ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, July 30, 2018

Tun Dr Mahathir Pengkhianat Bangsa Atau Pengkhianat Negara?


Saya kenali Tun Dr Mahathir dengan cara berbeza sejak umur 4 tahun. Bekas MB Selangor yakni abang Tun Siti Hasmah, Tan Sri Ahmad Razali Ali sering ke rumah kami di Kajang membawa berita tentang Tun dan sejak itu saya adalah pengikut setia Tun nombor 1.

Kalau dimainkan video perletakan jawatan Tun atas podium Presiden UMNO 2002 saya kira saya akan menangis untuk kali ke 100 seolah ia baru berlaku tadi, pipi masih panas.

Sejak pandai membaca, setiap ucapan dan petikan Tun 3-4 muka penuh Utusan Melayu saya khatamkan, aspirasi Tun meresapi jiwa hinggakan saya berazam mahu melutut di depan Putrajaya selama sebulan sebelum Tun bersara pada 2003 sebagai tanda terima kasih!

Di mata saya Tun bukan manusia biasa dan jika Tun mati, saya mahu otak Tun di awetkan untuk dikaji atau dibangunkan perisian komputer AI untuk dijadikan rujukan PM mendatang.

Syukur, Islam larang pemujaan manusia dan membolehkan saya lihat Tun sebagai manusia biasa. Yakni manusia yang dipertanggungjawabkan atas kata-kata dan tindakan mereka serta kesan darinya seperti ayat Surah Yassin.

Untuk pengetahuan Tun, saya ikut Tun berkempen di blog-blog secara aktif dalam gerakan menjatuhkan Pak Lah yang mengkhianati kepercayaan Tun malah saya melepaskan peluang berkerja dengan Petronas kerana dalam temuduga iPerintis 2004 saya kritik Pak Lah dalam temuduga dan tulisan saya masih boleh di rujuk di http://mustaqimabdulrahman.blogspot.com

Kemuncaknya, saya isytihar bersama-sama Tun keluar dari UMNO yang mana tiada siapa melayan saya kerana saya hanyalah semut hitam yang kecil dan tidak mengigit dan saya amat gembira umpama diberi ganjaran berjuang bersama Tun ketika dijemput berjumpa 4 mata dengan Tun di Tingkat 88, KLCC pada 29 Ogos 2013.

Terlalu gembira hinggakan lidah kelu dan saya rasa masih bermimpi hingga hari  ini!

M(m)U(a)S(h)T(a)A(t)Q(h)I(i)M(r) terlalu obses hingga percaya saya dan Tun adalah orang yang sama kerana kita banyak sependapat dalam 99% perkara sebelum, selepas dan masa depan.

Saya antara orang terawal desak Dato Seri Najib letak jawatan sejak 2013 dan berkempen sepenuhnya 2 bulan terakhir untuk Tun, dan Alhamdulillah Tun dianugerahkan Allah peluang kedua.

2 hari saya julang tangan genggam seorang diri dirumah gembira seolah saya yang menang PRU 14.

Tapi entah kenapa ketika melihat Tun angkat sumpah PM di TV saya merasa hiba dan dapat rasa melihat kesudahan Tun dalam catatan sejarah Malaysia.

Dengan kadar hutang Negara dan jika benar dakwaan Kerajaan atas kerosakan mantan PM maka gelaran Pengkhianat Negara sepatutnya milik Dato Seri Najib jika memenangi PRU 14, tetapi Tun merampas peluang itu darinya.

Ramai optimis Tun mampu “abracadabra” buat sekian kalinya untuk selamatkan Negara namun jika Tun berjaya melakukannya pun dalam setiap kejayaan pasti ada korbannya.

Dan korban untuk selamatkan Malaysia di era globalisasi adalah dengan membuang tongkat emas seperti yang Tun, Presiden UMNO ke 5 katakan dalam ucapan penutup PAU 2002.
Melayu sebenarnya tiada pilihan, “the only way out for Malay, is in” namun kegagalan BN yang Tun ketuai selama  2/3 usianya atau selama 22 tahun menjadikan “IN is hell”.

Siapakah yang mungkin dapat berjalan memasuki neraka dan keluar semula sediakala?

Kehancuran hampir pasti tidak dapat dielakkan dan jika ia berjaya dielakkan atau dikurangkan korbannya, seseorang perlu dan akan dipersalahkan.

Adolf Hitler dipersalahkan rakyat Jerman walaupun dia memacu kejayaan kejuruteraan Jerman, Mustapha Kamal dipersalahkan walaupun ia juga adalah “kemahuan” rakyat Turki Muda ketika itu, malah Firaun juga dipersalahkan Yahudi walaupun sifat dan sikap orang Yahudi itu sendiri suka buat kerosakan dan mengkhianati kepercayaan Nabi Musa waima ketika diawasi Nabi Harun.

Jelas, Tun pasti akan dipersalahkan atas kegagalan orang Melayu kerana menyalahkan orang lain adalah sikap semulajadi manusia.

Kegagalan Melayu adalah keberuntungan Bukan Melayu, itu adalah hukum alam. Kegagalan kancil bersembunyi, adalah keberuntungan Harimau! Pokok yang tinggi merampas cahaya dari yang kecil!

Kerana saya masih syok sendiri Tun dan saya sehati sejiwa, jadi saya tetap yakin Tun is Malay first, Malaysia second, ungkapan yang membuatkan Tun tewas di Kota Setar dan dikecam sebagai Ultra Malay.

Anak dan cucu fikir mereka boleh ubah kita menjadi liberal dan sekular, tapi hati, kepercayaan dan iltizam milik kita seorang dan Tun berada di persimpangan, ke kiri dikenali sebagai pengkhianat Bangsa, dan kekanan dikenang sebagai pengkhianat Negara!

Walaupun sejarah mungkin mengenang Tun sebagai satu antara dua, Tun tetap ingin semai harapan untuk Melayu berubah, walaupun kemungkinannya sekecil satu dalam setrillion istilah yang kita perlu biasakan diri.

Kesimpulannya, siapa pun yang berkuasa dan menjadi kerajaan, budaya Melayu masih jauh ketinggalan dibandingkan dengan budaya China yang bertulis dan berkerajaan 1250 sebelum Masihi  justeru adalah tidak adil menuntut hak dilayan sama rata anak kita berumur 1 tahun dengan anak umur 30 tahun.

Sikap perpecahan dan penting diri Melayu sebenarnya adalah punca kepada kegagalan DEB, punca kegagalan pembangunan bangsa dari kepenggunaan pada penciptaan dan bermacam lagi dan pepatah Inggeris ada mengatakan “you can force horse to river but you cannot force horse to drink”, begitu juga manusia!

Saya seperti Tun tetap optimis, jika Melayu diberi masa yang sama banyak dengan orang Cina untuk buat silap dan belajar dari kesilapan, untuk berpecah dan bekelahi selama 2000 tahun, Melayu pasti jauh lebih hebat dari orang Cina!

Saya janji tidak akan gagal hargai jasa Tun sebagaimana China gagal hargai jasa Jepun menceroboh Negara mereka dan membuatkan mereka bersatu buat pertama kali dalam sejarah China sejak Maharaja Shih Huang Tii satukan mereka 2000 tahun dahulu.

Jika Jepun tidak ceroboh China, orang Cina masih berpecah, dan Maharaja masih berkuasa dan menindas mereka sehingga mereka lari ke Negara lain termasuk Malaysia!

Akhir kata, saya harap Tun dapat beri perhatian kepada surat 10 muka saya pada Tun dan Kementerian berkaitan yang bertajuk Penasihat ke 11 Yahudi!


Mustaqim Abdul Rahman
http://mustaqimabdulrahman.blogspot.com