ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, October 25, 2017

Patik Mohon Derhaka Arahan Sultan Selangor Rakam Ceramah Masjid, rakam sekali Magnum/Kelab Malam!

1. Bolasepak menjadikan kami anak jati Selangor, sayangkan negeri ini dan Sultan sebagaimana Sultan Selangor sendiri mendokongnya semasa menjadi Raja Muda dahulu.

2. Walaupun kami anak jati Selangor sering di anak tirikan di bumi Selangor ini tanpa mendapat sekelumitpun perhatian Sultan Selangor, kami tetap sayang dan hormat pada Sultan kami. Lihat sahaja YDP Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah di Negeri Selangor biasanya diisi orang luar bukan anak jati Selangor.

3. Mereka ini akan utamakan saudara dan penerokaniaga dari negeri kelahiran mereka dan berkibarlah bendera mereka di bumi Selangor dikala perniagaan anak jati Selangor diroboh, disita dan dirampas oleh Penguatkuasa Majlis pimpinan YDP luar negeri Selangor.

4. Itu semua tidak menjadi masalah kepada anak jati Selangor kerana aspirasi Nenda Sultan menyerahkan Kuala Lumpur dan Putrajaya kepada Negara malah visi Kerajaan Pusat amat dekat dengan kami. Justeru, hampir tiada kedengaran anak jati Selangor berkata, Selangor untuk Selangor, jauh sekali mengambil kriteria kenegerian sebagai timbangan.

5. Aspirasi dan harapan anak jati Selangor tetap sama iaitu AGAMA, BANGSA, NEGARA dan baru Negeri!

6. Justeru, bila Baginda Sultan Selangor menitahkan agar semua dakwah di Surau dan Masjid di Negeri Selangor dipantau dan dirakamkan, ia amat menyedihkan rakyat Selangor.

7. Dengan kekayaan hasil tanah pada Genting, pada Kuala Lumpur dan Putrajaya, Sultan Selangor adalah Sultan yang paling kaya dalam Malaysia sejak berpuluh tahun dahulu ditambah pula dengan berbiliion hasil kutipan cukai pintu dan perniagaan dan juga kutipan zakat beratus juta setahun menjadikan Negeri Selangor negei paling maju dalam Malaysia.

8. Justeru, amat memalukan sekiranya Selangor, Negeri paling maju dan paling kaya dalam Malaysia hanya merakam ceramah di Surau dan Masjid!!!

9. Dengan kemajuan dan kekayaan yang ada sewajarnya Selangor memiliki stesen TV atau Channel Rasmi Youtube dan semua ceramah di Surau dan Masjid di Selangor di siarkan secara live bagi mencapai maksud pantau dan dakwah dalam masa yang sama.

10. Bak kata Awie, jangan dipersoalkan dirinya buka kelab malam kerana itu sahaja yang dia tahu buat. Malah lebih ramai lagi kerabat Raja yang memiliki dan membuka Kelab Malam berbanding Awie.

11. Justeru, kami faham Kelab Malam, Pusat Perjudian, Magnum, Toto, 99Speedmart dan 7Eleven bukanlah dibawah bidang kuasa Sultan selaku Ketua Agama Negeri, tetapi kami berharap agar Sultan boleh mengarahkan pintu masuk dan kaunter bayaran mereka dirakam 24x7.

12. Dengan kekayaan Negeri Selangor dan pungutan zakat beratus juta serta kemajuan "state of the art" bukanlah masalah bagi Jabatan Agama Islam Selangor memasang CCTV dipremis diatas dan merakam justeru mencegah orang Islam dari berjudi, bermaksiat dan beli arak.

13. Patik mohon derhaka arahan tersebut kerana patik mahu ia dilakukan secara "kelas dunia" namun patik tetap junjung setia pada pemerintahan YDP Agong dan Sultan Selangor, Sultan kesayangan patik.

Wallahualam.

Wednesday, September 27, 2017

Mahathir Bina 42 Hospital, NajiGST 1 Hospital, Ratusan Bakal Doktor Tiada Kerja!!?

Satu Hospital sedia 500 pekerjaan tapi 42 Hospital sedia 21,000 peluang pekerjaan kepada Doktor dll.

Bukan itu sahaja, beribu bakal doktor sedang khuatir kerana ada pelatih yang sudah tunggu hampir setahun hanya untuk diterima membuat latihan di Hospital Kerajaan sebelum diberi lesen Doktor oleh MMA.

Malangnya, kekurangan hospital tidak dapat menampung lambakan Doktor Malaysia dan mereka tidak ada pilihan selain menunggu, dan terus menunggu giliran mereka untuk buat latihan amali di Hospital Kerajaan.

Tidak kisah jika kita mahu undi BN dan Najib Razak walaupun beliau hanya membina 1 Hospital selama 10 tahun berkuasa kerana itu hak dan kebebasan kita, tetapi sebelum mencerca PM yang membina lebih 50 Hospital selama 22 tahun fikirkan jasanya.

Jika kita tidak pernah merasai jasa 42 Hospital ini, fikirkan ibu bapa kita yang sudah mati atau sudah pernah terima jasa Hospital ini, malah kita sendiri mungkin dilahirkan di Hospital tersebut dengan RM 1 sahaja justeru, janganlah maki dia teruk sangat, kita orang Melayu bukan orang Yahudi!!!

Berikut adalah research saya selama 3 jam di Google.

1. Jika dibandingkan dengan populasi 15 tahun dahulu, Hospital hari ini sudah macam tin sardin dan kerajaan mesti bina 30 buah hospital baharu yang lebih baik untuk memberikan perkhidmatan yang sempurna kepada rakyat khususnya di Lembah Klang dengan tambahan 4 juta PATI!

2. Malangnya, saban tahun bajet terus tekankan penjimatan semua agensi kerajaan selain PLKN ditutup selamanya jadi tidak mengejutkan jika kerajaan kehabisan dana untuk bina hospital-hospital baru. 

3. Untuk rekod, peruntukan membina hospital baru pada tahun 2017 adalah hanya RM177.2 juta sahaja dibandingkan RM273 juta pada 2016. Sudah pasti bajet untuk membina hospital baru akan turun dari RM 177.2 juta ini kerana nyawa rakyat tidak sepenting nyawa pelarian.

4. Bagi yang mengeji Mahathir, ketahuilah pada tahun 2003 Mahathir peruntukkan RM1.704 BILLION untuk bina Hospital Baru antaranya Hospital Sg Petani, Hospital Ampang, Hospital Sg Buloh, Hospital Serdang dan Hospital Keningau.

5. Pelan Mahathir juga terperinci, industri Medical Tourism menerima hampir 1,000,000 pesakit pelancong dan terbukti industri medical dan health ini adalah industri yang boleh menjana pendapatan ratus billion pada Negara, malangnya, Kerajaan tidak berdaya saing maka Swasta merebut peluang dan menentukan harga pasaran.

6. Sungguhpun dana bina Hospital baru hampir disebut dalam semua Bajet Najib Razak, tetapi ia janji kosong kerana hanya Hospital Shah Alam siap dibina itupun pada 2015 selepas diperuntuk Bajet 2007. 

7. Memang pada Bajet 2017 Najib Razak peruntukkan RM24.8 Billion pada Kementerian Kesihatan tetapi itu untuk kos operasi yang makin mahal bukannya bajet untuk bina Hospital baru khususnya di Lembah Klang!

8. Era Tun Dr Mahathir adalah zaman kegemilangan pembinaan hospital baru yakni lebi 50 Hospital antaranya;

8.1. Hospital TAR Klang - 1985
8.2. Hospital Pasir Mas - 1985
8.3. Hospital Beaufort - 1985 RM 13 juta
8.4. Hospital  Ipoh (Upgraded)- 1986
8.5. Hospital Teluk Intan - 1987 - Kroni Mahathir Syarikat Leighton dari Australia RM 90 juta**  
8.6. Hospital Betong Sarawak - 1991
8.7. Hospital Jitra - 1992 - Kos RM 12 juta
8.8. Hospital Yan - 1992 
8.9. Hospital Daro Sarawak - 1993
8.10. Hospital Kulim - 1994 
8.11. Hospital Port Dickson - 1994 - Hospital Nukleus pertama RM 40 juta
8.12. Hospital Sibu Sarawak - 1994 
8.13. Hospital TAJ Klang - 1995
8.14. Hospital Seri Manjung - 1994 - Kroni Mahathir RM 73 juta secara Turnkey **
8.15. Hospital Batu Pahat - 1994 - Hospital Nukleus
8.16. Hospital Seberang Jaya - 1995 oleh Kroni Mahathir RM 92.2 juta** 
8.17. Hospital Langkawi - 1995 
8.18. Hospital Baling - 1995(Upgraded) 
8.19. Hospital Labuan - 1995
8.20. Hospital Segamat - 1995
8.21. Hospital Miri - 1996  RM 123.91 juta - Kroni Mahathir
8.22. HUKM Cheras - 1997
8.23. Hospital Kulai - 1997 RM 37.5 juta, secara nukleus.
8.24. Hospital Selayang - 1999
8.25. Hospital Putrajaya -2000
8.26. Hospital Tengku Anis, Pasir Putih -2000
8.27. Hospital Muar - 2003(Upgraded)
8.28. Hospital Setiu - 2003
8.29. Hospital Keningau -2003 Turnkey RM 198.8 juta
8.30. Hospital Kota Tinggi - 2004(Upgraded)
8.31. Hospital Sg Petani - siap 2006(Bajet Terakhir Mahathir 2003)
8.32. Hospital Serdang - siap 2006(Bajet Terakhir Mahathir 2003)
8.33. Hospital Sg Buloh - siap 2006(Bajet Terakhir Mahathir 2003)
8.34. Hospital Ampang - siap 2006(Bajet Terakhir Mahathir 2003)
8.35. Hospital Serdang - siap 2006(Bajet Terakhir Mahathir 2003)
8.36. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star - siap 2006(Bajet Terakhir Mahathir 2003)
8.37. Hospital Sg Petani - 2006(Bajet Terakhir Mahathir 2003) - 700 katil
8.38. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh - 2006(Bajet 2002)
8.39. Hospital Jempol - 2004(Bajet Terakhir Mahathir 2003) RM 85 juta
8.40. Hospital Jasin - 2005(Bajet 2000) RM 77.2 juta
8.41. Hospital Cameron Highland 2007 - (Bajet 2003)
8.42. IJN - 1992. 

** Lebih baik kroni bina daripada tiada sekurangnya Doktor dan rakyat ada kerja!
Lebih 30 lagi Hospital kecil di Sabah, Terengganu, Pahang, Sarawak dll dll yang tiada maklumat dalam wikipedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_hospital_di_Malaysia tetapi yang pasti bukan dibina semasa Najib Razak menjadi PM.

9. Najib Razak Hospital;

9.1 Hospital Shah Alam siap 2015 (Bajet 2008) RM 550 juta 

10. Hari ini , Malaysia masih berdepan masalah kekurangan katil hospital.  

11. Malaysia di kedudukan 119 dari 190 Negara dengan Nisbah 1.9 katil per 1000 penduduk (kalaulah nisbah tersebut dikira sekali dengan PATI dan Pekerja Asing, mungkin Malaysia di kedudukan 201).

12.  Bagi yang suka bandingkan minyak  Malaysia murah dibandingkan Nisbah untuk Singapura adalah 2.9 katil Hospital untuk 1000 penduduk(kedudukan 94), United Kingdom 4.2 (61), Indonesia 6 (36), Jerman 8.9 (8) dan Jepun 14.3 katil/1000 penduduk (4). 

13. Nisbahnya untuk Negara berpendapatan Tinggi oleh WHO adalah 6.13 justeru Malaysia Bukan Negara Berpendapatan Tinggi tetapi Negara Berasuah Tinggi dan terbukti kos membina Hospital Kerajaan adalah seganda lebih mahal dari kos membina Hospital Swasta dengan kelengkapan dan keluasan sama.

14. Untuk mencapai Nisbah 4:1000 yakni Nisbah piawaian standard WHO, Malaysia perlu bina 30 lagi hospital bersaiz seperti Hospital Sg Buloh dengan kemampuan 1,000 katilnya.

14. Dan 100 buah hospital baru untuk mencapai nisbah 4 katil per 1000 penduduk bersamaan dengan piawaian standard WHO untuk negara berpendapatan tinggi.

15. Kerajaan tidak boleh berdalih dengan alasan tiada dana kerana GST sahaja kutip RM 38 Billion setahun.

16. Sedangkan tanpa GST, Mahathir a/l Kutty boleh bina 42 Hospital, mustahil YAB Dato Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Razak tidak mampu bina kerana tambahan GST RM 38 billion setahun!!!

17. Kita harus ingat bahawa kakitangan awam, termasuk guru, polis, anggota Angkatan Tentera Malaysia dan pesara kebanyakannya bergantung kepada hospital kerajaan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga mereka.

18. Diharap Najib Razak boleh peruntukkan RM 20 billion untuk bina 30 buah hospital baru sebesar Hospital Sg Buloh secara gradually selama 10 tahun untuk kepentingan semua rakyat yakni tambahan 30,000 katil hospital dan mencapai nisbah standard piawaian minimum.

19. Jangan percaya pada orang tapi percayalah pada diri anda sendiri, pergilah ke Hospital berdekatan dan lihatlah sendiri betapa sesaknya!

20. Beribu ibu mengandung yang mahu terberanak terpaksa duduk atas kerusi panjang keras selama 2 hari kerana tiada katil.

21. Atau tanyalah kakitangan Hospital bagaimana dengan peruntukkan Hospital, ubat-ubatan, mesin, penyelenggaraan dll.

22. Bukan satu hospital, semua Hospital alami keadaan sama malah ia diburukkan dengan keadaan dimana PATI dan Rakyat Asing lebih ramai dari rakyat Malaysia!

23. Apa agaknya pelan kerajaan mahu bawa 2 juta lagi rakyat Bangladesh ke Malaysia jika Hospital baru tidak dibina, apakah mereka ini tidak akan sakit????

Akhir sekali, kita berharap pada Bajet Oktober ini, Kerajaan tidak hanya umumkan berbillion untuk MOH dengan kos ubatan yang meningkat tetapi umumkan RM 20 billion khas untuk JKR bina 30 Hospital!!!

30 Hospital bersaiz Hospital Selayang akan sedia lebih 100,000 peluang pekerjaan dari batu pertama hingga ke pesakit pertama dan itulah cara yang benar lagi benar untuk digelar Pemimpin Anugerah Tuhan!!!! 

Thursday, September 7, 2017

Saya Menyesal Tidak Bercakap English Dengan Anak? Tidak!!!

Jam 10 pagi hari Jumaat 9 tahun lepas saya berada di UNISEL, memandu sambil dengar Radio Era, tetamu jemputan Pelawak/Pelakon Farooq di Konti dengan topik kebaikan berkomunikasi English dengan anak dari kecil.

Beliau amalkan begitu dan yakin ia menambah self confidence pada anaknya apatah lagi bila bercakap English. Kita hormati pendiriannya.

Saya? Saya teringin jadi seperti beliau kerana saya juga mahir bertutur English dengan grammar berterabur.

Cakap English kena confidence walau salah grammar, mesti berhabuk baru orang tidak cari kesalahan grammar, kalau tidak percaya cuba dengar betul-betul rakan India/Cina bercakap. :)

Tapi, saya terlalu mahukan anak saya jadi Melayu, biar apa pun dia, adalah penting untuk dia menjadi alat tunjang kepada Islam di Malaysia.

Dan saya percaya untuk jadikan anak kecil seorang Melayu atau Cina, atau India, atau Nepal sekalipun, ia adalah melalui bahasa pertuturannya dari kecil. Sebagai contoh Emak saya sendiri, bila Mak marah atau Mak mengira secara automatik bahasa lidahnya iaitu Cina akan keluar.

Muzik juga memainkan peranan yang besar kerana muzik ialah bahasa hati apatah lagi bila liriknya dalam Bahasa Melayu yang halus penuh pengajaran seperti sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri, maafkan kami sibujang lapok, sedangkan Nabi maafkan umat... dll.

Ya! Saya bergelut untuk ajar anak-anak saya bercakap English tapi saya bersyukur kerana mereka jati Melayu pada diri mereka berkembang merak.

Ya! Saya tidak menyesal kerana saya pada usia 18 tahun juga sering diejek berbahasa English dengan salah tapi "ada aku kisah, aku Melayu bukan Briton" dan saya akan bantai juga cakap salah untuk belajar.

Justeru, jika anda ada anak, jadikan anak anda Melayu Bangga dengan ajarnya dari kecil cakap Melayu selepas umurnya belasan tahun terpulanglah kerana jati dirinya sudah Melayu!!!

Tahniah juga kepada ipar saya yang berkelulusan Amerika dan UK suami isteri tetapi tetap berbahasa Melayu dengan anak, begitu juga tinggal di Scotland tapi di rumah berbahasa Melayu.

Bahasa bentuk jati diri anak-anak kita!

Kenapa Orang Melayu Sertai DAP? Perjuangan Atau Pengkhianatan?

Setakat ini saya masih waras dan berusaha sokong yang benar seperti yang dituntut Islam. Lunas-lunas seperti selidiki dahulu, bertanya supaya ada pengetahuan selain tidak taksub dan tidak boleh menghukum telah saya lakukan.

Sebagai manusia, mungkin ada silap saya, tapi saya berusaha sesungguhnya dengan research bukan sekadar main like dan share sahaja.

Saya boleh terima DAP sebagai rakan kongsi kuasa seperti UMNO menerima MCA dalam Perikatan BN.

Konsep perkongsian kuasa di Malaysia adalah unik dimana 3 kaum utama memperjuangkan kaum masing-masing dalam parti masing-masing dan jika ada persengketaan ia akan dibawa ke Meja Rundingan ie MT BN.

Justeru, jika Pakatan Harapan menggunapakai kaedah sama ia tidak menjadi masalah.

Masalahnya, adakah Melayu yang sertai MCA atau MIC? Saya pernah terbaca dahulu ada seorang Melayu sertai MCA sebagai Ahli Tidak Bersekutu dimana tujuannya adalah sebagai pemerhati MCA yang dilantik MCA untuk blended dengan sempurna dalam masyarakat berbilang kaum.

Jelaslah, keunikan Malaysia terletak pada perbezaannya dimana semua kaum memperjuangkan kaum masing-masing.

Lalu, kenapa ada orang Melayu sertai DAP?

Apa yang orang Melayu(sertai DAP) ini perjuangkan?

Saya tidak menentang orang Melayu sertai DAP kerana komunis kerana Malaysia telah secara rasmi mempunyai ikatan perniagaan dengan Parti Komunis Republik China.

Tapi saya tidak pernah nampak satupun perjuangan DAP yang memperjuangkan orang Melayu!

Justeru, jika orang Melayu yang sertai DAP boleh sebut satu, satu cukup, perjuangan DAP untuk Melayu tanpa political milleage atau publisiti maka ia adalah satu perjuangan!

Jika tidak ada, apakah ia satu pengkhianatan sedangkan nasib Melayu masih banyak tidak dibela oleh BN ataupun Pakatan!

PS: Jangan sebut pula sumbangan Kerajaan DAP Penang pada orang Melayu kerana itu tanggungjawab bukan jasa. Jasa dinilai masa bukan ditimbang kilo!

Monday, September 4, 2017

Cabahan Bacaan Orang Melayu: Informasi(Maklumat) vs Knowledge(Ilmu)

Dulu, watak Joyah hanyalah satu mitos yang gambarkan sikap suka menjaja cerita tidak berkualiti orang Melayu, malangnya watak joyah kini diabadikan dalam jiwa orang Melayu dalam FB, Whatsapp dan medium Internet lain.

Cabahan-Cabaran Bahan Bacaan Orang Melayu amat mencabar dan tidak keterlaluan jika dikatakan kita gagal tangani cabaran itu kerana;

"Semua orang Melayu suka menjoyah iaitu suka mendengar, membaca dan mengomen cerita Joyah".

Kita terkilan dengan fenomena akhbar Mastika, dan gossiptik lain pada penghujung 90-an yang  mula "downgrade" pemikiran Melayu dan merintis mereka pada ketagihan berita tabloid.

Tanpa disedari, akhbar ilmiah seperti The Star, Utusan, Berita Harian di kalahkan oleh akhbar Tabloid seperti Harian Metro dengan berita sensasi, dan peribadi.

Trend pemikiran bangsa Melayu diacu mengikut acuan tabloid dimana ilmu dipojok antara humor santai tanpa peduli kebenaran serta ilmu.

Pokoknya, membicara atau mengata tentang hal hidup orang lain itu lebih bermanfaat dari berusaha memikirkan cara memajukan diri sendiri dan keluarga.

Persis domino, kerosakan ini membawa pada kelahiran beratus malah beribu Novel, Buku-buku "how to be" oleh "somoene yang almost be" dan lain-lain sampah dalam istilah perbendaharaan ilmu.

Kajian ini dibuktikan pada page-page tabloid yang paparkan berita orang lain seperti Siakap Keli, Siakap Keli Press, Sultan Melaka, Amran Fans, Ayahanda Rani Kulop, Pen Merah, The Reporter dan banyak lagi yang bisa mendapat hingga berjuta followers, share dan comments.

Page-page diatas tidak dan tidak boleh dipersalahkan kerana ia wujud diatas permintaan dan trend pembaca dimana kebenaran bukan keutamaan sebaliknya nilai berita serta keekslusifan berita menodai hidup peribadi dan kesilapan orang lain.

Malangnya FB hanya tetapkan Syarat Pendaftaran pengguna pada usia 13 tahun tetapi yang banjiri/baca ruangan komen FB adalah anak-anak mentah bawah 12 tahun. Disinilah cara dan daya pemikiran mereka dibentuk oleh informasi bukan knowledge.

5 Bahan Asas Utama dan 5 Deria Utama diguna sama di semua bidang.

Kerajaan wajar kawal atau sekurangnya pantau ARAH page-page ini, tetapi kita hormati pendirian pemimpin yang berbunyi "lebih bodoh rakyat lebih mudah kerja pemimpin mengawal mereka".

Sekali lagi, kita hanya mahu ARAH page di pantau, bukan berita dan komen page itu.

Hakikinya, knowledge@ilmu pengetahuan amat berbeza jauh dengan informasi@maklumat.

Orang Melayu boleh makan informasi yang dihidangkan oleh page-page tabloid diatas dan menukarnya menjadi knowledge dengan syarat mereka perlu hadam makanan tersebut dibantu Dr Google ataupun Cikgu Yahoo!

Sekiranya informasi masuk kedalam minda terus jiwa pembaca tanpa ditukar menjadi knowledge, maka ia menjadi barah dalam diri sebenar diri pembaca tanpa dirinya sedari.

Kesimpulannya, memilih bahan bacaan adalah cabaran sebenar orang Melayu. Biarpun bosan, tidak santai dan tiada lawak jenaka tetapi itulah satu-satunya cara untuk memperoleh ilmu atau knowledge.

Jadikan membaca itu tabiat, tapi jangan ketagih pada bahan bacaan yang memfokus cerita orang lain hingga terlupa untuk bangunkan diri kita.

PS: Sebelum baca buku baca table of contents dan perhatikan susunannya bentuk arah buku, ada buku hilang arah, ada buku yang tidak tahu bahawa buku ada arah justeru mereka tidak tahu kerosakan dan kebaikan yang mereka bawa/akibatkan pada pembaca.

PS2: Semua orang boleh menulis buku! Menulis memang mudah! Tapi memikul tanggungjawab bila ditanya Allah kelak yang susah. 1juta buku "tell you what to do",  1 buku sahaja "tell you to think what to do".

PS 3: Penulis Buku Paling Laris@Buku Paling Agung pun bertanggungjawab atas kata-kataNYA dalam AlQuran.

Monday, August 28, 2017

Respect: Khairy Jamaludin 4(Link KJ 1,2 dan 3 disertakan)

PM Kanada dan Perancis ialah bukti orang muda 'mampu' jika diberi peluang. Kita tidak nafikan kemampuan senior(60 tahun keatas), tapi bila umur 70,80 malah 90 masih belum mahu beri peluang pada anak muda, ia agak menjengkelkan.

2. Jika senior-orang tua tidak tahu bila mahu berhenti dan berserah pada Allah, anak muda bawah mereka terpaksa menunggu, lepasan ijazah juga menanti giliran, akhirnya penantian itu tidak berbaloi maka organisasi siapa kuat dia ketua seperti mafia lebih berbaloi.

3. Atas pendirian memperjuangkan anak muda, blog ini pernah tulis 3 kali sokong Khairy Jamaludin, bukan sifat atau pendiriannya, tapi usianya!!!

2010= http://mustaqimabdulrahman.blogspot.my/2010/05/khairy-jamaludin.html
2013=http://mustaqimabdulrahman.blogspot.my/2013/11/khairy-jamaludin-part-2.html
2015=http://mustaqimabdulrahman.blogspot.my/2015/01/khairy-jamaluddin-3.html
2017= Sukan SEA KL 2017

4. Sukan SEA KL 2017 berakhir dan seperti sikap negara ASEAN lain, tuan rumah pasti jadi juara. Kita perlu akui tiada apa/siapa yang sempurna, pasti Sukan SeaKL2017 juga ada atau mungkin banyak kelemahan.

5. Walaupun begitu, kesungguhan dan komitmen petugas, sukarelawan dan kontinjen atlet kita khususnya ChiefDeMission, YB KJ perlu kita hargai.


https://www.youtube.com/watch?v=GkAoH2M6gVI  Lihat video ini, perenang Negara berbangsa Sino(Cina Sarawak) Welson Sim, tunduk cium/hormat ketika salam KJ tetapi tidak buat demikian ketika salam TPM Dato Seri Zahid Hamidi.

6. Seorang Cina salam tunduk cium atau tidak cium sekalipun ia tanda hormat pada KJ ChiefDeMission, seorang Melayu  - sesuai kata pujangga, jika mahu lihat kebaikan pemimpin/ayah/ketua maka lihatlah pada rakyat/anak/pengikutnya.

7. Bagi yang ikuti blog ini sudah pasti maklum pendirian penulis yang sentiasa kritik KJ sejak zaman Pak Lah lagi hingga kini PM Najib, tapi peranan Khairy dalam SukanSEAKL2017 perlu diiktiraf.

8. Tindak-tanduknya dalam berhadapan Sultan, dalam kawal ragam-kelaku atlet, dalam dorong kemenangan, dalam bangkit ubati kekalahan, dalam berdepan kritikan dan aduan lawan dan lain-lain adalah World class act, leader class act dan gentleman class act dan wajib dipuji.

9. Sebagai anak muda, kita mahu lihat Malaysia dikemudi oleh anak muda bawah 50 tahun seperti Kanada dan France kerana ia buka peluang pada Malaysian semuda 18 tahun untuk belajar kepimpinan dan seterusnya anak muda yang merempit dan berbasikal boleh fikirkan sesuatu yang lebih serius untuk pembangunan tamadun Negara dan Bangsa.

10. Justeru kita harap dan berdoa satu hari nanti ada anak muda BUKAN dari keluarga bekas PM/TPM/Presiden iaitu KJ, Rafizi, Zaidi-PAS Templer,Azmin-bakaltua ;p  dll asalkan orang muda jadi PM.

11. Risiko anak muda jadi pemimpin mungkin lebih rasuah dan korup tetap ada tapi ia risiko berbaloi dengan 2 penggal sahaja dibenarkan seperti Perancis dan Kanada.

12. Kita akui pendapat umum yang diguna untuk gambarkan kelayakan matang pemimpin eg haluan kiri ketika mentah(bawah 40), haluan kanan ketika ia matang(40-60) dan haluan tengah bila ia melepasi usia 60 tahun tetapi pola haluan(x) dan umur(y) itu berubah drastik pada zaman Internet ini.

PS: Mark Zuckerberg dikatakan bercita-cita untuk jadi Presiden Amerika termuda tetapi belum bersedia untuk next election.

PS2: Cita-cita saya hanya mahu AlQuran dijunjung di Malaysia. Ahli Parlimen dan JUSA ABC wajib khatam AlQuran dan terjemahan setiap tahun, Gred 20-50 wajib pergi kursus tahfiz dll, penjawat awam baru wajib hafal surah asas serta terjemahannya.

Sunday, August 27, 2017

Kenapa Biar Petaling Street Jual Cetak Rompak Tapi Roboh/Rampas Kedai Melayu?

Kenangan 1994 beli CD Sembilu pirate seorang diri dan 1997 Tuisyen di Kasturi Petaling Street. 20 rakan sekelas saya semua Cina kecuali saya jadi masa rehat kami akan makan di Restoran Cina Petaling Street.

Lama kelamaan saya mahir selok belok Petaling Street depan, belakang dan bawah.

Syurga CD PS kini sejarah tapi Jalan Petaling kekal destinasi piracy masyhur(sebelum era online shopping).

Selepas 20 tahun, PS masih dikuasai Cina, tapak mereka disewa Bangladesh, Myanmar, Nepal dll menjual barangan tiruan Rolex, Jersi, Minyak Wangi dll.

Kerana jarang diserbu, maka Petaling Street popular sebagai "syurga tiruan(curi)" di dunia selepas China.

Maka mulut Melayu yang jahat bertanya, walaupun tidak pernah ada jawapan jitu;

Kenapa kerajaan khususnya PBT(dbkl), KPDNKK dll biar mereka beroperasi tetapi roboh dan rampas Kedai Melayu?????????????????

Tolong jangan keluarkan jawapan skema dengan berlagak suci konon sudah buat serbuan, rampasan, denda, ikut law dll. Zaman mesin taip bolehlah bagi alasan bodoh begitu.

Pada yang tiada jawapan biar saya jawab! Gangster dan Samseng!!!

Gangster - PBT adalah manusia dan mereka takut pada kuasa gangster. Contoh Bukit Bintang! Semua peniaga Bangladesh di Bukit Bintang sewa tapak mereka dari Gangster bukan dari DBKL. Dikatakan, Gangster ini yang akan uruskan lesen, tapak haram tanpa gangguan dll dengan DBKL.

Perkara sama berlaku di Penang, Ipoh, Puchong, Pasar Selayang dll.

Samseng Taik Kucing - Selepas malu dibuli Gangster biasanya manusia akan tutup kemaluannya dengan membuli pihak yang lebih lemah iaitu orang Melayu. Persis Samseng Kg Dusun, Sarip Dol yang hanya berani buli orang Melayu atas 3 alasan paling popular;

i. sudah tugas kami,
ii. kami hanya ikut arahan
iii. bukan kuasa kami, itu kuasa KPDNKK ding dong

Kadang-kadang kita tertanya, apakah Allah terima alasan itu? Mungkin kita bodoh, tapi Allah tidak!

Jadi kenapa pemberi alasan ini berpura-pura seperti Allah tidak tahu apa dalam hati mereka, sedangkan mereka tahu mereka punyai pilihan lagi atau tidak?  Atau ia sekadar alasan sedapkan hati sendiri!

Kalau "sudah tugas kami" - pergilah ke Petaling Street esok dan rampas barang gangster, barulah buli yang lemah seperti penjual air dan burger.

Kalau hanya ikut arahan - kenapa selektif? Rujuk buku Law PBT dimana tugas utama Penguatkuasa adalah enFORCE undang-undang PBT barulah diikuti dengan ikut arahan Ketua.

Kalau bukan kuasa kami - kenapa benarkan keluar/renew lesen sedangkan dalam Law Kerajaan tertulis nyata pihak PBT ada hak untuk tolak atau terima permohonan tanpa perlu beri sebab.

Persoalan lebih besar, 20 tahun sudah berlalu sejak saya tahu tempat jual Gam, Ais, CD 5 Bintang, Nasi Ayam Dara panas baru diculik dari reban pun ada di Petaling Street.


Jadi sampai bila Petaling Street akan dibiarkan pusat barang curi hak orang?

Harap Kerajaan/PBT/Polis/KPDNKK bersama-sama boleh letak sasaran Petaling Street bersih sepenuhnya sebagai ChinaTown halal dan bersih pertama di dunia.

Saya cadangkan sasaran tahun 2200, baru ong!

Ps: Emak saya Wong Sui Yoon, emaknya Yap Siew Mui(popo saya) ialah cucu Yap Ah Loy, Kapitan(Gangster) Cina ke 3 Kuala Lumpur.

Maka saya adalah piut kepada Gangster Tersohor KL - janji bukan samseng taik kucing :)

Saturday, August 26, 2017

Repaired: 99Speedmart Jual Murah Kerana Untung Besar Arak, Kawal Segera!

99Speedmart guna pintu belakang untuk jual juta tin arak 10m dari rumah kita. Arak bukan hanya masalah orang Islam tetapi juga masalah orang India, dan kalau kita boleh hadapinya, bagaimana anak cucu kita?

2. Peniaga Bukan Islam tiada halal haram maka umat Islam wajib sokong perniagaan orang Islam kerana hidup kita bukan di dunia sahaja. Namun pada yang tidak mampu, sudah pasti Allah faham di era kos sara hidup meroket umat Islam perlu utamakan berjimat.

3. Ingatlah, tiada apa yang percuma dan murah tanpa ada harga sebenar yang perlu kita bayar!!

Amaran: Tiada mana-mana dalam artikel ini gesa pengguna boikot 99Speedmart. Jika mampu sokong perniagaan saudara seagama, silakan, jika tidak, tidak perlu.

4. Paling dikhuatiri adalah sikap mudah “terhutang budi tergadai body(akidah)” oleh pengguna Islam. 5. Ya! Di akui semua barangan di 99Speedmart murah selain 1000 Cawangannya berada di lokasi berdekatan kita.

6. Apatah lagi dalam berhadapan keadaan ekonomi yang amat gerun ini, membeli dan berjimat seringgit dua di 99Speedmart membantu TAPI;

"pengguna perlu tahu 99 Speedmart tidak rugi, malah untung lebih besar dari Kedai Runcit Islam yang jual lebih mahal sedikit"

7. Mengapa?

Kerana ARAK! Walaupun untung yang diperoleh 99 Speedmart dari Colgate, Tepung, Beras, Susu, Bijiran, Minuman hanya RM 0.10 - 0.20 tapi untung jualan arak adalah RM 2.00 – RM 3.00. Untung arak adalah 50%-100% apatah lagi peniaga borong dari kilang dalam volume besar dan konsisten.



8. Mungkin ramai tidak tahu, Premis Perniagaan Runcit (bukan Gedung) perlu pohon dan perolehi Permit dari Kastam untuk menjual arak di premisnya bagi tujuan cukai.

9. Sepupu saya berniaga jual arak(Kedai Runcit) dan setiap minggu pasti ada Pegawai Kastam buat pemeriksaan, sesuatu yang saya tidak pernah dilihat di 99 Speedmart? 


10. Tidak pasti sejauh mana JAKIM pengaruhi Kastam dan penguatkuasaan dalam menentukan volume yang dibenarkan dijual satu premis apatah lagi jika premis itu terletak dalam kawasan majority Melayu ie Selayang, Shah Alam, Keramat, Pandan, Ampang, Wangsa Maju dll

11. Kita juga tidak pasti bagaimana Kastam/Kerajaan beri permit jual arak, ikut volume ikut premis, atau diberi 1000 premis sekali permit. Jika 1 premis jual 1000 tin sebulan, 1000x1000=1,000,000 tin arak dijual Speedmart setiap bulan.

12. Yang pasti, tidak seperti KK Speedmart yang pernah heboh jual arak di Shah Alam hingga Dr Hassan Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS ketika itu dipecat, 99 Speedmart tidak pernah ditegur walaupun lokasinya lebih dekat dengan pintu rumah peminum arak.

13. Justeru kita minta 99 Speedmart kemukakan data jualan arak di 1000 premisnya.

14. Jika anda fikir majoriti peminum arak di Malaysia adalah Bukan Islam, ANDA SILAP. Orang Islam membentuk 70% dari peminum arak di Malaysia!!! 

15. Malah bila dicampur dengan Islam Bangladesh, Indonesia dan Rohingya di Malaysia maka 80% pembeli arak di 99 Speedmart adalah orang Islam.

16. Pada yang berkata, biarlah bukan Islam minum Arak, ANDA SILAP! Agama Buddha, Kristian dan Hindu melarang penganutnya minum arak dan seperti Islam melarang umatnya tuduh tanpa bukti, komen tanpa pengetahuan, itulah yang kita suka lakukan.
Rukun Agama Budha yang ke-8 dengan jelas menyatakan “ Budhists should abstain from liquor”. Budha juga menolak menjual arak sebagai sumber pendapatan.

Dalam Bible, The Book of Proverbs Bab 23:29-33 memberi nasihat ini “ Do not look at wine when it is red, when it sparkles in the cup and goes down smoothly. At the last it bites like a serpent, and stings like an adder. Your eyes will see strange things. And your nind will utter perverse things”.

Dalam agama Hindu, tujuan utama penganut Hindu ialah untuk bersatu dengan Tuhan. Ianya hanya boleh tercapai melalui badan dan akal yang sihat. Seorang agamawan Hindu Thiruvalluvar mengatakan “ Mereka yang minum arak tidak berbeza dengan mereka yang meminum racun, maka mereka tiada bezanya dengan orang yang sudah mati”


17. Dr Mariah Mahmud pernah dipetik berkata, lebih ramai orang India yang mintanya ghalang 7-11, KK dan 99 Speedmart jual arak kerana ia barah dalam masyarakat India Malaysia. http://drsitimariah.blogspot.my/p/memerangi-ketagihan-arak-menegakkan.html

18. KITA gesa Kerajaan kawal atau halang arak dijual di premis 99 Speedmart walaupun kita tahu kerajaan tidak akan bertindak kerana ARAK SUMBANG beratus juta ringgit cukai setahun.

19. Maka kini pilihan di tangan kita. Jihad bukan bermakna bom bunuh diri atau sertai perang di luar negara, sebaliknya ia wajib bermula di rumah, di kejiranan dan 99 Speedmart di kejiranan kita.

For better tomorrow. For MALAYSIAN Future


Wednesday, August 23, 2017

Never Give Up!!!Kalau Perempuan Cina Boleh, Apa Alasan Kita?

Seorang perempuan Cina sanggup tinggalkan agamanya kerana cinta. Diburukkan oleh Tragedi 13 Mei, dia di buang keluarga, kawan, saudara dan masyarakat.

Bagaimana agama baru dan masyarakat barunya menerimanya?

Ya! Dengan penghinaan, fitnah, cacian dan kekejaman dari dahulu hingga hari ini, bukan semua tapi ada sahaj!

Jika tukar bahasa adalah sukar, berhenti makan kesukaan dan rutin hanya gula-gula hidupnya.

Dari rumah berwayar dan berkepala paip(Jalan Ipoh) ke rumah berlilin dan berangkut air dari lombong.(Kg Siam Gombak)

Dari solat 0 waktu, ke solat 5 waktu.

Dari seorang gadis sunti, ke seorang Ibu sebatang kara lahirkan 7 anak setiap tahun dari 1973-1980.

Seorang perempuan Cina mencintai seorang lelaki Melayu dan membesarkan 7 anak Melayu!
Ular menyusur akar, itu tidak menjadikan dia sebagai Melayu kerana dirinya tetap seorang Cina.

Apa hadiah Tuhan bagi atas pengorbanannya?

Selepas 2 tahun memeluk Islam, Allah ujinya dengan kematian bayi lelaku berusia 3 bulan. Rapi dalam pelukannya. Menangis, diam, senyum dan terus tutup mata sambil menghela nafas terakhir.

"Kita bertemu lagi di Syurga, Emak". Mungkin itu maksud senyumannya.

Selepas 10 tahun itu perempuan Cina ini Allah uji lagi dengan ujian lebih dahsyat.

Ya!!!! Ujian Hebat!!! Allah bagi ujian paling hebat yang tidak mampu dihadapi mana-mana perempuan dalam dunia ini seorang diri.

Allah bagi perempuan Cina ini madu. Bukan madu manis, tapi madu pahit kerana rumah tangganya hancur.

Suami yang sering menggeleng jijik tidak mahukan Setiausahanya(bila diusik) sebagai Mistress tiba-tiba kahwin dengan Betina itu yang hampir sebaya anak sulungnya.

Tidak cukup neraka itu, sang suami bagai sudah terkena jampi bertindak menghantar surat perletakan jawatan sebagai Pengurus Besar dan acting CEO Kuari dengan gaji RM 20 ribu sebulan pada 1985.

Neraka dunia perempuan Cina baru bermula.
Kereta, rumah, selimut, bantal semua dijual demi sesuap nasi.

Bahagia jauh dari ada.
Yang tinggal mengalir air mata yang sudah tiada.

Perempuan Cini ini usap belai 6 anak Melayu miliknya seorang demi seorang.
Di cium kemas di simpan rapi dalam hati.

Di bawa si kecil lari dari Neraka Dunia yang tiada penghujung.
6 bulan tumpang kasih di rumah Melayu yang terimanya bagai binatang berhidung kemek.

Seminggu sekali menyorok ke Sekolah berjumpa 5 anaknya memberi semangat.

Mahu mengadu memang mudah. Lebih mudah kembali pada agama asal, istana sudah tersedia.
Tuhan Maha Kaya, membalas keluhuran perempuan Cina ini yang never give up pada Allah.

Akhirnya, Tuhan yang berkuasa mengubah hati manusia, sekali lagi mengubah(korbankan hati) perempuan Cina ini untuk dinikahkan kali kedua di Masjid Pekan Sg Besi lama bersama suaminya, demi 6 orang anak Melayu!!

Apakah Neraka sudah berakhir?

Belum! Si betina sudah melahirkan seorang anak lelaki.

Si suami masih bergelut dengan kebinggungan. Bagai semalam baru bergaji 20 ribu, berharta juta, hari ini tinggal beratap zink, berlauk sardin, berbantal tangan.

Perempuan Cina never give up!!!

Allah tolong mereka yang berusaha dan never give up padaNYA.

5 tahun bersengkang mata, tidur 1 pagi, bangun 4 pagi di Kantin Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Raja Muda, buat kuih Melayu, goreng kuih Melayu, masak Nasi Lemak, goreng Mee dan lain-lain.

Apakah Neraka Dunia sudah berakhir?

Allah uji lagi. Si Suami merantau mencari ubat sakit misterinya, ditinggalkan si Betina bersama perempuan Cina dengan Bayi kedua mereka.

Zahir tugas Kantin memang dibantu, tetapi jiwa dan batin di lembu.

Perempuan Cina never give up pada hidupnya, pada dirinya dan pada Tuhannya. Walaupun si betina lari mencuri wang tabungnya, beliau tetap memaafkan.

Apakah Neraka Dunia sudah berakhir?

Menyara 6 anak Melayu dikandung, dan 3 anak Melayu tiri, bersama si Betina tanpa suami bukanlah hidup yang indah.

Tapi, dia never give up. Selepas habis Tender Kantin Sekolah Raja Muda, perempuan Cina ini dibantu suaminya bersama 6 orang anaknya berpindah ke Kg orang Asli di hulu Jempol. Beratus kilomter dari Bank jika bank dikira sebagai bandar kecil.

Bersama orang Asli, perempuan Cina masak di Dewan Makan Asrama orang Asli bernama Almari bin Sudu, Katil binti Tilam dll. Ada juga Adam bin Muhamad, tapi agama bukan Islam.

Bangun awal pagi seorang diri berjalan ditemani puluhan ekor anjing liar yang diberinya makan, dan balik lewat 10 malam setiap hari selama 2 tahun.

Apakah neraka dunia sudah berakhir?

Akhirnya, penyakit misteri suami menemui noktah. Dengan kematian.
Satu lagi ujian Allah buat dirinya.

Perempuan Cina never give up pada Allah. Di serang dan dipujuk untuk kembali ke agama asal, beliau tetap teguh membesarkan 6 anak Melayunya yang masih bersekolah.

Apakah neraka dunia sudah berakhir?

Dengan tanah pusaka yang ditinggalkan, perempuan Cina ini never give up dan meminjam RM 50 ribu dari Cina-Cina kaya yang mahukan kekufurannya.

Demi anak beliau mendirikan sebuah restoran diatas tanah terbiar milik suaminya tetapi kemudian diroboh oleh Majlis Perbandaran Selayang arahan YDP Tuan Mohd Azizi, kini Datuk Bandar MBPJ.

Apakah neraka dunia sudah berakhir?

Perempuan Cina ini bertanya pada dirinya, jika Allah mahu ujinya lagi dengan Neraka Dunia maka janganlah jadikan Melayu sebagai agen penguji seperti;

i. Melayu, si betina yang merampas suaminya dan hidupnya
ii. Melayu, jiran yang datang serang memeriksa dapurnya ada lauk babi atau tidak
iii. Melayu, pesaing berniaganya yang serang dapur dan pasarnya beli ayam sembelih atau tidak
iv. Melayu, yang roboh kedai atas tanah  pusaka suaminya tanpa simpati dan bantuan
v. Melayu, masyarakat yang sering menekan mualaf seperti dirinya

Kerana apa????

Kerana walaupun dia perempuan Cina, tetapi dia besarkan 6 anak Melayu dan never give up pada Allah!

Sebagai anak, saya hanya boleh doakan syurga untuknya bagi gantian neraka dunianya.

Dan supaya, semangat never give up beliau menjadi inspirasi untuk kita never give up walau seteruk mana badai melanda kita!

Akhir sekali, begitu juga Negara ini. Sungguhpun banyak kalanya kita berasa sedih dan geram terhadap satu sama lain, tapi kita tidak boleh menyerah dari berjuang. Never give up pada Malaysia!!!

Tuesday, August 22, 2017

Keajaiban Air ZamZam Tamat Jika Kita Tidak Jimat Air Di Rumah

Air zam zam akan habis jika kita tidak jimat air di rumah adalah tajuk sensasi@mislead dimana semua penulis tahu menipu/fitnah waima tipu tajuk kerja mudah tingkatkan rating pembaca. Namun ia bukan cara blog ini, maka saya minta maaf atas keteledoran fatal ini.

Hakikinya, 2 perkara berbezasing cuba disampaikan artikel ini iaitu;

1. Kajian Unesco dapati 1.8 billion=1/3 Penduduk Dunia akan hidup dalam keadaan kurang air pada 2025.

Mungkinkah Malaysia antaranya jika kita tidak lestari air?

2. Keajaiban Mekah

Ada beberapa perkara yang sukar dijelaskan bila kita berada di Mekah.

Antaranya kehadiran burung di Mekah, malah diatas Kaabah sendiri tapi satu taik burung pun tidak dijumpai/dilihat atas Kaabah atau dalam kawasan Tawaf dan Kain Kiswa. Secepat mana cleaner bersihkan pun pasti ada kes taik burung kelepak jatuh atas muka "director Ahmad Nisfu" :).

Banyak misteri lain yang dilihat orang, berbeza orang berbeza pula pengalaman.

Paling hairan adalah air zam-zam.

https://www.youtube.com/watch?v=0t43b8NxY30

Link Video diatas oleh Al-Jazeera tunjukkan 8000 liter air zam-zam di pam dari bawah tanah setiap saat selama 24 jam sehari bagi memenuhi keperluan jemaah sepanjang tahun.



Ini bermakna dalam 1 tahun, sebanyak 252 Billion Liter Air Zam Zam di pam naik.

Sebelum 2004, di Mekah ada beberapa bilik yang penuh dengan kepala paip air zam-zam. Bila buka paip itu, air keluar dengan amat laju tanpa henti, ramai ambil kesempatan untuk mandi-manda dengan seronok.

Dari mana air ini datang?

Mekah hampir tiada hujan sepanjang tahun justeru ia adalah misteri yang lebih hebat untuk direnungkan dari misteri pelacuran di Mekah yang jelas kejalangan manusia bukan agama.

252 billion liter air bersamaan dengan air yang 30 juta rakyat Malaysia guna selama 2 bulan jika purata penggunaan air seorang 150liter/sehari.


Kesimpulannya, air zam zam adalah nikmat Allah pada semua manusia.

Justeru jika kita tidak jimat air di rumah bermakna kita kufur nikmat dan Allah boleh tarik balik semua nikmatNYA pada kita termasuk nikmat air zamzam.

PS: Semua di Bumi ini terutama udara dan air adalah benda yang kita pinjam dari anak cucu cicit kita. Pastikan kita pulangkan pada mereka dalam keadaan bersih, sihat dan cukup.

Sumber:

www.konsumerkini.net.my/medialib/index.php/consumer-info-brochure?download=11:jimatkan-penggunaan-air

http://www.irishexaminer.com/ireland/150-litres-of-water-consumed-daily-by-every-person-245927.html

Sunday, August 20, 2017

Memali: Tidak perlu RCI, Publish Dokumen PDRM Akan Dedah Siapa Arah Tembak!

Setiap anggota Tentera dan Polis jalani latihan ketat penuh displin dan mereka patuh pada arahan Ketua.

Tiada satupun anggota polis akan bertindak tanpa arahan dari pihak atasan.

Seorang Konstabel akan tunggu arahan Sarjan dll(Ketua Operasi). Kes Memali serius dan sudah berbulan maka highest rank onsite adalah OCPD, biasanya Supt.

OCPD ada SOP. OCPD tidak akan arah rempuh, apatah lagi tembak.

Sebelum tembak OCPD akan hubungi Ketua Polis Negeri dan saya percaya dalam kes Memali sudah pasti banyak mesyuarat dan taklimat operasi telah diadakan Menteri Dalam Negeri bersama Ketua Polis Negara dihadiri semua Anggota Polis terlibat.

SOP wajibkan keputusan TEMBAK perlu diluluskan Ketua Polis Negara melainkan ada risiko lebih 50% anggota polis percaya nyawanya diancam orang Kampung yang bersenjatakan buluh dll.

Buluh vs Pistol dan Kereta Kebal?



Soalan lebih mudah, siapa arah rempuh ke dalam Kubu Kg Memali???

Pasti arahan tersebut hanya boleh dikeluarkan oleh peringkat tertinggi, jika arahan Ketua Polis Negara maka beliau perlu dapat kebenaran dari Menteri Dalam Negeri dan jika gagal hubungi barulah KPN/IGP akan hubungi/dapatkan kelulusan Perdana Menteri.

SOP ini jelas walaupun Perdana Menteri adalah bapa kepada Ketua Polis Negara, Polis tetap ikut SOP dan perlu arahan Menteri Dalam Negeri, walaupun Bos Menteri Dalam Negeri adalah Perdana Menteri.

Saya sudah pergi ke semua IPK, IPD dan Balai Polis N9, Melaka, Johor, KL, Selangor dan kebanyakan Balai Perak dan Penang dan saya JAMIN, Polis ada SOP dan mereka sentiasa patuh pada SOP jika tidak maka mereka akan jada EO selamanya.

Walaupun yakin tapi saya kurang pasti apakah Buku 24 jam sudah ada pada 1985. Buku 24 jam perlu diisi oleh setiap anggota Polis setiap hari, setiap pergerakan.

SOP Polis juga mewajibkan anggota polis yang terlibat(lebih 200) samada secara langsung atau tidak, perlu tulis/taip laporan bertulis dan diserahkan pada Ketua mereka.

200 laporan bertulis oleh 200 anggota polis yang terlibat dari Konstable, Lans Koperal, Koperal, Sarjan, Sarjan Mejar, Sub Inspektor, Inspektor, C/Inspektor, ASP(Percubaan), ASP, DSP, Supt, AC, C, SAC, malah IGP sendiri perlu serah laporan bertulis kes Memali pada Menteri Dalam Negeri dan Menteri Dalam Negeri pada Perdana Menteri.

Semua 200++ laporan bertulis Memali ini ada dalam simpanan Kerajaan BN yakni Dato Seri Najib Razak.

Justeru, tidak perlu RCI untuk perjuangkan nasib mangsa Memali.

Dato Seri Najib mampu dahului pencapaian Mahathir dan Pak Lah semudah tunjuk keikhlasan pada keluarga mangsa dan PAS(pejuang kes Memali) dengan;

---> PM tolong arah KDN keluarkan 200++ laporan bertulis Memali untuk tatapan umum/kajian pihak Universiti dan disahkan sebagai peristiwa Negara dan iktiraf mangsa sebagai Hero Negara kerana secara tidak langsung kes Memali menakutkan Komunis pada "ketegasan" Kerajaan.

RCI hanya beri "keuntungan politik" pada Kerajaan dan nasib mangsa Memali tetap tidak terbela.

Secara peribadi, saya yakin pihak Kerajaan khususnya Polis ia adalah keputusan risiko 50-50, dan Kerajaan tersilap justeru ini peluang Kerajaan khususnya PDRM bersihkan diri.

PS: Saya yakin Perdana Menteri tidak akan adakan RCI mahupun dedah 200 laporan dokumen polis kerana ia tidak untungkan dirinya dan BN dan Memali akan terus diperalatkan sebagai alat politik Kerajaan dalam meraih undi, 1 way or another.

Buktikan saya salah!

AlFatihah kepada mangsa Memali. Alfatihah!

Monday, August 14, 2017

Malam Pertama Dengan Skandal Emarti Malam Jumaat Lepas

Malam pertama senantiasa janjikan pengalaman yang hebat.

Malam Jumaat lepas tercapai cita-cita untuk keluar dengan Emarti. Tabiat lama berjalan kaki diteruskan dari KFC Seri Putra ke Stesen Komuter Bangi(kira-kira 6km). 45minit jalan kaki, tiada satu pun teksi, ditengah jalan atau di Stesen Komuter Bangi, bayangkan hidup tanpa HP/Internet untuk book Uber/Grab, matilamak.

RM 2.30 dari Bangi ke Kajang guna kad touch and go

Di Singapura, walaupun berlainan line Train, penumpang tidak perlu "keluar dari stesen" dan beli tiket baru untuk masuk ke stesen line lain tetapi di Stesen Komuter Kajang saya perlu touch kad keluar dari stesen sebelum touch semula untuk masuk ke Stesen MRT.

Bayangkan jika waktu sesak, beratur untuk touch keluar/masuk sahaja sudah buang masa 15 minit.

Kons 1: Di cadangkan Prasarana/MRT intergrate sistem Komuter, LRT, MRT, Monorel dll pada satu sistem sahaja baru layak dipanggil MRT bertaraf dunia.

Stesen MRT memang cantik tapi agak klise dengan Stesen LRT lama, tiada beza dari layout, walaupun tidak penting tapi untuk capai taraf dunia design LRT 1998, agak hambar.

Pro 1: Dalam MRT amat bersih. Jangan terlalu gembira kerana rakyat Malaysia lebih lagi kacukan PATI amat pakar dalam vandalisma dan jahanamkan kerana ini bukan Negara "bapak mereka".

Di cadangkan Prasarana/MRT sediakan "Weekly Top 10 Chart" dan pengguna yang berjaya rakam perbuatan vandalisma diberi tiket percuma!



Kons 2: Warna kerusi MRT agak pucat, variasi warna antara kerusi OKU/Elder/Pregnant Woman dan kerusi biasa sukar dilihat(kerusi untuk tujuan ini berwarna lain di LRT).

Dicadangkan Prasarana/MRT tukar kerusi OKU pada warna yang boleh dilihat OKU Buta Warna dan kerusi "braille" pada permukaan agar OKU buta boleh perjuangkan haknya atas kerusi itu.

Jam 8.47:  MRT bergerak laju dari Stesen Kajang berkerapan tinggi purata 3-4 minit bertembung MRT lain. (Maaf tidak sempat kira bilangan kerana di Maluri Tren masuk Terowong).

Jam 9.07: Sampai di Stesen Connaught,  7 sekeluarga Cina 3 Generasi masuk, anak kecil Malaysia ini seronok walaupun seperti biasa berbahasa kebangsaan China memisahkan saya dari perbualan mereka.

Jelaslah Bahasa kebangsaan yang berbeza ialah alat penyatuan rakyat yang menakjubkan.

Jam 9.25: Sampai di Stesen Bukit Bintang, mereka dan kebanyakan penumpang Cina dari 11 Stesen Cheras turun di percayai untuk menikmati juadah di Restoran sekitar BB.

Pro 2: Terbukti MRT memang tingkat potensi peniaga di kawasan terbabit dan "padan muka China Town" kerana menentang stesen/laluan MRT dibina bawah  Petaling Street.

Kons 3: 7 sekeluarga dari Cheras ke Bukit Bintang pada harga biasa adalah RM 3.00 x 7 = RM 21.00/ 1hala @ RM 42.00 /2 hala.

Lebih jimat naik kereta Alza/Exora, hanya RM 5 sahaja minyak pergi dan balik.

Dari catatan travelog rakan kita dapat tahu Tren di Eropah sedia harga istimewa untuk keluarga.

Dicadangkan Prasarana/MRT tawarkan pakej harga keluarga pada waktu "off peak/masuk kebandar" mulai 8.30 malam keatas ie RM 1.00/person untuk keluarga 5 orang ke atas.

Penipuan? Dengan harga RM 1.00, 20 borang pun mereka sanggup isi.:)

Jam 9.28: Di Stesen MRT CM, komposisi kaum yang naik seimbang, tapi saya dapat lihat ramai penumpang sudah mula tidak selesa dengan TV yang paparkan ucapan YAB PM Dato Seri Mohd Najib Tun Razak yang diulang 50 kali dari Kajang.

Bila Tren berhenti bunyi bising tren lenyap, tiba-tiba dengar suara PM jerit dan muka meluat mereka jelas kelihatan, bukan kerana benci, tetapi kerana "annoying".

Pro 3:  Walaupun tidak suka, tapi kita perlu akui ia adalah kaedah psikologi yang amat efektif dimana rakyat yang tidak suka, akan perlahan-lahan cuba untuk kompromi(tidak percaya tanya DS Vida).

Sama seperti kita benci pada hidung kita yang kemek, bila episod kawan ejek dan kita pujuk diri diulang berkali, akhirnya kita terima hidung kemek sebahagian dari diri kita dan kita tidak menangis lagi.

Jika saya PM dalam kedudukan hari ini, saya juga akan buat perkara yang sama.

Di cadangkan Prasarana/MRT sedia Skrin lebih besar paparkan Dato Seri Najib berucap.

Skrin kecil ini eloklah diguna untuk tayang acara Merdeka dan Sukan Sea untuk promosi dan semarakkan mood Merdeka dan Sukan Sea.

Kons 4: Terlupa, normanya kebanyakan Cina dulu rajin pegang buku dalam Bas Mini, tapi hari ini sibuk dengan SPhone, Melayu pula dari dulu memang malas membaca, Sphone untuk baca gosip sahaja.

Semua ini kerana kurangnya bahan bacaan yang disediakan.

Di cadangkan Prasarana/MRT lekatkan akhbar Utusan/The Star/Akhbar China pada dinding MRT supaya penumpang tidak buang masa dan boleh baca termasuk dakyah positif Kerajaan dan Parti Pemerintah.

Asas psikologi, bila kita baca ia bersamaan hati kita yang bercakap pada kita. Dakyah mudah masuk dari pembacaan berbanding medium lain, justeru jika saya PM saya juga akan guna peluang yang ada untuk menyatukan rakyat walaupun mereka berbahasa kebangsaan yang berbeza.

Kons 5: Berbicara tentang BK(Bahasa Kebangsaan), saya lihat penumpang BK China agak dingin dengan pengumuman MRT dalam BK Malaysia.

Di cadangkan Prasarana/MRT buat pengumuman dalam BK China, India, Indonesia, Malaysia, Antarabangsa dll dialek bagi mengelakkan mana-mana Negeri mahu keluar dari Malaysia.

Ini juga dapat tarik lebih ramai pelabur China dan pekerja China yang dibawa bersama. 

Jam 9.35: Akhirnya, saya puas pada malam pertama ini dan sampai di Stesen Semantan dengan jayanya.

Kons 6: Walaupun ketika melangkah keluar dari pintu Tren MRT saya keliru saya di Stesen Semantan atau Kajang kerana di Kajang tadi ada Bangla berbaju oren yang mundar-mandir seperti Sekuriti, di Semantan juga ada.

Apa gunanya MRT bertaraf dunia jika guna sekuriti Melayu?

Justeru di cadangkan Prasarana/MRT menggaji/mengupah kontraktor sediakan 620 sekuriti di 31 Stesen MRT yang terdiri dari Bangla, Nepal, Pakistan, China, India, Burma, Indonesia, Timor-Timor, Papua, Myanmar, Vietnam, Laos, Thailand, dll, barulah 1Malaysia, eh silap, barulah MRT bertaraf antarabangsa!

Lihat sahaja kejayaan KLIA 2, bila pelancong Nepal melepasi pemeriksaan Imigresen, "they feel like home", kerana semua sekuriti di KLIA 2 berbangsa Nepal.

Kons 7: 
Saya teruja mahu naik MRT kerana minggu lepas saya berbual dengan "Engineer" Cina yang baiki mesin potong rumput saya di Kuang, Sg Buloh.

Seperti Cina lain yang saya jumpa, mereka selesa dan bangga dengan pencapaian Negara China dalam mengajar KITA cara bangunkan Negara yang betul ikut kaedah Parti Komunis China.

Beliau merungut kekerapan Bas MRT yang rendah selain tidak mencapai kelompok sasaran ie miskin/kampung.

Di cadangkan Prasarana/MRT benarkan samada Bas Mini(oleh MRT pemandu Pakistan) atau Angkot gunakan Van(oleh Individu/Syarikat Malaysia berdaftar) ambil penumpang MRT agar khidmat MRT "scattered" lebih luas lagi hingga ke segenap pelusuk Lembah Klang.

Kons 8: Akhirnya, kita berbalik kepada persoalan sejauh mana keperluan MRT?

MRT berbanding HS Train(Perlis---(1jam)KL----(1jam)JB, mana lebih utama?

Saya pilih High Speed Train. Jangan emosi, perbezaan adalah kekuatan.

Kesimpulannya, apa sahaja kita pilih, kos membina tidak sebanyak kos selenggara operasi. Jika kos bina MRT RM 40 billion maka kos selenggaranya ialah RM 100 billion, hutang!

Justeru, suka atau tidak, jom naik MRT!

Jom wajibkan semua Menteri, MB, MP, JUSA, KSU, TKSU, KP, TKP, YDP, Mayor dll naik MRT.

Barulah rakyat ikut naik kereta dalam kesesakan "jammed" diiringi polis pengiring!

Wednesday, August 9, 2017

600x Liwat/Rogol Anak? BN Atau PH Tolong Perjuangkan Censor Internet ASAP!

Setiap manusia ada masalah seks, samada dia mahu akui atau tidak!

Hanya 10% berjaya selesai masalah seks mereka dengan pasangan masing-masing, hasil keterbukaan dan juga faktor "bolt and nut" yang serasi bentuk dan saiz.

60% lagi memilih untuk "bersyukur apa yang ada" kerana malu, tapi Alhamdulillah mereka tidak punyai masalah sampingan walaupun ada yang terkandas dihujung usia kelak, tapi ia masih boleh dielakkan.

30% lagi memilih untuk makan luar, samada bungkus ikat tepi(berskandal/PRC), atau ikat mati(tertutup) di laman seks yang tidak ditapis.

Laman seks seperti h**ster, ***jizz, dll hanya ditapis diperingkat DNS server sahaja, dimana semudah
menukar DNS, laman ini masih boleh diakses.

Anak kita mungkin jadi mangsa/pemangsa seks internet.

Tidak perlu susah, Youtube juga hanya perlukan pengesahan umur atas 18 tahun melalui akaun Google yang boleh dicipta sesiapa.

Untuk tapis internet sebenarnya tidak sukar bagi pakar IT, semudah menaip status di FB. Cuma seperti peperangan Evil VS Good yang lain, ia perlu dibuat setiap hari kerana Evil senantiasa cari jalan atasi Good.

Kes seorang bapa rogol dan liwat anaknya 600 kali selama 2 tahun(730 hari) bermula usianya 13 tahun, ini bermakna syaitan ini merogol anaknya setiap hari kecuali hari Ahad(cuti).

Tidak mampu bayangkan kerana tangan yang sedang menaip ini pun sudah mengigil marah dan geram. Isteri yang sah pun kita tidak tergamak melakukannya setiap hari ini pula anak kita sendiri??????????????????????????????????

Apakah puncanya????!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ya, internet puncanya.

Internet seperti teknologi lain sering disandarkan pada analogi pisau.

Pisau, adalah alat terbaik dan amat membantu untuk memotong ketika memasak dll.
Apabila manusia guna pisau itu untuk membunuh, manusia salah atau pisau yang salah?

Pentingnya ilmu yang dimiliki pengguna pisau hinggakan tiada manusia guna pisau untuk korek hidung!

Seperti pisau, pengguna internet perlukan ilmu untuk guna pisau(internet) dengan cara yang betul.

Bagi mengelakkan pengguna guna pisau(internet) dengan cara yang salah dan menzalimi orang lain maka pisau perlu ditapis.

Sudah tiba masanya, bukan, sudah lewat masa terus kerajaan perlu tapis internet dengan segera!!!

Ia merangsang 30% golongan tadi, dan turut menjadikan 60% dan 10% golongan zon hijau terangsang untuk menjadi haiwan dan syaitan!!!!

Tolonglah BN, tolonglah Pakatan Harapan, ini juga adalah isu kepentingan umum dan rakyat biasa tolonglah perjuangkan supaya internet ditapis!

PS: Mungkin kita tiada masalah seks di internet, tapi orang yang kita sayangi, malah anak kita atau cucu kita lagi 20 tahun sendiri akan jadi mangsa/pemangsa akibat terangsang di internet.

Tuesday, August 8, 2017

Kenapa Sambutan Merdeka Kita Tidak Pernah Meriah????

Kecelaruan agama serius bila kita nafikan nasionalis sebagai haram total kerana apa sahaja yang baik tetapi memudaratkan tetap haram dan apa sahaja yang tidak baik tetapi memanfaatkan ie ubat boleh jadi halal.

Perkara yang baik seperti mengaji dengan suara yang kuat menganggu jemaah lain juga ditegur begitu juga sebaliknya malah Islam sarankan kita sederhana dalam segenap dimensi.

Itulah keindahan Islam dan tanda kasih Allah SWT kepada kita.

Nabi SAW sendiri menyatukan kaum Mujahirin dan Ansar, sebagai tunggak Negara Madinah bukti Islam hanya boleh bersatu dengan menyatukan kaum kemudian Negara terlebih dahulu.

Natijahnya, selepas 60 tahun merdeka, sambutan kemerdekaan Negara sering disambut ala kadar.

Pada 2001, nampak sedikit meriah apabila Petronas memberi Bendera Kecil kereta percuma dengan pembelian minyak RM 30.00 dan mengadakan Peraduan Jom Kibar Bendera dengan hadiah menarik.

Selepas itu, penghayatan merdeka tidak meriah dibandingkan dengan sambutan Tahun Baru.

Saya sendiri kadang-kadang rasa malu mengebar bendera Malaysia di rumah, di kereta dan di premis perniagaan kerana hanya saya berbuat demikian.

4th of July adalah hari kemerdekaan kembar Malaysia, Amerika.

Di sana, rakyatnya di semua peringkat menyambut dengan penuh semangat oleh semua peringkat umur. Pesara-pesara Tentera mengetuai dan menyertai perarakan kemerdekaan di peringkat Daerah/Negeri malah diberi penghormatan mengetuainya.



Begitu juga Indonesia yang mengadakan pelbagai pertandingan untuk memeriahkan sambutan 16 Augustus nya termasuk pacu jalur di Sungai Kuantan, sungai kelahiran super moyang saya. Pertandingan yang cukup meriah disertai pasukan Negara China, Belanda, Amerika dll.

Bagaimana Malaysia sambut merdeka?

Hanya acara mewarna dan pertandingan mewarna sahaja yang diadakan untuk memeriahkan hari kemerdekaan.

Kita mungkin berbeza warna dalam soal politik, tapi kita berkongsi bendera yang sama, dan tarikh Merdeka yang sama.

Alangkah indahnya, jika Surau dan Masjid dapat menjadikan 4 khutbah dalam bulan Ogos sebagai khutbah patriotik dan menyambut 31 Ogos dengan sambutan pulut kuning, pertandingan Tilawah, nasyid dan sebagainya.

Mungkin pelepasan cukai boleh diberikan pada Syarikat yang mengadakan pertanding kemerdekaan walaupun peringkat syarikat sahaja!

Wallahualam.

PS: 1000 buah rumah di Kg Melayu Wira Damai saya tinggal dahulu, hanya sebuah rumah kibar bendera Malaysia pada bulan Ogos, dan beliau adalah seorang Indonesia PATI(kosong).

Kelakarkan..kita!

PS 2: Indonesia diasaskan dan diperintah sistem nasionalis bukan Alif Ba Ta, kurangkah Islam mereka dibandingkan dengan kita?

Presiden Soekarno pernah berkata, biar mati bermandi darah, akan ku kibarkan bendera merah putih keseluruh dunia.

Ayoooooooo!!!!!!! Kibarkan bendera Merah Putih Biru Kuning Malaysia KITA!!!!!!

Wednesday, August 2, 2017

Cadangan Selesai Kesesakan 3 Juta Kenderaan di KL Tanpa Naik Taraf Jalan Tol!

3 juta kenderaan keluar dan masuk ke KL setiap hari. - Sumber Bernama - http://www.themalaysiantimes.com.my/3-juta-kenderaan-keluar-masuk-kl-setiap-hari-dbkl/

Tahukah anda berapa banyak 3 juta kenderaan jika disusun Lebuhraya 3 lorong? 5,000 km=KL-Mekah jika disusun 3 lorong dan 15,000 km jika disusun 1 lorong.

Tahukah berapakah saiz Kuala Lumpur? Sekitar 300km persegi sahaja! https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpur

Terbuktilah jaringan Jalan Raya Kuala Lumpur tidak mampu menampung 3 juta kenderaan dan sebagai balasannya;

i. Warga KL ramai yang sakit otak dan sakit jiwa
ii. Warga KL ramai yang hilang sabar atas jalan dan LRT/Komuter
iii. Kesesakan setiap hari
iv. Kemalangan kecil, besar dan maut
v. Kos minyak, tol dan caj parkir meningkat


Jika anda bencikan Tun Mahathir mungkin fakta ini boleh mengurangkan kebencian anda pada beliau.

Fakta - Jika Mahathir dan pesara Kerajaan tidak bina LRT pada 1997 maka hari ini 6 juta kenderaan akan berada atas jalan KL sehari dan lebih banyak kemalangan dan kematian atas jalan.Naik taraf jalan lebih lagi bertol bukan penyelesaian pada masalah ini dan bukti terbaik adalah naik taraf Lebuhraya PLUS KL-Seremban dari 2 Lorong ke 3 Lorong dan kini 4 Lorong makin teruk sesak kerana sikap pemandu.

Sebenarnya tidak adil salahkan sikap pemandu semata kerana memandu bersama 2,999,999 kenderaan umpama disumbat kedalam tin sardin, maka pemandu tiada banyak pilihan selain "follow the flow" apatah lagi bila ramai yang bersiar-siar di KL dan tidak fokus pada pemanduan kerana Whatsapp.

Walaupun jalan Malaysia dinaik taraf ke 20 lorong sekalipun jalan tetap akan sesak kerana selain faktor smartphone, faktor hijau dan keselamatan juga perlu diberi pertimbangan.

Justeru, Kerajaan perlu menimbangkan waktu kerja anjal untuk 1,000,000 Penjawat Awam dan GLC di KL. Sistem Anjal ini bukan baru, tetapi kerana tidak diseragamkan dengan waktu sekolah, maka ia gagal.

Cadangan 1.
Kakitangan Kerajaan dipecahkan pada 3 Kumpulan(gilir ikut bulan).

Kumpulan 1(keutamaan ada anak/anak bersekolah) Solat Asar jemaah dan pulang 5.00 pm.

Kumpulan 2(diutamakan bujang, belum ada anak/anak bersekolah) Solat Asar jemaah dan pulang 6.00 pm.

Kumpulan 3(wajib bujang,belum ada anak) Solat Maghrib Jemaah dan pulang jam 8 malam.


Cadangan 2(Sekolah dan Guru).
Guru sekolah SK/SRA dipecahkan pada 3 Kumpulan ikut kategori seperti diatas.

Anak-anak Kumpulan 1 akan pulang Sekolah pada 5.30pm-6.00pm.

Anak-anak Kumpulan 2 akan pulang Sekolah pada 6.00pm-7.00pm.

Anak-anak Kumpulan 3 tidak pulang Sekolah kerana Kumpulan 3 bujang dan belum ada anak bersekolah.

Perbezaan adalah kekuatan, sudah pasti ada yang tidak akan setuju kerana rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan kebebasan buat apa yang mereka suka. Kita perlu hormati tetapi fokus mencari penyelesaian demi masa depan anak kita.

MRT bukan jawapan kepada kesesakan jalan, begitu juga naik taraf jalan bertol kerana kos sara hidup sudah jauh dari titik seimbang dengan pendapatan.

Wallahualam.

PS: 3 juta kenderaan sehari di darab dengan purata RM 1.00 tol = RM 3 juta sehari @ RM 1.1 Billion/setahun.

Wowww!! Patutlah lebih banyak DUKE dll Lebuhraya dibina untuk rakyat bayar RM 5 juta pula sehari atau RM 2 billion/setahun. Wow...kaya kaya kaya! Siapa yang kaya?




Monday, July 31, 2017

UMNO/Najib Usah Perkecil Impak Mahathir Loyalist!

Sebagai pemerhati politik sejak umur 8 tahun, saya sudah lalui banyak perkara berbanding rakan sebaya.

Pada PRU 1990 misalnya, saya antara duduk depan TV di Medan Selera Jalan Raja Muda hingga jam 7 pagi sebelum disahkan BN menang by simple majoriti. BN menang 127 kerusi dari 180 tetapi keputusan lewat diketahui kerana S46 yang terdiri dari Team B UMNO gunakan pengalaman mereka memaksa SPR mengira undi hingga berpuluh-puluh kali. Ia adalah antara PRU paling getir kerana undi popular pembangkang adalah tertinggi 46% selain faktor Tengku Razaleigh berjaya merampas Kelantan.

** Pengumuman PRU oleh pemenang dibuat oleh Pengerusi dan jika BN menang resamnya di PWTC dan semua ahli BN berkumpul di "port" terbesar berdekatan PWTC iaitu Medan Selera Jalan Raja Muda.

Paling manis pada PRU 1999, sayalah cucuk bendera kecil plastik BN dalam tali, sayalah panjat tiang lektrik dan pokok, sayalah jaga pondok panas ketika reformis PKR sedang panas membelasah petugas BN, dan saya juga beruntung dapat masuk bersama untuk bantu kira undi yang sudah diulang beberapa kali dan tahu keputusan menang sebelum SPR umumkan.

PRU 2004 menjelma dan faktor goodman Pak Lah mungkin tambat hati ramai orang tapi tidak hati saya. Mungkin kerana kurang matang atau terlalu fanatik Mahathir, saya menolak Pak Lah seawal 2004 dan berhujah tentangnya dalam Temuduga saya di Petronas KLCC, satu kesilapan yang nyata, rupanya soalan politik dalam temuduga hanya untuk menduga calon supaya tahu bezakan kerja, dan politik.

Terlibat secara langsung dan bersendirian dalam kempen menaikkan Najib Razak dengan menjatuhkan Pak Lah, saya tulis lebih 20 Artikel di MyKMU, Harakah, dll.

Pada 2008 selepas Pak Lah "dijatuhkan" dalam desakan "rampasan kuasa" oleh Najib Razak, saya janji pada diri untuk pencen dari politik partisan dan perkauman. Minat pada politik sukar dipadam dan kin saya pemerhati sahaja.

Suka atau tidak, fakta buktikan bahawa semua PRU di Malaysia di menangi dengan cara divide and rule dan lebih malang lagi, selepas 60 tahun merdeka masih ada yang percaya Kristian akan perintah Malaysia di kala 100,000 Askar Melayu bersumpah junjung taat setia pada YDP Agong dan pertahan Perlembagaan yakni Islam adalah Agama Rasmi!

Mungkin kerana ibu saya Cina, jadi bila orang Melayu cakap Cina jahat, ia ada sedikit mengguris hati.

PRU 2013 saya tidak mahu berpoyo ramalan saya betul kerana saya salah. Saya meramal BN akan menang 2/3 dan Selangor kembali. Saya salah kerana saya terlupa untuk menimbang faktor "rebellion" dalam UMNO. UMNO Selangor misalnya tidak berfungsi sepenuhnya, tidak setengahnya pun kerana pemberontakan dalam UMNO Selangor sendiri.

Benarlah, pengalaman tidak boleh diperolehi dari Google ataupun bacaan serta cerita orang, "kau kena rasa sendiri baru kau dapat pengalaman itu". Majoriti orang Politik ini bukanlah Gentleman yang sama didepan sama dibelakang, mereka ini Malaikat di depan, Iblis di belakang.

PRU 14 akan datang ini adalah PRU yang sangat dinanti semua kerana ia sangat menarik.

Permainan poitik, strategi, persempadanan semula kawasan undi, pemberontakan dalam parti masing-masing, PAS, divide and rule, ekonomi, China, Arab dll amat menarik untuk dijadikan case study.

Faktor Bulan mengambang di Selangor pada 2008 dan kejatuhan "empayar Khir Toyo" kerana over confidence juga faktor yang mungkin akan berulang, cuma kali ini siapa mangsanya? Wallahualam.

Sukar untuk meramal kali ini kerana BN belum keluar kad kelimanya dalam poker game ini, dan jika BN memiliki Full House, apakah kad kelima Pakatan Straight Flush, or upper hand.

Tanpa mengambil kira last card dan last game diatas saya jangkakan mudah untuk BN menang dengan formula 4-4-2.

Pada PRU 13, 5.2 dari 10 Pengundi undi Pakatan. 4 adalah penyokong Pakatan dan 1.2 adalah pengundi partisan.

4.8 Pengundi undi BN dan 4 adalah Penyokong BN dan hanya 0.8 Pengundi partisan kerana ramai ahli BN berontak.

4 undi BN dan 4 undi Pakatan dan 2 undi atas pagar.

2 Undi atas Pagar datangnya dari penyokong Raja dan juga taukey kaya yang khuatir bisnes mereka terjejas jika Kerajaan hari ini diubah kerana Malaysia bukan seperti Indonesia,  Malaysia belum pernah tukar Kerajaan dan impak pada Negara pasti tidak boleh dielakkan.

PRU 14 kali ini ketika Istana mengeluarkan kenyataan terbuka sokong BN dijangka 3 dari 10 pengundi akan terpengaruh dengan faktor Raja dan juga Usahawan yang khuatir Bisnes mereka terjejas.

1 dari 10 pengundi pula adalah orang UMNO dan 1 dari 10 pengundi pula adalah orang yang termakan dakyah kaum dan agama.

Nah! 5 undi kini miik BN dan bukanlah sukar untuk dapatkan lagi 2 atau 3 undi dengan kad terakhir itu khususnya dari golongan luar bandar dan Sabah dan Sarawak.

Tetapi, UMNO/Najib tidak boleh perkecil impak loyalist Mahathir. Pada loyalist Mahathir, mereka sudah membesar dengan bangga pada zaman Mahathir dan akan mengundi Mahathir semua dengan senang hati.

Malaysia sedang sakit! Jika anda sedang sakit apakah anda perlukan Raja, keselamatan Bisnes ataupun Doktor Pakar? Sudah pasti anda(pengundi) tidak teragak-agak beri undi dan kepercayaan penuh kepada pakar yang sudah ubati pelbagai sakit dan berkali-kali selamatkan nyawa anda selama 22 tahun walaupun pakar tersebut kini berusia 100 tahun sekalipun.

Golongan ini kebanyakannya "tua" yang tidak pandai dan tiada masa untuk menulis beribu hashtag "RespectMyPM" di page Najib Razak, tetapi mereka ada, dan mereka memerhati apakah orang lama seperti mereka akan dibuang apabila tidak berguna?

Awas bila menjawab, kerana selain mereka, anak cucu mereka juga akan ikut perintah undi mereka.

Saturday, July 29, 2017

Arab Saudi Perlu Beri Lebih Bukti Attack On Mekah Untuk Elak Di Fitnah!

Orang Islam mempunyai sentimen yang tinggi atas Mekah samada kenangan mahupun harapan.

Perasaan rindu, sayang dengan iltizam akan melindungi Mekah dari apa jua serangan kadang-kadang, saya ulang, kadang-kadang mengaburkan pandangan kita dari KEBENARAN!

Epik kebenaran adalah semua pihak akan mengaku dia yang betul, dan tiada siapa yang akan mengaku salah.

Manakala kerugian dari menegakkan kebenaran tanpa asas bukti yang kukuh pula adalah perpecahan yang tidak dapat dibaiki lagi.

Berita serangan peluru berpandu keatas Mekah semalam sudah pasti menjentik hati umat Islam Malaysia, apatah lagi bagi mereka yang mempunyai saudara atau ibu bapa disana.

Sesungguhnya, tiada yang lebih indah dari mati ketika dalam niat mengerjakan Haji, wallahualam.

Ini bukan dakwaan pertama Mekah diserang peluru berpandu. Setiap kali Arab Saudi mengeluarkan kenyataan kejayaannya memintas peluru berpandu sudah pasti ada pelakunya!

Namun, Allah SWT dalam Quran melarang manusia menuduh tanpa bukti.



Kaabah dan Masjidil Haram bukan milik Raja Arab Saudi melainkan Allah dan...

Allah serahkan amanah Kaabah pada semua umat Islam justeru adalah menjadi tanggungjawab penjaga Mekah untuk kemukakan semua bukti serangan peluru berpandu ke atas Mekah secara awam tanpa selindung dan tanpa akibatkan kebocoran maklumat tentera.

Menuduh satu pihak lain setiap kali Mekah diserang tidak merugikan pihak yang dituduh tetapi merugikan umat Islam seluruh dunia kerana kita sedang di ketawakan dan digelar pengganas sehingga sanggup mengebom Tempat Suci kita sendiri.

Tuduhan tanpa bukti yang kukuh juga akan akibatkan perpecahan yang teruk dalam umat Islam selain memberi ruang besar kepada musuh Islam khususnya Zionis dan sekutu Barat mereka.

Tulisan Jemaah Haji Muasasah 2008 KT 05 Maktab 62

Wednesday, July 26, 2017

Malaysia Perlu Bersatu Kekang OBOR China

Orang Cina Malaysia lebih sayangkan orang dari China dari orang Melayu Malaysia adalah satu fakta yang amat menakutkan.

Saya bukan anti Cina, saya anti China. Bukan China, tetapi penjarahan China. 


Buktinya, dalam Kempen OBOR China yang sedang berlaku, orang Cina Malaysia rela menjual beribu Syarikat, Perusahaan dan Perniagaan mereka kepada orang China membabitkan urusniaga berbillion Ringgit.

Untuk rekod, orang Cina Malaysia tidak akan menjual sebarang perusahaan, perniagaan, syarikat, waima rumah(Bukit Bintang) mereka kepada Melayu Malaysia walaupun mati.

Pendek kata, orang Cina Malaysia lebih rela mati dari melepaskannya kepada orang Melayu Malaysia.

Kita tidak boleh salahkan orang Cina Malaysia yang sekian lama dianaktirikan atau lebih tepat di layan seperti pendatang asing tanpa izin di Malaysia oleh Kerajaan dominasi orang Melayu.

Kita juga tidak boleh salahkan Negara China kerana sifat semulajadi hidupan termasuk bakteria dan mikro organisma adalah berkembang atau "expanding".

Mungkin wajar kita salahkan diri kita sendiri kerana membiarkan ahli politik menggunakan kaedah "divide MelayuCina, untuk kekal rule" yang mereka warisi dari penjajah Jepun dan British.

Namun, salah menyalahkan tidak berguna kerana kita perlu gunakan tenaga kita untuk tempat yang betul yakni penyelesaian.

Orang Cina Malaysia perlu bertanya pada diri mereka sendiri adakah Negara China akan menerima mereka dan mengutamakan mereka dari rakyat China kerana untuk rekod Chairman MaoZeDong menolak permohonan jutaan Cina Malaysia untuk kembali ke China pada 1960-an.

Tidak mustahil sejarah akan berulang dan China akan melayan orang Cina Malaysia seperti penderhaka yang lari dari Negara China ketika China sedang dalam kancah peperangan.

Justeru, Malaysia adalah Negara KITA!!!

Ya, Cina benci pada Melayu, dan Melayu tidak suka pada kerajinan orang Cina Malaysia tetapi semua perbezaan itu perlu diketepikan kerana TANAH INI, adalah tanah kita dan satu-satunya tempat yang akan lindungi dan utamakan kita sebagai rakyatnya.

Mungkin pada setengah Cina Malaysia ini bukan masanya kerana mereka sudah ada rumah di Australia malah kerakyatan di Canada, tetapi percayalah, NO PLACE LIKE HOME.

Ayuh kekang OBOR China atau kita akan dijajah sekali lagi.

UMNO, BN, PR, DAP? Sejarah membuktikan ahli politik akan menyelamatkan diri mereka sahaja!

PS: Untuk rekod, INDIA adalah Negara yang kuat menentang OBOR China kerana ancamannya adalah menakutkan.