ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, April 6, 2011

KEJAMMNYA USTAZ PAS

Jangan sesekali menilai manusia itu dari pertimbangan akal. Akal selalu bijak bermain dengan teori, fakta, dan jauh dari kebenaran. Kerana kebenaran apa yang ada dalam hati kita apabila meihat anak kecil ini, apabila melihat lurah dada gadis sebaya anak kita, apabila melihat video seks dan sebagainya, semuanya kita dapat sembunyikan dengan mudah, dengan kopiahm dengan bacaan hadis dan surah, dengan kekayaan dan khusyuk solat, malah dengan tawaaddu menangis-nangis meminta keampunan. Tetapi hakikatnya, hanya ALLAH yang tahu apa dalam hati manusia!!!!!Sedarlah, kesederhanaan adalah ajaran Islam, jangan keterlaluan dalam satu perkara termasuk agama, kerana badan, emosi, dan spiritual memerlukan keseimbangan.

Tuesday, March 22, 2011

Benarkah Malaysia akan berpecah pada 2012?

Ahli Falak adalah ahli kaji bintang dimana mereka dikatakan boleh meramal masa hadapan. Ahli Falak Malaysia juga dikenali sebagai antara yang terbaik di dalam bidang tersebut. Peranan mereka terhadap perkembangan Malaysia adalah besar dan tersembunyi. Saya secara peribadi pernah menyaksikan dan mengenali seorang Ahli Falak bernama Azman di Kg Baru pada tahun 1988.

Kumpulan Ahli Falak tersebut selalu bertemu dan berbincang di Medan Selera Jalan Raja Muda. Pada masa itu, saya sering mengikuti perbualan mereka yang biasanya berlarutan sehingga ke Subuh.

Pada tahun 1988 mereka menilik bintang, mengira kedudukannya dan meramal mengikut petanda yang diberi. Ilmu itu seakan ilmu Matematik yang sudah ada formula dan petanda pula hanya mampu dihuraikan dengan kebijaksanaan serta firasat yang kuat. Mereka sudah meramal setiap kejadian yang bakal berlaku puluhan tahun dari masa itu antaranya yang masih segar dalam ingatan saya adalah;

1) Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir adalah Tun Abdullah Ahmad Badawi- mereka mendakwa Guru mereka pernah mengatakan seperti itu kepada Tun Abdullah pada tahun 1984

2) Malaysia akan berpecah pada Malaysia Utara dan Selatan pada tahun 2012

3) Singapura akan menyertai Malaysia kembali sekitar tahun 2014-2015; Apakah Lee Kuan Yew yang sudah menyebut perkara ini 3 kali juga menggunakan khidmat Ahli Falak?

4) Lain-lain perkara saya tidak ingat atau perkara yang akan terjadi dalam setahun dua dari tarikh mereka bertemu

Perkara pertama sudahpun terjadi maka tidak perlu dibicarakan kerana dibimbangi ketulenannya. Perkara kedua sebenarnya agak menakutkan kerana Malaysia sudah pasti akan dipimpin Kerajaan baru yang dipilih Rakyat samada penghujung tahun 2011 atau pada tahun 2012.

Benarkah Malaysia akan berpecah pada tahun 2012? Apakah Ahli Falak sudah meramal kejadian ini pada tahun 1988? Apakah Ahli Falak itu tahu akan terjadi 8 Mac 2008 dimana UMNO kalah teruk dan kaum Cina sudah berpatah arang berkerat rotan dengan BN? Mungkinkah mereka dapat meramal undi Cina hanya untuk DAP dan meramal PAS akan beralih dari Negara Islam kepada Negara Sekular?

Semua kejadian pada hari ini cukup membimbangkan termasuk kuasa Internet dan Facebook. Malahan, isu terkini ialah video seks Dato Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam perbicaraan. Biasanya, si pembunuh dan perogol bersiri apatah lagi Orang Kena Tuduh(OKT) yang sedang dibicarakan akan menghentikan dan menjaga gerak geri mereka kerana khuatir diri mereka sedang diperhatikan musuh malah mereka dalam nasib malang. Tetapi berbeza dengan Dato Seri Anwar Ibrahim, video tersebut dikatakan berlaku pada February 2011 dan dijumpai oleh Datuk T dengan cara yang hairan bin ajaib.

Jika ia dirancang oleh pihak berkepentingan dan kemudian Datuk T mengumumkan dikhalayak ramai berserta bukti gambar beliau bersama Dato Seri Najib Tun Razak, saya percaya PR akan berjaya memenangi PRU justeru merampas Malaysia dari BN. Hampir 60% undi Melayu akan beralih pada undi simpati Dato Seri Anwar Ibrahim yang kononnya ditekan, difitnah, dan dizalimi oleh BN. 60% Melayu atau 40% Rakyat Malaysia Melayu dan 20% Rakyat Malaysia Cina akan menjadikan PR memperoleh majoriti sokongan Rakyat. Sememangnya ia bukan kiraan pasti untuk memenangi PRU tetapi ia sudah lebih dari cukup untuk merancang dan melakukan strategi Perang PRU masing-masing.

Pengiraan secara logik akan tertumpu kepada satu soalan, siapa antara PAS, PKR dan DAP akan menjadi Perdana Menteri dan apakah dasar yang akan digunapakai? Memerintah bersama, mengutamakan Melayu, mendahulukan Cina atau mengenepikan India? Semua ini akan menjurus kepada satu tragedi yang tragis untu dicoretkan, dan penyelesaian untuk mengelak pertumpahan darah adalah hanya satu, melalui perpecahan.

Umum mengetahui dimana ekor Naga terletak dan kenapa masyarakat Cina lebih suka pada selatan. Malahan harga rumah dan kedai yang menghadap selatan akan dijual dengan harga yang jauh lebih mahal. Perkiraan ini mengikut Ahli Falak, akan menjadikan Malaysia Selatan di perintah oleh Cina. Dan ya, selepas DAP berkuasa di Malaysia Selatan, Singapura dan Lee Kuan Yew dengan senang hati akan menyertai kembali Malaysia atau lebih tepat Malaysia Selatan.

Semua perbincangan dan fakta, pengiraan serta ramalan diatas telah dibuat pada tahun 1988 oleh sekumpulan Ahli Falak yang berjumpa hampir setiap malam selama 3 bulan. Tidak dapat dipastikan kebenaran pengiraan mereka kerana ia adalah ilmu ramal, maka artikel ini langsung tidak berniat untuk menghasut. Tetapi artikel ini mahu Rakyat berfikir dan mempertimbangkan secara halus akan kemungkinan yang akan terjadi jika perkara yang diramalkan ini benar akan terjadi. Lebih dari itu, ia adalah sekadar ramalan, umat Islam mempunyai Allah, Rasul dan Quran untuk bersatu dan menghentikan perpecahan. Bermulalah dari sekarang sungguhpun hari sudah senja, kerana yang dikhuatiri bukan malam yang gelap, tapi siang yang sejuk tanpa matahari.

Monday, March 21, 2011

GUGURKAN DNA SEBAGAI BUKTI

Umat Islam sebenarnya sering dikelirukan kenyataan kontra oleh para Mufti, Ulama, Penceramah, Guru, Ustaz, Ustazah ,Cendekiawan Agama dan FOBIA(Facebook Of Brilliance Islam Astrologer). Bagaimana Islam mahu bergerak dan menjayakan perkara besar jika mereka terlalu fokus dan tertumpu pada satu perkara kecil sahaja? Ini terbukti sehinggakan perkara sekecil menjatuhkan hukum haram merokok juga tidak pernah berjaya dicapai secara sepakat. Dan terkini ialah isu DNA dalam kes jenayah!

Ramai penceramah berasa diri bijak pandai apabila mampu berbicara dengan yakin dan megah dihadapan hadirin, apabila dapat membaca sebaris dua ayat dengan lancar, datang pula perasaan keimanan dan tawaddu. Lebih pula pandai berbahas dan mengarang menggunakan ayat dan hukum tertentu. Lalu jatuhlah berjuta hukum Islam baru didalam Facebook. Itu tidak penting tapi adalah amat penting untuk senantiasa membetulkan niat dalam setiap pertuturan dan perlakuan, dilakukan kerana ALLAH.

Umat Islam sering dijamahkan perkataan seperti; i- Ada tidak Quran menyebut hantu? ii- ada tidak Al-Quran menyebut hudud? iii- Ada tidak Al-Quran menyebut hukum persaksian zina? Penulis bukan ahli agama yang layak membincangkan perkara berkaitan hukum dan sebagainya, tetapi penulis adalah seorang Islam yang bimbang akan hala tuju dan kerapuhan iman umat Islam disebabkan ramainya bukan pakar dalam hukum mahu menjatuhkan jukum. Jika kewujudan hantu dijatuhkan hukum syirik jika percaya hanya kerana Al-Quran tiada menyebut perkataan hantu, justeru perkataan komputer, internet, blog, rokok dan sebagainya juga tidak wujud dalam Al-Quran. Sememangnya secara konsep benda-benda tersebut yakni hantu, komputer dan rokok dalam kategori yang amat berbeza, namun, pegangan iman umat Islam adalah sama kerana ia disandarkan kepada apa yang tertulis secara terang dalam Quran sahaja. Lalu keluarlah pelbagai lagi hukum Islam oleh golongan FOBIA ini tadi tanpa memikirkan kesan pada Islam, pada masyarakat dan jauh sekali pada anak cucu kita masa hadapan.

Isu DNA Dato Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan berjuta hukum oleh umat Islam. Dengan beberapa perkembangan mutakhir termasuk pendedahan video seks yang didakwa palsu dan pelanduk dua serupa, maka kebarangkalian yang akan digunakan dalam DNA juga adalah persis. Tidak kurang ada yang memegang kuat pada setiap patah yang tertera pada Al-Quran sahaja termasuk tentang perlunya si pendakwa membawa 4 saksi zina tersebut. Saksi mestilah menyaksikan dengan yakin kemasukan alat zakar sepenuhnya kedalam kemaluan wanita. Kurang lebih, saksi mestilah waras dan menyaksikan tanpa perlu menghentikan perbuatan tersebut. Kegagalan membawa 4 saksi soheh ini, si pendakwa akan didakwa dengan hukum QAZAF. Waima, DNA, Video, cap jari juga tidak dibenarkan, kerana dalam Al-Quran tiada menyebut perkataan DNA, mahupun video dan cap jari, begitu juga hantu, jadi adalah haram untuk mempercayainya. Itu adalah antara berjuta fahaman baru, hadis baru, terjemahan Al-Quran baru, fatwa baru, hukum Allah yang baru yang di lahirkan oleh FOBIA dan juga Pemimpin Islam yang berkepentingan.

Isu DNA adalah satu lagi isu kekeliruan umat Islam dan mempersoalkan keupayaan umat Islam mentadbir dan memajukan diri dengan menggunakan Al-Quran sebagai panduan utama. Al-Quran diyakini teguh, sesuai sepanjang zaman, suci dan merupakan Kalam Allah yang tiada tolok bandingnya. Tetapi, atas perkembangan mutakhir ini, dihiasi dengan berjuta hukum oleh FOBIA, umat Nabi Muhammad SAW yang mewarisi Al-Quran di ragui kemampuannya untuk menzahirkan ke-Agungan Al-Quran. Yang paling dikhuatiri ialah jika Dato Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menyerahkan DNA beliau kepada Mahkamah!

Hancurlah segala hukum Islam kerana persaksian 4 saksi sebagai bukti zina adalah mustahil, manakala DNA apatah lagi video pula ditolak kerana ia tidak ditulis dalam Al-Quran. Dan, dalam kedua-dua saduran kuasa Undang-undang dalam Perlembagaan Malaysia melalui Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, DNA akan digugurkan sebagai bukti yang sah(credible evidence).

Maka, jika benarlah Mahkamah Sivil memutuskan Dato Seri Anwar bin Ibrahim tidak perlu menyerahkan DNA beliau, secara automatiknya, Mahkamah Syariah perlu mengikut aturan yang sama. Justeru, semua pesalah yang dibuktikan bersalah oleh bukti DNA harus dibebaskan. Semua pembunuh yang mayat tidak dijumpai melainkan melalui proses DNA seperti Altantuya dan Sosilawati juga harus dilepaskan.

Akhirnya, perjuangan memartabatkan hukum Allah SWT iaitu hudud akan berjaya dilaksanakan di Malaysia. Kerana tanpa DNA yang berada di Kelas Teknologi Tinggi sebagai bukti, apatah lagi Video, dan cap jari, jenayah maksiat dan lain-lain hanya mampu dibuktikan bersalah mengikut hudud jika disertakan dengan 4 saksi soheh. Inikah ISLAM yang ALLAH mahu umat Nabi Muhammad SAW martabatkan? Atau umat Nabi Muhammad SAW yang menjadi terlalu rakus sehingga memperkotak-katikkan dan memperalatkan kalam dan hukum Allah sehingga murka Allah sahajalah jawapan kepada umat yang ingkar.

Saturday, March 19, 2011

AL KITAB BUKTI ISLAM GOYAH

Sesungguhnya Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan Agama Bukan Islam di Malaysia dan tiada seorang pun umat Islam yang mahu menafikan hak penganut agama Bukan Islam. Kita sudah mengecapi kehidupan bersama walaupun agama berbeza dengan sempurna untuk berpuluh tahun. Hasilnya kini ada banyak yang pelik dari yang tulus ikhlas dalam perhubungan antara Agama di Malaysia. PAS tampak lebih kehadapan menggunakan agama Islam sebagai bahan ceramah dan hasil yang memberangsangkan diperoleh PAS dicemburui agama Hindu dan Kristian. Pertubuhan haram Hindu Right Action Force(HINDRAF) menjadikan perjuangan PAS sebagai sumber inspirasi mereka. Tidak dinafikan, banyak laba yang diperoleh mereka dari sokongan masyarakat India.

Isu paling terkini ialah isu AL-KITAB dalam Bahasa Melayu. Semua Menteri, Pemimpin bertanggungjawab malah dari PAS sendiri sudah menzahirkan sokongan AL-Kitab dalam Bahasa Melayu. Yang berdiam diri dilihat takut hilang sokongan Rakyat Bukan Islam dan yang menentang dikecam sebagai rasis dan anti Kristian. Penganut Kristian Malaysia sendiri lebih tahu apakah mereka memerlukan AL-KITAB dalam Bahasa Melayu untuk benar-benar memahami Injil. Apakah mereka akan membaca Injil dalam Inggeris, Cina dan India atau Injil dalam Bahasa Melayu. Hakikinya, hampir 90% rakan kita yang berbangsa India dan Cina tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik dan lancar apatah lagi membacanya. Mereka lebih fasih berbahasa ibunda dan Inggeris. Rakyat Sarawak dan Sabah juga lebih selesa menggunakan Bahasa Suku mereka.
Oleh itu, perlukah kita menafikan Injil Bahasa Melayu bukan diterbitkan untuk bacaan dan kegunaan penganut Kristian? Jika masih ragu, pilihlah sepuluh orang bukan Melayu secara rambang dan bertuturlah dengan mereka dalam Bahasa Melayu yang betul tatabahasanya dan keputusannya pasti akan menjawab persoalan diatas isu ini. Isu yang sebenarnya adalah tiada isu. Semuanya adalah kerana politik, kerana kuasa dan kerana keuntungan dunia yang sedikit.

Seperti biasa, jika ia melibatkan isu agama Hindu, kita dapat lihat orang India melalui MIC, Makkal Sakhti, PPP, DAP dan HINDRAF akan bersatu suara, bila ia melibatkan agama Kristian dan Buddha kita dapat lihat orang Cina melalui MCA, Dong Jiong, DAP, PKR dan lain-lain akan berpadu suara dan apabila ia melibatkan isu agama ISLAM, PAS, PKR, UMNO, para Mufti semuanya akan berpecah kerana selisih pendapat yang kecil. Akhirnya, agama Islam yang kedudukannya dijamin oleh perlembagaan, dinaungi oleh Raja-Raja Melayu yang bertanggungjawab membawa Islam kepada Rakyat Tanah Melayu, dan dilindungi oleh para-para syuhada GOYAH malah bakal roboh jika Injil dalam Bahasa Melayu terus-terusan dicetak. Kerana seperti pertikaian diatas, jelas, cetakan dalam Bahasa Melayu bukanlah untuk Rakyat Malaysia yang tidak fasih dan selesa berbahasa Melayu.

Atas nama perpecahan umat Islam, pasti ada agama lain yang akan menjadi lebih kuat dan memperoleh keberuntungan begitu juga jika ia terjadi sebaliknya. Bagus untuk agama tersebut tetapi jika ia mendorong mereka untuk melangkaui garisan tegap yang menjadi penjaga kehormatan agama masing-masing, akibatnya pasti merugikan. Dan akibat yang rugi untuk Bangsa Malaysia ini pasti menguntungkan setengah pihak di luar sana. Fikir-fikirkan, sejauh mana lagi perjalanan Agama Islam dengan perpecahan tanpa perlu membayar kerugian yang tinggi. Sampai bila Rahmat ALLAH akan terus melindungi kita?

Thursday, March 10, 2011

NYAWA BAHASA MELAYU DITANGAN UMNO

Jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati dalam lokasi filem lama terutama P.Ramle di Singapura masih ada papan tanda, nama jalan dan lain-lain yang menggunakan Bahasa Melayu. Malahan, pada masa itu masih ramai Cina yang boleh bertutur Bahasa Melayu di Singapura. Selepas Singapura keluar dari Gagasan Persekutuan Malaysia, PAP yang diterajui Lee Kuan Yew hanya memerlukan kurang 30 tahun untuk benar-benar melakukan “Language Cleansing” di Negara Temasek itu. Penghapusan Bahasa Melayu di Singapura bukan sekadar melibatkan tulisan sahaja, malah pertuturan. Percaya atau tidak, selepas 45 tahun, tiada seorang Cina di Singapura yang faham apatah lagi bertutur waima sebutir pendek Bahasa Melayu sekalipun.

Yang tersurat sudah terlihat, yang tersirat sudah melarat. Penghapusan Bahasa Melayu sebenarnya adalah agenda lebih besar iaitu menghapuskan identiti Melayu di kalangan Warga Singapura. Amat sukar untuk menemui seorang remaja Melayu di Singapura yang masih Melayu dari sudut Bahasa, keakuan, kekauman, adab dan adat. Kini, nasib yang serupa bakal menimpa Malaysia.

Orang Melayu kini berpecah kepada tiga golongan utama. Perbalahan demi perbalahan menjadikan orang Melayu amat lemah untuk menongkah arus tsunami Politik. Sedangkan dalam soal Bahasa, soal Sekolah Jenis Kebangsaan dan soal agama, orang Cina dan India tidak pernah sekalipun berbalah sesama mereka mahupun mempunyai pandangan yang berbeza. Lebih utama lagi Cina, apabila ia melibatkan Sekolah Cina, DAP, MCA, Dong Jiong, NGO Cina semuanya bersatu hati mempertahankan Sekolah Cina. Pada pandangan mereka, jika anak mereka tidak bertutur Bahasa Cina di Sekolah hilanglah identiti Cina mereka.

Nasib Bahasa Melayu berterusan terumbang-ambing. Yang terbaru, Universiti Malaya mengenepikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar. Perlu diakui banyak Nota dan Buku diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan bukan Bahasa Melayu. Tetapi, jika bukan kita yang memartabatkan Bahasa Melayu, siapa? Bukan rahsia dimana para Graduan dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris dalam tugasan mereka, jadi tidak perlulah kita orang Melayu melanyak dan merendahkan maruah Bahasa kita. Biarlah Bahasa Melayu didaulatkan sebagai Bahasa Rasmi dan Pengantar, dan Bahasa Inggeris digunakan secara meluas. Walaupun kita memakai Baju barat sebagai pakaian harian, tetapi kita tetap Melayu dan terus menggunakan Baju Melayu.

Untuk rekod , Negara Jepun, Perancis, Indonesia, Thailand, Korea dan banyak lagi menjunjung Bahasa Ibunda mereka dan tiada satu pun dari Negara tersebut yang mundur kerana Bahasa.

Sejelas kristal, Bahasa Inggeris dan kini Bahasa Mandarin adalah Bahasa yang paling banyak pengguna di dunia dan ia merupakan Bahasa Ekonomi. Kegagalan menguasai salah satu Bahasa tersebut terutamanya Inggeris akan menjadikan Melayu mundur dan tidak berupaya. Umpama lima jari yang berbeza fungsi, setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Kelima jari ini saling memerlukan dan yang paling diperlukan oleh jari adalah ibu jari, kerana tanpa ibu jari siapalah kita.

Memetik skrip dalam filem P.Ramlee, Alif Min Nun Wau. Kini Alif Min Nun Wau sajalah harapan Bahasa Melayu. Sekalipun dihina Sarkis, Alif Min Nun Wau tidak pernah sekalipun gagal memperjuangkan nasib dan mempertahankan hak orang Melayu termasuk Bahasa Melayu. Jika Tulisan Jawi yang dijadikan pertikaian, siapa tulisan Jawi tanpa Bahasa Melayu.

Jika mahu diharapkan pada sebuah lagi Parti Dokongan Melayu, ketuanya secara terbuka mengatakan tidak bangga dilahirkan Melayu apatah lagi mahu mendengar beliau bertutur Bahasa Melayu asli. Di peringkat Pakatan pula, Pulau Pinang secara halus menggantikan nama Jalan Melayu dengan nama Jalan Inggeris. Teruslah Bahasa Melayu dirundung malang, malah ramai anak muda kini malu bertutur Bahasa Melayu dengan rakan bukan Melayu. Akhirnya, terhapuslah Bahasa Melayu di Malaysia seperti di Singapura kini. Bukan Bahasa sahaja, tetapi bangsa. Bahasa menunjukkan Bangsa.

Jika Melayu terus berbalah, langkah Universiti Malaya pasti akan disambut dan digarapkan oleh Universiti lain atas nama persaingan. Pantas, remaja dan Pelajar Melayu akan menghadapi satu krisis yang dipanggil krisis keliru identiti. Remaja ini apabila bekerja kelak akan malu bertutur dalam Bahasa Melayu yang jatuh taraf menjadi Bahasa murahan. Pada masa itu, bolehlah setiap Sekolah dan Universiti membina sebuah keranda yang diukir dengan Bahasa Melayu.

Akhir sekali, tanyalah diri kita, siapa yang benar-benar mampu memperjuangkan Bahasa Melayu. PAS dalam Pakatan Rakyat atau UMNO dalam Barisan Nasional. Renungkan, mahukah kita melihat nasib Bahasa Melayu seperti di Singapura yang kurang seratus tahun dahulu, bukan sahaja Pemimpin Cina, Residen Inggeris turut berbahasa Melayu?!

Tuesday, February 22, 2011

RESPECT

Respect frasa tepat menggambarkan makna yang mendalam berbanding hormat. Ia bukan kerana kelemahan Bahasa Melayu tetapi “respect” lebih acap digunakan berbanding kata hormat. Kata respect dipilih bagi artikel ini kerana respect adalah salah satu sifat kemanusiaan. Dalam Islam respect tidak sahaja terbatas kepada benda hidup, benda tidak hidup seperti batu, kayu, buku dan lain-lain juga dihormati.

Dukacita atas perlakuan ramai umat Islam Melayu yang mengikut secara membuta perlakuan menggantung anak patung di bawah kereta. Sungguhpun patung itu tidak bernyawa malah mungkin tidak bernilai, tetapi Islam mengajar kita menghormati semua benda hidup dan benda tidak hidup.

Tun Dr Mahathir pernah mengatakan yang menentukan kemajuan sebuah bangsa itu terletak pada tiga iaitu, Attitude(Sikap), Discipline(Displin) dan Value(Nilai). Nilai sebegini bukan sahaja memalukan tetapi amat rendah disisi kemanusiaan. Sifat yang kecil ini boleh menjadi nanah yang membengkak dan membusuk sehingga keseluruhan kaki terpaksa dipotong. Runtuhlah satu tamadun yang megah kerana “ignorance” pada semangat hormat-menghormati . Untuk rekod, dalam semua peperangan tercatat lebih 70% kematian bukan disebabkan kombat atau aksi di medan pertempuran tetapi kerana luka kecil yang tidak mendapat rawatan.

Hormat-menghormati perlu diasah dalam jiwa sejak kecil. Letak permainan didalam bekas, menjaga permainan dengan baik, menggunakan dengan cermat dan sebagainya membentuk keperibadiaan anak kecil itu sendiri. Tetapi jika yang diajar ialah mengikat permainan yang tidak berguna pada bawah kenderaan pada hemat saya adalah kejam dan tidak mempunyai sifat kemanusiaan sebagai Khalifah yang diangkat. Bersyukur kepada Allah bukan hanya menadah tangan mengucap Alhamdulillah, tetapi menghargai, menggunakan sebaiknya dan memanfaatkan orang lain atas nikmat Allah itu, malah menjauhi segala laranganNYA dan melakukan segala suruhanNYA.

Dizaman dunia tiada sempadan ini, nama Allah dan perilaku umat Islam sering dijadikan perbandingan dengan agama lain. Kita umat Islam harus bangun menjaga nama Allah dengan menyerlahkan sifat keperibadiaan mulia yang diajarkan pada kita. Apatah lagi kita bangsa Melayu yang penuh dengan sopan susila, tapi diatas jalan kejam bersaing bagai binatang.

Bukalah, dan janganlah diseksa patung itu, kalau diderma kepada anak-anak Somalia pasti mereka bergembira, jika diproses semula banyak bulu binatang dan alam sekitar dapat diselamatkan, jika dibuang sekalipun, saudara kita yang mengutip sampah boleh melakukan banyak perkara yang jauh lebih bermanfaat dari digantung dibawah kereta.

Akhir sekali, sukakah kita kalau kita yang diperlakukan seperti patung yang diikat di kereta di perlakukan? Sukakah kita dibuang dan dihina selepas kita dipergunakan dan dimanfaatkan oleh Bos, Syarikat, Anak, Suami, Isteri dan lain-lain?

Wednesday, February 16, 2011

FOKUS PADA PENCERAIAN

KOTA BHARU 16 Feb. – Kerajaan Pas Kelantan melancarkan “Gerbang Az-Ziwaaj” dengan peruntukan RM1.5 juta tahun ini bertujuan menggalakkan 1,500 pasangan muda kurang berkemampuan untuk berkahwin.

Semasa melancarkannya, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, program bertemakan “Anda Bijak Kerana Berkahwin” itu bertujuan mengelakkan golongan muda dari terjebak dalam perzinaan dan menghalang kejadian buang anak luar nikah.

Melalui program itu, setiap pasangan diberi RM1,000 dalam bentuk cek dan peserta boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat kadi, pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), kaunter khidmat pelanggan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri atau muat turun borang dari laman facebook “Gerbang Az-Ziwaaj” (Gerbang Perkahwinan). – Bernama

----->
Saya bukanlah penyokong tegar mana-mana pihak, malah saya sendiri mengisytiharkan diri tidak berparti. Harapan saya sebenarnya adalah harapan semua umat Islam iaitu untuk memashyurkan Islam di segala segi kehidupan. Namun, ia bukanlah perkara mudah mengambil kira komposisi kaum lain, belum termasuk bilangan mereka yang menjual ayat-ayat Allah untuk keuntungan dunia yang sedikit.

Penceraian sebenarnya bukanlah penyelesaian malah Allah amat membenci penceraian. Janganlah fikir semua dosa kita pada suami terhapus apabila kita bercerai kerana kita sudah meminta maaf dan suami sudah memaafkan.

Apa sahaja dosa akan di balas walau sebesar hama, sungguhpun suami sudah memaafkan. Kerana isteri sudah melintas garisan halus dan melanggar larangan Allah.

Tindakan kerajaan Kelantan adalah satu tindakan tidak matang dan akan dipandang rendah oleh Agama Bukan Islam. Kerana, apa guna memberi wang pada mereka yang masih muda tetapi bukan ilmu. Akhirnya penceraian akan terjadi lebih kerap dan menjadi trend "tidak apa", walhasil Allah amat membenci penceraian.

Bukan hanya PAS, UMNO yang mengetuai Kerajaan juga perlu memperbanyakkan program selepas kahwin yang wajib dihadiri suami dan isteri dalam tempoh 5 tahun pertama berkahwin.

Demi Islam, demi Allah, fokuslah penceraian bukan perkahwinan.

Assalamualaikum.

Monday, February 14, 2011

HARI KEKASIH

Tahun 2011 memang amat istimewa. Selain mempunyai 4 tarikh yang dikatakan istimewa, Maulidur Rasul disambut sehari selepas Hari Valentine. Selisih 24 jam ini telah membangkitkan semangat para pemimpin dan umat Islam sendiri dalam menegah sambutan Hari Valentine. Apa yang dikesalkan ialah kenapa sekarang selepas berpuluh tahun umat Islam menyambut Hari Valentine.

Diakui memang pernah ada beberapa suara yang mengingatkan malah menegah umat Islam menyambut Hari Valentine, Hari Ibu, Hari Bapa,Hari Merdeka malah Hari Tahun Baru terutama oleh ahli PAS. Namun ia tidak disambut oleh arus Perdana dan Hari Valentine terus disambut.

Tegahan menyambut Hari Valentine ini wajar disokong setelah diambil kira ia disambut sempena satu peristiwa yang menyedihkan. Tetapi ramai yang sudah menyambut beberapa Hari Valentine merasakan “Hari Kekasih” ini tidak bersalah. Malah, isteri, ibu, abang, adik, dan kakak bergembira dan lebih menyayangi suami masing-masing atas keprihatinan yang diberi beberapa kali setahun itu. Kegembiraan ini menjurus kearah Keluarga bahagia justeru mendapat suntikan baru dalam hubungan yang mungkin sedang kelam. Lebih-lebih lagi dengan Graf Pencapaian Penceraian dikalangan umat Islam yang melonjakkan kedudukan Syaitan diatas Malaikat.

Pagi ini, isteri saya yang sibuk bekerja dan sarat mengandung mengucapkan Hari Valentine dan saya balas kerana memahami jadual ketat membataskan masanya untuk mengikuti perkembangan semasa.

Memetik kata, Dr Fadzilah Kamsah, dalam Al-Quran tiada menyebut hantu, dalam Al-Quran juga tiada menyebut Valentine Day. Tapi Allah menegaskan pentingnya berkasih sayang malah beberapa pendapat ulama juga membolehkan aksi-aksi baru makruh bagi menyemarakkan hubungan suami isteri. Hujah mereka disokong oleh Sabda Nabi antara dua yang buruk, ambil yang kurang buruknya.

Saya yang cetek agama tidak layak menjelaskan kerasionalan mengadakan Hari Kekasih Islam. Tapi saya pasti ramai keliru definisi kekasih. Definisi kekasih dalam Islam sebenarnya tidak membataskan hubungan dua hala berlainan jantina, atau hanya antara pasangan . Jelas, Rasullullah SAW adalah kekasih Allah. Berkasihlah dengan solat, dan cintakan Allah. Banyak definisi cinta, kekasih, lazat dan sebagainya didefinisikan mengikut acuan Barat itu sendiri.

Jadikanlah Maulidur Rasul setiap tahun sebagai Hari Kekasih untuk disambut umat Islam. Bagi mengingati Baginda sebagai Kekasih Allah, malah pengorbanan Baginda dalam memastikan kebahagiaan umatnya, Nabi Muhammad SAW pasti akan bergembira jika hari kelahirannya disambut dengan pelbagai cara termasuklah merapatkan hubungan suami dan isteri, anak dengan ibu dan bapa, adik dan abang, sahabat dan rakan, malah antara saudara Islam yang berpecah kerana politik. Malahan, 12 Rabiualawal sebagai Hari Kekasih Islam, pasangan bercinta insaf dan meminta keredhaan Cinta Agung dari Allah memberi mereka restu mengakhiri perhubungan, pertunangan, perkahwinan dan persaudaraan dengan keberkatanNYA.

Usaha pihak tertentu untuk mengakhiri Hari Valentine ini harus disusuli dengan pilihan kerana dikhuatiri dizaman IT ini, pelbagai perkara tidak baik menjadi pilihan utama. Beberapa pihak sudah mula memalu Gendang Duniawi dengan mempolitikkan larangan ini dimana sepatutnya penyelesaian Umat yang perlu dicari Khalifah Allah dan bukan berpolitik sahaja.

Selamat Hari Kekasih. Selamat Hari Lahir Kekasih Allah. Selamat Menyambut Maulidur Rasul.


12 Rabiul Awal.

Friday, February 4, 2011

Salam Jumaat

Suka saya memulakan catatan pendek mengenai ibadah Jumaat setiap minggu. Sebenarnya, pelbagai ragam manusia dapat dirakamkan ketika Solat Jumaat berlangsung di Malaysia. Lain pula ceritanya di Negara lain.

Yang pasti, sebagai manusia yang lemah, banyak kesalahan yang kita tidak nampak, tetapi jelas pula jika ia kesalahan orang lain. Slot ini hanya bertujuan ingat mengingati, sementara jelas yang sempurna hanya dari ALLAH.

Sejadah!! Di Masjidil Haram tiada sejadah disediakan untuk jemaah, namun, ada yang membawa sendiri ke Masjid. Di Malaysia, begitu bertuah kita, sejadah menunggu para jemaah yang berada di selain Dewan Solat Utama.

Satu perkara yang jelas dapat dilihat ialah tempat sujud di sejadah dipijak-pijak oleh umat Islam terutama yang baru mengambil air wudhu dan masih basah.

Sejadah yang telah siap dibentang juga tidak dilipat oleh setiap jemaah dan ditinggalkan untuk dilipat oleh orang lain. Memanglah, petugas Masjid dibayar, tetapi, sikap yang menjadi persoalan.

Sikap guna dan tidak menyimpan balik ini telah menjadi tabiat dan darah daging dalam kehidupan dunia kita. Justeru, tidak hairanlah budaya kerja dan sikap orang Islam menjadi satu faktor pertimbangan untuk Majikan berbangsa Cina, India, Eropah, Jepun dll.

Sikap menjadi tabiat.

Tabiat yang murni dan mendekati kesempurnaan disukai Allah. Semoga tabiat kita berubah dan melipat sejadah selepas Solat Jumaat dan bukanlah terkocoh-kocoh mahu cepat pergi meninggalkan rumah Allah dan mengejar dunia.

Akhir kata, yang buruk datang dari manusia, yang baik datang dari Allah.

PS: Sekadar mengingatkan diri dan keluarga.

Friday, January 28, 2011

MUALAF BERKONGSI MAKSUD CHUA SOI LEK

Kenyataan Chua Soi Lek mengenai Negara Islam samada berpunca dari permainan politik atau kedangkalan beliau mengenai Islam. Masalah seperti ini pada PAS adalah “besar” dibandingkan dengan “masalah kecil” iaitu memfitnah kematian orang Islam di Tenang. Paling teruk, kenyataan ini keluar dari mulut Presiden MCA. Jika ahli DAP membaca petikan ayat Al-Quran, menjatuhkan hukum dosa dan gelar kafir kepada Orang Islam , jika ahli PKR pula mentafsir sendiri makna Al-Quran, memberi salam kepada orang Islam, masuk ke Masjid dengan menampakkan bentuk kemaluan, menggunakan nama ALLAH, dan bermacam lagi, semua ini tidak salah disisi Islam menurut PAS.

Alasan PAS mudah, kerana DAP dan PKR adalah sekutu mereka dan apa sahaja tindakan menghina Islam harus diberi pujian kerana mereka ahli DAP dan PKR mahu “mendalami” Islam. Kononnya, mereka mahu mendekati Islam, dan jika ada kenyataan dari mereka yang mencemar Islam, PAS akan berkata, ahli PKR dan DAP sudah mula menerima Islam. Walhasil, si ayam jantan berkokok langkah mayat saya sebelum tubuh Negara Islam, yang tahi bergelimang di ekor pun tumpang berkokok langkah mayat aku dulu sebelum sentuh si ayam. Bagaimana hina sekalipun perlakuan ahli DAP dan PKR pada Islam, dihalalkan oleh PAS, tetapi bila Chua Soi Lek mengecam Negara Islam acuan PAS, UMNO pula yang dicerca dan dikafirkan untuk beribu kalinya.

Ibu saya adalah mangsa kepada Islam PAS. Ikutilah ceritanya, namun beliau sedikitpun tidak menyimpan dendam pada sesiapa.


Sebagai seorang Mualaf atau Saudara Baru yang lama, saya memahami kekeliruan orang Cina pada Islam. Semua ini di sebabkan oleh PAS yang mewarisi fahaman Islam ekstrem dari golongan sempit pemikiran satu masa dahulu. Keengganan Parti Perikatan untuk memenuhi tuntutan Golongan Ekstrem ini dimanfaatkan oleh PAS dengan menggunakan tuntutan ekstrem ini sebagai wadah perjuangan.

Antaranya memaksa UMNO yakni tunjang Kerajaan Perikatan kemudiannya Barisan Nasional untuk membatalkan kerjasama dengan MCA dan MIC, membantah bantuan kepada Cina dan India, menghalau Cina dan India dari “Tanah Melayu”, menutup dan merampas semua kedai milik Cina, mengeluarkan amaran berdosa jika undi Calon Bukan Islam, mewujudkan kebencian orang Melayu Islam pada Cina dan India dan sebagainya.

Tindak tanduk PAS ini jelas menunjukkan kebencian mereka kepada orang bukan Islam terutama Cina. Dipercayai ia mempunyai kaitan dengan Komunis yang masih aktif dan dipelopori oleh Cina. Namun, kebijaksanaan Perdana Menteri ketika itu bukan sahaja berjaya membunuh dakyah PAS, menghapuskan Komunis, malah berjaya mengintegrasikan semua kaum. Pujian harus diberikan kepada orang Melayu Islam yang sudah banyak berkorban untuk memberi tempat pada orang Cina dan India, tetapi, modal Syurga-Neraka PAS masih kuat mencengkaman jiwa orang Islam sehingga timbul masalah pada bukan sahaja pada bukan Islam, tetapi pada Saudara Baru juga.

Islam pada ketika itu sudah teruk dimanipulasi mengikut citarasa PAS. Semasa itu semua berkaitan dengan kafir adalah haram tidak seperti kini. Kini, PAS memperoleh laba besar hasil “kerjasama dengan Syaitan”(petikan Kenyataan Pemimpin PAS), oleh itu yang dahulunya haram kini sudah halal. Sentimen orang Melayu dibakar oleh PAS menggunakan modal Islam dan Kafir. Rentetan itu, saya sebagai Saudara Baru menghadapi banyak masalah, saya pernah diusir dari rumah sewa, jiran memeriksa dapur dan lauk jika saya ada memasak babi, cawan dan pinggan saya gunakan disamak selepas saya pulang, saudara tidak membuka pintu semasa Hari Raya, dicerca, dikeji dan dihina dikhalayak ramai kerana saya tidak bertudung, dimarahi dan diherdik kerana menggunakan “chopstick”, AJK “Surau” tertinjau-tinjau di luar rumah lagak “James Bond” dan pelbagai lagi. Anak-anak saya juga tidak ketinggalan mendapat layanan buruk oleh Saudara dan Masyarakat kerana mereka adalah anak “Cina”.

Dari suri rumah masalah ini melarat sehingga ketika saya berniaga, saya diekori ke Pasar untuk mengetahui saya membeli ayam dan daging dari siapa, mee yang saya masak dibelek-belek hadapan saya untuk memeriksa ada babi atau tidak, Mee Kari saya dituduh menggunakan minyak babi, Serbuk Teh dan Kopi saya diperiksa dan pernah juga tidak dijamah, dan pelbagai lagi. Pendek kata, tidur saya tidak pernah lena dalam Masyarakat Islam ketika itu.

Semua ini adalah reaksi dan perilaku orang Islam ketika itu seiring dengan dakyah PAS untuk menghancurkan Kafir yang memenuhi akhbar, dan corong-corong ceramah di Surau dan Masjid.

Hari ini PAS sudah insaf. Perubahan dari langit ke dasar bumi PAS ini jelas dapat dilihat dan ia satu perkembangan positif. PAS sudah boleh bekerjsama dengan Bukan Islam, malah berpeluk dan berkongsi tangisan. Orang Melayu lebih terbuka dan bebas menggunakan “chopstick”. Cerita hidup saya hanya perkara kecil jika dibandingkan dengan imej Islam yang telah teruk dicalar oleh PAS dimata orang Cina. Orang Cina tidak dapat menerima Negara Islam kerana Islam yang ditonjolkan oleh PAS sejak penubuhannya sehingga kira-kira 20 tahun dahulu.

PAS tidak boleh menyalahkan orang Cina dan India jika mereka tidak mahu menerima Negara Islam, kerana mereka sebenarnya keliru dengan Negara Islam PAS. Islam PAS memang ekstrem pada kebanyakan Cina berusia 40tahun keatas.

Sebagai orang yang pernah menganut agama Cina iaitu Buddha, saya pasti orang Cina Buddha memandang rendah pada Islam. Ia terjadi kerana pada pemikiran mereka segala perlakuan PAS merupakan ajaran Islam. PAS menggelumang Islam dengan Politik. Buruk politik, buruklah Islam.

Apakah kita lupa pada komitment dan janji PAS untuk menutup Kilang Arak, Genting, Kelab Malam, memendekkan operasi larut malam, hudud, dan sebagainya. Memanglah Cina menarik nafas lega kerana PAS tidak melakukannya selepas berkuasa di Selangor, tetapi pada kacamata mereka, Islam adalah agama yang membenarkan mungkir janji. Prinsip orang Cina, orang memungkiri janji tidak boleh dipercayai. Adakah Islam yang tidak boleh dipercayai atau PAS?

Orang Cina tidak bodoh, jika PAS boleh menipu orang Islam dan mungkir janji, lebih dari itu PAS boleh buat pada orang Cina.

Monday, January 17, 2011

PERKENALKAN MODUL PENGURUSAN MASA DALAM KURSUS PEMANDUAN

Memandu kenderaan di Lembah Klang umpama sedang berada di Medan Perang. Berbahaya dan penuh dengan ancaman yang mengancam keselamatan diri. Bukanlah satu perkara luar biasa bagi warga kota, tetapi jika diubah, banyak nyawa dapat diselamatkan. Ini kerana sikap pemandu kota ini telah menjadi tabiat pemanduan semua Pemandu Malaysia.
Impak 3minit maksima dan 30 saat minima yang dapat Pemandu jimatkan jika mencuba selaju mungkin di Lembah Klang. Dengan masa kurang dari 5 minit itu, mereka merisikokan nyawa orang lain sehingga apabila ia terjadi, mereka mengakibatkan orang lain kehilangan nyawa, kehilangan orang tersayang, kehilangan tempat bergantung harap, mengalami kerugian dan kerosakan serta gangguan emosi.

Melalui pengalaman memandu berjuta kilometer, dapat disimpulkan majoriti Pemandu Malaysia tidak tahu menguruskan masa. Masalah pengurusan masa ini amat jelas kelihatan semasa kita mahu keluar dari simpang, pemandu kereta dari arah lurus akan memecut kereta seolah-olah mahu melanggar kita dan jika kita tidak jadi keluar, kereta tersebut serta merta memperlahankan kenderaan kerana matlamatnya tercapai. Begitu juga sering kita melihat pemandu yang keluar dari simpang seolah-olah mahu buang air, tetapi apabila sudah keluar dan berada di jalan lurus, kereta ini dipandu dengan amat perlahan.

Beberapa kemalangan juga disebabkan oleh Pemandu Malaysia yang mahu menjimatkan 3 minit dimana jika mereka terlepas simpang mereka akan berhenti dan undurkan kereka mereka. Malah ada yang baru tersedar dikiri mereka ketika ini adalah simpang mereka, mereka terus masuk mendadak. Semua ini dilakukan kerana mahu cepat. Cepat untuk apa? Sakit perut, cirit birit, temujanji, tengok wayang, bini marah dan apa yang mereka kejar agaknya? Sebenarnya, kebanyakan kita tidak mengejar apa-apa dan kita sering sampai ke destinasi dengan selamat dan jika kita sampai selepas 5 minit tersebut orang lain akan sampai dengan selamat.

Kelemahan pengurusan masa ini amat ketara. Berapa ramai antara pemandu yang sebelum menghidupkan kenderaan akan merancang jalan yang mahu digunakan, jalan alternatif jika sesak, jarak pemanduan dan akhir sekali sasaran masa sampai ke destinasi. Setiap hari pemandu ini melakukan rutin yang sama iaitu jalan yang sama, beberapa perhentian yang sama, masa sampai yang sama dan sebagainya dan mereka sepatunya boleh mengetahui baik dan buruk dan boleh perbaiki masa mereka perlukan untuk sampai kedestinasi dengan sempurna. Ramai yang sampai pejabat awal, kemudian tidak tahu mahu buat apa, akhirnya diri sendiri yang rugi.

Jika semua ini dirancang dengan baik kita akan melihat Pemandu mampu memandu mengikut keperluan masa masing-masing justeru menjadikan Jalan di Malaysia lebih selamat digunakan.

Begitu juga apabila pulang ke kampung, sering kita melihat kereta yang dipandu laju di Lebuh Raya, mengekori rapat kereta hadapan, memotong lorong kiri, di Jalan Negeri pula mereka memotong lori dan garisan kembar dan macam-macam aksi laju yang membahayakan, tapi selepas 10 minit kita jumpa mereka di Jalan yang sama dengan dipandu perlahan sambil bercakap melalui telefon, di R&R, di Stesyen Minyak dan “Masjid”. Apa yang dikejar, tiada apa hanya keseronokan diri, syok sendiri dan kesusahan orang lain.

Tabiat ini boleh diubah dan hasilnya boleh dilihat pada para “beginner” sahaja. Pada yang sudah lama memandu dan tegar laju pula, perubahan hanya dapat dilihat selepas mereka kehilangan orang yang tersayang, atau nyawa sendiri.

Langkah JPJ untuk perkenalkan modul pengurusan masa bagi mendidik pemandu baru dipercayai dapat meningkatkan keupayaan pemandu bukan sahaja untuk mengurus masa, tetapi kereta, diri dan keluarga.

Akhir sekali, saya setuju jika “mereka” menjawab laju bukan punca kemalangan, tetapi laju tidak terancang biasanya membawa padah yang buruk terutama pada orang lain.

Saturday, January 15, 2011

BENARKAH AHLI PAS PEJUANG ISLAM?

PAS menegaskan mereka memperjuangkan Islam. Ideologi mereka ini berjaya menarik ramai orang Islam untuk berasa diri telah menyahut seruan Allah untuk berjihad menegakkan Negara Islam, Hudud, mencegah maksiat, arak, zina, judi, hiburan, rasuah, salah guna kuasa, dan sebagainya. Itu asas kepada penyertaan ramai ahli PAS kerana mereka percaya PAS menegakkan kebenaran dan UMNO bertanggungjawab melakukan kemungkaran. PAS segala yang benar, dan UMNO segala yang salah.



Jika hujan, banjir, tanah runtuh, taufan dan segalanya kerana kemurkaan Allah pada UMNO dan jika terjadi pada PAS itu adalah ujian Allah, jika ahli UMNO mati, sakit, menderita, ditangkap dan segalanya kerana dosa mereka dan jika Ahli PAS pula kerana Syaitan dengki melihat mereka senang, jika Kilang Arak dibuka UMNO dituduh menghalalkan yang haram, jika PAS pula dikatakan itulah Islam sebenar bertolak ansur dengan agama lain sehingga mahu dibina Kilang Arak lagi, jika UMNO yang bekerjasama dengan Kafir, ditangkap basah, maksiat, judi dan segalanya, UMNO dihukum kafir, jika PAS yang melakukan semua itu dikatakan ALLAH sudah ampunkan dosa, tidak mengapa dan macam-macam lagi.



Dipendekkan cerita, PAS semua betul dan UMNO semua salah. Kita memahami akan Dasar Penubuhan Negara yang dipersetujui semua wakil kaum dan agama, tetapi mereka yang bermanfaat sering memainkan isu ini untuk meraih sokongan dengan mendorong rakyat kepada penentangan. Sedangkan pemanupulasi ini sedar, cara untuk merubah Dasar Penubuhan Negara adalah melalui undian 2/3 ahli Parlimen. Malangnya itu bukan nawaitu mereka. Tidak, tujuan utama mereka menjadi Ahli Politik dan Pemimpin tidak langsung mahu menegakkan agama Allah. Ini kerana keikhlasan merubah Kedaulatan Undang-Undang Negara bukanlah di jalanan, di pembesar suara, di mana-mana tetapi di Dewan Tertinggi Negara. Para pemimpin Islam yang berjumlah 130 orang di Dewan Parlimen (23PAS, 16PKR, 4BEBAS, 87 BN) hanya perlu bekerja keras meyakinkan 15 lagi MP yang bukan beragama Islam untuk menegakkan hokum Islam sebagai undang-undang Negara. Saya yakin, jika ia dilakukan dengan ikhlas pasti berjaya, kerana ia boleh dilakukan secara satu persatu dan bukan seluruh hukum hudud. Contoh kecil, adalah mudah untuk mendapatkan sokongan MP bukan Islam untuk menangkap rakyat Islam yang tidak menunaikan Solat Jumaat justeru hukuman lebih berat bagi yang tertangkap lebih 3 kali. Bayangkan jika undang-undang syariah ini diiktiraf undang-undag sivil dan didokong oleh semua “enforcement”, bayang Negara Islam sudah terbit. Masalahnya adalah keikhlasan.



Islam adalah agama yang benar. Asas kepada penubuhan Negara Islam adalah menegakkan kebenaran an meruntuhkan penipuan. Benarkah Ahli PAS perjuangkan Islam? Jika benar, mengapa mereka tidak mendesak Dato Seri Nik Aziz dan Dato Seri Hadi Awang untuk mendesak Azmin menafikan tuduhan menjual Isteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim? Mereka bertiga adalah orang Islam dan dituduh melakukan maksiat, dan mereka harus tampil membersihkan nama apa lagi mereka adalah pemimpin Islam. Malah tuduhan ini melibatkan seorang anak yang tidak berdosa. Tidak mahukah pejuang Allah melihat kebenaran ditegakkan? Atau Pejuang PAS hanya memilih untuk menegakkan hukum Allah apabila ia memanfaatkan mereka sahaja. Beginikah ajaran Islam, jika ya maka saya berasa malu dengan agama Islam. Bangunlah Ketua Pejuang PAS yang sanggup baring di jalan untuk dilanggar kenderaan, kerana kebenaran itu amat hampir.



Kebenaran akan tuduhan Ummi Hafilda keatas Anwar, Azmin, Shamsidar dan anak yang dikatakan anak Anwar adalah mudah untuk diurai. Lakukan ujian DNA keatas keempat-empat mereka dan lihat DNA anak tersebut sama dengan Azmin atau Anwar? Maka tertegaklah kebenaran dan hancurlah penipuan. Jika tidak cukup Islamik, Dato Seri Anwar, Azmin dan Shamsidar perlu bersumpah. Jika tidak cukup juga, Dato Seri Anwar dan Azmin perlu bersumpah diatas mimbar Khutbah Jumaat menafikan perkara itu. Bukankah itu harapan kita semua untuk menegakkan Islam? Malahan, jika benar anak gadis itu anak Anwar maka adalah haram bersentuhan dengan Azmin dan saudaranya yang lain. Haram duduk serumah berduaan dengan Azmin dan saudaranya yang lain. Jika anak itu berkahwin dan diwalikan bukan Bapa sebenar, maka perkahwinan tidak sah dan ramai lagi anak haram akan lahir. Jika tidak benar dan anak gadis itu anak Azmin yang sah maka terbelalah maruah beliau, Azmin, Shamsidar dan Dato Seri Anwar yang sering "dituduh" rendah moralnya. Bangunlah ahli PAS, kita cegah kemungkaran dan mengelakkan kemurkaan Allah. Percaya pada janji ALLAH, kebenaran akan tertegak dan penipuan akan tersungkur. Jihadlah, selamatkanlah masa depan dan Syurga anak gadis yang tidak berdosa itu.



Jika anda tidak menyahut cabaran ini, maka perjuangan anda menegakkan Islam dalam PAS hanyalah palsu dan menipu diri sendiri tapi tidak mampu menipu ALLAH.

Monday, January 10, 2011

AIR WUDHU – Kesempurnaan atau Pembaziran

Setiap orang Islam pasti akan mengatakan agama yang benar dan terbaik adalah agama Islam. Jika ditanya kepada Yahudi, Kristian, Buddha, Hindu, dan lain-lain, mereka juga pasti akan menjawab agama mereka masing-masing adalah yang benar dan terbaik. Perbandingan sudah tentu selalu dilakukan oleh ramai walaupun tidak oleh orang Islam. Jawapan kepada perbandingan ini pastilah mengikut logik akal dan keduniaan dengan disokong fakta-fakta yang diambil secara rambang dan selektif. Sudah pastilah, umat Islam yang berjumlah 3billion di dunia yang kebanyakannya datang dari Negara miskin dan ditindas akan mendapat penilaian yang tidak tepat.

Sungguhpun begitu, di Negara Islam yang stabil, terpulang kepada orang Islam untuk mengangkat kesucian agama Islam melalui perilaku, sifat, sikap dan perbuatan. Inilah yang perlu dibincangkan terutamanya di Malaysia yang makmur.

Makmur merujuk kepada 2 keperluan asas dalam hidup iaitu air dan makanan. Air adalah yang terpenting antara dua ini. Dan air di Malaysia bagi umat Islam sangatlah MAKMUR. Di Negara Islam lain seperti Indonesia, Bangladesh, dan Pakistan, adalah sukar untuk mendapatkan air bersih. Air bersih adalah elemen penting dalam mengambil wudhu. Bukan sahaja ia perlu bersih, malah ia perlu diyakini bersih oleh umat Islam. Alhamdulillah, di Malaysia, air yang diyakini bersih melimpah-ruah dari berjuta mulut paip di seluruh Malaysia. Malah, ia boleh diperoleh secara percuma dari Masjid, Surau, Musolla, Bilik Solat di Hentian dan Stesyen Minyak. Kemakmuran yang Allah kurniakan kepada umat Islam telah membuai kita semua kepada pembaziran.

Kesempurnaan atau pembaziran. Seringkali kita melihat gelagat umat Islam mengambil air wudhu seolah-olah mandi. Dengan air yang dibuka sekuat mampu kepala paip, dipercayai 1baldi air 3 gallon diperlukan untuk mengambil wudhu bagi setiap seorang Islam. Jika kita pergi menunaikan fardu Jumaat, akan kelihatan air yang dibawa Jemaah selepas mengambil wudhu membuatkan kawasan sempadan Ruang Solat dan Bilik Wudhu seakan-akan banjir. Tidak cukup dengan itu, air itu pula meresap masuk ke dalam Karpet dan menghasilkan bau yang mengganggu Jemaah lain.

Persoalannya, apakah perbuatan mengambil wudhu seperti itu tidak mengundang pembaziran? Bukankah pembaziran amat disukai oleh Syaitan? Adakah para Jemaah sedar yang mana Masjid dan Surau perlu mengeluarkan duit sendiri untuk membayar bil Air yang selalunya melebihi RM1000 setiap bulan? Cuba bayangkan apa makna RM1000 kepada fakir miskin? Cuba bayangkan pula jika satu hari hadapan Allah menarik balik nikmat air kepada Malaysia? Malahan, cuba bayangkan apakah label orang bukan Islam kepada Islam jika melihat cara orang Islam menguruskan air untuk menyucikan diri untuk menunaikan solat?

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, air di Bumi Anbiya amatlah sukar didapati. Malah, pernah Nabi Muhammad SAW diberi mukjizat oleh Allah dengan mengeluarkan air dari tangan Baginda untuk diminum para tentera Islam. Agaknya, berapa banyak air yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sabahat semasa mengambil wudhu?

Bersyukur atas nikmat Allah bukan hanya di atas sejadah tetapi lebih penting menghargainya dan menguruskannya dengan baik tanpa membazir. Adalah baik jika Masjid dan Surau dapat menampal tanda peringatan amalan pembaziran. Yang mana lebih hampir, kesempurnaan atau pembaziran? Keredhaan Allah atau kegembiraan Syaitan?

* Sekadar Mengingatkan Diri

Friday, January 7, 2011

TEGURAN TERBUKA UNTUK FATIMAH ABU BAKAR

Seorang muslim yang dilahirkan oleh Allah diamanahkan supaya bertanggungjawab pada diri sendiri, ibu bapa, saudara dan agama. Allah juga mengamanahkan muslimin dan muslimat supaya mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat dan komuniti. Perkara ini beberapa kali dijelaskan dengan terang dalam Al-Quran maka kita tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya atau lebih tepat mengikut kata Inggeris “This is my right, who the hell are you, you are not my father!”

Artis adalah ikon kepada masyarakat. Golongan ini jauh mengatasi ulama dalam konteks mendekati dan mempengaruhi jiwa anak-anak remaja. Remaja sering dikaitkan dengan peringkat mencari diri kendiri dan mereka cenderung menjadikan artis pujaan hati mereka. Tidak cukup perihal seni yang mereka ikuti, setiap inci gerak geri dan perlakuan juga menjadi ikutan remaja. Pendek kata, mengikut perspektif remaja, artis bagai insan yang dikurniakan Allah cahaya (cool, fantastic, bombastic, X-Factor, Fashion Beauty etc) yang perlu mereka ikut. Lebihan pula, itulah kehendak majoriti
komuniti remaja, yakni, kemashyuran.

Allah SWT tidak pernah tidak mengurniakan kelebihan yang tertentu pada setiap insan supaya mereka lebih istimewa dari yang lain. Yang melengkapkan anugerah ALLAH itu adalah apabila manusia menemui keistimewaan didalam diri mereka dan pergunakan sebaiknya untuk menjalani kehidupan di dunia seterusnya memenangi Syurga di akhirat. Dalam isu ini, Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah yang Maha Kuasa mengurniakan anugerahnya kepada Fatimah Abu Bakar serta suami dan empat Puteri yang mempunyai kehebatan dalam berlakon(acting). Kehebatan mereka terutama Sharifah Amani diakui ramai termasuk saya.Masakan tidak, beliau membawa banyak watak budak baik, alim dan muslimah, tetapi berpakaian seksi diluar. Namun, itulah artis, tidak pernah tidak sunyi tanpa kecaman, fitnah, gosip, dan lain-lain termasuklah teguran.

Sebagai saudara Islam, saya melihat Fatimah Abu Bakar mempunyai cahaya(ketenangan) pada wajahnya. Malah imej yang dibawa Fatimah Abu Bakar cukup sempurna. Sebagai seorang insan seni dan “Otai Teater”, Fatimah Abu Bakar membuktikan tudung kepala dan imej yang sejuk lembut tidak menjadi penghalang mencari rezeki. Memetik kata Tun Dr Mahathir, setiap manusia akan melalui 3 proses haluan diri dalam hidup iaitu, haluan kiri, haluan kanan dan akhir sekali haluan tengah. Mungkin, Fatimah Abu Bakar kini berada samada di haluan kanan atau tengah. Alhamdulillah sekali lagi.

Sebagai saudara Islam juga saya mempunyai tanggungjawab ikhlas untuk menegur Saudara saya apatah lagi yang saya sokong. Sering kali seorang ibu yang bertudung ditemani puteri kesayangan ke Majllis Umum dimana anak-anak memilih untuk mengenakan pakaian yang mendedahkan segala yang ada. Kontra kepada imej ibu mereka, peminat mula menanam nilai dalam diri, “jika ibu aku bertudung tidak semestinya aku tidak boleh berpakaian seksi, tidak semestinya aku tidak boleh bercium, berpeluk, asalkan aku tahu niat aku bukan untuk seks”, “malam aku jahat menyundal, siang aku mampu berlakon seperti Muslimah sejati”, “kesekolah aku bertudung sebab peraturan, lepas sekolah aku boleh pakai seksi asalkan niat aku untuk bercantik bukan untuk menggatal” dan pelbagai lagi. Itulah kekuatan artis, bukan sahaja sikap dan sifat malah ideologi artis sering diceduk bulat-bulat oleh peminat tanpa memikirkan implikasi kepada diri mereka di dunia dan akhirat. Masyarakat pula senantiasa bebal menerima perlakuan artis sebagai “trend” dan siapa yang menentang akan digelar ketinggalan zaman.

Siapa kata mudah menjadi artis? Amanah dan tanggungjawab yang Allah letak pada bahu “public figure” sebenarnya amatlah berat. Kerana itu dalam banyak ayat Al-quran, Allah kata bersederhanalah.

Mungkin dalam banyak perihal, Fatimah Abu Bakar dan anak-anak tahu apa yang mereka lakukan, mungkin mereka mempunyai alasan dan munasabab. Lebih-lebih lagi kata orang, kubur masing-masing, syurga dan neraka pun masing-masing, Inggeris pula kata “Mind your own business”. Tetapi, anugerah yang Allah kurniakan kepada 5 orang tidak sunyi tanpa peneman setia(Syaitan). Allah menganugerahkan keistimewaan kepada mereka sehingga mereka mampu merubah peminat dari dalam malah merosakkan keluarga Islam lain. Malahan, mereka boleh melakukan kerosakan yang teruk pada ideologi masyarakat Islam di Malaysia.

Suka atau tidak, itulah kuasa dan keistimewaan yang Allah berikan pada manusia tertentu. Maka, kebiasaannya orang tua yang benar-benar alim lazimnya akan berkata “ Diam itu ilmu, diam lebih baik dari bercakap,diam itu zikir dan sebagainya.” Mereka bukan kedekut ilmu, tetapi sedar pengaruh yang mampu mereka bawa kepada masyarakat jika mereka tersalah cakap atau disalah tafsir. Perlakuan mereka akan membawa impak pada nilai masyarakat. Sebagai contoh yang mudah, apa akan jadi pada keimanan masyarakat jika seorang Imam membenarkan dan menghantar anaknya yang bertudung pada siiang hari menjadi Penari Bogel pada malam hari, asalkan niat mencari rezeki bukan untuk menyundal?”

Tidak dinafikan Keluarga Fatimah Abu Bakar, Suami dan anak-anak mempunyai kekuatan mencipta polemik. Sungguh besar anugerah Allah pada mereka tetapi mengapa tidak digunakan untuk kebaikan ummah? Sedangkan mereka akan mendapat saham dari pahala dan juga dosa peminat mereka yang terpengaruh dengan mereka.

Maaf artikel ini banyak di quote Inggeris kerana penulisan saya tampak hodoh bila menggunakan Bahasa Melayu! Apa-apa pun, teguran ini dibuat agar kita sama-sama muhasabah diri. Baik Fatimah Abu Bakar, Puteri-puterinya, Suaminya, diri saya sendiri, peminat dan masyarakat. Bukan apa sahaja baik laku yang ditonjolkan artis itu baik, semuanya bergantung pada nawaitu mereka(dipetik dari filem Jin Notti). Jika yang ditonjolkan itu buruk lagilah teruk, perlu dibendung supaya jangan sampai kelamaan menjadi “Bulatan Pengaruh Tabiat Masyarakat”-dipetik dari buku 7tabiat oleh Steven R.Covey.

Akhir sekali, suka saya tekankan, teguran ini datang adalah kerana Pertunjukan “over contrastive” antara imej anak dan emak yang datang bersama dan duduk menyebelah, dan antara watak lakonan dan peribadi sebenar. Jika Sharifah Amani sering mendapat watak perempuan murah, pelacur dan sundal dalam lakonan, masyarakat bisa menerima beliau berpakaian seksi, tetapi sebaliknya beliau sering memainkan watak bertudung, sopan, alim, muslimah dan tawaddu pula.

Saya juga berpendapat perlakuan Fatimah Abu Bakar dan anak berupaya menjadi ideologi yang diterima pakai oleh peminat, keluarga Islam dan masyarakat. Sedangkan baik Fatimah dan semua ibu lain mahu yang “terbaik” untuk anak mereka.

Thursday, January 6, 2011

“Ng Weik Aik! Letak jawatan, balik China”

Tiada seorang pun dalam susur galur keturunan saya baik dari bapa atau emak berdarah India. Saya sendiri secara peribadi mempunyai perasaan tidak selesa terhadap “Mamak”, kerana mereka mempunyai rangkaian perniagaan Restoran, Runcit, kini Katering yang gah di Malaysia. Tetapi ini semua tidak menghalang semangat 1Malaysia untuk kita semua mengungsi bersama dan saling menghormati.

Tajuk ini sebenarnya adalah petikan kata-kata yang amat sensitif pada kaum Cina. Malah MCA beberapa kali mendesak Kerajaan BN untuk mengambil tindakan tegas pada sesiapa yang menggunakan perkataan pendatang, balik China dan sebagainya. Hairannya, kini ia diungkapkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik. Memang pelik apabila marah menguasai diri, mulut bagai mendapat kekuatan Godzilla.

Malang bagi kaum Melayu, jika seorang dari mereka yang mengungkapkan kata-kata balik Cina, seluruh Melayu akan digelar rasis. Malaysiakini akan menyalak disebalik “Ruangan Komen Pembaca” menyalahkan Sistem Kerajaan, Sultan dan menggambarkan seolah-olah mereka yang bersuara mempertahankan Melayu dari diserang adalah pengkhianat Negara.

Malulah jika kita menjadi seperti Bangau yang sering menyalahkan orang lain atas kelemahan diri. Apa yang lebih memalukan, apabila sebuah bangsa dan tamadun berusia beribu tahun milik Cina hanya mampu melahirkan seorang pemimpin sepertinya. Paku dulang paku serpih, mengata Melayu, Cina yang lebih. Seluruh kaum Cina patut malu dengan Ng Wei Aik yang menungkapkan kata “Tutup Kedai, Balik India”. Walhasil tidak sampai 100 tahun dahulu, ramai Datuk Nenek orang Cina mungkin termasuk Ng Wei Aik baru sahaja mendarat di bumi Tanah Melayu.

“Cina kata: India balik India, Melayu kata: Cina balik China, Pribumi kata: Melayu balik Indon, Orang Utan kata: Korang semua balik masuk Gua Batu, bising saja”

Pengajaran dari kejadian ini buat semua rakyat Malaysia belajarlah menghormati sensitiviti kaum semua dan tolonglah fahami beberapa peribahasa dan petikan dari filem P.Ramlee.

- “Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula Agama berlainan”
- “You punya nasi you makan, dia punya nasi dia makan, apa salah kita sama-sama makan”
- “Bersatu Malaysia teguh, berpecah Malaysia hancur”
- “Kalau marahkan nyamuk seekor, jangan dibakar seluruh Negara”
- “Dimana bumi dipijak, disitu mahaRAJA dijunjung”

Harapan semua rakyat mahu melihat kita menjadi 1Malaysia dan berharap agar kata-kata rasis ini ditamatkan sekarang juga bermula dengan diri sendiri.

Sekian.