menggunakan keupayaannya menangguhkan kenaikan sehingga ia benar-benar selari.

Malangnya, antara tahun 2004-2008 banyak berlaku ketirisan. Seolah misteri dan ajaib, persoalan wang royalti Petronas berjumlah ratus billion ringgit dibelanjakan kemana juga tidak dijawab walaupun berkali-kali dibangkitkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathi Mohamad.

Tun Dr Mahathir dalam artikelnya di http://chedet.cc/?p=283#more-283 pada 3 Julai 2009 mempersoalkan kemanakah Kerajaan membelanjakan wang royalti Petronas yang berjumlah RM 253.6 billion(2004-2009) berbanding dirinya yang membelanjakan RM 168.8 billion(1981-2003) untuk membina pelbagai kemudahan seperti LRT, Komuter, PLUS, LPT, Jambatan Pulau Pinang, KLIA, F1, Putrajaya, Cyberjaya, Bukit Jalil, dan banyak lagi.

Inilah impak dari satu tindakan kita memilih pemimpin samada dari peringkat ADUN, Parlimen, Parti dan sebagainya yang perlu kita perhalusi dan dalami.

Dato Seri Mohd Najib Tun Razak berusaha sepenuhnya memulihkan dan berharap agar Negara kembali pada landasan yang tepat menuju Wawasan 2020. Samada kita penyokong ataupun pencemuh beliau, kita perlu berpegang pada fakta bahawa beliau berjaya membawa Malaysia keluar dari krisis ekonomi dunia yang melanda sekita tahun 2010, malahan hingga 2013, Amerika sendiri masih belum berjaya keluar darinya.

Mungkin benar Perdana Menteri tidak melakukannya dengan sempurna dan baik untuk memuaskan semua pihak, tetapi kita tetap perlu menghargai usaha gigih dan kerja keras beliau. Sekurangnya, rakyat dapat merasai BR1M, KR1M, TEKS1M, Bantuan Persekolahan dan banyak lagi.

Jika ditanya pada penyokong PR, pastilah mereka akan berkata jika PR memerintah Malaysia tiada kenaikan sedangkan Kerajaan Negeri PR Selangor sudah menaikkan cukai pintu, caj letak kereta, kompaun, tol dan sebagainya.

Siapapun kita pilih, ingat impak dari satu tindakan memangkah kita, dan bagaimana kita harus menghormati demokrasi serta memilih pembangkang yang benar-benar berkualiti. Adalah wajar kita hukum dalang di sebaliknya ketirisan 2004-2008 tapi kerana Melayu Mudah Lupa hari ini kita angkat dan julangnya. 

Jika pembangkang antara tahun 2004-2009 benar-benar berkualiti, maka adalah mustahil RM 253.6 billion tersebut boleh hilang tanpa dikesan. Namun, pembangkang lebih gemar memberikan kritikan tidak membina, dimana dengan matematik mudah kita dapat congak yang senang adalah pemimpin tidak kira BN atau PR, yang sengsara adalah rakyat.

Dalam soal ini, bukan sahaja pembangkang, malahan ahli parti pemerintah itu juga perlu dipersalahkan kerana membiarkan wang sebanyak itu tidak diperjelaskan kemana.

Bayangkan jika 1/3 dari RM 253.6 billion tersebut dapat diselamatkan Kerajaan maka ia boleh digunakan bagi menangguh kenaikan hingga kesatu masa apabila pendapatan dan kos sara hidup rakyat adalah seimbang.

Sebagai rakyat yang optimis dan positif kita perlu kekal fokus pada cabaran hari mendatang berbanding kesilapan masa lepas. Pada masa sama kita wajib jadikan iktibar dan renungan berapa billion yang akan hilang jika kita menukar kerajaan atau memilih pemimpin parti yang korup. 

Kita juga perlu fikir, jika PR yang memerintah Negara apakah benar-benar tiada kenaikan kerana yang berlaku di Penang, Selangor, Kedah dan Kelantan adalah sebaliknya.

Mahu tak mahu kita sebagai rakyat biasa terpaksa redah dan berharap sinar esok lebih terang. Kita berdoa agar Tuhan bukakan hati 222 Ahli Parlimen serta semua ADUN Negeri untuk memotong gaji dan elaun mereka agar dapat berkongsi kesengsaraan rakyat. 

Kita juga berharap 222 Ahli Parlimen serta ADUN khususnya di Selangor dan Penang yang baru mendapat kenaikan gaji 3 kali ganda bersimpati dengan nasib rakyat yang ditimpa musibah banjir dengan mendermakan gaji bulan Januari 2014 mereka.

Semoga Tuhan jadikan pemimpin kita mempunyai kualiti cakap dan tindakan adalah seiring.

GOD BLESS MALAYSIAN.  




Sunday, December 15, 2013

Muhammad saw Mandela Menangis Mahathir & Malaysia (Aspirasi 5M)

Saya menulis artikel ini dengan satu niat iaitu menyampaikan harapan Tuhan kita semua tanpa kira agama kepada kita iaitu kesejahteraan dan keamanan. Saya berharap ia menjadi aspirasi kepada diri dan keluarga kerana tulisan ini diaspirasikan oleh Wawancara Tan Sri Lim Kok Wing mengenai Mandela dan Mahathir. Saya berharap, jika Mahathir membaca coretan ini, ketahuilah kami semua menyayangi Mahathir walaupun anda “tidak membantu kami lagi” dan kami mendoakan agar Tuhan menyayangi anda disana kelak. Apa yang anda telah lakukan untuk Malaysia dan manusia sejagat sudah lebih dari cukup dan kami tidak layak mengharap lebih dari itu lagi.

MUHAMMAD SAW adalah manusia untuk semua manusia tidak kira apa agamapun. Bezanya, pada manusia yang mengakui Baginda seorang Rasul Terakhir maka ia termasuk orang Islam, dan pada manusia yang hanya mengakui Baginda seorang manusia hebat seperti yang lain, ia bukan Islam. Sungguhpun begitu, ia tidak menghalang orang bukan Islam mengagumi, mencontohi dan mempelajari rahsia kehebatan Baginda.

MANDELA pergi meninggalkan kita. Menonton dokumentari dan membaca kisahnya membuatkan kita malu dengan diri sendiri. Bagaimana seorang manusia dapat memaafkan orang yang “membunuh” beribu saudaranya, yang memenjarakannya dan berkali-kali cuba membunuhnya sedangkan kita dengan jiran dan saudara bergaduh 20 tahun kerana masalah parkir kereta dan tanah.

Bukan sahaja memaafkan, Mandela juga bertemu, bekerja dan menghormati mereka yang pernah menghina, menindasnya dan “membunuh” anak lelakinya. Sifat dan keperibadian mulia ini membuat manusia seperti kita malu apatah lagi bagi insan yang suka mendatangkan mudarat pada orang lain.

Dalam penjara Mandela menghabiskan beratus buku untuk mendalami ilmu ketenangan dan ketenteraman jiwa yang abadi. Hakikatnya, seorang lagi tokoh yang mempunyai peribadi yang mulia selain Mandela adalah Gandhi. Beliau juga dipenjarakan, diseksa dan dianiayai tetapi bebas dari sekelumit pun perasaan “hitam” dalam hatinya. Dari penjara, Gandhi berjaya membantu beratus juta rakyat India menewaskan musuh sejagat mereka yakni sifat kekerasan dan keganasan yang menguasai jiwa mereka.

Walaupun kedua mereka bukan Islam tapi hati mereka lebih mulia dari kebanyakan orang Islam. Orang Islam yang masih mempunyai musuh samada dalam politik, sosial, saudara, perniagaan, agama, dendam mahupun prinsip patut malu dengan diri sendiri, kerana Mandela dan Gandhi orang bukan Islam mewarisi sifat Nabi Muhammad SAW yang mulia. Benarlah kata Al-Quran, sifat utama Tuhan ada dalam Bismillahhirahmannirahim yakni sifat kasih sayang Tuhan pada semua manusia tanpa kira agama(Ar-rahman) dan kepada hamba yang tunduk(Ar-Rahim).

MENANGIS Baginda Muhammad SAW sebelum Tuhan mencabut nyawanya. Baginda menangis akan nasib manusia tidak kira apa agamapun selepas kematiannya. Baginda terus berdoa untuk orang yang beliau tidak kenali agar Tuhan menunjuki mereka jalan kesejahteraan dan kedamaian, berdoa untuk musuh yang pernah menzalimi dan menghinanya, berdoa untuk pengkhianat yang akan merosakkan keluarganya dan juga agamanya hari ini.

Jika sesiapa berkata Nabi Muhammad SAW menyampaikan mesej dari Tuhan dengan cara peperangan dan mata pedang mereka terlepas fakta dan hakikat bahawa Nabi Muhammad SAW mengajar semua manusia tidak kira agama melalui keperibadiannya. Baginda dicemuh, dihina, dipukul, di baling najis, diludah dan banyak lagi tetapi memaafkan mereka semua malahan Pahlawan yang mahu membunuhnya akhirnya menjadi sahabat baiknya.

MAHATHIR membantu Mandela dan Afrika tetapi di Malaysia dihina MahaFiraun, MahaZalim, kafir, Yahudi, Keling, pencuri, perompak, dan pelbagai lagi. Air mata pasti terus menangis melihat dokumentari pembunuhan dan kezaliman keatas warga kulit hitam Afrika lebih lagi melihat bayi berusia 2 tahun di bunuh dengan di tikam oleh lembing.

Dasar apartheid berjaya dihapuskan oleh seorang lelaki dan kini Afrika percaya pada hidup bersama-sama untuk kehidupan lebih baik, “A better life for all” yang dipelajari dari Malaysia.

MALAYSIA mendapat pengiktirafan dunia tapi kebencian rakyat sendiri. Sedar atau tidak, kita memilih untuk memusuhi antara kita berlainan kaum hanya kerana sebab “dia” lebih pendek, “dia” lebih gemuk, “dia” lebih putih, “aku” lebih baik, “aku” lebih kaya, “aku lebih bersih” dan sebagainya.

Kenyataannya, di Malaysia, kita sudah mengecap aman dan sejahtera yang lama sejak 1969 dan ramai yang sudah berasa bosan dengannya. Ada kelompok yang sudah bersiap siaga dengan senjatapi, ada yang sudah membeli rumah di luar Negara, ada yang masih lena dibuai mimpi kosong tanpa usaha dan peduli dan ada juga yang “simply” tidak suka pada perukunan dan kedamaian.

Sebagai manusia kita WAJIB mencontohi Muhammad SAW, Mandela, Gandhi, Mahathir  malahan ajaran Buddha, Hindu dan Kristian juga menampilkan sifat-sifat mereka yang hidup dengan hati yang bersih dari marah, dendam, dengki dan sifat negatif lain. Belajarlah dari mereka menjadi positif, pemaaf, berjiwa besar dan penuh dengan kasih sayang. 

Lihat, amati, dan dalamilah perjuangan mereka membebaskan manusia dari penjara jiwa kearah hidup kesejatheraan dan aman tanpa mengira warna kulit, kaum, agama dan kepercayaan. Buang sifat tamak, egois, besar kepala, dendam, berkira, cemburu, dengki, syak wasangka, sakit hati dan lain-lain sifat negatif sesama kita rakyat Malaysia.


Muhammad Menangis Mandela Mahathir Malaysia bukti keagungan manusia diukur oleh jiwa dan pemikiran yang tenteram dan mahukan keamanan bukan kekacauan jauh sekali saling berbunuhan.

Syiah - Pandangan Saya (2)

Syiah - Pandangan Saya 1 di baca dengan salah erti oleh ramai pihak. Mungkin disebabkan oleh isi lebih lagi huraian yang panjang. Perkara agama memang agak membosankan jika dibicarakan kerana penulis mahupun pendakwah perlu menjauhi sifat wasangka, salah faham, tergantung dan sebagainya.

Ringkasannya, pandangan saya mudah iaitu cara kita menangani Syiah adalah tidak sesuai. Perkara membabitkan akidah mustahil dibuktikan melainkan dengan rela ataupun dibelah dada dan dilihat kedalam hatinya. Seorang murtad tidak akan mengaku murtad dan sukar membuktikannya melainkan dirinya sendiri mahu mengaku.

SYIAH bukan seperti tarekat lain. Mereka adalah Negara, Empayar, dan kuasa besar dalam ekonomi, pelajaran, teknologi dan sebagainya. Dan sengketa mereka dengan Sunni bukan baru 100 tahun lepas, sebaliknya, 1400 tahun lepas. Justeru, apakah kita fikir kita boleh menyekat Syiah seperti kita menyekat tarekat dan ajaran sesat lain???

Ditambah pula dengan dunia tanpa sempadan yang diamalkan di Malaysia. Menyekat dakwah Syiah di Malaysia tapi membiarkan dakwah Syiah di Internet umpama mengharamkan umat Islam merokok tapi membiarkan penjualan rokok pada orang ramai. Ini baru konteks penguatkuasaan zahir yang nampak, bagaimana penguatkuasaan batin yang tidak bisa dilihat mata?

Cara golongan khusunya pendakwah Sunni menceritakan segala keburukan Syiah dan keterpesongan Syiah yang keluar dari Islam hanya membuatkan umat Islam lebih ingin tahu tentang Syiah dan semuanya mereka boleh dapati dari Internet yang tidak disekat langsung.

Mengkritik memang mudah lebih lagi kritikan yang menjahanamkan. Kritikan yang membina amat sukar kerana ia perlu disertai dengan cadangan.

Mungkin cadangan saya membenarkan Syiah berdakwah dan diamalkan diatas platform khas yang dikawal selia oleh Kerajaan dilihat sebagai ancaman kepada akidah orang Islam. Tetapi, jika saya salah dan Syiah wajar ditentang dan jangan beri muka langsung, apakah hasilnya memberangsangkan.

Kita perlu lihat bagaimana Negara-negara Islam seluruh dunia yang telah menentang Syiah berhabisan dan tidak memberi sedikit pun ruang pada Syiah tetapi tetap gagal dalam mengekang kemaraan Syiah sehingga mewujudkan puak radikal dan militan yang saling berbunuhan dengan Sunni. Itu kemaraan secara terang, kemaraan secara halus yang kita tidak mampu lihat dengan mata bagaimana?

Di Arab, Syiah yang ditekan di Negara Sunni bersifat populis dan manipulasi. Ada masanya mereka dilihat sebagai musuh utama Amerika Yahudi, ada masanya kita dapat lihat mereka bekerjasama malah memainkan peranan penting dalam serangan dan penindasan keatas Sunni khususnya Palestin.

Berbalik kepada Malaysia, apakah kita mahu mengikut cara yang telah terbukti gagal atau kita mahu menanganinya dengan bijak seumpamanya membenarkan Syiah dengan kawal selia, membenarkan Tarekat lain dijalankan dengan permit dan kebenaran dan juga membina akidah teguh ahli Sunni sejak mereka kecil di Sekolah agar ancaman Syiah, Ajaran Sesat malahan dakwah agama bukan Islam dapat mereka tewaskan dengan beriman pada Allah SWT dan Muhammad SAW.

Wallahualam.

Ringkasan: Perkara akidah sukar dan mustahil dapat dibuktikan, bagaimana kita mahu membuktikan seseorang itu Syiah, murtad, sesat dan lain-lain jika dirinya tidak mahu mengaku?

Friday, December 13, 2013

PROTON BUKTI PHD MELAYU

Proton mengumumkan kereta keluaran baru yang diambil dari pengilang Honda Accord dan diberi nama Proton Perdana. Dalam dunia perniagaan masakini, perkara seperti ini adalah biasa dalam semua bidang termasuk makanan, komputer, barangan elektrik malahan automatif. Tetapi disebabkan lebih 90% kakitangan Proton dari bawah hingga keatas adalah Melayu, maka seperti biasa orang Melayu yang tidak beli kereta Proton mengecam dan menghina Proton dengan pelbagai kata nista.

Untuk rekod “part” Proton dibuat oleh beratus pengilang Melayu. Mereka ini mendapat bahan mentah dan acuan dari pembekal Cina yang menjadikan harga mereka tidak kompetetif kerana harga pembekal mahal dan pasaran tertumpu pada satu pelanggan sahaja yakni Proton. Walaupun pengilang bukan Melayu yang import dari Negara China bida dengan harga lebih murah tapi dasar Proton dan Kerajaan mahukan Kilang mesti di Malaysia bagi membuka peluang pekerjaan dan membantu ekonomi tempatan, maka pembekal Melayu mendapat kontrrak bernilai ratus juta ringgit.

Masalahnya, kebanyakan peniaga Melayu cepat tidak sedar diri dan tamak, mereka rambang mata melihat Cek RM 10 juta padahal pasaran dan tempahan dari proton bukan jaminan panjang yang boleh mengukuhkan Syarikat mereka. Belumpun mendapat bayaran pertama, peniaga Melayu sudah menunggu dihadapan Kedai Kereta BMW, Ferrari dan lain-lain. Justeru untuk tampung hidup kerak besar mereka, biar duit tunai tiada asal bergaya, pembekal Bumiputera ini akan kurangkan kos bahan yg mereka buat dan akhirnya menjejaskan kualiti kereta Proton dan yang tanggung makian, cacian dan kejian adalah Proton.  

Pada masa Proton mencatat rugi beberapa tahun lepas, Proton menghentikan kontrak pengilang Bumiputera secara drastik dan ramai gulung tikar disebabkan cara peniagaan tidak matang mereka. Ada antaranya saudara kita, sahabat kita, jiran kita namun walau apa pun, samada Melayu buruk manapun, malas dan tamak manapun mereka tetap Melayu sama dengan kita.

Bayangkan, kalaulah orang Melayu mencontohi orang Korea yang hanya beli kereta buatan orang Korea walaupun kualiti kereta Korea pada mulanya hampas seperti Kia Sephia, Spectra dan lain-lain kini Proton yang lebih tua pasti akan gah di persada Automatif dunia. Sebaliknya, disebabkan orang Korea tetap teguh sokong buatan mereka akhirnya Kia dan Hyundai amat hebat hari ini dibandingkan dengan Proton.

Wajarkah Proton yang mengayakan Melayu dipersalahkan oleh orang Melayu? Semua orang tahu jika Proton ditadbir dan diuruskan oleh Pekerja dan Jurutera Cina maka Proton akan sehebat Honda kerana Cina memiliki kemahiran perniagaan dan tata kerja yang boleh menyaingi Jepun. Tapi, jika tindakan itu hanya akan mengakibatkan jurang ekonomi Cina dan Melayu semakin lebar dan matlamat NEP akan menjadi mustahil.

Lihat Dasar Automatif Negara dibawah yang menyebut mahukan penglibatan tempatan atau lebih tepat bumiputera yang tamak mahu cepat untung.
1. Menggalakkan industri automotif tempatan yang kompetitif dan berdaya tahan terutamanya pengeluar kereta nasional

2. Membangunkan Malaysia sebagai pusat atau hab automotif serantau dalam bidang-bidang
khusus

3. Menggalakkan peningkatan nilai ditambah secara mapan serta pembinaan keupayaan tempatan

4. Menggalakkan peningkatan tahap eksport kenderaan dan komponen yang kompetitif di pasaran dunia

5. Menggalakkan penyertaan Bumiputera yang kompetitif dan menyeluruh di dalam sektor automotif tempatan

6. Menjaga kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang selamat dan berkualiti pada harga yang berpatutan 
Teras Dasar Automatif Nasional adalah;

1. Pemberian sokongan dan insentif Kerajaan berasaskan sumbangan ekonomi yang mapan
2. Menambah skala melalui rasionalisasi untuk meningkatkan daya saing
3.. Menggalakkan usahasama strategik dengan rakan kongsi antarabangsa
4. Menjadi hab serantau dengan menumpu kepada aktiviti niche dan pelengkap

Dengan instrumen dasar;

1. Struktur duti eksais
2. Pewartaan nilai kenderaan-kenderaan yang diimport
3. Duti import CEPT ASEAN
4. Dana Penyesuaian Industri (Industrial Adjustment Fund)
5. Lesen pengilang
6. AP(tamat pada 2010)
7. Kelulusan Jenis Kenderaan (Vehicle Type Approval) iaitu akan menghentikan semua import kereta terpakai.

Sumber: http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/DasarAutomotifNasional2006.pdf

Malangnya, berpuluh helai dan beratus tindakan memajukan Melayu melalui DAN, Melayu hanya berminat dan menggunakan AP sahaja sebab Melayu pemalas dan cara malas paling mudah ada menggadai AP pada bangsa lain dengan harga mencecah beratus ribu setiap satu.

Dan hari ini, bilamana Proton cuba bersaing dengan segmen lebih tinggi berbanding kereta buatan tempatan yang tidak mendapat sokongan pengguna kerana kualitinya rendah yang dibuat orang Melayu, orang Melayu mengecam dan menghina Proton. Mereka tidak sedar, menghina Proton umpama menghina darah daging mereka sendiri.

Sifat P, Pentingkan diri, H, hati busuk dan D, dengki orang Melayu sesama Melayu akan diterjemahkan melalui nasib Proton kerana lebih 90% hasil, kekayaan dan peluang pekerjaan dan perniagaan Proton dikuasai Melayu.


Jika Proton gagal maka orang Melayu akan dilihat sebagai kaum yang gagal dan tidak boleh diharap lagi, oleh itu, marilah kita menyokong Proton dan buanglah perasaan PHD itu jauh-jauh. Jika enggan dan tidak mahu bantu Proton lebih lagi bagi yang tidak membeli Proton, tutup sahaja mulut anda kerana makin lama baunya semakin busuk.