ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, May 28, 2013

Air Asia + Tony Fernandes = Not Guilty & Service Expectation + Service Cost = Customer Problem



Simple math. Matematik mudah.

Bangsa yang maju harus tahu menilai perbezaan antara salah dan betul, dan garisan yang memisahkannya. Malaysia walaupun berstatus Negara Dunia Kelas Kedua, tapi dalam soal pemanduan, makanan percuma dan harga mahu murah, servis mahu bagus masih berada di takuk Kelas Ketiga.

Mungkin ada masih ramai antara kita yang berfikiran Kelas Pertama namun disebabkan politik, dari Kelas Pertama terus jadi Kelas kelapan belas. Semua perkara yang tidak kena dengan perjuangan mahupun kepercayaan politiknya, terus-terusan dikecam walaupun baik, jika kena dengan politiknya walaupun jahat terus dibela. SAYA MAHU MULAKAN KEMPEN SAYA ATAS POLITIK.

Saya mengecam kenyataan CEO AirAsia X, kerana mengecam Utusan tetapi dalam masa yang sama memperjuangkan hak kebebasan bersuara, kekeliruan yang sama teruk dengan kekeliruan gender.

Saya membelakangi Tan Sri Rafidah yang terkenal dengan sikap lepas mulut, celupar dan berani menyatakan apa yang benar, tapi menikus dalam isu Azran kerana membabitkan periuk nasinya, soal intergriti bukan masalah, masyarakat Malaysia mudah lupa.

Pun begitu, ia tidak menghalang saya untuk menilai yang salah, tetap salah, yang betul, tetap betul.

Apa yang terjadi pada Izyan dan ramai lagi penumpang Air Asia bukan salah Air Asia mahupun Tony Fernandes sepenuhnya. Ada benarnya, Air Asia gagal menjalankan tanggungjawab memastikan Izyan selamat sampai ke Hotel, satu kesilapan atas kelebihan.

Kelebihan Air Asia adalah mengelak segala jenis caj tambahan dan tidak membayarnya langsung, serta beroperasi dengan kadar paling minimal yang mungkin.

Kelebihan Air Asia ini dilakukan sejak hari pertama ia mula beroperasi bagi menawarkan tambang murah yang memanfaatkan lebih 10,000,000 rakyat Asia Tenggara.

Kelebihan ini pasti ada kekurangannya. Sepertimana Lebuhraya PLUS yang mengenakan Tol bagi menyediakan jalan dan infrastrukur yang selesa dan selamat, pemandu mempunyai pilihan jalan lain yang tidak bertol.

Masalah utama Air Asia, PLUS, Mc Donald dan lain-lain perniagaan adalah masalah “service or product expectation” dan  “service cost”, lebih-lebih lagi dalam kes perkhidmatan murah dengan pilihan kos tersembunyi.

Yang jelas Air Asia tidak bersalah dalam memastikan semua golongan mampu terbang. Yang salah adalah penumpang yang gagal menilai nilai wang dengan mutu produk atau perkhidmatan yang dibeli.

Tidak dinafikan, kini Air Asia mempunyai banyak saingan yang juga mampu menurunkan tambang kapalterbang malah mempunyai “value added” yang lebih.

Namun, jika Air Asia tidak memulakan langkah menawarkan tambang murah dan mampu milik, tidak ada satu pun Syarikat Penerbangan yang akan berbuat demikian.

Samada kerana Kapal Terbang hanya untuk orang kaya, ataupun kerana mahu mengekalkan untung yang tinggi ataupun enggan berusaha mengurangkan caj-caj lain dari dikenakan atas penumpang, ataupun tidak mempunyai visi seperti Tony Fernandes ataupun tidak mahu mengambil risiko penerbangan dengan menawarkan kadar murah, pengguna harus bijak menimbangnya.

Air Asia menurunkan tambang dengan enggan membayar kos-kos pilihan dalam bahasa kapalterbangnya “mengurangkan caj dan menaikkan risiko” penerbangan. Air Asia kekal berjaya kerana risiko penerbangan yang menjadi pertaruhan operasinya senantiasa berjaya. Walaupun ada beberapa kejadian terbabas dan sebagainya, namun dalam penerbangan terhempas barulah dipanggil gagal.

Yang salah adalah mentaliti rakyat Malaysia yang sejak dahulu sering menyalahkan pihak lain atas kelemahan diri. Membeli risiko yang lebih dengan harga murah adalah pilihan kita sendiri, tanpa paksaan. Membeli risiko yang kurang dengan harga yang lebih juga merupakan pilihan kita sendiri. Ia adalah pengurusan risiko yang adil dan menjadi asas semua bidang perniagaan.

Rakyat Malaysia harus berubah menilai nilai wang dan kos. Ada banyak bezanya antara Berger RM 1 dengan Berger RM 10 Mc D. Masalah orang Malaysia, bayar RM 1 tapi mahu Burger RM 10.

Saya tidak membela Air Asia tetapi dalam soal Izyan saya tidak nampak kenapa Air Asia perlu dipersalahkan, jika soal lain itu diluar konteks pengetahuan saya, justeru tidak adil untuk saya komen.

Pun begitu, saya menaruh harapan tinggi agar Air Asia memandang serius status halal makanan. Dalam perniagaan, untung adalah keutamaan dan caranya samada menjual mahal ataupun menjual murah dengan mengurangkan kos. Namun, halal bukan perkara kecil, teruskan usaha Air Asia dengan menawarkan tiket murah dan pilihan surcaj, termasuk makanan yang murah, namun jika halal katakan halal, jika haram labelkan haram, jika was was labelkan tidak dijamin halal.

Wednesday, May 15, 2013

Melayu Bodoh, Melayu Pandai dan Melayu Cerdik - MB, MP dan MC



Semua bangsa adalah sama, tiada istilah bangsa itu malas, bangsa ini rajin, bangsa A baik, bangsa B jahat. Yang membezakan manusia sesama manusia adalah hatinya.

Jika dilihat pada peradaban bangsa yang tinggi, kita akan dapati bangsa Yahudi, bangsa Eropah, bangsa Cina dan bangsa India juga terbahagi kepada tiga kategori tetapi majoriti mereka adalah kategori cerdik kerana tindakan dan sumbangan mereka adalah untuk kesinambungan bangsa mereka menerajui dunia kemodenan, ekonomi, penciptaan, teknologi dan kepakaran. Namun, mereka tidak menjadi cerdik untuk menindas orang lain, harapan mereka hanya mahu keluar dari kezaliman masa itu.

Melayu Bodoh, Melayu Pandai Dan Melayu Cerdik. Bodoh, pandai dan cerdik tidak diukur pada keputusan akademik, kerjaya, harta, kuasa, pangkat ataupun rupa, tetapi pada sumbangan mereka terhadap bangsa mereka hari ini dan masa hadapan.

Melayu bodoh membentuk lebih separuh dari Melayu. Melayu ini hanya memikirkan diri sendiri sahaja, dan sekali sekala bangga dapat menderma atau berbuat baik kepada orang lain. Tindakan mereka hanya untuk memenuhi agenda dan keperluan mereka dalam kerjaya, harta dan keluarga sahaja. Sebagai contoh, mereka ini berkelulusan MRSM, UiTM, IPTA, penerima pinjaman dan tajaan pendidikan dalam dan Luar Negara, mendapat pembiayaan pinjaman MARA, PUNB dan sebagainya, membeli rumah dengan diskaun bumiputera, memiliki Tanah Rizab Melayu, memiliki rumah di Kampung Melayu yang mempunyai syarat Tanah Simpanan Melayu, menyimpan duit di ASB dan memperoleh pulangan tinggi, berkhidmat di Sektor Awam, berkerja di Syarikat GLC dan MNC yang mematuhi sistem kuota kaum dalam pengambilan pekerja, dan memiliki saham terpilih kerana sistem kuota TETAPI mereka menyokong dasar dan pakatan DAP. Sedangkan DAP mahu menghapuskan DEB, Tanah Rizab Melayu, menghapuskan sistem kuota dan memperjuangkan kesamarataan kaum yang tidak sama rata, kerana DAP menyokong sekolah Cina tapi perjuangkan “equality” untuk melahirkan Malaysian Malaysia. DAP sendiri keliru dalam perjuangan mereka tetapi disokong oleh Melayu Bodoh.

Melayu Pandai membentuk hampir separuh dari Melayu. Melayu ini berjuang dalam dan luar samada ahli atau tidak pada Parti UMNO, PAS, dan PKR. Mereka mempunyai sebab munasabab untuk percaya perjuangan mereka adalah untuk agama, bangsa dan Negara. Mereka amat jelas dengan garisan salah dan betul dan mengamalkan nilai betul sendiri dibisingkan salah sendiri didiamkan, salah orang lain dibisingkan, betul orang lain didiamkan. Mereka menyokong DAP dan pakatannya, mereka menyokong pemimpin UMNO yang korup, mereka menikmati DEB, tetapi pada mereka ianya tidak salah kerana agenda besar mereka menghalalkan perbuatan itu. TETAPI, Melayu ini hanya pandai tetapi tidak cerdik.

Mereka ini sama seperti pengusaha ladang anggur dalam Al-Quran yang menjawab anggurnya berkualiti tinggi kerana kepandaiannya menggunakan sistem tanaman moden, baja yang baik, racun yang tepat serta kecekapan mereka. Allah menjelaskan mereka itulah ahli neraka. Pandai mereka dirasakan hebat sedangkan ia hanya pandai untuk diri mereka sahaja. Sedangkan orang Yahudi mendidik anak dari dalam rahim lagi, orang Cina mendidik anak dengan penuh displin dan kualiti, orang Eropah mendidik anak dengan mental dan spiritual yang kuat semuanya bagi melahirkan bangsa pencipta bukan bangsa pengguna. Untuk melahirkan bangsa pencipta, ia tidak boleh dilakukan dalam 55 tahun, 60 tahun, 100 tahun, mahupun 1000 tahun. Dan ia hanya berjaya dilahirkan dalam bangsa yang kuat. Sesuatu bangsa hanya akan kuat jika mereka bersatu sahaja. Dalam tempoh yang lama ini pelbagai dasar dijalankan, ada yang berjaya dan yang gagal dijadikan bahan ujikaji. Lihat sahaja Israel, walaupun ada rakyatnya tidak bersetuju dengan dasar keras mereka terhadap Palestin, tetapi kerajaan Zionis tetap menang disokong oleh rakyat Israel yang bersatu dalam soal kelansungan bangsa Yahudi.

SYARAT UTAMANYA, bangsa berjaya ini perlu dilindungi dari segi ekonomi dan nilai tamadun. Pencipta ubat, telefon, kereta, dan sebagainya datang dari bangsa yang mempunyai fundamental yang kukuh dan untuk melahirkan bangsa yang kukuh ini pelbagai pengorbanan dilakukan demi memastikan bangsa ini kuat, agar anak bangsa yang lahir ini tidak perlu risau akan kemiskinan dan kemelaratan tetapi terus fokus pada penciptaan. Mereka juga tidak akan tercemar oleh nilai tamadun yang rendah tetapi sebaliknya mempunyai sikap, sifat dan tabiat yang betul.  Malangnya, Melayu pandai ini sudah berasa puas apabila mereka berjaya kerana “mengguna” sahaja, bukan mencipta.

Melayu Cerdik ini bilangannya amat-amat sedikit. Melayu Cerdik ini datang dari golongan bawahan, pertengahan dan atasan. Dr Mahathir adalah Melayu paling cerdik. Golongan ini terus berusaha mengikut bidang masing-masing agar Melayu Bodoh dan Melayu Pandai dapat hidup dengan selesa. Melayu cerdik tidak jemu menasihatkan, merancang, membuat apa yang terdaya dalam lingkungan keluarganya bagi melahirkan bangsa yang kuat, agar anak-anak Melayu masa hadapan lahir dalam peradaban bangsa yang kuat.

Bangsa yang kuat bukan kerana ekonomi tetapi kerana mental, spiritual dan fizikal. Untuk ini kita perlukan bangsa yang bertunjangkan kesempurnaan dalam “attitude, value and discipline”. Sikap, nilai dan displin perlu baik malah suci. Tiada sikap tidak apa, menghina, merendahkan orang, bercakap kasar, meludah, jalan mendabik, lupa diri, angkuh, mudah puas dan sebagainya yang akhirnya dijadikan nilai. Nilai yang baik pula tidak boleh hanya bermusim tetapi perlu didisplinkan agar menjadi tabiat. Tabiat inilah akan menjadi tamadun bangsa itu. Dan takdir bangsa itu samada pengguna atau pencipta banyak bergantung kepada sumbangan setiap ahli bangsa itu untuk satu tempoh yang lama.

DEB bukanlah bertujuan melahirkan bangsa yang kuat. DEB bertujuan untuk menjadikan Melayu mampu berdiri sendiri dengan kukuh. Kerana hanya dengan berdiri sendiri sahaja, usaha terhadap melahirkan bangsa yang kuat mampu dijalankan. Umum akan memahami DEB mempunyai jangka hayatnya jika menghayati Ucapan Presiden UMNO yang mana Presiden umum meletakkan jawatan diatas podium kerana orang Melayu leka bertongkat emas, sedangkan tongkat itu bukan emas, tetapi semakin reput.

Ramai yang kaya raya melalui DEB, tetapi lupa tanggungjawab mereka untuk kembali menguatkan anak bangsa melalui pelbagai bidang. Mereka menikmati hidup wang berjuta dan berkoyan di luar Negara dan tergolong dalam Melayu Bodoh walaupun mereka tidak menyokong DAP tetapi mereka juga adalah penentang kepada DEB yang mahu melahirkan bangsa kuat.

Ramai Melayu Pandai yang kaya dengan usaha mereka atau pun DEB, mereka memiliki wang berjuta dalam simpanan, tetapi lebih menggemari hidup selesa diatas faedah bank. Mereka tidak mempunyai pemikiran seperti Cina yang berniaga untuk bangsa, bukan untuk diri sendiri. Akhirnya, bila faedah bank sudah habis diguna, simpanan pokok mereka makin kurang, mereka akan menyalahkan kerajaan dan takdir atas kesombongan mereka sendiri. Melayu Pandai dan Bodoh ini ramai di kalangan kita.

Kita di kategori mana, bukanlah sesiapa termasuk Mahathir, Nik Aziz, Anwar, Lim Kit Siang, Karpal Singh untuk menilai. Kita dimana, harus dinilai oleh diri sendiri. Jika bodoh, berusahalah menjadi cerdik, jika pandai jadilah kita cerdik, jika cerdik, teruslah memikirkan bagi menyumbang samada air liur, masa, kedudukan dan kuasa, undi, pengorbanan, mahupun wang demi mewujudkan bangsa Melayu yang kuat, yang pencipta, yang keluar dari kepompong pengguna dan akhirnya, dengan ini sahaja islam akan dimartabatkan dan dihormati musuh. Saya cabar orang-orang Melayu yang kaya baik muda dan tua, yang memiliki simpanan mencecah 7 angka, berdaganglah, demi bangsa Melayu, melaburlah dalam perniagaan, jika takut ditipu, yakin pada ALLAH, Allah sudah jelaskan dalam Al-Quran, tidak akan rugi sedikitpun.

Perlu diingatkan, dalam perjuangan beribu tahun ini, jatuhnya Empayar Cina, gelapnya Tamadun Eropah, waima Yahudi hampir dipupuskan, inikan pula bangsa termuda dunia iaitu Melayu, salah dan silap, pincang dan cela, cacat dan korup dan sebagainya pasti ada. Namun ALLAH sudah mengingatkan kita melalui surah Wal-As. Hanya bangsa yang hak, yang mengerjakan solat(kebaikan) dan yang sabar sahaja akan peroleh untung.

Bersabarlah dan terus berusaha menyokong dan mengukuhkan Melayu untuk 1000 tahun lagi sebelum anak Melayu lahir mencipta pelbagai teknologi. Tidak kira anda dokong perjuangan mana jadilah cerdik agar DEB terus teguh menyokong pembinaan Melayu untuk berdiri sendiri dan selebihnya terpulang pada usaha anda, jika anda kaya berniagala, jika anda miskin sokonglah industri dan perniagaan Melayu Islam, jadilah Melayu cerdik.

Saya tidak seperti UMNO khususnya Tun Dr Mahathir yang setia menasihati Melayu untuk lebih 30 tahun walaupun dihina, dikeji dan difitnah sezalim Syaitan, saya manusia biasa yang sudah merasa jelak dan jemu menasihati Melayu. Saya anggap ini adalah penulisan terakhir saya dan saya mahu diam sepertimana mengikut kepercayaan saya disebuah papan tanda sekolah di Sekolah Rendah Jalan Batu yang dapat dilihat oleh trafik Jalan Raja Laut sebelum 2005 iaitu Diam Itu Ilmu, Diam Itu Ibadah, Diam Itu Bijak, Diam Itu Kuasa. Diam itu doa, doa agar Allah memberi nur pada umat Melayu baik MB,MP dan MC, semoga Islam terus kuat bersama Melayu.

Dihantar oleh AMAR  

Saturday, May 11, 2013

BUDAYAKAN ISLAM DALAM HIDUP INTERNET

Dulu, perjuangan Islam mahu membudayakan Islam dalam hidup. Islam sebagai gaya hidup. Dalam perjuangan itu, datang Internet sekitar tahun 90. Kemudian pada tahun 2004 datang pula FB yang mengiktiraf kebebasan bersuara tidak kira faktor kebenaran atau kebatilan suara itu.

Islam sebagai gaya hidup bukan sahaja tidak dicapai tetapi sebaliknya Internet telah menghilangkan terus perjuangan Islam sebagai gaya hidup. Tidak itu sahaja, tiada langsung Islam dalam internet atau jika boleh kita bicarakan terus FB.


Facebook penuh dengan fitnah yang disebarkan golongan jahil. Golongan beragama pula berjaya diruntuhkan iman dan taqwanya dengan hanya berkongsi status FB, like dan komen.

Sedang Islam menitik beratkan faktor kebenaran dalam setiap berita malah dalam setiap patah perkataan yang keluar dari mulut atau pun hati. As-Siddiq bukan lagi sifat yang dipuji dalam Facebook.

Facebook meruntuhkan nilai Islam, meranapkan rukun Iman dan jelas pada bulan puasa, puasa hanya setakat puasa air dan makan dalam Facebook.

Tauhid dan takwa hilang dalam Facebook. Allah tidak menjadi rujukan kita melainkan Facebook, dan akal yang diberi tidak digunakan kerana Facebook Maha Mengetahui.

Ini masanya, untuk umat Islam sedar dua perkara;

1. Ratio masuk syurga adalah dalam 1000 Muslim 1 orang sahaja masuk Syurga
2. Syaitan tidak pernah tidur mahupun pejam mata walau sesaat ketika kita tidur dan bangun. Menyesatkan kita dalam setiap hela nafas. Syaitan juga boleh masuk melalui urat manusia tidak mustahil syaitan masuk kedalam komputer dan dunia maya untuk menyesatkan manusia.

Atas dua perkara ini, saya berharap agar ISLAM CYBERLAW dapat dibincang dan difatwakan. Cadangan ini pernah saya utarakan sejak 5 tahun lepas kepada Majlis Fatwa, MUI, UIA, University luar negara termasuk di Arab, para ulama politik dan ulama bukan politik termasuk Pak Lah, Najib dan Muhyidin.

Saya tidak mahu kredit atau apa-apa sebagai imbalan, memadai jika Islam Cyberlaw dapat dikuatkuasakan dan jika boleh lebih dari panduan dan hukum, ia diajar di peringkat sekolah sebagai bekalan menghadapi dunia maya yang penuh dengan syaitan.

Wednesday, May 8, 2013

Masa Kerajaan Membenarkan Tarekat Semula Untuk Mengimbangi Dunia Dengan Akhirat




Saya adalah anak kepada Abdul Rahman Bin Mohd Nurut. Bapa saya belajar dan menuntut lebih 70 jenis tarekat seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura. Sebut sahaja apa, Ahmadiah, Nasybandiah, Qadiriah, Samaniah, Wali Songo apa sahaja, semua bapa saya tuntut dengan semangat mencari Allah. Katanya, bila kita bertemu dengan kekhilafan dan kesesatan dalam mana-mana tarekat, kita akan tahu dan sedar, yang benar itu hanya ALLAH.

Atas sebab itu, saya mendapat tempias yang amat besar dalam hidup saya. Berjinak dengan agama dalam bentuk hakikat dan tarekat sejak sementah usia. Alhamdulillah, syariat saya kekal dilaksanakan dengan baik.

Di Malaysia, saat kesedihan ISLAM terjadi pada zaman Tun Dr Mahathir. Bukan salah beliau, tetapi salah umat Islam Malaysia yang tidak matang dalam membezakan batil dan hak dan bersikap sederhana dalam mempelajari Islam dan menuntut ilmu Allah.

Al-Arqam membuktikan kesilapan manusia apabila bersikap terlebih dalam menuntut ilmu. Hakikatnya, Islam itu adalah sederhana. Tidak salah berhibur, mendengar muzik, menyanyi, menonton TV, mengaji, solat, puasa, dan sebagainya asalkan ia dilakukan dengan sederhana.

Kegagalan umat Islam Malaysia yang mudah taksub dan cepat percaya selain dari rukun Iman yang lima menyebabkan ramai orang Islam terpesong dan mencemar nama baik Guru dan Tarekat mereka.

Terus terang saya katakan, antara individu hebat yang saya jumpa adalah Abuya Sheikh Ibrahim Bonjol, yang mengajar Tarekat Samaniah dan Nasyabandiah. Di Malaysia, taipan Google akan menghantar kita kepada keputusan Fatwa JAIS dan Serbuan JAIS keatas Madrasah Haji Harun Paya Jaras.

Abuya dikatakan JAIS sebagai sesat, anak muridnya merangkak bersalam dengan beliau, keluar air dari tangan, tapak kakinya  tidak boleh dipijak, sisa makanannya berkat dikongsi dan bekas isterinya haram dinikah dsb.

Saya melihat dia sebagai orang tua yang berusia 125 tahun(mengikut ketepe 75 tahun), saya pasti umur dia beratus tahun kerana kedutnya, dia berjalan amat perlahan, hanya makan sesuap bubur sehari, minum segelas air sehari dan paling penting, apabila azan berkumandang dia adalah orang pertama sampai dan berdiri di belakang imam.

Dia juga berpesan kepada Bapa saya, yang dia tidak mahu pengikutnya mengagungkan dan mendewakan dia termasuk menyimpan najisnya, dan usaha Bapa saya menyedarkan anak muridnya ditentang hebat termasuk anaknya. Tujuan saya bercerita adalah, Nabi Muhammad tidak sesat, tetapi yang sesat adalah pengikutnya, begitu juga tarekat.

Hari ini, selepas kerajaan mewartakan mengharamkan ajaran tarekat, Surau dan Masjid sunyi dan bergelap selepas jam 10 atau 11 malam. Sebelum itu, Surau dan Masjid segar dengan ibadah sehingga ke pagi hari, tetapi atas desakan dan juga aduan masyarakat bukan Islam, ia diterhadkan.

Hari ini, orang Islam di Malaysia sudah mendapat kifarah Allah kerana kerajaan Malaysia mengharamkan tarekat yang mengajak pengikutnya mengesakan Allah.

Umat Islam di Malaysia hari ini lebih mirip kepada zaman jahiliyiah serta taksub kepada ulama politik.
Umat Islam di Malaysia dahagakan agama sehinggakan Islam hanya boleh diperjuangkan atas platform politik.

Umat Islam di Malaysia hari ini lebih suka menuntut ilmu dari internet, Facebook, mendengar ceramah di Youtube, belajar Syiah dan Wahabi di Internet dan pelbagai lagi cara melelong keagungan Islam dilakukan.

Umat Islam di Malaysia kemarau dadanya dengan kalimah Allah, dengan Nur Muhammad, kontang dan terus kontang kerana tiada panduan dari yang Ulama yang benar.

Saya masih berpegang teguh kepada pesan bapa saya, tiada ajaran sesat dalam dunia ini kerana yang layak menjatuhkan hukum sesat atau tidak terhadap mana-mana tarekat hanyalah ALLAH SWT.

Katanya, samada sunnah atau bukan, asalkan amalan itu menjalankan 5 rukun Islam dengan sempurna dan berpegang pada 6 rukun Iman maka ia tidak sesat dan boleh dipelajari.

Sebenarnya, umat Islam di Malaysia benar-benar dalam keadaan yang amat parah. Allah sudah hilang dari lidah mereka, yang ada caci maki, keyakinan pada Allah hilang dalam jiwa mereka, yang ada syak wasangka dan berfikiran buruk, Allah hilang dari hidup mereka yang ada hanya dunia yang kekal sedangkan ALLAH senantiasa berada hampir dengan mereka menunggu manusia menghabiskan satu petang yang bersisa.

Saya, merayu kepada Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menarik balik sekatan keatas tarekat. Biarkan tarekat berkembang seperti sebelumnya, biarkan semangat Islam mekar menunjangi keutuhan kaum, dan membuka Nur Allah pada umat Islam agar mereka lebih kenal dan tidak akan terpedaya akan Syaitan disekeliling mereka.

Timbangkanlah Dato Seri, kerana saya jamin tindakan ini akan membantu anda dalam banyak perkara yang anda runsingkan.Insya Allah.

Tuesday, May 7, 2013

Fong Sahabatku Bekas Bahai Dicemari Politik - Saya Berehat

Saya ada seorang sahabat bernama Fong yang beragama Bahai. Saya gunakan perkataan agama dan bukan pemahaman kerana saya menghormatinya.

Pengenalan saya dengannya dan menjadi rapat dengan adiknya, ibunya seorang India dan ayahnya seorang Cina. Mereka adalah orang yang amat baik, berfikiran positif dan mmpunyai nilai hidup yang mulia.

Sukar untuk memahami bagaimana sebuah keluarga bukan Islam mendapat nilai sebegitu. Oleh kerana beliau berusaha untuk mentarbiah agama Bahai kepada saya pada masa itu, dan memberikan kitab Bahai kepada saya, maka saya dapati Bahai adalah agama kasih sayang yang menekankan nilai hidup manusia dan hubungan sesama manusia.

Bahai tidak membenarkan minum arak dan mereka juga berpuasa seperti Islam, bezanya adalah masa. Ia sebenarnya bukan agama tetapi lebih kepada fahaman, bukan, ia lebih kepada serpihan dari agama Islam. Bahai mengakui Tuhan dan Nabi Muhammad tetapi mereka percaya Nabi Muhammad SAW bukan Nabi terakhir.

Bahai percaya Ahmad Baha'ullah adalah Nabi selepas Nabi Muhammad. Ahmad Baha'ullah adalah seorang Islam yang ditangkap dan dipenjarakan oleh Kerajaan Iran pada 1000 hijrah, lebih 400 tahun dahulu. Beliau mati dalam penjara. Pengikutnya, yang diketuai anaknya, Shogi Affendi telah menerbitkan kitab Bahai semasa Ahmad Baha'ullah dalam penjara, dan kematiannya memperluaskan lagi pengaruh pengikutnya.

Takdir Allah telah menemukan beliau dengan seorang gadis Kelantan. Pada awal perkenalan, Fong memberitahu saya beliau hanya berkawan biasa selain mahu berdakwah agar gadis berkenaan masuk Bahai. Hakikatnya, saya selalu tertarik dengan orang Bukan Islam yang baik amat dan selalu berdoa pada Allah agar mereka diberi petunjuk. Oleh kerana tujuan kami sama iaiti dia mahu mentarbiah saya begitu juga sebaliknya, kami selalu berhujah tentang agama masing-masing sehingga ke larut malam.

Alhamdulillah, ALLAH sayangkan Fong. Beliau bermimpi dan akhirnya memeluk agama Islam sebelum melangsungkan perkahwinan dengan gadis Melayu. Selang beberapa tahun selepas itu adiknya pula memeluk Islam diikuti oleh kekasih adiknya yang juga isterinya kini. Rahmat Allah tidak berhenti disitu, selepas kematian Ayahnya, ibunya pula memeluk agama Islam.

Suka saya katakan saya berbangga mempunyai sahabat seperti beliau, kerana kebaikan hati, kejernihan dan kesucian jiwanya dan keluarganya sudah saya nampak sebelum dia memeluk agama Islam lagi.

Seperti muallaf lain, mereka amat teruja dengan Al-Quran dan Agama Allah. Tidak seperti rakan lain yang dibesarkan di Kuala Lumpur, Fong dan saya mempunyai banyak persamaan termasuk kurang berkata kotor dan tidak mahu terlibat dengan perkara yang menjurus kepadanya.

Hari ini, selepas berpuluh tahun mengenalinya, politik sudah mencemari beliau. Kini, dalam status sahabatku itu, jelas tiada lagi ayat insya ALLAH, may Allah lead us, Allah is Great, Allah here, Allah there so on so fore.

Yang ada adalah kenyataan politik yang menyokong campurtangan asing, yang menyokong pemimpin LGBT dan mepertahankan keselamatan Negara Israel dan sebagainya.

Itu kata saya tentang dia. Mungkin, dia juga akan kata yang sama tentang saya dan soalan biasa yang saya jelik mendengar, adakah saya ahli UMNO, seolah setiap orang yang bercakap untuk Islam dan menentang PAS adalah ahli UMNO.

Saya sedih melihat Sahabat saya, tidak saudara saya yang baik dan suci dalam agama Bahai, dipersucikan oleh agama Islam dicemari oleh politik.

Jika perkara tersebut boleh berlaku kepada beliau, ia tidak mustahil terjadi pada saya.

Sebenarnya, Im not born fighter, dan faktor anak campur juga membuatkan saya kurang semangat apabila berkaitan Melayu. Keputusan PRU 12 dan terkini PRU 13 telah melumpuhkan semangat saya dan saya jemu dengan Melayu, kaum hamba yang haprak. Melayu terperangkap dalam Islam dan mudah mempercayai orang berserban seolah tiada wujud rukun Islam percaya pada Allah. Melayu amat lemah, membuatkan saya lebih berminat mengaku sebagai Cina.

Tapi itu perasaan saya, dan jiwa saya masih sayangkan Melayu dan cuba mengingatkan mereka secara halus. Hakikatnya, saya cepat matang. Pada usia 19 tahun saya sudah berdebat dengan orang tentang politik, PAS, UMNO dan Islam sendiri. My approach was rough and young, I was in left lane before. Jadi pada usia menjelang 30 tahun, saya lebih pada haluan kanan dan tengah. Moderate.

Tapi PRU 13 benar-benar menguji saya. Dan kini, saya lihat bagaimana politik mencemari sahabat saya.

Justeru, saya mengambil keputusan untuk berehat dari politik. Kini, terpulanglah pada Melayu untuk menentukan hala tujunya dan nasibnya sendiri. Lebih dari itu, saya yakin Allah sayangkan Melayu dan orang Islam Malaysia, jadi "my preservation" di sertakan dengan doa dan keyakinan pada ALLAH. Demi Tuhan, Rasul dan Umat Baginda, Islam akan terus dipertahankan dan dilindungi Allah di bumi Malaysia. Amin.

Paradigma Master Dan Slave, Nature TuanCina Dan HambaMelayu



Haji Mohd Nurut Bin Fakeh Hayat adalah seorang Guru yang berpegang teguh kepada agama dan disiplin, bapa kepada 25 orang anak, suami kepada 3 wanita dan tokoh dalam masyarakat.

Beliau amat membenci Cina.

Namun, takdir Allah telah menganugerahkan kepada beliau seorang menantu Cina, ibu saya.

Bapa saya terpaksa membawa berpuluh ulama dan ahli agama bagi memohon restunya dan akhirnya beliau berjaya dipujuk oleh Mufti Selangor ketika itu, Datuk Hassan yang juga sepupunya. Itupun selepas 3 hari bermusyakarah dan berhujah.

Sebagai anak campur saya pelik kenapa beliau begitu benci pada ibu saya dan Cina. Walaupun beliau meninggal sebelum saya lahir, saya dapat merasakan aura kebencian beliau terhadap Cina.

Saya adalah cucu kepada Mohd Nurut bin Fakeh Hayat.

Selepas PRU 13, saya akhirnya faham mengapa Haji Mohd Nurut Bin Fakeh Hayat amat benci pada Cina. Dalam masyarakat Minang ada pepatah berbunyi, " Bila dibawah, mahu diatas, bila dikurung mahu diluar, bila dihimpit mahu menekan" yang bermakna orang Minang tidak mahu sesekali mengalah dan ditadbir.

Saya faham datuk saya membenci Cina kerana Cina adalah bangsa yang bila dibawah dia mahu diatas. Cina dimana-mana sahaja dalam dunia ini tidak boleh diberi peluang, kerana mereka akan menggunakan peluang tersebut untuk berada diatas dan menjadi Master kepada semua orang. 

Jangan salahkan Cina kerana cara mereka dibesarkan oleh beberapa Dinasti di China telah membentuk sikap mereka. Justeru, Cina akan mencari jalan untuk berniaga dan menjadi Master kepada slave.

Siapa Tuan dan siapa hamba. Cina pada masa itu adalah hamba kepada Tuan-Tuan Melayu yang bukan sahaja memiliki tanah tetapi juga memonopoli perniagaan di KL.

Dalam catatan Abdullah Hukum dengan jelas menyebut pada tahun 1921, di sekitar KL, semua pasar dan toko-toko dimiliki oleh orang Melayu. Cina hanya ada seorang dua yang mengayuh basikal membawa hasil tanaman untuk dijual di pasar-pasar.

Cina enggan menjadi hamba dan selepas 70 tahun, sekitar tahun 1990, semua pasar dan kedai di Kuala Lumpur dimiliki orang Cina. Melayu hanya ada seorang dua itupun menjual barangan berkaitan Melayu sahaja.

Pada alaf 21 ini, hampir 90% Melayu menjadi hamba kepada Cina yang membayar gaji mereka, dan yang menjadi Tuan mereka dalam Syarikat-syarikat MNC dan Swasta.

Melayu adalah hamba secara semulajadi.
Cina adalah Tuan secara semulajadi.

Pasca PRU 13, orang Cina yang sudah menguasai ekonomi dan menjadi Master kepada hamba-hamba Melayu kini mahu menghambakan Melayu dalam politik pula. Dan, mereka berjaya.

PRU 13 membuktikan Melayu adalah hamba by nature, dan Cina adalah Master yang sebenar. Keadaan akan menjadi lebih teruk pada PRU 14.

Sekali lagi, saya ingatkan, saya adalah anak Cina, saya tidak kata sikap orang Cina ini jijik dan jahat, tetapi ini adalah hakikat dan mereka memang semulajadi seperti itu kerana mereka sudah hidup dalam tamadun yang panjang, beratus dinasti dan pemerintah yang zalim. Mereka dibentuk ketika proses itu.


SAYA INGIN TEGASKAN, ingatan dan tulisan ini bukan mahu menghina dan mengajak sesiapa membenci Cina, kerana Atuk saya sendiri mendapat pengajaran berharga dalam membenci Cina, memiliki seorang menantu Cina dan cucu Melayu yang lebih Cina.

Saya tulis artikel ini agar Melayu keluar dari kepompong dan minda hamba. Minda tidak apa. Minda berpecah dan sebagainya kerana nasib Islam banyak bergantung kepada nasib Melayu itu sendiri.