ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, October 31, 2013

Maznah Hamid & Kawalan Prima Mangsa PHD

Saya amat bersimpati dengan nasib orang Melayu Islam di Malaysia. PHD amat menebal dalam diri dan mereka bergembira apabila satu lagi Syarikat Orang Melayu berstatus tinggi gulung tikar semata-mata mereka terlalu ikut perasaan dengan mendesak Kerajaan bertindak atas Kawalan Prima kerana menggaji orang Indonesia dan membenarkan pekerjanya yang tiada lesen senjata api menggunakan senjata api.

Nasib Maznah Hamid selaku pemilik Kawalan Prima pasti berbeza jika beliau adalah seorang Cina atau India dari Pakatan Rakyat. Malahan, jika beliau seorang Melayu dari Pakatan Rakyat saya pasti tindakan orang Melayu tidak akan menggesa Kerajaan bertindak keatas Kawalan Prima.

Apa isunya?

Salah dan silap adalah sifat manusia. Sedangkan Polis juga kehilangan banyak senjata api, kenderaan dan lain-lain, apakah wajar Pasukan Polis ditutup esok kerana kesalahan segelintir Pegawainya? Bukankah memadai mengambil tindakan keatas Pengawal Keselamatan dan kakitangan yang menyelia senjata api berbanding seluruh Syarikat dizalimi.

Dimana rasional kita, menghukum pekerja-pekerja kawalan Prima yang tidak bersalah dengan menarik kembali senjata api mereka dan mata pencarian mereka semata-mata kerana seorang Pekerjanya bertindak membunuh Pegawai Bank. Secara tidak langsung berita ini hanya merangsang lebih banyak "serangan" ke atas Bank yang tidak dikawal.

Hakikatnya, nasib Pegawai Bank tersebut juga pasti berbeza jika beliau seorang Cina atau India dengan mendapat perhatian dan pembelaan Malaysiakini dan Majlis Peguam untuk menyaman Kerajaan dan KDN.

Inilah nasib Melayu hasil angkara sifat Pentingkandiri Hasad Dengki Melayu itu sendiri.

Di kesempatan ini saya mengucapkan takziah pada keluarga mangsa dan mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau, NorAzita Abu Talib. Saya percaya beliau mahu rakan-rakanya di AmBank tidak menerima nasib sepertinya dan pasti beliau juga tidak mahu ramai isteri dan anak Pengawal Keselamatan tidak makan kerana pengorbanan beliau untuk dunia esok yang lebih cerah harus dipastikan berbaloi.

Saturday, October 26, 2013

Hiruk Pikuk Bajet 2014

Riuh. Itulah suasana di Twitterjaya dan Fbjaya sejurus Bajet 2014 diumumkan Perdana Menteri. Kalau semua komen dan status tersebut berbentuk suara maka macam pasarlah gamaknya. Ada yang lebih pandai dari pakar ekonomi, ada yang lebih bijak dari semua orang, yang pasti tiada seorang pun yang mengaku bodoh. Sebenarnya ia terjadi saban tahun setiap kali Bajet diumumkan, dan ia akan terus terjadi sampai bila-bila jika kita tidak mahu berusaha keluar dari kejahilan diri.

Hakikatnya, mengurus kewangan Keluarga pun masih ramai yang tersasar, malah masih ramai ibu bapa sendiri tidak mampu diberi "peruntukan" tetap setiap bulan, jauh sekali Surau dan Masjid tapi mengkritik Bajet Negara Malaysia nombor satu paling hadapan.

Yang pasti, kita maklum kita tidak mampu memuaskan hati semua ahli keluarga kita, apakah Perdana Menteri mampu memuaskan hati hampir 30 juta rakyat Malaysia. 

Pengkritik sebenarnya gemar mengkritik hanya untuk nampak dia tahu semua, dia lebih baik dan hebat dari orang lain, justeru semua benda hendak dikritik sehinggakan tonasi, tatabahasa, dan gaya percakapan Perdana Menteri pun jadi bahan kritikan.

Paling riuh adalah harga Gula dan GST, paling kurang riuh adalah BR1M dinaikkan malah had kelayakan juga ditambah kerana tidak hebat bercakap kehebatan orang lain, tapi kalau cakap kelemahan orang lain, pada hematnya, dirinya akan nampak hebat. 

Tidak kurang ada yang kritik kata Bajet kali ini tidak memanfaatkannya. Pelikkan? Kalau dia duduk di atas awan pun Bajet 2014 masih memanfaatkannya, mungkin dia duduk 6 kaki bawah tanah sebab itu tidak bermanfaat.

Sebenarnya, inilah "nilai" Rakyat Malaysia yang berjaya dipupuk oleh Pembangkang pimpinan Ketua Pembangkang sejak 1998. Apa diri sendiri semua buat dalam dan untuk Kerajaan semua betul, apabila bukan berada dalam Kerajaan, semua yang Kerajaan buat semua salah. 

Pokoknya, asal apa yang keluar dari mulut Perdana Menteri, apa sahaja dasar Kerajaan, wajib bangkang. Apa sahaja bangkang. Rakyat pun ikut sama perangai bangkang, bangkang, bangkang.

Kalau saya seorang usahawan berjaya sekalipun, sudah pasti ia bukan kerana kebolehan saya tetapi kerana sokongan keluarga, rakan, masyarakat dan juga rahmat Allah. Samalah dengan Bajet 2014, diubah dan diolah bagaimana sekalipun, ia hanya akan berjaya dengan sokongan Rakyat, masyarakat pedagang dan pelabur dan sudah tentu ketentuan Tuhan.

Sokong atau tidak, manfaat atau tidak, sebagai Rakyat Malaysia kita wajib sokong Bajet 2014 agar kesemua lima teras utama mencapai sasaran.

Sebagai tanda bersyukur pada nikmat Tuhan, kita berterima kasih pada Perdana Menteri kerana telah berusaha untuk Bajet 2014 yang mana kejayaannya terletak diatas bahu pelaksana yakni kakitangan Awam dan juga rakyat. Jika ada khilafnya itu sudah pasti kerana tiada siapa yang sempurna.

Teringat lagu KRU dulu-dulu, "fikir cara terbuka, jangan pandang negatif sahaja".

Pesan orang tua, bercakap lebih senang dari berfikir, sebab itu lebih ramai yang bercakap dari berfikir. Jom renung dan muhasabah diri bersama-sama. 

Thursday, October 24, 2013

Lembu Di Sekolah

Sejak Darjah 1(1987) hingga Darjah 5(1991) saya terlibat dalam ibadah Korban Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan yang diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Raja Muda 1&2(SRKJRM), Kg Baru, Kuala Lumpur.

Jika ia jatuh dalam musim cuti sekolah, Lembu tersebut akan sampai seminggu lebih awal dan saya berpeluang "bermain" bersama mereka dan jika tidak ia tiba sehari dua lebih awal.

Saya memberi nama kepada semua lembu terbabit, bercakap dan menemani mereka, melihat ia disembelih, darah tersembur, dilapah, di siat, tong taiknya dan tulang temulangnya ditanam hinggalah timbusan tanah tulang, tong najis dan darahnya digantikan tumbuhan pokok dan rumput yang segar.

Melalui pengalaman diatas, saya ingin memberitahu kepada semua yang tidak boleh menerima ibadah korban di Sekolah atas dasar tidak sesuai membiarkan murid-murid dan anak-anak yang masih kecil menyaksikan lembu tersebut disembelih, merintih malah menangis bahawa anda salah.

Apa beza Lembu dengan Ayam?
Apa beza Ayam dengan Ikan?
Apa beza Ikan dengan tumbuhan?
Tidakkah tumbuhan bernyawa?

Bagi pemakan daging, sembelih yakni memotong leher adalah cara paling tidak menyakitkan binatang terbabit mati berbanding cara lain. Ya, diperakui benar dan bukan sahaja binatang, malah jika manusia boleh dimakan, untuk membunuh manusia mengerat lehernya adalah cara paling cepat, paling mudah dan paling kurang ia sakit. Ngeri??? Itu adalah sains yang berasaskan fakta dan kajian, saya hanya menyampaikan kebenaran.

Tidak kira anda Islam atau tidak, jika anda memakan daging ayam, lembu, kambing dan lain-lain yang tidak halal atau tidak disembelih, semasa anda menggigitnya fikirkan betapa sakit dan seksanya binatang tersebut sebelum mereka mati. Bagi yang memakan binatang yang disembelih, fikirkan, binatang tersebut mati dengan cara yang paling kurang sakit dan seksa. Sains membuktikan hal ini.

Berbalik kepada konteks anak kecil, apakah ia tidak wajar? Jika dilihat dari sudut sempit maka ia memang tidak wajar sepertimana tidak wajar saya katakan bahawa Askar Amerika yang menembak mati orang awam, yang mengebom Hiroshima dan membunuh jutaan orang juga tidak pernah meyaksikan "live" binatang disembelih tetapi mereka tetap kejam. Melainkan ada terjemahan berbeza untuk kejam menggugurkan bom dari kokpit pesawat dengan menekan butang, atau menarik picu senapang dengan menggunakan pisau memotong leher.

Pada saya, adalah wajar mendidik anak kecil melihat bagaimana binatang disembelih kerana mereka akan takut, sedih dan geram. Ketiga-tiga perasaan ini adalah bagus bagi mereka lebih menghargai nyawa sendiri dan nyawa manusia yang bakal mereka susahkan dan rampas(jika mereka penjenayah, atau Tentera yang membunuh orang awam yang tidak berdosa). Malahan bagus mereka sedih agar mereka tahu binatang tersebut berkorban bagi kegembiraan mereka menikmati daging yang menyumbang kepada tumbesaran sihat mereka dan baguslah mereka geram, agar mereka perlu berjuang dan bersyukur, mereka bukan binatang tetapi manusia yang perlu menghargai nikmat Tuhan.

Berbalik kepada konteks agama Hindu, seperti yang saya katakan ia adalah perkara bagus dari satu sudut perspektif. Kerana Lembu adalah Binatang Suci Hindu maka ia tidak bagus, saya setuju. Tetapi inilah nasib kita orang India lahir di Malaysia, Negara pelbagai kaum dan agama. Sebenarnya ini juga nasib Melayu, lahir di bumi asal Melayu dan kemudian diberi nama Malaysia kerana nenek moyang kami menerima kalian. Nasib kami disini, kami terpaksa meyakinkan anak kami bahawa Patung di Batu Caves, di Kelantan adalah "Tuhan" yang orang Hindu dan Buddha sembah sedangkan pada masa yang sama kami ajar mereka Tuhan itu Satu. Jika anak kami menyambung soalan kenapa mereka sembah patung kami jawab itu agama mereka, kita kena hormati. Buktinya, pernahkan anak kecil Melayu mengeluarkan kata menghina sembahan anda atau merujuk "Tuhan" anda kepada "Patung"?? 

Justeru, baik Hindu, Islam, Kristian, Buddha dan lain-lain sebenarnya kita dapat hidup harmoni selama lebih 50 tahun kerana kita saling menghormati, dan terbaik sekiranya kita kekalkan garisan sensitiviti itu kerana jika Hindu minta ia digerakkan, esok Islam pula minta ia digerakkan, dan kemudian Buddha dan Kristian kemudian Hindu semula, hingga satu hari nanti kita sudah tidak punya rasa hormat satu sama lain maka bolehlah kami memberitahu pada anak kami, ia hanya patung jika tidak percaya anda pecahkan dan patung tersebut tidak dapat pertahankan dirinya, jika ia dapat pertahankan dirinya maka anda boleh menganut agama mereka seperti yang dilakukan Nabi Ibrahim AS.

Berbalik kepada konteks lokasi, sekolah adalah tempat murid belajar dan saya percaya banyak yang boleh mereka pelajari dari proses menyembelih haiwan. Jika ada perayaan korban babi dalam agama Hindu dan Buddha, saya pasti penganut Hindu dan Buddha juga akan meminta malah pasti diberi kelonggaran oleh Kerajaan "Orang Melayu" yang baik hati ini. Lihatlah Selangor yang asalnya Islam dahulunya tiada kini, ada Pusat Konvesyen Krisitan terbesar, ada Batu Caves malah ditambah-tambah Kuilnya dan diperuntukkan berpuluh juta setahun, ada kandang babi ditambah-tambah, ada kilang arak pun mahu tambah lagi dan banyak lagi. 

Seperti yang saya kata, asalkan garisan sensitiviti sedia ada yang diamal, dipegang dan dihormati sejak berpuluh tahun lalu dikekalkan maka kita rakyat Malaysia mampu hidup aman damai serta harmoni, sebaliknya, jika tidak, maka kita mungkin akan jadi seperti di India(LTTE), di Pakistan(Taliban), di Myamnar(Tentera Junta) dan banyak lagi.

Jika anda seorang vegetarian, jangan menghina pemakan daging melainkan anda fikir tumbuhan itu tidak bernyawa. Dalam sains, tumbuhan mempunyai nyawa dan apabila ia dipotong ia akan mati, jika ia ada mulut ia akan merintih dan mengelupur seperti binatang sebelum mati.

Hakikatnya, kita sebagai manusia tidak kira apa agama pun, kita hidup dengan mengorbankan hidup hidupan lain. Rumah kita dibina dengan membunuh pokok yang tidak bersalah, merampas hak habitat haiwan malahan najis kita disalurkan untuk santapan haiwan air.  Jika semua benda bernyawa boleh bercakap termasuk batu, maka manusia adalah mahkluk yang paling kejam justeru adalah wajar kita membalas jasa pengorbanan benda bernyawa yang berkorban demi kelangsungan hidup manusia dengan tidak berbuat kerosakan sesama manusia samada secara langsung atau tidak langsung. 

Tuesday, October 22, 2013

SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA SUCKS

http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131022/dn_19/40-pelajar-lulusan-PMR-automatik-masuk-aliran-sains

Saya merupakan pelajar cemerlang yang aktif bersukan dan mencapai keputusan 4A dalam UPSR. Keadaan ekonomi keluarga yang memaksa kami berpindah dari satu Negeri ke Negeri lain setiap tahun membuatkan PMR saya hanya 3A sahaja. Untuk rekod, saya mempunyai 7 buah sekolah sepanjang persekolahan.

Pada masa tingkatan 3 saya di kelas 3A2 dari 17 kelas. Saya dipaksa masuk ke 4Sains1 kerana hanya ada 10 pelajar dalam kelas itu selepas kebanyakan mereka memasuki MRSM, Teknik dan lain-lain.

SPM saya jika dikira 4 teras adalah 10 sahaja tetapi selepas ditambah 2 elektif menjadikan saya Gred 2. Ia terjadi kerana saya tidak meminati matapelajaran sains seperti Biologi, Fizik, Kimia dan lain-lain.

Hari in rakan saya yang berada di Kelas 3A15 lebih maju dari saya. Ada yang kerja PTD, ada yang kerja Pengurus Kewangan, mereka semua aliran akauan dan sastera.

Berita diatas amat mengecewakan dan saya percaya ramai lagi rakyat Malaysia bakal menjadi mangsa dipaksa menjadi orang yang mereka tidak minati.

Jelaslah, sistem pendidikan Malaysia memang teruk dan hanya menjadikan rakyat sebagai bahan ujikaji sahaja sedangkan para Menteri sendiri menghantar anak belajar ke Sekolah Swasta, Antarabangsa malah Luar Negara.

P.S: Di Sekolah Cina mereka mempunyai Kaunselor Kareer dimana pelajar boleh berjumpa dan meminta nasihat dan pandangan jika mereka mahu memilih atau menukar aliran dan subjek samada sains, sastera atau akaun. Di Sekolah Kebangsaan yang ada Guru yang hanya tahu memenuhkan Kelas Sains demi kepentingan diri dan sebagai pelajar Sekolah Kebangsaan saya hanya ada Kaunselor Kareer di IPT. Sedihkan!

Rayuan Pada Perdana Menteri

Salam YAB Perdana Menteri,

Sebagai rakyat biasa yang teramat biasa, saya merayu pada Perdana Menteri agar tidak menandatangani TPPA.

Perjanjian ini dari mula yakni sebelum PRU 13 telah ditentang oleh mereka yang sayangkan Negara. Keuntungan cepat juga dibaca dengan kejatuhan cepat dalam ekonomi. Biar lambat asal selamat dalam peringatan nenek moyang pada kita.

Hakikatnya, YAB Perdana Menteri masih memberi harapan kepada Amerika dan pendokong berbayar TPPA di Malaysia dalam masa yang sama merisaukan penentang TPPA.

Walapun YAB Perdana Menteri memberi jaminan TPPA akan dibentangkan di Parlimen untuk kelulusan, saya fikir adalah lebih baik menolak terus TPPA dari mempertimbangkan langsung.Membiarkan rakyat dalam kekeliruan akan memberi peluang untuk tangan-tangan ghaib berkiblat Zionis menjalankan "mind war" bagi membeli keyakinan rakyat khususnya wakil-wakil Rakyat.

Sebagai Islam, dinahari akhir zaman diyakini terbit dari timur bukan barat. Persengketaan dengan Gergasi Ekonomi Asia iaitu China dalam apa jua cara termasuk perang dingin bertempoh amat merugikan Malaysia amnya, umat Islam Malaysia khususnya.

Jika TPPA ditandatangi dengan apa jua alasan termasuk diluluskan Parlimen, saya yakin yang rugi adalah rakyat Malaysia dan juga YAB Perdana Menteri sendiri.

Akhir kata, pesan nenek moyang kita saya kongsikan, Harimau mati pasti meninggalkan belang, manusia mati pasti meninggalkan nama yang tidak pasti nama baik atau nama buruk.

Sekian.

Saturday, October 19, 2013

Surat Terbuka Pada Mukhriz Mahathir

Adalah tidak adil memulakan bicara ini dengan memanggil anda Dato Seri Mukhriz kerana ayah anda juga lebih mesra dipanggil rakyat sebagai Mahathir. Begitu juga Mukhriz, nama yang lebih dekat dengan rakyat.

Sudah dua bulan dan saya masih menanti pertolongan Ayahanda Tun Dr Mahathir dan tulisan ini mungkin akan mengubah niat Tun membantu saya. Tapi saya yakin, Tun Dr Mahathir bukan orang biasa, justeru niat saya menegur Mukhriz diteruskan.

Maafkan saya Mukhriz, menegur dengan terbuka adalah perkara terakhir yang saya mahu lakukan tetapi saya tidak mempunyai akses kepada anda malahan "friend request" saya sejak 2010 juga tidak pernah di "Approved".

Sebagai "pemuja" Tun sudah pasti saya juga akan menyayangi Tun Dr Siti Hasmah dan seisi keluarga pasangan ini. Dari Marina yang kolumnya saya tidak pernah tidak baca semasa beliau Presiden Badan HIV Malaysia hinggalah ke segala berita berkaitan Keluarga Hero saya.

Bibit-bibit Mukhriz, dari pusat ke Negeri juga saya ikuti. Sedikit reaksi "reluctant" Mukhriz dapat saya kesan apabila nama anda disebut-sebut sebagai MB Kedah bertahun sebelum 1 Mei 2013. Dapatlah saya selami perasaan anda kerana siapa membesar, berkahwin dan berkerjaya di Bandar Kuala Lumpur pasti akan faham.

Mengetahui Mukhriz terpaksa berpisah dengan anak-anak dan hanya dapat bertemu seminggu sekali kerana Kedah tiada Sekolah Antarabangsa merobek hati dan perasaan saya. Cukup adil, kerana Allah Maha Besar mengingatkan manusia, bahawa kita manusia hanyalah insan yang lemah, jika ada yang terpuja maka ia hanya Allah layak dipuja.

Saya yakin, jika Mahathir menjadi MB Kedah semasa Mukhriz sedang bersekolah, sudah pasti beliau tetap akan menyekolahkan anda di Sekolah di Kedah. Sebagai pemimpin, adalah amat penting bagi pemimpin menghantar anak mereka ke Sekolah Kerajaan.

Kenapa? Kerana mereka yang membentuk Sistem Pendidikan Negara!!! Jika sebagai "designer" mereka sendiri tidak yakin dengan "design" mereka, maka rakyat hanya mangsa laboratory sahaja.

Saya harap Mukhriz dapat memimpin melalui tauladan seperti yang dilakukan pemimpin tersohor Negara, Tun Dr Mahathir. Beliau menyerahkan jantungnya untuk dibedah oleh Doktor tempatan di Hospital Kuala Lumpur semata-mata agar rakyat ikut yakin bersama beliau terhadap kemampuan pakar dan kemudahan perubatan Negara.

Mukhriz boleh mulai menukar anak Mukhriz berada dekat dengan Mukhriz kerana adalah penting bagi tumbesaran seorang anak "keluarganya" berada bersamanya senantiasa selagi boleh. Sekurangnya, itu yang dilakukan Ayah Mukhriz walaupun bertemu muka jarang sekali, tapi tetap setiap hari.

Apa salahnya Sekolah tempatan? Tun Dr Mahathir sendiri sekolah tempatan. Mukhriz, saya tidak pasti, tapi mengenali Tun saya pasti beliau akan menghantar Mukhriz ke Sekolah Tempatan kerana yang penting memberi hak kepada anak tersebut untuk bersama bapanya selain menunjukkan contoh yang perlu diikuti oleh rakyat Kedah yakni yakin dengan sistem pendidikan Kedah dan MBnya.

Lebih lagi, jika 30 tahun lagi anak Mukhriz juga mahu mengikut jejak Ayahnya dalam politik, mungkin Mukhriz masih ingat ada seorang bekas Naib Ketua Pemuda yang bertanding KP UMNO Malaysia dikecam kerana tidak bersekolah di Malaysia. Tidak adil untuk anak Mukhriz ditolak rakyat hanya kerana bapanya tidak yakin dengan sistem pendidikan Negara apatah lagi selepas Menteri Pendidikan sendiri melancarkan Pelan Pendidikan Negara.

Sayugia diingatkan, ingatan terbuka pada Mukhriz ini dirasa lebih pedas oleh orang yang makan cili dan lebih pedas lagi orang tersebut terlibat dalam penanaman cili tersebut. Dari Perdana Menteri, Timbalannya, Naib Presiden UMNO, hinggalah ke Menteri dan Timbalan Menteri, malahan ahli politik yang mampu tidak mahu menghantar anak mereka ke Sekolah tempatan kerana mereka berpendapat sistem sekolah Malaysia hanya akan menyekat tumbesaran pendidikan anak mereka. Soalnya, apakah rakyat hanyalah bahan ujikaji mereka? Bila berjaya, Alhamdulillah. Bila gagal, kita mansuhkan dasar ini dan rombak semula digantikan dasar lain. Yang menjadi mangsa siapa lagi kalau bukan Rakyat.

Inilah masalah utama pemimpin UMNO, cakap tidak serupa bikin, Pelan Pembangunan Negara selain menekan Sekolah Cina untuk mengikut kokorikulum Negara, tetapi diri sendiri hantar anak ke Sekolah Antarabangsa!!! Saya fikir, Mukhriz tidak sama dengan pemimpin UMNO biasa, sekurangnya itu yang diharapkan dari rakyat jelata, darah Mahathir mengalir segar dalam diri anda.

PS: Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas kemenangan Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO. Walaupun jam baru 12 tghari Sabtu 19 Oktober, tiada unsur "bookie" disini cuma saya yakin anda akan menang dan saya berharap dan berdoa untuknya. Jika kalah sekalipun, Mukhriz tidak rugi, yang rugi adalah UMNO yang belum cukup diremajakan.

Thursday, October 17, 2013

Kongres AS Lulus USA Mulakan Perang 2014

http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131017/lu_13/Kongres-AS-lulus-pendekatan-perbelanjaan-tamatkan-krisis

Seluruh dunia menarik nafas lega apabila Kongres AS meluluskan pendekatan perbelanjaan jangka pendek hingga Februari 2014 yang menaikkan siling hutang AS.

In economy, money is power but in world economy power is money.

Hakikatnya, AS tidak berperang dengan mana-mana Negara selepas Iraq dan hampir semua peralatan perang mereka sudah tamat tempoh. Untuk rekod, Amerika Syarikat adalah pembekal senjata utama dunia baik darat, udara mahupun laut.

AS hanya boleh memulihkan kembali ekonominya jika ia melancarkan perang sekaligus mencetus perlumbaan pemilikan senjata berat oleh Negara kaya di dunia. Malahan, Negara tidak kaya yang bersebelahan dengan Negara yang sedang berperang juga akan meminjam dari IMF(milik Amerika) untuk membeli senjata dari Amerika bagi meningkatkan keupayaan armada perang masing-masing agar keamanan dapat ditonjolkan di Negara masing-masing.

Negara kecil seperti Malaysia hanya mampu melihat, mengikut sistem Amerika dan bertindak mengikut keadaan demi kedaulatan dan maruah Negara.

Berita ini sebenarnya boleh dibaca sebagai Kongres AS Luluskan Amerika menyerang satu Negara pada 2014 agar mewujudkan pergolakan pada benua berkenaan agar perlumbaan senjata melalui pembelian panik dilakukan sekaligus menyuntik wang tunai skala besar pada Amerika.

Pada bacaan saya yang tidak berapa cerdik ini, Amerika tidak mungkin berani menyerang Korea mahupun Iran walaupun amat mahu berbuat demikian. Amerika melihat China sebagai ancaman dan perlu melakukan perang serampang dua mata. Menyerang Iran, Korea, Rusia, dll tidak akan mampu mengancam EKONOMI CHINA.

Amerika hampir pasti ke ASIA, AsiaTimur khususnya agar pergolakan benua Asia akan merebak kepada China. Soalnya, apakah Malaysia, Thailand, Philiphines, Indonesia, Pakistan, Cambodia, India ataupun Bangladesh menjadi sasaran utama mereka???? Sama- sama kita nantikan 2014-2017 kerana ia akan berlaku lebih cepat dari jangkaan tapi Amerika tidak akan mampu bertahan lebih dari 3 tahun tanpa perang, kerana EKONOMI CHINA SEMAKIN MENGGANAS.

Sunday, October 13, 2013

UMNO Karam: KJ Dan Shahrizat Bukti UMNO Ketandusan, Puteri pula pathetic

Update: 22 Oktober 2013.

Keputusan Naib Presiden telah diperolehi dan pujian harus diberikan pada UMNO yang begitu demokratik dan terbuka. Sistem baru walaupun banyak kelemahan tapi wajar diberi peluang untuk ditambah baik khususnya apabila pengundi perlu mengundi hampir 30 kod nombor yang berbeza tanpa nama. Rata-rata pengundi 40 tahun keatas kelabu mata tengok kod nombor yang banyak sekaligus lebih selesa mengambil nombor chai yang diendorse pemimpin bahagian.

Selepas PRU 12, Pak Lah letak jawatan dan Najib hanya mempunyai kurang 4 tahun untuk mengubah UMNO. Masa adalah masalah utama UMNO. Justeru, walaupun Pemilihan UMNO 2013 ini disokong tapi ia juga harus dikeji kerana UMNO sudah tiada masa lagi untuk memulihkan keyakinan rakyat Malaysia khususnya orang Cina kepadanya.

MCA buat kerja yang cemerlang tetapi ditolak mentah kerana rakyat begitu bencikan UMNO. Perdana Menteri menjerit dan berpeluh darah sekalipun untuk UMNO berubah, rakyat tetap tidak peduli kerana mereka sering ditipu dahulu. Satu-satunya cara untuk mengembalikan keyakinan rakyat pada UMNO dan MCA adalah dengan bukti UMNO mahu berubah. Soalnya bila??? Selepas PRU 12 katanya 3 tahun lagi, selepas 3 tahun, katanya 4 tahun pula, selepas 4 tahun, 3 tahun lagi.

Pengiraan mudah, UMNO tidak cukup masa dan bakal dikalahkan kerana tidak berubah pada Pemilihan UMNO 2013.

Original Posting----------------------

Tahniah KJ dan Shahrizat Jalil. Kemenangan mereka walaupun pada mereka bukti transformasi UMNO dilandasan progresif yang betul sebenarnya adalah bukti UMNO ketandusan pemimpin. Melihat pada pencabar mereka, bukan tidak ada yang terpelajar, cuma beribu perwakilan UMNO lebih suka duduk di kepompong minda lama. Minda yang membuatkan UMNO merudum iaitu pilih sahaja yang ada kerana mereka buat kerja. Kerja apa sehingga BN ditolak teruk?

Jangan terbawa-bawa. Saya adalah pendokong KJ ketika anda masih mual dengannya. Saya menyokong beliau semasa Pak Lah masih PM selepas PRU 12 kerana beliau terpelajar dan membawa aspirasi orang muda. Walaupun sikap mudanya yang agresif membawa sedikit masalah, tetapi UMNO perlukan karakter beliau kerana UMNO sakit tua. Tapi dengan kemenangan bersih, saya fikir ia tidak wajar dan nampak kempen halus KJ yang menggunakan kapasiti menterinya mengumumkan penambahan pelajar IKBN sekali ganda serta merta dengan IKBN dua sesi, selain menambah keperluan tender makanan dsb di IKBN kelak.
Kemenangan bersih membuktikan semua pengundi KP Pemuda UMNO memang totok, ikut je apa yang di chai.

Saya juga adalah pengikut setia Shahrizat semasa beliau mula-mula bertanding di Kawasan Lembah Pantai. Beliau memperjuangkan setinggan Kg Kerinchi sejak 1999 lagi dan saya bersamanya. Tetapi kes NFC jelas menunjukkan beliau adalah liabiliti UMNO dalam menarik minat atas pagar dan sokongan bukan Melayu.

Tapi saya tegas dan Saya tidak akan mengucapkan tahniah pada Puteri kerana saya secara terbuka kecewa dengan Puteri UMNO. Pada pemilihan UMNO kali ini dapat dilihat ramai ahli Puteri yang bertanding dan mengambil bahagian bertanding. Mereka ini amat muda dan mestilah mempunyai akaun Facebook. Soalnya, dimana mereka sepanjang tempoh peperangan alam maya dari 9 Mac 2008 hingga ke 1 Mei 2013? Saya teruk dibelasah di FB dan didapati selain Red Bean Army mereka memang tersusun dan ramai. Hinggakan ramai anak muda yang menyokong UMNO dan pengundi atas pagar takut mahu bersuara dan lebih selesa mendiamkan diri.

Ramai mendiamkan diri kerana mereka tidak akan dibela kerana trend pada masa itu adalah PR. Kalau tidak sokong PR maknanya ketinggalan zaman, kuno, kampung atau tiada fesyen. Sepanjang tempoh itu mana Puteri UMNO???????????????????

Puteri UMNO menikus seperti tikus di longkang-longkang gelap. Sepi!!!

Lihatlah senarai 100 blog politik Negara, tidak, 500 blog politik Negara, tolong nyatakan 1 blog Puteri UMNO yang tersenarai. Tiada!!!!

Pathetic. Lihat bagaimana Papagomo dibelasah, Parpukari dimaki, RBF di hina, dan ramai lagi blogger yang berjuang tanpa bantuan dan sokongan ahli UMNO khususnya Puteri selaku golongan muda wanita yang comel, cantik dan segar.

Saya berharap perwakilan akan menilai dengan bijak memilih VP dan MT UMNO dan keputusannya bakal menentukan hala tuju kapa UMNO 5 tahun akan datang. Mungkin karam atau mungkin akan di telan tsunami besar. Berubah??? Tidak perlu jawab, lihat betul-betul, zaman sudah berubah, apa yang UMNO sudah ubah?

Friday, October 11, 2013

Sia-sia Setia Pada UMNO? UMNO sayang Dubuk yang makan Tuannya!!

Sebagai “orang setia UMNO”, saya amat setia pada UMNO khususnya masa kepimpinan Tun Dr Mahathir. Bagai anjing yang setia pada Tuannya saya akan mempertahankan kepentingan Tuan saya tanpa disuruh, tanpa diketahuinya walau dari jauh.

Sebagai anak KL, saya terlibat langsung dengan reformasi. Tapi bukan anti Mahathir, Cuma anti reformasi. Bila jalan ditutup dengan Trak FRU, saya akan mencari jalan untuk pergi lebih dekat dengan gerombolan itu untuk marah mereka disitu. Iyelah, darah muda, berani mati, umur baru 18 tahun, gelojak darah membuak-buak “berani(tidak bertempat)”, sikit pun tak gentar sepertimana saya pergi ke Jalan Klang Lama semasa kekecohan kaum.

Malahan, saya dan rakan yang sebulu menaikkan sepanduk, memakai baju Mahathir(T-Shirt Putih kualiti rendah dengan gambar Mahathir dan BN tulisan berwarna biru) semasa reformasi diadakan.

Di kedai mamak dengan 100 reformis saya dan rakan tidak gentar untuk berbual mengutuk Anwar dan reformis, sekuat suara dan berjam mepertahankan UMNO dan Mahathir.

Tibalah masanya PRU 10 pada tahun 1999, umur saya baru 19 tahun, saya sudah terlibat dalam semua proses pilihanraya. Semua tiang dalam kampung, semua simpang dalam KL, semua saya sudah panjat untuk pasang bendera BN. Dikejar reformis, diejek, dihina demi UMNO perkara biasa. Di Pondok Panas yang panas dan bahaya pada 1999, saya seorang sahaja yang sanggup tidur di pondok panas ditemani VCD Cetak Rompak dan Komputer gedabak yang dibawa dari rumah. Pada masa itu, ia amat panas kerana keADILan sedang hangat menjadi pengADIL, justeru mereka amat agresif terhadap apa sahaja yang berlogo UMNO dan BN.

Allah Maha Besar. Segala penat lelah saya siang dan malam hingga ke pagi buta, 24 jam sehari, dibayar RM50 untuk 2 minggu. Tidak apa, demi Mahathir dan UMNO. Malangnya, bila saya mendapat tahu rakan rapat yang tidak panjat tiang tapi hanya mengipas Ketua Cawangan mendapat RM 200 ke RM 500, Ketua Cawangan pula menambah koleksi kereta dan rumah, maka saya tidak lagi bodoh menjadi pengikut kepada ketua cawangan yang bodoh.

Selepas hampir 15 tahun episod reformasi berlalu, kini ramai “musuh-musuh” yang membenci kami ahli UMNO anti reformasi kerana mahu mempertahankan UMNO, malahan ada yang meludah dan mungkin mahu membunuh kami. Kini ramai mereka sudah pulang ke pangkal jalan, sekurangya itu konotasi simpati yang sering kita dengar.

Semalam, saya mendapat berita dari isteri bahawa rakan sekolahnya, Mohd Fairus Khairudin yang juga bekas reformis, bekas PKR, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kini bergelar Dato Seri Dr Mohd Fairus, seorang ahli UMNO yang kerap ke luar Negara dan juga penasihat politik kepada pemimpin UMNO. Terperanjat???

Bukan BR. Fairuz sahaja, BR. Ezam M.Nor menang tanpa bertanding jawatan Ketua Bahagian juga merupakan Senator dan beliau pernah mengeji Tuan kami Tun Dr Mahathir dengan segala gelaran. Mungkin, Tun Mahathir berjiwa besar memaafkan mereka tetapi tidak kami sebagai pengikut setia(setia seperti anjing) kepada Tun M.

Terbaru, Dato Seri Zahrain pula dilantik sebagai Duta ke Indonesia. Zulkifli Nordin pula, calon import untuk kerusi Parlimen Shah Alam seolah tiada “anjing setia” UMNO di Shah Alam.  Ramai lagi nama seperti Ruslan Kassim yang masih saya ingat sebagai reformis dan yang lain.

Bila saya menyamakan kesetiaan saya pada Tun M dan UMNO seperti anjing mungkin buruk pada kalian kerana persepsi “blok minda” muslim, tetapi, ALLAH mencipta anjing dengan sifat mulia anjing iaitu kesetiaan paling tinggi terhadap Tuannya.

Justeru, saya tidak marah, cuma saya hairan dan tertanya-tanya, apakah sia-sia menjadi setia pada UMNO? Tulisan ini pasti melonjak perasaan ahli PAS, PKR dan DAP, dan suka saya matikan dengan kenyataan cermin-cermin parti anda, anda juga mempunyai Pengkhianat yang diangkat Pejuang dan terbaru adalah Muhammad Taib. Malahan, Ketua Pembangkang sendiri pernah menghina Nik Aziz dengan selipar najis(terompah).

Saya bukan aktif politik, tapi melihat pada pejuang UMNO yang aktif politik tetapi diketepikan menjadi alasan saya untuk tidak berpuas hati dengan kaedah politik UMNO sebagai parti pemerintah.

Mungkin benar sia-sia setia pada UMNO sebagaimana Arwah Kamsan Bin Asop, Parit Yaani, Arwah Mohd Zaman Abdul Karim, Kg Nakhoda dan ramai lagi. Jika mereka tidak sempat dibalas jasanya oleh UMNO, saya berharap UMNO belajar untuk membalas jasa ramai lagi ahli UMNO yang setia seperti anjing. Anjing walaupun jijik untuk anda lebih mulia dari berjasa kepada golongan dubuk yang akan meninggalkan Tuan yang lemah malah akan makan Tuannya sendiri bila lapar.

Jika UMNO tidak berminat dengan tulisan rintihan ini apatah lagi untuk berubah, saya ucapkan tahniah dan teruskan. Kami tetap setia pada UMNO tetapi anak-anak kami akan membenci UMNO yang melayan sikap setia seperti anjing dengan menganjingkan kami sebagai anjing kurap yang hanya diberi bantuan sisa-sisa lapahan dubuk dan juga Tuan-Tuan kami.

Hari tidak selamanya cerah bagi dubuk, juga tidak selamanya mendung bagi kami. Jika ditakdirkan PRU 14 UMNO tewas, yang tinggal mempertahankan UMNO adalah ahli-ahli setia UMNO yang mempunyai kualiti kesetiaan seperti anjing. 

Demi Agama, Bangsa dan Negara, mungkin kami tidak kisah terus diketepikan. Mungkin. Sebagai umat Islam yang diajar kebertanggungjawaban dan nilai suci, adalah paling penting bagi kami berprinsip dan berpegang pada prinsip kerana penting untuk kami mempunyai jawapan untuk dijawab pada Allah kelak.


Wednesday, October 9, 2013

ZAHID HAMIDI PAMER SIKAP LELAKI SEJATI



KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN.

Hakikatnya, sebagai orang Melayu saya penat menjadi bangsa yang apologetik. Mungkin kita terlupa, bagaimana Negara kita menghantar delegasi khas ke China semata-mata untuk meminta maaf atas kejadian “rakyat China” yang ditahan lokap diarah berbogel sambil ketuk ketampi. Memalukan, rupanya video yang didakwa “rakyat China” itu adalah seorang gadis Melayu, rakyat Malaysia.

Namun,syarat menjadi lelaki sejati bukan kaum sebaliknya keberanian. Mana-mana kaum dan bangsa boleh menjadi lelaki sejati asalkan ia berani mengakui salahnya. Tapi bukan dengan minta maaf, sebaliknya dengan tidak meminta maaf, kerana meminta maaf itu hanyalah alasan untuk tidak bertanggungjawab atas tindakan diri dan alasan diri untuk tidak belajar dari kesilapan secara agresif.

Seorang lelaki sejati yang buat salah tidak akan minta maaf, tetapi dengan tegas tidak lari dari tanggungjawab untuk memperbetulkan kesalahan atau kesilapan diri melalui tindakan. Lelaki tidak sejati pula pantas meminta maaf, agar kemarahan orang dapat diredakan supaya mereka simpati dan tidak akan meletakkan tanggungjawab salah itu sepenuhnya kepada bahu mereka.

Sebagai peminat Jet Li, saya masih ingat dialog nasihat beliau dalam filem Bodyguard From Beijing kepada adik heroin filem itu. Budak tersebut menukar pistol polis dengan pistol palsu, akibatnya, polis tersebut ditembak. Mengakui kesalahannya, budak tersebut meminta maaf kepada Jet Li, dan Jet Li berkata, seorang lelaki sejati tidak meminta maaf untuk memberi alasan kepada dirinya, sebaliknya, ia nekad maju kehadapan dan menanggung kesannya dan menunjukkan maafnya melalui perubahan diri.

Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga memberitahu seantero dunia, “Our Parliament have a gentleman on board”. Seorang lelaki yang tegas dalam tindakan, yang kesal dengan mengubah diri, yang memimpin melalui tauladan. Maaf hanya digunakan oleh budak yang memberi alasan sedang belajar, bukan seorang lelaki yang tidak mempunyai alasan dan pilihan melainkan membawa perubahan, manakala, mempersalahkan orang lain atas kesilapan sendiri pula hanya digunakan oleh “anda tahu siapa”.

Saya berharap DAP, PAS, PKR, MCA, MIC dan semua parti politik mempunyai sekurang-kurangnya satu lelaki sejati dalam parti mereka, saya pasti Malaysia akan mencapai status Masyarakat Negara Maju sebelum Wawasan 2020.

Tahniah, Dato Seri Zahid Hamidi ikhlas dari saya, seorang lelaki yang sejati.

Thursday, October 3, 2013

Syor KJ Guna Sistem Hari Kantin Pada Hari 1Juta Belia 2014

Saya pernah mencuba nasib memasuki sebutharga membekal makanan kepada pengunjung 1Juta Belia di Putrajaya. Saya tidak berjaya tetapi 3 hari sebelum acara tersebut saya dihubungi oleh "Pegawai" Pihak Kementerian untuk datang berbincang. Semasa berbincang, barulah saya faham saya dipelawa untuk menjadi sub-con kepada main-con. Kerana masa yang singkat serta lokasi yang jauh, saya akhirnya terpaksa menolak tawaran Main-Con melalui KBS.

Cadangan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaludian untuk melaksanakan sistem tender terbuka bagi menganjurkan Festival Belia Putrajaya 2014 amat dihargai dan dipuji.

http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131003/dn_23/KBS-laksana-sistem-tender-terbuka-anjur-Festival-Belia-Putrajaya

Ini kerana pada kebiasaannya apabila Pihak Penganjur memberi hak penganjuran kepada pihak ketiga maka pelbagai masalah akan timbul. Hakikatnya, dalam banyak penganjuran festival, karnival dan keramaian, masalah yang paling lenyah dan leceh adalah makanan. Kerana perut manusia berbeza-beza begitu juga selera mereka. Akhirnya, penganjuran yang dibuat dengan cemerlang tetap bermasalah kerana pelbagai rungutan seperti tidak sedap, mahal, basi, jauh, tidak dapat, terlepas masa makan dan sebagainya.

Saya sebagai rakyat marhaen yang mempunyai pengalaman 30 tahun dalam bidang makanan ingin mengesyorkan pada YB KJ untuk melaksanan Sistem Hari Kantin pada Festival Belia Putrajaya 2014.

Sistem Hari Kantin seperti yang kita maklum menggunakan kupon yang benilai RM 0.50, RM 1.00 dan RM 2.00. Katalah pihak Kementerian memperuntukkan makanan RM 3 untuk satu pengunjung pada satu hari, maka pengunjung akan mendapat Kupon RM 3 percuma semasa mereka mendaftar diri.

Pengunjung dan petugas akan mempunyai masa yang bebas, dan boleh menikmati makanan dalam masa yang berbeza. Jika mereka tidak cukup, mereka boleh membeli kupon menggunakan wang mereka.

Bagi golongan peniaga, saya sarankan agar FBPutrajaya mengamalkan sistem pintu terbuka kepada semua penjaja dari seluruh Negara dengan kebebasan memilih lokasi. Penjaja biasanya berpengalaman dalam membuka gerai mereka dan tidak akan mengancam keselamatan pengunjung malahan jika perlu KBS boleh mengambil sedikit deposit bagi memastikan mereka membersihkan tapak tempat mereka berniaga.

Malahan, jika pencetakan voucher memakan kos yang banyak, maka KBS boleh menggunakan Kad Pengenalan atau menggunakan Sistem Bar Code pada Gelang pengunjung, atau menggunakan Smart Phone dengan Applikasi Cap Jari dan banyak lagi.

Yang pasti, FBPutrajaya tidak akan sama lagi malah lebih meriah dengan kehadiran penjaja kegemaran seperti Cendol Wahab,  Nasi Beriani Gam, Mali Char Kuew Teow, Nasi Lemak Kukus, Rojak Ampang, Sup Dorai, Kebab Melawati dan pelbagai lagi.

Tuesday, October 1, 2013

KERACUNAN MAKANAN: SIASAT HINGGA KE AKAR PERMASALAHAN

Update: Keracunan disahkan disebabkan bakteria pada Ayam Masak Merah yang dimasak sehari sebelum itu. Katalah seperti yang didakwa ayam tersebut berbau, pasti mana-mana ayam yang berbau akan terasa juga. Maka pengunjung tidak akan teruskan menjamah dan memberitahu rakan serta tuan rumah.

Pada saya, pihak berwajib tidak menyiasat sehingga ke akar permasalahan. Selain dari pembungkusan dan pembuatan, siasat juga bahan kimia dalam makanan dan air. Katalah bahan kimia dalam ayam selamat dimakan, begitu juga kandungan plumbum dalam air juga selamat diminum. Apa akan jadi selepas dua bahan kimia ini bertemu dalam periuk???

Dalam Kimia, O-Oksigen selamat disedut, tapi selepas ia bercampur dengan C- Carbon ia akan menjadi gas beracun. Begitu juga bahan kimia dalam makanan. Walaupun ia dibenarkan dan selamat, tetapi bagaimana jika ia bertindak balas dengan bahan kimia dalam makanan lain???

Cuba renung fakta ini.

Seorang penternak ayam di Bagan Serai Perak, dalam blognya tidak memakan ayamnya sendiri. Beliau ada cara tertentu bagi mengeluarkan kimia dalam ayam 40 harinya dan barulah diyakini selamat untuk keluarganya.

Seorang pemborong Ikan berbangsa Cina menunjukkan ubat awet ikan dan dituang kepada lantai. Dapat lihat tindak balas lantai pada air ikan itu. Dia juga kata dia tidak makan ikan yang dijualnya.

Penjual sayur pula khususnya peniaga cina akan merebus sayurnya 2 kali sebelum memasak.

Cuba lihat tebu, tidak akan ada satu pun tebu tanpa semut pada zaman kita kecil dahulu. Tebu sekarang langsung tiada semut? 

Jika 20 tahun dahulu, kita basuh beras untuk 3 kali, kali keempat air sudah jernih. Cuba basuh beras sekarang, kali keberapa baru air jernih?

Telur sintetik? Bahan pengawet? Usia Ikan, Daging, Ayam beku?  Bahan kimia pada sayur dll?

Renungkan, dan cuba lawat kilang-kilang makanan paling tidak tanya-tanya pada pekerja mereka.
----------------------------------------------Original Posting
Emak saya berniaga kantin sejak tahun 1987 hingga tahun 2010. Kini kami berniaga pula kedai makan. Dari dulu lagi kami sudah melalui beratus kala pemeriksaan kebersihan samada secara berjadual mahupun secara mengejut. Semuanya lulus, tiada masalah, tapi Dewan Makan Asrama di Gombak kendalian emak pernah kena keracunan makanan pada tahun 2002 ketika kami mengerjakan umrah. Selepas Kementerian Kesihatan mengambil sampel dan Kementerian Pelajaran membuat siasatan, kami tidak bersalah kerana kumpulan pelajar terbabit mengambil makanan dari luar.

Sebagai orang Islam, halal adalah kewajipan dan halal adalah bersih. Dan sepanjang penglibatan dan pengalaman hampir 30 tahun ini, tidak dinafikan ada kakitangan penyediaan makanan termasuk Chef yang mengabaikan dan mengambil mudah soal kebersihan. Tapi ia bukan "the only reason" keracunan makanan. Salah satu punca keracunan makanan yang sering dilepaskan kita adalah pembuatan dan pembungkusan.

Terkini, Negara digemparkan oleh kejadian keracunan makanan di sebuah kenduri kahwin di Kedah yang membabitkan 60 mangsa dan 3 menjadi korban. Seperti biasa, pihak pemeriksa akan memeriksa tempat simpanan, cara penyimpanan, tempat penyediaan, air, bahan memasak, pekerja, tukang masak, bahan buangan termasuk soal siasat keatas mangsa bagi memahami pattern keracunan makanan.

Dan setiap kali itulah tiada hasil siasatan yang dapat mengenal pasti punca sebenar keracunan makanan. Malahan, dalam perbualan saya dengan beberapa Operator Dewan Makan seusia kami juga berkongsi pendapat yang sama, jika terjadi keracunan makanan di Kantin, selepas siasatan diadakan pihak berkenaan tidak dapat mengenal pasti punca keracunan.

Saya kemudian diberitahu oleh seorang rakan saya bekerja di Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerja(JKKKP) Selangor yang sering membuat lawatan berjadual keatas premis Kilang termasuk Kilang Makanan. Namun skop kerja mereka adalah keselamatan, mereka bertanggungjawab memastikan keadaan peralatan mesin, persekitaran, lif dan langkah keselamatan di Kilang berkenaan justeru kehadiran mereka tidak diendahkan oleh pengurusan kilang melainkan oleh jurutera sahaja.

Rakan saya berkata kalau saya ke kilang pembuatan makanan ini maka saya tidak akan selera makan. MeeHoon, Milo, Mee Kuning, Kunyit, Garam, Kari sebut apa sahaja jenis bahan makanan yang digunakan untuk memasak. Pengendali yang kebanyakannya bukan Islam tidak mementingkan kebersihan malahan haiwan-haiwan seperti anjing bebas melakukan aktiviti mereka di bahan-bahan makanan yang belum dibentuk sebagai bahan jualan lagi.

Saya berharap agar penguatkuasa dan pihak berwajib bukan sekadar memeriksa premis makanan dan mengenakan tindakan, periksalah juga kilang-kilang pembuatan bahan makanan kerana kualiti kebersihan makanan banyak bergantung dari hari pertama ia dibuat di kilang-kilang.