ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, December 31, 2014

Hikmah Banjir: Henti Bantu Kelantan

Saya bergurau, teruskan bantuan pada semua manusia tanpa mengira Negeri mereka, dialek mereka, warna kulit mereka, kaum mereka dan dan agama mereka. Tetapi dalam perniagaan, jihadlah menyokong Islam.

Banjir kali ini penuh hikmah pada rakyat Kelantan agar membuang SIFAT KENEGERIAN MEREKA.

Saya antara beribu mangsa kenegerian Kelantan.

Perniagaan saya menjalankan tugas kantin sekolah dan membekal makanan bermasak dengan cemerlang dan kami bukan syarikat ali baba atau ekpress.

Perniagaan Almiah ditubuhkan pada 1986 dan menjalankan pelbagai perniagaan kantin sekolah dan asrama seluruh Malaysia sehingga tahun 2010.

Pada 2008 Pengarah Kementerian Pendidikan dan pegawai atasan Kementerian dipelopori oleh orang Kelantan dan hampir semua tender diberi pada Syarikat anak Kelantan.

Semangat kenegerian Kelantan wujud dimana-mana malah diketahui oleh bangsa Indonesia yang bekerja sebagai Tenaga Buruh Murah. Kata mereka kepada saya, pada tahun 2010, Pengarah JPS Selangor yang baru adalah orang Kelantan maka semua tender selenggara sungai dan longkang di Selangor diberi pada kontraktor Kelantan.

Ia tidak berhenti pada sektor kerajaan sahaja, saya punyai seorang kawan yang berkerja sebagai kerana di Pejabat Pos, Pada 2008 beliau berjumpa seorang pengusaha kilang Kelantan di Rawang yang menyuruhnya membeli lori dan beliau berjanji akan menyewa lori kawan saya setiap hari.

Hari ini kawan saya ada sepuluh lori dan menjalankan perniagaan kanopi kerana lorinya digunakan kilang Kelantan di Rawang pada hari berkerja sahaja.

Sifat kenegerian Kelantan tidak berhenti di IKS malah kepada penjaja kecil. Orang Kelantan seperti orang Cina teguh menyokong perniagaan penjaja kecil kedai runcit, kedai makan dan payung-payung peniaga Kelantan.

Jika ada sepuluh kedai menawarkan barang yang sama tetapi satu sahaja kedai Kelantan orang Kelantan akan beli dari pekedai Kelantan itu.

Sifat kenegeriaan Kelantan juga terulit dan sebati dengan parti politik.

Banjir 2014 menjadi bukti walaupun banjir diakibatkan pembalakan haram berleluasa sejak zaman Tuan Guru Nik Aziz tapi nama beliau langsung tidak disebut sebagai pemimpin korup dan sasaran mereka senada dihalakan pada pemimpin luar Kelantan iaitu Perdana Menteri Malaysia yang bukan orang Kelantan.

Malahan bantuan kemanusiaan juga mereka Negerikan sehingga terbitlah dari "Group-group FB" mereka yang Kelantan dianak tirikan dalam penyampaian bantuan padahal hakikatnya petugas dari seluruh Malaysia bersengkang masa, berlubang poket memberi sumbangan pada mereka.

Perkara ini amat menyedihkan kerana Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata beliau tidak bangga menjadi Melayu dan rakyat Malaysia kerana ia bersifat kebangsaan. Buang kebangsaan ambil Islam baru perbincangan Kerajaan Perpaduan boleh diteruskan sambung beliau.

Peliknya, benarlah mereka tidak ada sifat kebangsaan, tapi mereka ada sifat kenegerian. Apa bezanya?

Saya mempunyai ramai saudara ipar orang Kelantan menyeru orang Kelantan menyahut saranan Tuan Guru Nik Aziz buang kebangsaan, buang Kenegerian Kelantan dan junjung agama Islam.

Jadikan Islam sebagai kayu ukur bukan kenegerian dalam memberi tender dan projek kerajaan, dalam memberi bantuan dan sokongan perniagaan dalam berkongsi kekayaan dan kemakmuran.

Jika Islam dijunjung seperti nasihat Tuan Guru Nik Aziz, insyaALLAH bala Allah akan Allah elakkan tahun hadapan. Insya Allah.

Akhir kata, saya pinta sisi positif artikel ini disambut dan diterima dan yang negatif dibuang dan jika ada anak Kelantan yang terasa hati saya bersumpah saya tiada niat jahat langsung melainkan kebaikan demi agama Islam khususnya di dalam dunia yang makin mencabar.

Wednesday, December 3, 2014

Surat Terbuka Pada Dato Menteri Besar Selangor

Saya sudah mengutus berpuluh surat pada Dato Menteri Besar berkenaan YDP MPS yang mengabaikan aduan saya sejak 2 tahun lepas tetapi berita Kerajaan Selangor menghantar nama tunggal YDP MPS Tuan Azizi untuk menggantikan Datuk Bandar MBPJ amat memeranjatkan saya.

Nama saya Mustaqim Abdul Rahman. Saya adalah pemilik bersama dengan abang saya dan isteri memajukan Tanah milik kami yang berstatus pertanian dan yang sudah terbiar selama 44 tahun.
Tanah kami adalah Tanah Rizab Melayu yang berbaki 11% dari 50%. Logiknya, tiada guna Kerajaan mahu menebus semula Tanah Rizab Melayu itu jika yang 11% ini pun dibiarkan dan bila diusahakan tidak dibantu malah dihalang dengan menggunakan undang-undang lapuk.

Nasib baik permasalahan membangunkan Tanah Rizab Melayu akhirnya dirasai YAB Perdana Menteri yang dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini mengarahkan semua MB menebus kembali Tanah Rizab Melayu dengan syarat mesti membangunkannya dan beliau menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk mengusahakan Tanah Rizab Melayu yang pembangunannya terkongkong oleh Undang-undang tahun 1974.

Mengikut Undang-undang Kecil Negeri 1974 itu, PBT berhak merobohkan bangunan saya kerana tidak memenuhi syarat iaitu Kebenaran Membina Bangunan PBT yang mensyaratkan setiap pemilik Tanah menandatangani borang tersebut. Syarat ini tidak diberi kelonggaran langsung walaupun hakikinya semua Tanah Rizab Melayu berstatus pertanian terikat dengan masalah faraid dimana kebanyakan kematian berharta tidak dimajukan kepada Pejabat Tanah untuk pembahagian faraid dan akhirnya waris hilang tanpa dikesan.

Sebagai rakyat yang patuh pada undang-undang, kami bersedia menerima segala tindakan mengikut undang-undang keatas kami oleh Penguatkuasa Undang-undang.

Persoalannya, apakah Penguatkuasa Undang-undang mengikut undang-undang dan jika tidak, siapa yang memantau mereka? Ini kerana kami tidak dapat menerima tindakan MPS membiarkan pemaju membina Jalan dan Longkang dalam tanah kami dan membiarkan penduduk Anjung Melati menceroboh secara paksa setiap hari samada tanpa sedar atau sedar, malah setiap detik mereka mengalirkan air kumbahan mereka ke dalam tanah kami sejak tahun 2010.

Imej rakyat kerajaan PKR Selangor oleh Menteri Besarnya yang terjun kedalam longkang mesti dipertahankan dengan baik dengan tidak membiarkan longkang-longkang di Selangor dibina secara haram dan ceroboh.

Mungkin wujudnya akta lanun di Negeri Selangor ini yang membolehkan Tanah diambil untuk Longkang dan Jalan tetapi apa jua akta mestilah mendapat kebenaran pemilik dan diberi pampasan yang sesuai atau jika benar tiada pampasan pencerobohan itu mestilah tidak mempunyai pilihan lain sebagai contoh atas alasan kecemasan dan keselamatan.

Berbeza dengan keistimewaan yang diberi kepada pemaju Taman Anjung Melati, mereka membina longkang dalam Tanah kami sedangkan Tanah Rizab Kerajaan yang dikhususkan untuk Jalan hanya 2 kaki dari longkang itu.

Sebagai rakyat Selangor saya memohon kepada YDP MPS Tuan Azizi agar menyelesaikan aduan kami terlebih dahulu sebelum dinaikkan pangkat menjadi Datuk Bandar Petaling Jaya.

Aduan kami sejak 2012 sehingga kini tiada apa jua tindakan dikenakan atas pemaju malahan tiada rancangan untuk mengarahkan pemaju atau MPS sendiri mengalihkan longkang dan jalan tersebut.

YDP MPS boleh terima kenaikan pangkat tanpa selesaikan aduan kami tetapi Warga Petaling Jaya berasa bimbang kerana PBT bawah kelolaan bakal Datuk Bandar mereka mempunyai rekod membiarkan pencerobohan tanpa ada tindakan waima cadangan.

YDP MPS juga perlu membalas pujian MB Selangor kerana meningkatkan pendapatan MPS, walaupun saya pasti penduduk Petaling Jaya tidak mahu YDP yang enggan menyelesaikan masalah mereka apatah lagi membiarkan aduan selama 2 tahun.

Jika YDP Azizi tetap tidak mahu selesaikan masalah kami di khuatiri beliau akan dicap sebagai Datuk Bandar MBPJ yang tidak berkerja sepenuh hati dan mempunyai rekod tidak menyelesaikan aduan pembayar cukai. Sikap boleh menjadi tabiat yang diterjemah kepada keamanan dan kesejahteraan penduduk Petaling Jaya.

Kepada golongan anti peniaga jalanan pula, saya boleh memberi jaminan kepada penduduk Petaling Jaya inilah Datuk Bandar yang kalian tunggu. Beliau adalah seorang YDP yang baik kerana menurut perintah pihak atasan walaupun terpaksa menerima gelaran YDP Zalim serta pelbagai kecaman dan cacian dari rakyat.

Setiap kemajuan pasti disusuli kesesakan dan ia adalah perkara biasa. YDP Azizi komited dalam merobohkan premis perniagaan haram dan ia sesuatu yang disukai oleh para pemimpin politik setempat yang memudahkan mereka berselindung disebalik puluhan wajah dayus asalkan kareer politik mereka tidak terjejas.

Penulis sendiri secara peribadi menyokong tindakan meroboh premis haram dalam usaha menjadikan perumahan sebagai teratur dan terancang dan menyokong 100% YDP Azizi dinaikkan pangkat kerana berani menerima sumpah dan makian orang ramai dalam melaksanakan tugas.

Sewajarnya Dato Menteri Besar Selangor menaikkan pangkat beliau kerana YDP Azizi tidak hipokrit dan bukannya kerana berjaya mengembalikan untung dalam perbelanjaan MPS.

Ini kerana kalau untung yang diukur dan bukan khidmat kepada rakyat maka Tan Sri Khalid tidak wajar langsung diturunkan oleh PKR kerana untung yang dibawanya berbilion ringgit tanpa menimbang kepuasan rakyat terhadap mutu khidmatnya.

Soal perolehan banyak berbanding perbelanjaan adalah subjektif dimana mengikut pandangan penulis walaupun Kerajaan Tan Sri Khalid berjaya mengekalkan defisit sifar dengan kewangan imbangnya, tetapi jika dari Tanjung Karang ke Sabak Bernam atau dari Felda Gedangsa ke Sg Besar jalan raya langsung tidak diselenggara sehingga mengakibatkan kebanyakan kenderaan berat menggunakan lorong kanan yang meningkatkan kadar kemalangan termasuk kemalangan maut

Persamaan Tan Sri Khalid dengan YDP Azizi ini dapat dilihat dengan jelas di Bandar Baru Selayang dan kawasan sekitar Taman sekitar Selayang Baru, Indah, Utama, dan lain-lain yang terletak dalam jarak 3 km radius dari Pejabat YDP MPS. Walaupun dapat membawa untung kepada MPS, tetapi jalan khususnya jalan siar kaki tidak pernah diselenggara dan yang rosak tidak ditukar sejak 10 tahun lepas. Nasib baik kutipan sampah tidak boleh dikritik kerana sejak ditegur MB Selangor memang kekuatan kutip sampah mereka meningkat 10 kali ganda.

Apapun, dari segi jumlah meritnya, penulis pasti Dato MB Azmin yang bijaksana mempunyai sebab untuk menaikkan pangkat YDP MPS.

Namun, sebagai wakil pemilik Tanah 3 ekar yang diceroboh guna oleh Penduduk Anjung Melati setiap hari dimana ada hak anak-anak yatim yang haram dimakan dalam tanah ini, kami memohon YDP MPS Tuan Azizi menyelesaikan aduan kami sebagai bukti beliau layak dinaikkan pangkat.

Tanah kami diceroboh sebagai longkang dan jalan seluas 6000kaki persegi tanpa sebarang pampasan, pemberitahuan dan aduan kami dibiarkan walaupun pernah dipanggil Mesyuarat bersama MPS, Pejabat Tanah, pemaju dan pemilik tanah pada tahun 2012 dan sudah disahkan lebih 3 Juru Ukur bertauliah termasuk yang diupah pemaju dan terbaru oleh Jurukur Setia, Taman Melawati.

Penulis berharap YDP Azizi dapat menyelesaikan masalah ini sebelum berpindah ke MBPJ agar penduduk Petaling Jaya yakin dan tenang bahawa Datuk Bandar Petaling Jaya adalah seorang Datuk Bandar yang berupaya menyelesaikan aduan warga Petaling Jaya walaupun KPI penyelesaiannya melebihi 2 tahun.


Harapan penulis sebagai pengundi Selangor kepada Dato Menteri Besar agar dapat memastikan semua kerja-kerja YDP MPS Tuan Azizi disempurnakan sepenuhnya demi meyakinkan penduduk Petaling Jaya yang mempunyai kelas tersendiri berbanding penduduk Selayang.

Jiwa rakyat Dato Menteri Besar Azmin ditagih selari dengan imejnya yang kurang bercakap, banyak berkerja dan banyak terjun kebawah lapangan.

Sunday, November 30, 2014

Kemalangan Maut Motosikal Yang Kerap Terjadi Boleh Di Elakkan JIKA...

Saya pernah menulis tentang saranan ini dan berharap agar Kerajaan melakukan tindakan pantas agar lebih banyak nyawa rakyat Malaysia dapat diselamatkan.

Setiap tahun lebih 5000 nyawa rakyat Malaysia maut di tangan Motosikal. Dari 5000 ini mungkin ada saudara kita dan mungkin anak kita juga bakal memenuhi senarai 5000 nyawa ini. Atau mungkin bapa kita yang ke Surau, atau mungkin kita sendiri.

Perlu difahami bahawa statistik JPJ menunjukkan lebih 500 ribu moto baru didaftarkan setiap tahun dan jumlah diatas jalan adalah sebanyak 15 juta unit motosikal.

Pemilikan motosikal adalah tinggi berbanding kenderaan lain kerana ia mampu milik. Kebanyakan pemegang IC Merah dan juga permit kerja Pakistan dan Bangladesh membeli motosikal kerana ia murah sesuai dengan kehadiran mereka di Malaysia membuat harta bawa pulang.

Sekarang kita fokus pula kepada masalah utama penyebab kemalangan motosikal iaitu hampir 10,000 kemalangan motosikal setahun.

Cuba perhatikan semua jalan raya di Malaysia, baik 3 lorong, baik 2 lorong dua hala, atay selorong dua hala, dan pelbagai lagi jenis lorong, perhatikan apakah ada lorong motosikal?

Ya. Tiada lorong motosikal yang ada adalah lorong kereta, yang dipisahkan dengan lorong kenderaan berat yang paling hampir dengan lorong haram motosikal atau lorong kecemasan kereta rosak.

Cuba ingat kembali ujian bertulis JPJ, apakah dalam grafik itu wujud lorong motor atau motor berkongsi dengan lorong kereta? Jika lorong itu dikongsi, apakah kesedaran kenderaan lebih besar bahawa mereka berkongsi dengan motor.

Apakah kereta sedar mereka perlu berkongsi dengan motor? Apakah mereka rela dan setuju?

Lakukan eksperimen ini, bawa motor anda ditengah-tengah lorong kereta dan anda akan di hon oleh kereta dan lori. Akhirnya laluan paling selesa adalah diatas garisan putih antara dua lorong kereta.

Ketiadaan lorong kereta ini disahkan lagi oleh Cukai Jalan Motosikal. Cukai Jalan Motosikal adalah percuma kerana motosikal tiada jalan disediakan untuk motosikal. Mereka hanya perlu membayar RM 2 sahaja sebagai kos pentadbiran atau process fee.

Soalan saya semula, apakah anda mahu salah seorang 5000 rakyat Malaysia yang terkorban itu adalah anak anda, suami anda ataupun bapa anda, mungkin anda sendiri?

Jika tidak adakah anda bersetuju jika perlu membayar RM 10 setahun sebagai yuran khas jalan motor. Pada masa dahulu cukai Jalan motor adalah RM 32.50 setahun.

Bayangkan jika 15 juta motosikal membayar yuran khas jalan motor, maka RM 150 juta dapat dikutip dan digunakan untuk membina jalan motor secara berperingkat di seluruh Malaysia.

Jalan motor ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dan kemudahan yang melindungi penunggang motosikal.

Mungkin ada yang kata tidak perlu bebankan rakyat, dan orang yang berkata sedemikian biasa adalah perokok yang mampu beli RM 10 rokok sehari.

Sebenarnya, lebih separuh atau 8 juta pemilik motosikal ini adalah warga asing. Mereka patut membayar lebih lagi untuk kemudahan kekal Malaysia dimana mereka membawa pulang semua kekayaan di kampung mereka.

Justeru, pada saya tiada lagi dolak-dalik, komen ataupun penentangan terhadap cadangan ini melainkan kita mahu lihat lebih ramai terkorban dimana giliran kita atau keluarga kita mungkin tiba bila-bila masa.

Khas untuk JPJ dan penunggang motosikal kuasa tinggi saya ingin berkongsi pengalaman saya yang berjahit lebih 50 jahitan seluruh badan kaki dan tangan kerana kemalangan motosikal.

JPJ perlu tambahkan module teknik jatuh motor dan teknik menghadapi jatuh ketika superlaju dalam kursus mereka.

Jatuh dalam keadaan laju, badan kita tidak mampu mengikut arahan otak kerana kuasa momentum yang kuat menekan badan justeru banyak penunggang kuasa tinggi jatuh dengan cara yang salah dimana mereka maut tetapi motor kuasa tinggi mereka selamat. Jatuh pun ada tekniknya iaitu melompat sekuat hati keatas meninggalkan motor agar melambung tinggi supaya lebih masa di peroleh atas udara sebelum jatuh. 

Bagi motor tidak laju, teknik jatuh lebih mudah dipelajari walaupun ia terjadi dalam 1ms kerana badan tidak ditekan kuasa momentum.

Mungkin impaknya akan akibatkan patah atau putus, tapi nyawa masih dapat diselamatkan.

Malangnya satu-satunya cara motosikal kuasa tinggi belajar jatuh adalah dari perlumbaan motosikal 250 cc atau 500 cc yang jalan mereka luas serta menggunakan blok jerami lembut sebagai penghadang jalan dan batu kerikil sebagai brek badan ketika diheret motor. Diatas jalan raya Malaysia, besi penghadang tajam, kereta laju arah berlawanan dan gaung yang menunggu,.

Ini kali kedua cadangan saya dalam 10 tahun ini, harap kita tidak perlu tunggu lebih lama sebelum masa kita pula tiba.

Saturday, November 29, 2014

Larang Penjawat Awam Terima Pangkat Dato/Datin/Tan Sri/Puan Sri Bagi Kurangkan Birokrasi Berurusan Dengan Kerajaan

Kerajaan sebenarnya terdiri dari dua golongan berbeza iaitu Golongan Pemerintah yakni ahli Politik dan Golongan Pentadbiran yakni penjawat Awam.

Dalam organisasi Kementerian, terdiri dari KSU, TKSU 1, TKSU 2, Ketua Pengarah, Timbalan, Pengarah, dan Timbalan. Juga yang setaraf seperti dalam organisasi lain seperti Ketua Polis Negara, YDP Majlis Perbandaran dan lain-lain. Mereka ini adalah pihak paling tinggi dalam golongan pentabdiran.

Dari pengalaman bertugas sebagai kontraktor Sektor Kerajaan, saya perhatikan banyak Ketua Pengarah dianugerahkan pingat mungkin disebabkan khidmat baik mereka. Saya ingin mencadangkan pingat tertinggi yang membawa gelaran Datuk dan Tan Sri hanya diberikan dengan menilai khidmat baik mereka selepas mereka berhenti berkhidmat.

Ia dapat meningkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan dan menaikkan semangat kakitangan Kerajaan ini untuk terus berkhidmat baik hingga saat terakhir di Pejabat.

Ini kerana pelbagai Gelaran ini hanya meningkatkan karenah birokrasi serta pelbagai protokol lain yang perlu dipatuhi yang menyukarkan rakyat atau pembayar cukai berurusan. Malahan sistem sebelum ini tidak sahaja menyukarkan rakyat tetapi juga menyukarkan usaha antara Jabatan apatah lagi antara Kementerian untuk berkerjasama.

Bak kata pepatah, besar periuk besar keraknya.

Saya juga berpengalaman berurusan dengan PBT. YDP yang memakai gelaran Dato mempunyai ego yang berbeza dikala yang tidak memakai Gelaran Dato pula mengejar nama dan gelaran peribadi dan bukan mengejar mutu perkhidmatan.

Dalam norma dan etika perjalan sistem Kerajaan Malaysia yang diwarisi dari Kerajaan British, sewajarnya mengikut juga etika mereka yang hanya menganjarkan gelaran Sir atau Dato selepas anggota kerajaan berkhidmat.

Harap Ketua Kerajaan Pemerintah & Para Sultan dapat memperhalusi cadangan ini sesuai dengan Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Thursday, November 20, 2014

Tun Dr Mahathir - A True Islam Leader By Bury Hatchet With Khairy

In life there is no way we can learn all. Allah treasures are too big to understand and learn.

But, we all can try to learn all. This attitude differentiate us among us. We can learn from School, teachers, parents, friends, leaders, experiences, books, environment and everything from big to as tiny as ant.

I always adore and older person set good example for us younger one to follow.

I still remember Tun Dr Mahathir said he dont like doing two things in his daily life, take a bath and nailcutting if Im not mistaken because he cannot read book at that time.

Today, Tun Dr Mahathir again teach me something.

When we angry to someone, when we scold them, criticize them, we dont hate them, we only hate their doing, their thinking, their attitude so on and so fore.

Tun has shown us real Islam taught by put on a yellow shirt for his number one nemesis Khairy Jamaludin. In fact, there is no enemy between Muslim, we may have differ in many things, but in heart or at last line we always bersaudara.

Tun, I always adore you and I always will.

Azalina Terbaik- Pegawai Kerajaan Lebih Berkuasa Dari Perdana Menteri

Perkara ini bukan rahsia lagi. Bukan mustahil dan bukan juga pelik, Malah ia sudah terjadi sekian lama sejak Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri lagi. Cuma pada masa itu, harimau ini masih muda belum bertaring, semasa Pak Lah dihimpit krisis kepercayaan, harimau ini sedang mengasah kuku dan akhirnya pasca 2008, harimau ini keluar menjadi pemangsa.

Pada orang awam yang selalu berurusan dengan pelbagai agensi Kerajaan mereka memang sedar hakikat Pegawai Kerajaan yang lebih berkuasa dari Perdana Menteri.

Ada KSU yang bertindak seperti Maharaja dalam Kementerian. Ada Pengarah yang tidak menerima arahan dari sesiapa. Pelbagai malahan hampir semua tender Kerajaan diberikan pada kroni mereka dan biasalah istilah kuota politik 30%. Dulu 70% untuk orang biasa rebut kini hanya 0.7% untuk direbut selebihnya dingap.

Ada juga kisah dimana Imigresen tidak melaksanakan kensus Parlimen yang mengarahkannya melaksanakan pemeriksaan kesihatan atas pekerja dan pelajar asing, mereka juga engan melaksanakan arahan Menteri dan Perdana Menteri dengan pelbagai alasan dan akhirnya melaksanakan juga selepas kontraktor ditukar.

Saya sendiri berada dalam pejabat TKSU Kementerian Wilayah seorang Datuk dimana beliau menerima panggilan dari ahli Politik untuk makan malam. Apabila meletak telefon beliau berkata beliau enggan menurut kata orang politik.

Banyak lagi kisah ini dan semua ini terjadi akibat celaru politik yang terjadi dalam Malaysia. Kecelaruan ini digunakan sepenuhnya oleh Pegawai Kerajaan dan peluang yang tidak dilepas.

Sebagai rakyat dan orang Islam saya tidak ada masalah selagi Pegawai Kerajaan ini Islam tetapi agenda mereka dipersoalkan.

Jika agenda mereka Islam dan Melayu, alhamdulillah. Jika agenda mereka untuk membolot dan menindas kerana mereka lebih senang terlepas berbanding ahli politik, habislah Negara, hancurlah Melayu, jahanamlah Islam.

Sementelah artikel ini ditulis, hanya 2 dari 10 mereka yang beragenda baik dan 8 lagi adalah penindas bertaraf Firaun.

Terima kasih kepada Ahli Parlimen Pengerang Dato Seri Azalina Othman yang membawa isu nadi rakyat. Inilah contoh Ahli Politik yang kita perlukan dari sibuk berretorik cadangan, cadangan dan cadangan langsung tiada pencegahan, penyelesaian dan penambahbaikan.



BR1M Adalah Usaha PM Najib Imbang Kesilapan Pak Lah Menaikkan Gaji

Hakikatnya banyak yang dilakukan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak adalah "damage control" terhadap polisi kerajaan sebelum beliau. Sebagai contoh BR1M, BR1M adalah imbangan kepada kerosakan yang terjadi akibat menaikkan gaji kakitangan kerajaan.

Polisi menaikkan gaji kerajaan cukup popular dan disokong ramai, Saya tidak pernah mendengar sesiapa membantah polisi ini mungkin kerana gembira dan juga takut. Dan tidak ramai yang sedar atau sengaja buat tidak realistik dimana logiklah bila gaji naik, harga barang juga akan naik.

Kos operasi yang meningkat akan mengakibatkan harga jualan dinaikkan.

Kalau gaji naik, kuasa membeli tinggi dan barang kekal dengan harga murah apa yang akan terjadi? Produktiviti akan menurun, inflasi akan meningkat cepat kerana imbangan supply dan demand terjejas teruk dan sebagainya. Justeru, saya tidak faham kenapa orang yang menikmati kenaikan gaji marah bila orang lain naikkan harga barang(naikkan gaji pekerja mereka).

Juga akibat dari ketidak seimbangan gaji sama gred. Pada masa gaji kakitangan Kerajaan dinaikkan Kerajaan dari RM 700 kepada lebih RM 3000,  pekerja Swasta yang membentuk golongan majoriti masih ditakuk gaji lama iaitu RM 1100 sahaja.

Apakah akibat dari keadaan ini, samada kesilapan atau tidak ia bergantung kepada keadaan.

Justeru, bila Dato Seri Najib dilantik Perdana Menteri beliau sedar menaikkan gaji swasta(permulaan RM 1100) menyamai gaji Kerajaan(permulaan RM 2500) hanya akan akibatkan kos sara hidup menjadi lebih tinggi dan akhirnya mengundang inflasi serta produktiviti menurun.

BR1M dilihat sebagai satu kaedah berkesan menyampaikan kuasa membeli pada golongan Swasta yang bergaji rendah dengan kos sara hidup tinggi tanpa menjejaskan aturan ekonomi itu sendiri.

Kesan domino tidak berkesan dan terkesan pada BR1M. Ia juga boleh dianggap perang senyap Kerajaan dengan Peniaga dalam memerangi kenaikan harga barang.

Namun saya tetap bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir tentang BR1M dan saya ingin mencadangkan pada Kerajaan menukar nama BR1M kepada GR1M atau Ganjaran Rakyat 1 Malaysia dimana penerima perlu berusaha untuk mendapatkan GR1M. Usaha mereka ialah menyumbang kearah Malaysia yang lebih baik dengan menanam pokok, membersih sampah, jauhi dadah dan jenayah, bina keluarga bahagia, sumbangan kepada Negara, jauhi rusuhan, rapat haram dan banyak lagi.


Wednesday, November 19, 2014

Kembalikan Sekolah Melayu Setanding Dengan Sekolah Cina

Saya bersetuju dengan kenyataan Dato Seri Najib yang mengatakan Sekolah bukan alat politik sebaliknya sekolah adalah alat membentuk anak bangsa mengikut identiti masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika mengatakan sokongan berterusan Kerajaan pada Sekolah Cina dengan harapan Cina terus menyokong PM Melayu.

Justeru saya ingin memohon kepada mana-mana NGO dan perwakilan PAU untuk memperjuangkan Sekolah Melayu agar anak Melayu dapat dibentuk mengikut identiti kaum Melayu.

Umum mengetahui, Cina ada Sekolah Cina, India ada Sekolah India malahan Kemboja di Pasar Borong KL juga ada Sekolah Kemboja tetapi Melayu tiada Sekolah melayu sebaliknya dipaksa menukar kaum dari Melayu kepada Malaysia di Sekolah Kebangsaaan,

Paling tidak, Kerajaan harus mengadakan subjek kaum Melayu di semua sekolah Kebangsaan kerana Cina ada Sekolah Cina, Melayu tiada untuk mendidik anak Melayu memahami jati diri dan mencintai kaumnya,

Harap mendapat perhatian kerana hanya dengan Sekolah Melayu, Melayu dapat disatukan dan diselamatkan dari dihilangkan identiti masing-masing.

Misi Tanah Rizab Melayu Adalah Misi Politik

Dalam kes Tanah Rizab Melayu yang diperjuangkan bersama UMNO, PAS dan PKR, UMNO adalah juaranya.

Bermula dengan janji Pemuda UMNO, kemudian disambut Menteri berkenaan dan terbaru oleh MB Johor dengan komitment yang sama iaitu;

"Agenda utama kita mempertahan dan memperluaskan Tanah Rizab Melayu".

Sebenarnya, usaha ahli politik ini lebih tepat adalah seperti berikut;

"Agenda utama kita, mempertahan, memperluas dan membiarkan Tanah Rizab Melayu menjadi tanah terbiar".

Pemilik Tanah Rizab Melayu mahu tahu apa gunanya tanah jika tidak diusahakan? Apakah 11% Tanah Rizab Melayu yang tinggal dimana kebanyakannya terbiar mahu disimpan untuk dijadikan kubur orang Melayu kelak.

Parti Politik tidak membantu membangunkan Tanah Rizab Melayu dengan melonggarkan syarat tukar status tanah dari pertanian kepada kediaman dimana ia bukan sahaja memudah cara membangunkan dengan PBT malah menaikkan harga tanah itu sendiri.

Parti politik ini tahu bercakap sahaja demi kelangsungan politik masing-masing.

Nasib Tanah Rizab Melayu hanya diperjuangkan oleh orang Melayu sendirian sahaja.

Saturday, November 15, 2014

Berdosakah UMNO Selangor Tiru UMNO Kelantan Dalam Kekalahan?

UMNO Selangor kehilangan SELANGOR untuk kali kedua berturut-turut.

Tetapi UMNO Kelantan kehilangan Kelantan untuk sepuluh kali berturut-turut.

Pencapaian UMNO Kelantan jauh lebih teruk tetapi saban kali sekurangnya 2 wakil UMNO Kelantan akan dilantik sebagai Menteri.

Ini adalah kelemahan sistem reward atau ganjaran dalam UMNO yang pernah saya tulis sebelum ini.

Saya percaya siapa jua terajui UMNO Selangor waima Tun sekalipun, selagi sistem reward atau ganjaran tidak diperbaiki maka UMNO Selangor akan terus meniru UMNO Kelantan.

Mungkin yang tertanam dalam fikiran UMNO Selangor, tidak apa, UMNO Kelantan sudah lebih 20 tahun jadi pembangkang pun boleh berjaya dan kaya dibantu Kerajaan Pusat ini pula UMNO Selangor Negeri paling maju(lebih diperlukan-kononnya) dalam Malaysia.

Saya tidak tahu saya bukan ahli UMNO, tetapi sebagai bapa saya juga perlu ada sistem ganjaran yang baik untuk anak saya diganjar sewajarnya khususnya bila dia gagal mengawal keadaan sebagai abang kerana dia menjadi ikutan adik-adiknya.

Wallahualam.

Wednesday, November 12, 2014

Tolonglah Bantu Utusan Malaysia betterknown "Akhbar OKU"

Tan Sri Zainudin Maidin mengecam Nazir Razak kerana CIMB kurang mengiklankan iklannya dalam akhbar Utusan Malaysia.

Dari sudut perniagaan apa yang dibuat oleh Nazir Razak itu adalah betul lagi tepat kerana apa guna mengiklankan iklan perniagaan dalam akhbar yang hanya menjual ribuan naskah sahaja itupun diberi percuma, diborong pembantu melalui tender bekalan akhbar MAS, Hotel, Pejabat Kerajaan dan Sekolah.

Dari sudut persaingan pula ia adalah tidak sihat dimana Utusan semakin manja dan hanya bergantung kepada bantuan dasar-dasar kerajaan. Untuk rekod, Utusan sudah berusia hampir 80 tahun dan sewajarnya ia sudah tidak memerlukan bantuan dalam survivalnya.

Dari sudut politik, agama, kaum dan lain-lain yang Utusan dikatakan pejuangnya, terpulanglah pada masing-masing menilai dan kita hormati pendapat masing-masing.

Jujur saya katakan, saya begitu dekat dan sayang pada Utusan Malaysia akhbar yang saya baca 3 jam setiap hari sejak ia dipanggil akhbar Utusan Melayu lagi.

Malahan jika dikaji kebangkitan nasionalisme dan kejatuhan imperialisme di China, Indonesia dan banyak lagi sebenarnya dicetuskan oleh akhbar yang hebat.

Setiap bangsa dan kaum didunia memiliki akhbarnya sendiri kerana akhbar mempunyai roh yang memperjuangkan kaum dan agama bangsa tersebut. Malangnya, Melayu tiada akhbar sendiri dan keliru diantara nasionalisme dan kaum dalam akhbar Utusan Malaysia. Terperangkap sekian lama dalam idealisme Negara dan Kaum yang dicipta sendiri.

Lebih malang lagi, UTUSAN adalah bukti kepada kelemahan organisasi Melayu sekaligus memberi moral dan contoh yang lemah dan buruk kepada masyarakat Melayu dimana "kaum Melayu tidak boleh, tidak mampu", "Bahasa Melayu tidak laku", "perniagaan Melayu gagal dan tidak mampu, perlu dibantu", "orang Melayu tidak sokong produk Melayu" dan banyak lagi yang tidak perlu disebut sebaliknya boleh difikir dengan mudah.

Hakikatnya pada akhir Abad 20 akhbar Utusan Malaysia adalah akhbar yang paling laris di Malaysia dimana jualannya mencecah jutaan naskah setiap hari.

Kelemahan Utusan Malaysia dalam melayari ombak besar internet mengakibatkan Utusan Malaysia hancur musnah dibadai ombak itu. Kedegilan pengurusan akhbar ini melakukan perubahan menuruti anjakan paradigma pembacanya berpunca dan akibat dari sikap selesa- comfort zone Utusan yang tidak memahami denyut nadi rakyat khususnya Melayu.

Untuk kesekian kalinya, Utusan dibantu lagi dan ia selamat dari dibaham ombak iinternet penghujung 90-an. Kini selepas berusia 80 tahun dan 15 tahun selepas ditewaskan Internet, Utusan terus dan terus jatuh.

Langkahnya untuk kembali untung dengan mengenakan limitasi pada akhbar onlinenya hanya mampu bertahan seminggu sahaja dimana ratingnya terus menurun dalam masyarakat online apatah lagi masyarakt offline.

Semua pemilik dan pengurusan atasan Utusan hari ini dan masa lepas perlu malu pada diri sendiri dimana mereka gagal seta kita binggung apakah yang mereka lakukan semasa selesa dipangku tongkat emas?

Jika kita, orang kaya malahan orang miskin diberi ayam yang bertelur emas setiap hari, sudah pasti ramai kita masih berjaya hingga hari ini walupun ayam sudah tidak bertelur lagi.

Sepertimana yang saya katakan, orang Melayu tiada akhbar Melayu dan bukan rahsia akhbar Melayu sahaja perjuangkan agama Islam dan kaum Melayu, akhbar Inggeris, Cina dan India perjuang kaum dan agama masing-masing, maka adalah wajib kita pertahan dan perjuangkan akhbar Melayu dengan cara yang betul, iaitu melepas tongkat emas.

Utusan Malaysia perlu berhenti dibantu dan dirombak dan diberi tenaga baru supaya kembali gagah dalam industri pembacaan harian rakyat Malaysia dan bukan kembali sebagai "anak emas" Kerajaan.

Utusan Malaysia perlu bebas, dinamik, tidak selektif dan terbuka samada secara kias,imej atau realiti. Ia juga perlu konsisten dalam memperjuangkan agama, bangsa dan Negara dan bukan Negara, bangsa dan agama.

Sudah-sudahlah dibantu tongkat emas, bersainglah secara sihat lagi bersih dan amanah kerana akhbar adalah benteng terakhir setiap kaum, agama dan Negara.

Sunday, November 9, 2014

Kerajaan eg Jamil Khir DiMinta Berhati-Hati Tangani Isu SIS-MAIS

Polemik antara SIS dan MAIS ini sebenarnya tidak perlu melibatkan Kerajaan Pusat. Tetapi sebagai Menteri bertanggungjawab, Datuk Jamil Khir meletakkan kepentingan Agama Islam diatas kepentingan politik dan keluarkan komen menyokong MAIS.

Ramai lagi ulama serta Ustaz PAS termasuk bebas UAI dan lain-lain tidak keluarkan komen terhadap SIS kerana dari sudut politik dan populariti, mereka akan rugi.

Saya berharap saya juga sebegitu, kepentingan umat Islam termasuk golongan liberal saya letakkan diatas kepentingan diri khususnya dilihat menyokong SIS.

Hakikatnya ramai umat Islam di Malaysia mengamalkan keliberalan dalam hidup walaupun sedar ia salah disisi hukum agama.

Antaranya, ramai kita bersekedudukan, berkawan dengan kawan bersekedudukan dan mempunyai jiran seperti itu, tapi kita tidak melaporkan pada pihak berkuasa dan tidak menasihat jauh sekali memulau kawan kita.

Di Bandar khususnya Kuala Lumpur usah diukur 35 waktu solat seminggu, ambil sahaja solat Jumaat satu waktu seminggu kita dapat lihat ramai kaum Adam diatas jalan, di dalam Mall, di meja Snooker dan kedai makan dan juga di pejabat tapi kita tidak bertindak menasihati mereka.

Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh ditulis tapi ia menjadi echo yang bosan didengar kerana sudah acap kali ditulis dan diungkit dan seperti biasa ia adalah fenomena taik ayam.

Liberal adalah gaya hidup utama yang amat moden, dipandang tinggi oleh kebanyakan masyarakat dan juga diamalkan secara meluas oleh ramai anak muda Melayu termasuk saya dari generasi 80-an keatas.

Jumlahnya hampir separuh dari jumlah umat islam di Malaysia.

Orang liberal ini mereka sebenarnya berada di antara atau diatas garisan halus yang memisahkan batil dan hak, betuil dan salah, halal dan haram.

Kadang-kadang, yang salah adalah betul, dan selalunya yang betul adalah salah dan sebaliknya.

Pada golongan liberal mereka menjunjung dan menghormati prinsip keterbukaan, keadilan dan
unsur utama globalisai iaitu hak termasuk hak bersuara, mengatakan pendapat, beragama, dan segala jenis hak.

Penilaian manusia liberal adalah mudah dengan menggunakan pendekatan logik dan bukan holistik.

Sebagai contoh, jika MAIS mengharamkan SIS dan mengecam tindakan semakan kehakiman oleh SIS dan di Amerika pula, pihak Gereja mengalu-alukan tindakan NGO Islam disana mencabar keputusan Kerajaan Kristian Amerika di Mahkamah maka golongan liberal akan berasa keadilan tiada di Malaysia.

Hakikatnya, masih ramai golongan liberal di Malaysia yang menjunjung prinsip Islam tetapi perlu diingat pengaruh akhbar seperti The Star, Nanyang, Utusan dan banyak lagi.

Akhbar pandai memainkan isu, memusing fakta dan juga kadang-kadang bermain dengan fikiran kita tanpa kita sedari.

Akhirnya yang rugi adalah Islam.

Saya ingin melihat kita tunjukkan pada dunia luar khususnya Barat sebagai agen utama liberal dan globalisasi bahawa Islam adalah agama yang adil serta suhul. Mencabarnya bermakna lebih bukti akan dikemukakan pada umum dimana akhirnya yang terang lagi bersuluh Islam adalah agama ulung tanpa ragu,


Lee Chong Wei Tidak Salah Dianiaya Peminat Kita Sendiri

Penantian satu penyeksaan. Nov 5 penentuan dan benarlah kata orang lama Sukan, its a rare event for sample A to differ from sample B. Dan, sudah disahkan Lee Chong Wei mengambil bahan terlarang bagi menghadapi kejohanan.

Apa jua penjelasan termasuk ia bukan dadah seperti penagih dadah dan dadah adalah ubat dan digunakan membuat ubat sebab itu kesalahan penagih adalah salah guna dadah bukan sebab mengambil dadah, dan sebagainya, imej serta reputasi beliau sebagai Lagenda Sukan Negara tetap jatuh teruk.

Atas apa jua alasan sama ada beliau tahu, atau tidak tahu ubat yang diambilnya mengandungi bahan terlarang, samada beliau secara sengaja atau tidak, Lee Chong Wei tetap bersalah di kaca mata peminat sukan tetapi peminat Malaysia memang tidak matang tetapi bijak menghukum.

Lee Chong Wei dalam apa jua cara dan keadaan tidak bersalah dalam isu pengambilan bahan terlarang ini. Samada sengaja atau tidak, tahu atau tidak beliau tidak bersalah dan tidak sewajarnya dipersalahkan termasuk dilayan seperti pesalah.

Ini kerana, dalam usia 32 tahun, keringat Chong Wei terus ditagih oleh rakyat Malaysia. Kalau sudah habis keringat, darah Chong Wei pula akan ditagih kerana jika tiada Chong Wei maka tiada pingat.

BAM(tidur anakku), MOM(tutup mulut), KBS(Menteri) dan apa sahaja Gabungan Sukan semuanya gagal melahirkan jaguh badminton pelapes Chong Wei dan natijahnya, jika Chong Wei terlantar di katil pun kita masih berharap padanya.

Chong Wei sudah menyerahkan segala-galanya demi maruah Negara dan kebanggaan Malaysia. Lebih dari itu, memahat mentaliti orang Malaysia Boleh melakukan pada jiwa anak Malaysia dan beliau mengorbankan hidupnya, keluarganya, serta masa dan haknya sebagai manusia, ayah, suami, anak, adik, kawan dan lain-lain semuanya demi Negara.

Justeru, jikalau peminat(hakikinya sudah pasti) mahu menghukum Chong Wei sebagaimana peminat JDT menghukum Mat Yo, peminat perlu menghukum diri sendiri kerana apa yang terjadi pada Chong Wei adalah salah peminat sendiri. Peminat tidak bertanya apa yang mereka sumbang kepada Negara sebaliknya mempersoalkan kenapa Chong Wei tidak mampu sumbang pada Negara.

Mesej khas saya kepada Chong Wei, anda selayaknya dihukum dan dilayan diatas segala jasa anda sebelum usia 30 tahun iaitu Lagenda Sukan Negara, Pada usia itu seingat saya pertama kali anda neyuarakan hasrat untuk bersara buat kali pertama sebelum beberapa kali menyatakan hasrat bersara teapi mengubah fikiran.Anda adalah Jaguh Utama Sukan dan bukan selain itu. Malangnya, anda akan rasa dilayan sebaliknya oleh peminat yang memang jaguh menghukum orang lain.

Harap tabah menghadapinya.



Friday, November 7, 2014

Surat Terbuka Pada Datuk Noh Omar, ROMBAK SISTEM UMNO

Salam Datuk

Saya ingin menyampaikan rasa simpati saya pada Datuk atas perkembangan terkini dimana Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan begitu juga PM keatas UMNO Selangor.

Apa yang dapat saya perhatikan sejak dahulu lagi zaman Dato Razali Ali dan Harun UMNO Selangor sering dikambinghitamkan oleh UMNO Pusat.

Almaklumlah, kita orang Selangor tidak pandai melawan Bos, Bos pula orang Utara pandai menekan kita, hun pun un apa lagi lah. Orang Selangor yang setia ini juga amat berjiwa besar dalam memastikan keutuhan agama dan bangsa, mungkin itu jasa Sultan Sulaiman terdahulu dalam mendidik rakyat Selangor mendahulukan kepentingan Islam berbanding kenegerian.

Kemudian, zaman Mohd Taib, zaman Khir Toyo juga begitu tidak lepas zaman Khalid Ibrahim. Semua MB Selangor samada dikekahkan atau dikorbankan oleh Parti sendiri atau terpaksa berundur atas semangat Islam diutamakan.

Dato,

Sebagai rakyat Selangor saya yang memuja Tun Dr Mahathir tetap berasa sedih apabila beliau menimbulkan isu kurangnya penjawat awam kelahiran Kedah menjawat jawatan tertinggi dalam Kerajaan beberapa kali semasa dan selepas beliau menjadi Perdana Menteri.

Semangat kenegeriaan mereka memang bagus, tetapi dalam masa yang sama ada tidak bagusnya dalam menyisih rakyat Selangor khususnya yang tidak punya semangat kenegeriaan melainkan agama Islam agenda utama.

Untuk makluman Dato, lebih separuh dari Rakyat Selangor, pengundi Selangor dan ahli UMNO Selangor lahir bukan di Selangor, malahan baru generasi pertama lahir di Selangor.

Untuk ini, mereka mempunyai kampung halaman dan tanah tumpah darah mereka tetap Negeri yang mereka dahulu dan utamakan.

Saya tidak menyisih mereka, dan mengikut resam rakyat Selangor kami ini berterima kasih pada mereka dan membiarkan mereka menjawat jawatan tinggi dalam Selangor termasuk Yang Dipertua Majlis PBT.

Tetapi saya ingin mencadangkan penyelesaian yang boleh UMNO Selangor lakukan dalam memastikan kepentingan rakyat Selangor terjaga dan utuh terlindung samada dari luar mahupun dari dalam sendiri.

UMNO Selangor perlu mengusulkan pada konvesyen dan diluluskan satu ketetapan bahawa semua jawatan dipertandingkan diperingkat Cawangan dan Bahagian UMNO perlulah rakyat asal Selangor yang lahir di Selangor.

Bagi jawatan AJK mungkin dibolehkan 50% bukan kelahiran Selangor.

Ini kerana, dalam masa kita susah, Ketua-ketua UMNO Selangor termasuk AJK yang tidak lahir di Selangor mengambil jalan mudah memihak kepada Ketua UMNO kelahiran Negeri mereka seperti Pekan Pahang, Kedah dan lain-lain.

Lagipun, ini adalah harapan Sultan Selangor yang mahukan Menteri Besar anak kelahiran Selangor. Bagaimana Menteri Besar rakyat Selangor tetapi Ketua Ranting dan Dahannya semua kelahiran bukan Selangor boleh mentadbir Selangor dengan berkesan dalam mendahulukan Rakyat Selangor?

Natijahnya, UMNO Selangor untuk kesekian kalinya dikambinghitamkan dan dibelasah terbuka.

Malu ada, tapi hakikat UMNO Selangor tidak berkesan dalam alam maya terpaksa kita akui dan bila Dato buat "post-mortem" jangan terperanjat antara sebab utama UMNO Selangor lemah adalah kerana 90% ketua dan pemimpin UMNO Selangor bukan anak kelahiran Selangor.

Justeru walaupun benar UMNO Selangor salah dan perlu berubah dan terpaksa menanggung malu ditegur, tapi bukanlah 100% salah UMNO Selangor sebaliknya UMNO Negeri lain pun terlibat sama kerana tanah subur ini, di semai dan di tuai oleh semua rakyat Malaysia tanpa ada kenegeriaan.

Sekian harapan saya.

Thursday, November 6, 2014

Melayu Bodoh Sahaja Pertahan Bahasa Melayu

Saya adalah pejuang bahasa. Jihad saya termasuk memilih pilihan Bahasa Melayu di semua mesin ATM, mesin bayaran lain, dan segala jenis mesin kerana saya mahu pemilik mesin tahu, peratusan memilih Bahasa Melayu amat tinggi walaupun I also can read, write and talk in English. Basically, I talk better because my sifu is Indian Woman, and my grammar sux.

Saya juga bertegak tegak dengan sesiapa sahaja yang memperkecilkan Bahasa Melayu sehingga ke taraf menjerit-jerit pada orang yang merendahkan Bahasa Melayu.

Tapi, itu dulu, kini tidak lagi, kerana saya tidak rela dibodohkan lagi.

Sebelum kalian memilih tidak bersetuju, saya ingin berkongsi satu fakta. Negara yang membenci Malaysia sebagai adik iaitu Indonesia, termaktub dalam Undang-undangnya, atau dalam Buku Legalnya, pada 17 August 1945, Indonesia sempena hari kemerdekaannya telah menetapkan dalam perlembagaannya, bahasa Melayu dipilih sebagai Bahasa Rasmi Indonesia.

Boleh dikatakan, Bahasa Indonesia sebelum dunia IT menjelam sebenarnya adalah Bahasa Melayu tulen.

Dan, sebagai bangsa yang lebih kukuh dan kuat, Indonesia telah terpaksa menerima istilah Bahasa Inggeris dan lain-lain kerana Bahasa Melayu kekurangan nahu, nahi, suku, frasa, kosa dan lain-lain.

Malangnya, Bahasa Melayu Malaysia enggan menerima hakikat ini dan terus mempertahankan Bahasa Melayu.

Saya juga ingin berkongsi fakta bahawa setiap tahun Kerajaan Indonesia menerbitkan lebih 20,000 dua puluh ribu naskah buku yang telah dialih bahasa. Usaha ini dijalankan secara giat oleh pencinta Bahasa Indonesia aka Bahasa Melayu.

Di Malaysia, setiap tahun hanya 3 sehingga 5 buah buku diterjemah kedalam Bahasa Melayu, itupun prosesnya memakan masa bertahun dan berpuluh mesyuarat oleh DBP termasuk di luar Negara.

Isu saya bukan isu politik, jauh sekali isu tidak puas hati dengan perjalanan kerajaan Melayu Malaysia, sebaliknya adalah isu kelangsungan Bahasa Melayu dan kelayakannya.

Kelangsungan Bahasa Melayu dan kelayakannya menjadi Bahasa Utama banyak bergantung kepada penguturnya sendiri.

Bahasa menunjukkan bangsa. Bahasa jiwa bangsa, soalnya bangsa apa?

Bangsa Melayu. Jika Bangsa Melayu, Melayu ada berapa bangsa?

Indonesia mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Kebangsaaan Indonesia dan semua penguturnya mengutur, bercakap, menulis dan menggunakan dalam Bahasa Melayu bukan dicampur slanga Bahasa Minang, Bahasa Jawa, Bahasa Batak, Bahasa Boyan, Bahasa Madura, Acheh, Irian dan apa jua bahasa waima Inggeris, Cina, India atau Bahasa Arab sendiri.

Indonesia hanya mengutur dan menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu Melayu.

Sekarang, wahai pejuang Bahasa Melayu di Malaysia, berapa banyak Bahasa Melayu yang digunakan dan ditutur oleh Malaysia. Bahasa Melayu Kedah, Bahasa Melayu Kelantan paling teruk, Bahasa Melayu Terengganu, Bahasa Melayu Daerah Pahang, Bahasa Melayu Nogori, Bahasa Melayu Jawa, Bahasa Melayu Sabah, Bahasa Melayu Sarawak, Bahasa Melayu Perak, Bahasa Melayu Cina, Bahasa Melayu India, Bahasa Melayu Inggeris dan Bahasa Melayu Arab.

Bagaimana boleh banyak Bahasa Melayu ini menyatukan bangsa Melayu sepertimana Indonesia menyatukan BANGSA INDONESIA?????????????????????

Saya tidak ada jawapan tetapi saya tahu kita bodoh mempertahankan Bahasa Melayu jika kita sendiri membenarkan secara langsung dan tidak langsung Bahasa Melayu Kelantan, Kedah, Perak, Sabah, Negeri dan Terengganu digunakan juga.

Malahan, di kaca TV mereka ini bebas menggunakan Bahasa Melayu Kedah, dan Kelantan, juga Negeri dan diterima kita dengan baik.

Maka kesimpulannya, tidak perlulah mempertahankan Bahasa Melayu kerana ia tidak mampu kemana pun kerana salah kita sendiri yang tidak mendukungnya dengan erat, salah kita tidak memeluk dekat pada hati kita dan salah kita tidak melekatkan di lidah dan telinga kita,

Sebagai Melayu saya dan anda walaupun bodoh ada yang sudah sedar ada yang tidak tapi kita berharap perubahan dapat dilakukan bukan sekara perubahan yang membodohkan orang ramai tapi perubahan dan penyelesaian yang bijak lagi bijaksana.

Wednesday, November 5, 2014

SIS ANOTHER VICTIM OF "AJARAN SESAT"

** This article havent check for Grammar and written by a beginner. Apologise for poor English""

Ajaran sesat auto referred to Tarekat.

Its began on 1960's where many Indonesian Tarekat look forward to built its base in Malaysia. The climax was Ajaran Ibrahim Libya Baling Kedah where Police receive order to ambush the human barrier and so called terrorist armed forces.

Almost 20 peoples die on that very sad day for Malaysia.

In 1980's Arqam has rises with more money, more follower and more power. Somehow rather, its Chief has reflect wrong lifestyle and attract Government attention on him.

Again, in 90's many Tarekat has been classified as sesat with numerous accusation which most of it does not true at all, some doesnt make sense and some just more to justify Jabatan Agama Islam sanction towards them.

I dare to say and having credibility to said such because I was involved in Tarekat where most of what they said about my Tarekat was not true.

However, we accept the sanction because we agree some of the followers was mis-interpret and misundertand about what they learn. Their wrongdoing is unacceptable in a name of protecting Allah and Muhammad SAW taught.

More over, its not easy for Goverment to monitor and control Tarekat activities and its fundamentals. Therefore sanction seems to be the right way at that time because Government repeatedly claim IS, terrorist, Taliban and all generate from Tarekat.

After 20 years, IS has rises in many countries in middle east with hundreds of Malaysian join the forces and the most interesting part, they are no tarekat followers!

Its hard to understand and digest why and how they are not coming from Tarekat?

Yet today, SIS was another "Tarekat" dismissed as sesat by Majlis Agama Islam Selangor.

For many reason, Sultan has approved this and as Malaysian we uphold the Sultan decision because we vow as Malaysian under Rukun Negara, Kesetiaan kepada Negara.

In fact we also vow to be loyal and obedient to Allah & Rasul, but its doesnt stop Muslim from freely question HIS hukum.  Therefore, I ask for Sultan permission to question his decision.

Why? Because I believe in Allah, Quran, and Rasul taught about justice.

Sister In Islam must be proven wrong and not just said them wrong and its must be following Islam way which is a chance for them to defend themselves.

Im not holy, we are not, but its holy if we admit our mistake and uphold justice in Islam.

After all, I believe as long as a person perform all 5 Rukun Islam, then they are not sesat.

As muslim, I also would like to know is SIS perform, encourage and practice all 5 Rukun Islam especially solat, and if proven they did, we have no right to call people sesat.


Monday, November 3, 2014

Tanah Rizab Melayu Bukti Melayu Bodoh

Hal ini semakin heboh dijuarai oleh parti politik dan NGO umpama guruh dah berbulan di langit tanpa hujan, air di tempayan di periksa untuk seribu kali oleh pemimpin.

Dari 50% Tanah Rizab Melayu kini tinggal 11%, penurunan ini bukan terjadi dalam satu malam, tidak satu bulan, mustahil dalam setahun, sebaliknya ia menurun secara beransur-ansur selama lebih 60 tahun.

Dalam 60 tahun ini apa yang telah pemimpin kita lakukan untuk pertahankan 50% Tanah Rizab Melayu ini dari menurun ke 11%?

Seperti biasa kita akan salahkan pemimpin, Taukey-taukey Cina, para pemilik dan pewaris Tanah Rizab Melayu, dan salah apa jua melainkan diri kita kerana orang Melayu bodoh dan suka dibodohkan oleh parti politik yang menjuarai isu ini.

Sebelum menyalahkan pemimpin, pembaca perlu memahami terlebih dahulu latar belakang Tanah Rizab Melayu!!!

Tanah Rizab Melayu adalah perkara 2 dari 7 Wasiat Raja Melayu yang diumumkan pada 5 Ogos 1957 untuk melindungi dan memajukan orang Melayu.

Sudah pasti Tanah Rizab Melayu ini semuanya adalah Tanah Pertanian yang terletak di Bandar dan kebanyakannya di kawasan luar bandar utama dan lebih pasti ia telah diwarisi selama lebih 5 Generasi samada secara jual atau terus dari Generasi Pertama.

Mungkin Raja yang meninggalkan wasiat ini terlupa bahawa Melayu adalah Islam dan mereka terikat dengan faktor pembahagiaan harta faraid atau mungkin Raja tersilap menilai Melayu pandai menguruskan dan memajukan hartanah mereka sedangkan mereka bodoh lalu dibiarkanlah Tanah Rizab Melayu berstatus pertanian hingga hari ini melainkan jika diminta atau dipohon oleh pemilik Generasi pertama hingga ke Generasi kedua.

Melayu bodoh dan hanya pentingkan diri. Apabila mereka kaya dengan hasil makan gaji dan diwariskan mereka Tanah Rizab Melayu bersama beradik, sepupu dan anak buah lain, mereka abaikan kerana mereka tidak berminat dengan harta itu.

Selepas Tanah Rizab Melayu mencapai status Generasi ketiga dan keempat keatas maka ia adalah mustahil untuk dibangunkan.

Bagaimana Bahagian Pusaka Kecil Faraid serta Peguam Syarie harus mengumpulkan persetujuan semua 3 generasi dari Atuk ke Cucu berjumlah antara 50 orang hingga beratus orang dimana ada yang sudah mati, ada yang telah berpindah dan sebagainya.

Itu kita ambil tanah bawah 5 ekar, jika Tanah berpuluh ekar dalam satu geran kita akan jumpa beratus nama, berpuluh nama dalam Geran sudah meninggal dengan meninggalkan pewaris faraid berjumlah ratusan nama.

Untuk membangunkan atau menukar status tanah, PBT memerlukan setiap seorang dari ratusan orang in tandatangan dimana ia adalah mustahil.

Maka jalan paling mudah ialah dengan mencari pemaju atau broker Cina yang mempunyai kuasa wang dimana kuasa wang boleh menukar status Tanah Rizab Melayu ini, atau sekurangnya boleh memajukannya.

Apa salahnya pemilik Tanah Rizab Melayu mencari Cina untuk memajukan Tanah ini dari terbiar?

Tidak ada salah langsung dan yang salah adalah Melayu sendiri yang malas(pewaris Generasi awal yang kaya tapi tidak uruskan), yang bodoh(sikap penting diri dan enggan melihat dan menyokong pewaris bersama menguruskan Tanah ini) dan yang sombong(sikap Melayu Pegawai Kerajaan) yang enggan melonggarkan syarat kelulusan pembangunan Tanah dengan menetapkan syarat semua ratusan pemilik perlu tandatangan melainkan jika ada habuan.

Maka kesimpulannya, yang salah adalah orang Melayu itu sendiri bukan pemilik sahaja tetapi semua termasuk kita, dan lebih malan golongan yang suka dibodohkan apabila isu ini timbul tanpa mengkaji terlebih dahulu.

Ada yang suruh pakai duit ZAKAT tebus balik Tanah Rizab Melayu yang kehilangan itu adalah lebih baik duit ZAKAT itu digunakan untuk memajukan Tanah Rizab Melayu yang terbiar sebanyak 11% itu.

Saya tidak perlu tahu perangkaan pejabat Tanah tapi saya pasti 11% Tanah Rizab Melayu yang masih tinggal itu adalah TANAH TERBIAR selama berpuluh tahun kerana tidak dapat dimajukan oleh masalah faraid.

Jadi orang Melayu jangan jadi bodoh, berkokok bertingkat-tingkat, tahi bergelumang bertingkek-tingkek.

Buang sikap bodoh sombong, bodoh penting diri, bodoh hasad dengki, bodoh hati busuk, bodoh bodohkan orang, bodoh fakta, dan sepertimana yang masih belum telat kita lakukan, ayo Melayu, ayo Melayu, ayo Melayu, kita bersatu, kita maju, kita jangan dibodohkan lagi.

Majukan 11% Tanah Rizab Melayu itu dahulu baru berbicara mahu memperluaskan kuasa Tanah Rizab Melayu ke 50% kembali. Jika tidak, kita macam tengok filem Ultraman sahaja, hero mesti menang, tapi dalam dunia khayalan sahaja.


Saturday, November 1, 2014

Melayu Bodoh Berjudi Dibodohkan Pula Polis Dan Kerajaan

Judi ini bukan perkara baru.

Selama bila saya tidak pasti, tapi saya pasti saya pernah bodoh terjebak dalam mesin kuda. Sejak 1998 hingga hari ini selepas 20 tahun, saya masih dengar ayat yang sama, banteras habis-habisan, kita gempur, sasar semua pusat judi tutup dan banyak lagi.

Kenapa polis membodohkan kita? Sebabnya mudah bagaimana Kerajaan mahu polis selesaikan kes judi sedangkan kerajaan tidak mahu sensor internet?

Umpama kerajaan bekalkan beras pada kita, tapi suruh polis rampas semua beras dan larang rakyat makan beras. Bunyi pelik, tapi bila Melayu mudah dibodohkan tidak sepelik mana pun.

Judi adalah salah satu pengaruh orang Cina yang Melayu dapat. Tapi bukan salah Cina sedangkan Melayu memang suka berjudi.

Ada Pak Cik Indonesia beritahu saya sepanjang di Malaysia selama 30 tahun dia sudah beli RM 1 juta judi ekor dan hanya menang sekitar RM 200 ribu sahaja. Bodohkan.

Judi Melayu paling popular adalah lucky ball, judi ekor, dan judi ekor haram. Pergi sahaja di Grand Season ada lebih 50 meja snooker pada masa solat Jumaat penuh dengan orang Melayu dan asap rokok. Saya tidak pasti ada lagi tidak, tapi semua pusat snooker pasti ada.

Tapi judi itu tidak apa kerana judi mesin ini mengayakan Cina dan mengundang masalah social. Mana ada judi yang tidak undang masalah social tapi masih belum atau sudah mencapai tahap itu sahaja menjadi ukuran.

Anda boleh ke pusat judi pada malam raya, pada pagi raya, pada bulan puasa siapa paling ramai melekat di mesin? Orang Melayu termasuk polis sendiri!!

Paling Melayu dibodohkan sekali adalah isu ini akan suam dan sejuk, kemudian ia kembali lagi bukan rahsia lagi, saya sudah hidup berpuluh tahun menyaksikan judi dan pati menjuarai carta Kerajaan gempur taik ayam,.

Sebenarnya jika Kerajaan benar-benar tidak membodohkan rakyat tahan sahaja judi Magnum Toto dan Genting yang berlesen serta sekat internet kerana zaman sekarang judi online.

Tapi bukan salah Kerajaan, kerana yang lebih salah adalah rakyat kerana ada demand. Demand dari Cina kita fahamlah kerana mana ada dosa berjudi, tapi orang Melayu sendiri suka berjudi, biar anak berjudi, kawan dengan pejudi, berbaik dengan orang judi, bagi bisnes, kontrak, tender pada kaki judi dan banyak lagi orang Melayu pula salahkan Kerajaan.

Terbuktilah Melayu bodoh diperbodohkan lagi oleh judi.

PDRM bagi seminggu kemudian sekarang 3 bulan. Saya bagi setahun sahaja kemudian puisat judi pesat kembali dan saya bagi 24 jam sahaja main banyak talian judi luar Negara untung berbilion dari Malaysia,

Friday, October 24, 2014

Anjing Pecahkan Umat Islam Malaysia Pada 73 Jalan

Abang saya pernah melawak dengan saya, katanya, jika orang Melayu berperang, bukan Islam hanya perlu hantar babi dan anjing masuk ke kawasan pertahanan orang Melayu, kemudian guna air mandi babi dan anjing atau darah dan anggota badan mereka dan taburkan dari Helikopter seperti hujan maka berdondong-dondonglah semua askar Melayu keluar dari kubu masing-masing kerana takut terkena anjing dan babi.

Kempen "I want to touch a dog" mempunyai satu tujuan yang mana saya sendiri setuju ia punya satu tujuan yang amat suci dimana Islam sendiri tidak melarang menyentuh anjing dalam keadaan kering dan kering, basah dan basah selain sifat kasih sayang Nabi sendiri pada binatang ini.

Malangnya, orang Melayu termasuk ibu bapa kita terlalu memomokkan kita dengan anjing hingga ramai antara kita takut dengan anjing. Kini, kita buat kesilapan yang sama dengan memomokkan pada anak kita dan mereka juga takut pada Anjing. Sedangkan iman yang benar hanya takut pada Allah sahaja bukan pada Anjing malangnya ramai sahabat saya takut dengan anjing seperti takut  dengan hantu. Dan jika dikaji, takutnya bukan kerana anjing itu garang, tapi kerana momokkan anjing itu jijik.

Satu tujuan dari program "I want to touch a dog" ini memang diperlukan oleh orang Islam khususnya Melayu dalam melayani anjing sebagai satu ciptaan Allah yang tidak berdosa. Malahan mengikut program TV terkemuka Anjing, pakar Anjing Caesar berkata Anjing menyalak kerana berasa takut pada manusia dan mengganggap ia sebagai ancaman, secara total ia berlainan dari apa yang difikirkan ramai kita.

Namun, tujuan murni merobohkan tembok pemikiran jumud orang Melayu ini perlu dilakukan secara tertutup dan bukan terbuka. Banyak bezanya jika orang Islam melancarkan program "I enjoy eat cow" secara tertutup dan terbuka pada hari Deepavali dan Thaipusam. Atau "Saya Mahu Duduk Atas Berhala" dengan tujuan membuktikan Tuhan Itu Satu.

Hakikatnya, program ini perlu tetapi secara tertutup bukan secara terbuka. Tertutup boleh melibatkan kedai haiwan, pusat perlindungan haiwan dan sebagainya, tetapi penganjur tetap mahu mengadakan secara terbuka. Kenapa?

Kerana ada seribu niat dalam menganjurkan program ini secara terbuka.

Niat meliberalkan orang Islam, niat mengugat iman orang Islam, akidah, tauhid, dan pelbagai lagi, niat merobohkan perasaan sangka orang Islam kepada pembela utama Anjing yakni bukan Islam dan banyak lagi, dan semua niat ini semuanya boleh dan sudah diperhujahkan samada menyokong anjing atau membantahnya, dan samada niat menyokong demi populariti diri ataupun demi kepentingan umat Islam sejagat untuk jangka panjang? Perlu direkodkan juga adalah masalah anjing di Iran dimana pemilikan anjing disana sangat tinggi sehingga menimbulkan masalah lain pula.

Dalam seribu niat ini terlahir satu niat yang ketara iaitu niat memecahbelahkan orang islam pada 73 jalan yang berbeza dan 73 pendapat yang berbeza,  Ustaz Maggie kata boleh, Ustaz AF kata tidak boleh, Ustaz FB kata A, Ustaz Radio kata B, Ustaz Twitter kata C, Ustaz Seberang kata D, sampai ke Z sambung pula Ustaz politik, Mufti pencen, Ulama ceramah sejam beribu dan pelbagai lagi.

Benarlah mesej berantai yang saya dapat pagi ini yang berbunyi Mengapakah di Malaysia Agama Kristian berkembang dan Islam Tidak?

Kerana orang Islam menjual dan memperdagangkan agamanya, Air jampi dijual, jus Tok Guru yang telah dijampi, minyak, air minum 30 juzuk djual dengan harga mahal sebaliknya agama Kristian tidak jual tetapi produknya diberi percuma.

Ustaz-ustaz mengajar agama demand dan meminta bayaran tinggi di kalangan sesama Islam, sebaliknya mubaligh Kristian berdakwah secara percuma sehingga jauh kependalaman malahan menanggung sendiri makan minum mereka.

Jabatan Agama Islam sibuk tangkap orang masuk Gereja bukan ajak, perkukuh atau pelbagaikan fungsi Masjid menarik mereka, sebaliknya, Paderi yang pelbagaikan dan mesrakan gereja akhirnya seperti permainan seorang dikejar ditangkap, seorang lagi mengejar yang lain pula.

Gereja juga dibuka setiap masa, Masjid ditutup separuh masa. Gereja ada wang tabung yang boleh diambil semudah menulis nama, Masjid ada tabung dimangga besi kalau curi dipukul mati atatu dipenjarakan 2 tahun.

Imam solat kerana waktu kerjanya dan dibayar Gaji serta elaun hingga berebut-rebut jawatan malah ada yang dari bangku sekolah atau sedang bekerja bercita-cita mahu menjadi imam bila pencen, sebaliknya Paderi secara sukarela.

Air Zam-zam dijual dengan mahal dan lebih dari kos pengangkutan yang logik, air Holy Water diberi percuma,

Ustaz-ustaz sibuk menjual tanah suci dengan progam Umrah bersama dan mahal serta bermotif keuntungan melampau, sebaliknya Paderi sibuk menaja dan mencari penaja membantu orang susah membaiki rumah dan bantuan barang dapur serta sekolah,

Ustaz-ustaz sibuk menjadi Tok Bomoh mengubat demam batuk, Paderi sibuk mencari penaja membina Hospital dan khidmat Doktor percuma.

Dan kucar kacir yang terkini, dengan izin saya menambah, orang Islam sibuk berbalah pasal Anjing, orang bukan Islam terus membantu anjing terbiar dan kelaparan sebagai tanda kasih sayang.

Hakikatnya, kasih sayang itu adalah milik Tuhan Yang Satu, Kita sepatutnya sedarkan mereka Tuhan Yang Satu itu adalah Allah , tapi kita jauhkan mereka melalui perbalahan isu kecil, persengketaan politik, kekangan berdakwah, melacurkan ayat Al-Quran, menyombongkan Masjid 5 waktu siang sahaja, menjual dan mencari kekayaan dengan menjual agama sendiri dan apa pula yang mereka lakukan untuk menyampaikan mesej sebaliknya kepada kita?

Orang ramai juga kalau mampu hentikanlah dari sindrom mahu bercakap kerana kalau semua nak bercakap, maka tidak perlu ada Majlis Fatwa, kalau Majlis Fatwa tidak mahu bercakap atau lambat bercakap, tidak perlu ada Majlis Fatwa, Majlis Facebook jadi rujukan menyesatkan. Balik sini balik sana, bila terbalik semua sama sahaja,

Seribu niat program ini tapi hanya satu niat utama iaitu niat mengucar-gacirkan orang Islam dan mendedahkan kelemahan kita pada pihak bukan Islam.

Mungkin benar kata "ibu mertuaku", jika seorang bukan Islam berminat pada Agama Islam melihat kepada orang Islam terlebih dahulu dia pasti takut mahu masuk Islam, Allah Maha Besar, semua mereka yang memeluk Islam melihat pada keindahan Islam terlebih dahulu sebelum terlihat perangai orang Islam yang sering menyalahkan orang lain demi kepentingan masing-masing.

Dan lucunya, anjing kini dipersalahkan padahal yang anjur program orang lain, yang terlibat orang lain, yang bantah orang lain, dan semua orang tapi yang salah binatang.

Kesimpulan dan harapan dari isu dan kes Anjing ini, bersatulah orang Islam dan jika kurang pasti elakkan dari komen dan berkongsi ilmu walaupun copy paste dari Ustaz kerana kita sedang diperhatikan, diteliti, di nilai, dikaji dan bakal dibunuh iman dari dada kita lebih menakutkan, tanpa kita sedari.

Tuesday, September 30, 2014

Shila Hamzah, Marina Mahathir Berkata Benar Walaupun Pahit, Walau Nabi Kata Pahit Itu Ubat Tapi Suratkhabar Melayu Bertegas Mahu Hancurkan Diri Mereka Sendiri

Saya tidak berkata dari sudut hiburan sahaja tetapi dari semua sudut kehidupan, kemasyarakatan, politik, sosio ekonomi, peluang pekerjaan dan segalanya dimana akhbar Melayu hanya kekal sebagai agen meracuni imbangan berita dan pemikiran orang ramai khususnya Melayu.

Akhbar mempunyai roh, itu adalah perkara asas yang perlu difahami semua sebelum dapat memahami kenapa saya kata akhbar Melayu yang menghancurkan dirinya sendiri, bukan kerana pembaca, bukan kerana saingan internet dan bukan juga kerana dibunuh akhbar Bahasa lain.

Orang Melayu sedar akan kepentingan mengekalkan akhbar Melayu dalam arus perdana sebagai “insurans” sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini sebagai contoh darurat perang nyata dan internet disekat atau alami kerosakan. Malahan, akhbar Melayu sebenarnya adalah agen halus dalam menyatukan pemikiran orang Melayu.

Setiap akhbar mempunyai agendanya, dan sedar atau tidak, secara halus ada akhbar popular Inggeris yang beragenda menyebarkan agama Kristian dan kaum tertentu. Sudah tentu sebagai orang Islam kita berharap akhbar Melayu beragenda memperjuangkan agama Islam dan orang Melayu.
Malangnya, ini tidak terjadi.

Akhbar Melayu kini tiada roh. Berita yang disampaikan berat sebelah, memilih agenda sempit, agen provokasi, menggugut serta menggunakan taktik menakutkan pembaca dan juga sering melaporkan berita remeh dalam perjuangan Melayu hakiki.

Sebagai contoh apa yang terjadi dalam dunia hiburan Shila Hamzah, akhbar Melayu terlalu mengikut emosi dan terus menghukum penyanyi Melayu yang baru meningkat naik. Untuk menjadi artis professional, seorang artis perlu mempunyai bakat dan itu sudah memadai di Negara maju. 

Malangnya di Malaysia, bakat tidak penting, tetapi yang penting adalah rupa atau hubungan baik dengan wartawan walau kabel politik, korporat dan duit pun jadilah.

Jika Malaysia tidak mahu saya sarankan adalah lebih baik dilepaskan Shila Hamzah kepada Singapura kerana Negara tersebut lebih tahu menghargai bakat serta mempunyai semangat perjuangan yang tinggi menaikkan imej penyanyi Negara sendiri.

Wartawan Malaysia juga sebenarnya juga mudah terikut dengan selera sendiri justeru terlalu cepat menaikkan artis dari Indonesia dan Singapura seperti tiada anak Malaysia yang sebanding dengan artis seberang. Walhasil, lihat bagaimana wartawan dan media akhbar melindungi artis mereka dan tidak beri tempat pada artis kita.

Dalam isu kemasyarakatan, dan sosio ekonomi, sejak 10 tahun kebelakangan ini tiada apa yang menarik diperjuangkan akhbar Melayu selain perkara remeh seperti jiran sebelah ganggu dan bising, saya tidak suka motor di atas Jalan raya, orang Cina kaya dan perlu sokong perniagaan Melayu, provokasi menyeru Melayu jihad ekonomi, dan banyak lagi isu terlalu remeh.

Pemilihan dan penapisan berita selektif juga menambak kejengkelan dan kebrorokan akhbar Melayu sehingga dijauhi oleh segenap golongan professional Melayu.

Saya tidak katakan isu kecil perlu diabaikan tetapi apa yang saya kata adalah relevannya akhbar dalam mendidik masyarakat yang semakin terbuka kepada dunia luar tanpa sempadan.

Malahan terlalu banyak isu besar tentang orang Melayu seperti bagaimana mahu membangunkan Tanah Rizab Melayu dari terbiar, perlunya subjek Melayu, perlunya Sekolah Melayu seperti SJKC/I, perlu menanam sifat kebanggaan rasis Melayu, perlu banyakkan persatuan, program keutuhan sesama kaum Melayu, bagaimana Bahasa Melayu perlu diperbaiki untuk menyatukan Melayu lohgat Negeri, rangkaian kaum Melayu, pentingnya memerangi PHD Melayu, dan banyak lagi yang tidak diperjuangkan parti politik Melayu dan NGO Melayu yang terlalu sibuk berpolitik.

Akhbar boleh memuatkan berita setiap hari mengenai kuasa ekonomi orang Cina, sampah, jiran ganggu, mat rempit, dadah, rokok tetapi akhbar tidak akan ada bersama kita setiap masa kita menghadapi perkara yang dibangkitkan secara realiti.

Tidak seperti akhbar English, penyusunannya sahaja sudah jauh mengalahkan akhbar Melayu, grafnya, air ceritanya, kawalan emosi, center news dan highlightnya semuanya membawa pembaca kearah satu agenda penting yakni globalisasi dan hak kemanusiaannya.

Akhbar Melayu pula bercampur seperti rojak sekejap suruh terbuka, kemudian suruh beradab, semalam suruh perkauman, hari ini suruh utamakan kebangsaan, esok utamakan agama, minggu depan utamakan kaum, kemudian setahun kemudian takutkan pembaca hanya satu parti boleh perjuangkan bangsa A, agama B, 5 tahun sekali pula cerita mengungkit-ungkit kisah silam, ada pula suruh taat pada Raja kemudian esoknya akhbar ini yang menghentam Raja secara halus, lusa suruh taat semula dan pelbagai lagi kalau digredkan boleh meracau otak menghadamnya.

Pasca millennium, akhbar Melayu seharusnya sedar orang Melayu tidak lagi bodoh dan enggan dibodohkan, Mereka tidak bergantung kepada cerita akhbar Melayu sahaja seperti 90-an. Hentilah membodohkan orang Melayu, merendahkan intelektual orang Melayu, menakut-nakutkan orang Melayu, menghasut secara halus A betul B salah dia salah saya betul dan pelbagai cambahan minda sasau yang hanya membuatkan orang Melayu berasa jelik dan lebih selesa membaca akhbar media bebas FB atau akhbar Inggeris sebagai pilihan utama.

Berpijaklah pada realiti dan akui kelemahan barulah kelemahan tersebut boleh dikenal pasti dan kemudian barulah boleh diperbaiki. Bukan baru tegur sahaja dah melenting dan beremosi malah boleh jelas ternampak dari penulisan sakit hati itu.

Realitinya, semakin hari semakin ramai orang Melayu yang membeli akhbar Melayu sudah tidak lagi membelinya selain membaca secara percuma di Internet. Dan jika tiada di Internet pun kami tidak peduli kerana masih ada akhbar Inggeris yang jauh lebih bermutu. Mungkin yang masih membaca adalah orang kampung kerana mereka mahu tahu ada tidak kisah kampung mereka dipaparkan.

Akhbar Melayu perlu diingatkan bagaimana hebat dan halusnya akhbar Cina dalam membentuk Tsunami Cina pada PRU 13 sehingga BN kalah undi popular pertama kali dalam sejarah Malaysia malahan tiada siapa pun menjangka kekalahan ini, Bagaimana 10 juta orang Cina boleh berpakat mengundi PR tanpa dihidu oleh seorang pun Melayu melainkan agenda halus melalui pantun, syair, berita, penulisan, graf, pola, tapisan berita, artikel dan lain-lain dalam akhbar Cina.

Jika dilihat pola berita mereka, langsung tiada ayat yang mengatakan undilah Parti A dan jangan undi Parti B tapi bila sampai masa PilihanRaya mereka seolah diresapi akhbar mereka dan bersatu hati menggerakkan ombak tsunami yang besar membadai Malaysia yang mana ia seolah sudah diketahui oleh DAP, MCA dan orang Cina.

Saya bukan menghentam akhbar Melayu kerana sakit hati dengan mereka, tapi hakikatnya, apa yang terjadi pada Shila Hamzah hanya membuktikan akhbar Melayu bertanggungjawab keatas kehancurannya sendiri. Tidak percaya, cubalah bandingkan bilangan jualan akhbar Melayu yang dihimpunkan belum tentu dapat menyamai jualan satu akhbar bukan Melayu.

Malahan saya dapati akhbar Melayu begitu sensitif kepada teguran dan komen sebagai contoh bilamana Datin Paduk Marina Mahathir menegur Utusan Malaysia, melatahlah Utusan bersama latah bayang-bayangnya seolah maksum tiada apa yang boleh ditegur.

Saya tidak menyebelahi Marina Mahathir, tetapi ia bukan lagi rahsia di FB, Twitter dan dimana-mana bahawa makin ramai orang Melayu khususnya golongan muda membenci dan menjauhi akhbar Melayu melainkan kerana ia percuma sahaja.

Sayugia diingatkan, kelangsungan akhbar Melayu adalah penting dalam menonggak kesucian agama Islam dan survival kaum Melayu, namun malangnya kali ini bukan orang Melayu yang menghancurkan akhbar Melayu, tetapi akhbar Melayu yang merosakkan dan menjahanamkan akhbar Melayu sendiri.

Mungkin benar kata Tun Dr M, orang Melayu terlalu bersifat kow tow dan enggan menegur pemimpin, begitulah yang terjadi pada akhbar Melayu.

Sudah-sudahlah beremosi dan berjiwa kecil wahai akhbar Melayu. Ayuh bangkit membesar jiwa, menongkah dan memacu kaum Melayu kepuncak global.

PS: Untuk rekod saya adalah produk akhbar Melayu tetapi kini saya sendiri perlu akui akhbar Melayu hilang arah dan agendanya bukan lagi Melayu, tapi mempergunakan Melayu bagi mengukuh si polan si luncai dan si labu.

HAPUSKAN TANAH RIZAB MELAYU DI ZON KRITIKAL


Hapuskan sahaja terus Tanah Rizab Melayu di zon atau kawasan kritikal atau naikkan status Tanah Pertaniannya kepada Perumahan atau industrial secara percuma dan automatik.

Saya anak Melayu yang memegang beberapa Tanah Rizab Melayu di Kuala Lumpur dan Selangor menyarankan supaya semua Tanah Rizab Melayu zon kritikal dihapuskan serta merta kerana tidak relevan, mengakibatkan Tanah terbiar apatah lagi undang-undang Negeri sedia ada menghalang pembangunannya.

Secara ringkas, Tanah Rizab Melayu yang terkandung dalam wasiat raja terakhir direbut dan dimiliki oleh orang Melayu sejak 60 tahun dahulu semuanya berstatus Tanah Pertanian. 1 ekar Tanah Rizab Melayu yang dimiliki seorang penama pada 60 tahun dahulu kini dimiliki oleh antara purata 50 pemilik pada hari ini atau  kurang 800 kaki persegi seorang.

Soalannya apa yang boleh dibuat dengan keluasan tanah 800 kaki persegi seorang selepas Undang-undang Negeri pula memaksa pengambilan longkang dan jalan maka yang tinggal hanya kurang 500 kaki.

Dengan masalah faraid yang membelenggu Tanah Rizab Melayu sehingga mengakibatkan RM 40 billion hartanah Islam beku.

Beberapa usaha oleh pemilik Tanah Rizab Melayu seperti saya juga menemui jalan buntu apabila PBT tanpa ragu menolak permohonan membina rumah dan kedai kerana perlu menukar status pertanian kepada status perumahan terlebih dahulu. Di peringkat awal permohonan menukar status di Pejabat Tanah, anda akan dijadikan bola disepak kesana, dilambung kesini kemudian berpusing-pusing akhirnya kembali ketempat mula-mula anda datang yakni Bahagian Pusaka Kecil.

Ada juga PBT yang berakal tidak menghalang pembinaan rumah atau kedai di Tanah Pertanian namun ia membiarkan pemilik melanggar undang-undang dimana bila perlu PBT akan mengambil tindakan roboh disebalik nama undang-undang salah guna status tanah.

Saya mengalami kerugian yang teruk, dan trauma kekal akibat cuba membangunkan Tanah Rizab Melayu saya dimana usaha saya bermula pada 2004 cuba menukar status tanah pertanian dengan menjejaki, berbincang dan bergerak dengan 50 pemilik dalam Keluarga berlainan. Selepas 4 tahun dibolakan Pejabat Tanah akhirnya saya kembali ke tempat mula-mula saya datang iaitu ARB atau Bahagian Pusaka Kecil. Bila ke PBT, semua permohonan bangunan perlu mendapat tandantangan semua 50 pemilik Tanah  samada hidup atau mati, yang mati perlu surat dari Pejabat Tanah, Bahagian Pusaka Kecil lagi.

Kini nasib Tanah Rizab Melayu bergantung sepenuhnya pada keikhlasan NGO seperti PERKASA, PPIM, DPMM dan parti politik seperti UMNO, PKR dan PAS serta NGO lain termasuk Ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Agung melalui Majlis Raja-Raja menukar status tanah pertanian Tanah Rizab Melayu secara automatic dan percuma kepada Perumahan atau Industri kerana itulah satu-satunya cara untuk membangunkan Tanah Rizab Melayu. Jika Perdana Menteri boleh menjanjikan naik taraf status tanah pertanian kepada komersil secara percuma kepada masyarakat Cina di Sg Buloh sebelum PRU 13, ia juga boleh dilakukan untuk kemashalatan orang Melayu Islam.

Jika usaha tersebut menemui titik noktah jua, saya menasihatkan semua pemilik Tanah Rizab Melayu jangan sesekali cuba usahakan Tanah anda dan paling mudah jual sahaja kepada Melayu AliBaba Cina atau kepada Orang Kaya Melayu yang semakin kaya. Paling penting untuk tahu, tiada guna anda memiliki Tanah Rizab Melayu selain untuk digunakan sebagai modal raih undi anda 5 tahun sekali.


Kesimpulannya, Tanah Rizab Melayu perlu dihapuskan demi pembangunan Negara atau diubah statusnya supaya pembangunan dapat dilakukan oleh pemiliknya tidak seperti sekarang adalah mustahil untuk membangunkan Tanah Rizab Melayu tanpa menghadapi gangguan dan kacauan dari PBT.

Friday, September 26, 2014

ANWAR Terbukti Memang Pemimpin Anugerah Tuhan

Pemimpin anugerah Tuhan adalah ungkapan paling popular yang dikalungkan kepada Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim. Sebagai pemerhati politik tidak rasmi sejak kecil saya mengikuti perkembangan hero saya ini sehingga 1998 ini. Selepas 1998, saya memilih untuk memihak hero utama saya justeru hero kedua terpaksa saya abaikan.

Anwar saya kenali secara peribadi kerana beliau sering mengunjungi Arwah Abah saya Abdul Rahman Mohd Nurut di Semenyih, Kajang dan kemudian di Kg Baru, KL. Sehinggakan beberapa bulan Anwar dipecat dari UMNO polis sudah memulakan langkah awal menyoal siasat pengikut beliau sehingga ada yang masih mantong hingga hari ini, Arwah Bapa saya dipanggil Anwar pada 1998 tetapi Allah lebih kehendak dalam episod suka dan duka Anwar dan Abah pergi selamanya sebelum sempat berjumpa Anwar.

Dari 1998 hingga hari ini saya masih mengikuti kisah Anwar tetapi sebagai penentang bukan lagi sebagai penyokong.

Sekali lagi, Allah menunjukkan kuasaNYA dan Tun Dr Mahathir meletak jawatan diganti Pak Lah sebagai PM. Dalam kucar kacir kelemahan pentadbiran Kerajaan dan politik UMNO hingga hari ini, Anwar berjaya mencuri tumpuan ramai dimana ramai yakin he is the better one to replace Tun M.

Strategi Anwar dalam politik bukan alang bukan biasa juga bukan selalu boleh dilihat dimana-mana. Bagaimana setiap isu peribadi yang begitu menekan boleh dialih arah sehingga dilupai rakyat 

Malaysia sebaliknya beliau diterima secara popular sebagai calon Perdana Menteri Malaysia PRU 13.
Kalaulah orang biasa yang dituduh meliwat, video dirakam bogel berkuda, jam Omega terus hilang pasti sudah lama disebat, dipenjara atau sudah lama ditalkinkan.

Untuk ini, kita semua perlu akui kehebatan Dato Seri Anwar Ibrahim berstrategi, karismanya, ketokohannya dan kepimpinanya serta kebijaksanaannya.

Dan terbaru, saya sendiri terpaksa mengakui kehebatan Anwar dalam mengorak Langkah Kajang yang mengingatkan saya tentang Langkah Maut Chess dimana Queen sengaja masuk ke zon bahaya lawan untuk dikorbankan sebagai diversion pihak kawan dan lawan dengan tujuan sebenar adalah kemenangan mencapai tujuan utama.

Anwar adalah pemenang dalam kemelut poilitk Selangor. Langkahnya begitu tersusun, strategik, sistematik sehingga semua orang terlupa, terkeliru dan tertipu malah ada yang mentertawakan beliau bahawa Langkah Kajangnya sumbang.

Pada saya, dari awal Anwar sudah mengatur catur-caturnya dan Langkah Kajang bukanlah langkah utama sebaliknya adalah langkah untuk “misdirection” sebelum magis utama mengambil tempat.

Anwar sememangnya pemimpin Anugerah Tuhan dan tiada siapa boleh nafikan perkara ini sebagaimana Tun Mahathir adalah pemimpin Rahmat Tuhan.

Saya mahu melihat Anwar menjadi PM walaupun saya sendiri berani bertaruh beliau tidak akan jadi PM kerana beliau pernah melanggar sumpahnya dengan Arwah Bapa saya.

Namun, sebagai rakyat yang cintakan Negara, saya berdoa agar Anwar Ibrahim menjadi orang yang Allah gemari dan menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana asal Anwar mahu beliau mampu mempersada Malaysia ke satu peringkat tinggi yang tidak pernah difikirkan seperti yang dilakukan bekas bapa, dewa, mentor dan abang Anwar, Tun Dr Mahathir. 

Marilah kita sama-sama berdoa pemimpin Anugerah Tuhan ini akan berjuang untuk orang lain disisa kehidupannya kelak. Amin.


Thursday, September 25, 2014

Rahman Palace: Jiran Yang Tidak Baik atau Jiran Yahudi = Melayu Kaki Fitnah

Kebelakangan ini saya sering dituduh sebagai jiran yang tidak baik, walaupun tuduhan itu banyak ditujuan dan dihalakan kepada Rahman Palace, secara tidak langsung ia mencemar nama baik saya sendiri.

Rahman Palace adalah wakil pemilik 3 ekar tanah yang berjiran dengan 26 banglo Taman Anjung Melati. Bermakna saya seorang berjiran dengan 26 orang dan perlu menghormati kesemua 26 mereka untuk mendapat status jiran baik.  Cukup seorang jiran yang saya tidak berbaik tetapi ceritanya digoreng diletak cili ditambah perasa apalah disbanding yang 25 lagi.

Konsep saya sebenarnya mudah kerana saya sering cuba untuk mengikut ajaran Quran, dimana bila dating satu berita kepada kamu selidiki dahulu, paling tidak bertanyalah pada pihak lagi satu yang terlibat, beri dia peluang untuk membersihkan namanya.

Rahman Palace sombong dan tidak menghormati jiran itulah fitnah yang dijaja kepada MB Selangor, Tan Sri Khalid, SUK Selangor Datuk Khusrin Munawi, SETPOL Faekah Hussein, para wartawan Sinar Harian, Utusan Malaysia, MPS malah kepada sesiapa sahaja yang mereka jumpa.
Saya tidak rela membuka aib orang atau menuduh tanpa bukti kerana jika saya melakukannya apa beza saya dengan mereka. Lagipun saya masih takut dengan neraka dan soal Allah kelak. Saya juga bukan menulis artikel ini untuk menjawab tuduhan atau menuduh, kerana Rahman Palace sudah pun dirobohkan gara-gara fitnah melampau.

Beginilah, pembaca yang budiman akali dan hakimilah saya;

Apatah saya jiran yang tidak baik sekiranya;
  • 1.      Saya memenuhi setiap 5 undangan pemilik Banglo berlainan tahun atas semangat kejiranan walaupun saya tahu tiada gunanya kerana pada masa itu mereka tidak mewakili suara semua pemilik jadi apalah guna berjumpa jika tiada keputusan boleh dibuat
  • 2.      Saya membantu mereka dari segala sudut yang mereka minta dan saya sendiri secara peribadi memberi mereka alamat semua pemilik tanah yakni saudara kami bagi memudahkan urusan mereka.
  • 3.      Saya sendiri menawarkan diri menjadi orang tengah jika mereka berminat untuk membeli tanah milik saudara saya agar masalah mereka diselesaikan

Apakah saya jiran yang jahat sekiranya;
  • 1.      Saya tidak menegur sapa dengan mereka yang menceroboh 10,000 kaki tanah saya untuk dibuat jalan yang mereka guna setiap hari
  • 2.      Saya tidak senyum pada mereka yang menceroboh 6000 kaki tanah saya untuk dibuat longkang bagi mengalirkan setiap titisan air dari rumah mereka kedalam tanah saya
  • 3.      Apakah perlu saya angkat tangan pada mereka yang selalu ram kereta mereka sekuatnya atas alasan yang saya tidak pasti samada mahu terkucil atau memang ada urgency

Apakah saya jiran Yahudi sekiranya;

  1. 1.      Bila saya mengatakan pada mereka, Jalan dan Longkang mereka menceroboh tanah saya dan mereka menjawab itu urusan saya dengan pemaju perumahan mereka dan bukan mereka. Seolah, mereka upah pembunuh merampas anak saya dari saya dan bila sa’tacya bertanya pada mereka, jawapannya itu urusan saya dengan pembunuh yang mereka upah, bukan urusan mereka
  2. 2.      Bila saya mengatakan pada mereka bahawa pemaju enggan bertanggungjawab mereka jawab sekurangnya saya dapat menggunakan jalan tersebut dan longkang tersebut dan  tidak perlu mengeluarkan modal
  3. 3.      Saya membina bangunan tanpa kebenaran PBT kerana tanah saya tanah pertanian dan pertukaran status tanah memakan belanja hampir 100 ribu, malah perlu melalui proses sukar di Bahagian Faraid yang umumnya mengambil masa 10 tahun, saya akui kesalahan saya yang tidak seberapa itu. Sayakah Yahudi yang merampas tanah Palestin?


Kesimpulannya, apa yang terjadi pada Rahman Palace adalah seperti ini, 

Bayangkan, anda mempunyai halaman rumput berukuran 200sqft dikiri rumah anda. Jiran anda kemudian menyimen tanah tersebut untuk dibuat parkir bagi meletak keretanya. Bila anda tanya pada jiran, anda mereka jawab itu anda kena tanya dengan kontraktor yang mereka upah.
Sebagai jiran yang baik, anda diamkan sahaja, kemudian pada hujung minggu apabila saudara anda datang dan tiada parkir lalu meletak kereta atas petak parkir tersebut yang berada dalam tanah anda, lalu jiran anda mengamuk dan menjerit ditepi jalan suruh anda jangan buat majlis kenduri.

Ok, anda diamkan lagi. Malangnya, diam dan baik anda tidak dihargai kerana jiran anda melaporkan kepada Majlis Perbandaran Selayang bahawa rumah anda tidak mempunyai pelan kelulusan bangunan. Lalu MPS datang merobohkan bangunan anda dan bila anda tanya pada MPS bagaimana dengan parkir yang jiran anda bina dalam tanah anda, MPS jawab Jabatan Bangunan hanya “tackle” bahagian bangunan sahaja parkir adalah masalah Jabatan lain.
Akhirnya, kerana anda tidak mempunyai kabel MB atau SUK Selangor, MPS merobohkan rumah anda dan membiarkan jiran anda menggunakan tanah anda untuk parkir sesuka hati.

Saya Cuma ingin bertanya, apakah saya jiran yang jahat atau saya jiran saya yang Yahudi merobohkan bangunan orang Islam?

Yang paling menyedihkan, watak-watak sanjungan masyarakat seperti SUK Selangor Datuk Khusrin, MB Tan Sri Khalid hanya mendengar sebelah pihak dan tidak  turun padang atau sekurangnya bertanyalah pada Ahli Majlis MPS Zon tersebut yang dilantik oleh MB sendiri.

Friday, September 19, 2014

Tan Sri Khalid Milikperibadikan Selangor - Mohon Derhaka Sultan Selangor- Daulat Tuanku

Daulat Tuanku sebagai anak jati Selangor dimana tanah ini dikurniakan ayahanda Tuanku pada moyang patik, maka keputusan Tuanku mengekalkan Tan Sri Khalid hanya memberi peluang kepadanya berbuat onar dan membasuhnya bersih bekas-bekas najisnya. Diharap najisnya di Rahman Palace akan dikekalkan sebagai ingatan dan pengajaran kepada rakyat Selangor.

Berapa banyak tanah pertanian di Selangor yang dibina bangunan rumah, kedai dan kilang? Tidak terkira? Malahan MBSA sendiri menetapkan peraturan boleh berniaga diatas Tanah Pertanian yang dikelilingi tanah bukan pertanian.

Saya agak musykil kenapa Rahman Palace yang menjadi sasaran MPS untuk dirobohkan secepat mungkin. Sedangkan kami sudah tidak berniaga dan merayu untuk menjadikan bangunan tersebut sabagai tapak semaian bagi memenuhi status tanah persendirian tersebut.

Malangnya, saya diberitahu ahli Majlis MPS kawasan Rahman Palace, Tuan Mustapha Kamal Othman dari PKR beliau sedia maklum akan keputusan roboh ini dan desakan datang dari Pejabat MB Selangor. Beliau mengatakan MB menelefon sendiri YDP MPS dan beliau sendiri menerima panggilan dari SETPOL MB.

Kes Rahman Palace ini kes terpencil dan amat kecil membabitkan tidak sampai 20 orang dan 10000kaki keluasan bagi seorang MB yang seharusnya menjaga seluruh negeri Selangor. Sewajarnya biarlah kes ini diadili dan dihukum oleh Ahli Majlis yang beliau lantik untuk kawasan tersebut dan ADUN yang dipilih rakyat.

MB salah guna kuasa dan mengarahkan Rahman Palace dirobohkan pada 18 September sebelum tempoh beliau sebagai MB tamat pada 23 September ini.

Dalam blog yang sama, saya ada menulis keunikan MB Selangor ini dan bangga dengan tindakannya mempertahankan kepentnigan rakyat Selangor dan bersyukur kerana sifat amanahnya dalam menjaga duit rizab selangor.

Malangnya, beliau tidak amanah dalam tugasnya kerana masuk campur dalam hal yang kecil dan tidak mendapatkan pandangan orang bawahannya yang dilantik beliau sendiri menjadi ahli Mahlis yang lebih jelas masalah kawasan tersebut. Tanyalah ADUN, tanyalah Ahli Majlis jaga kawasan ini, mereka akan memihak kepada Rahman Palace, tapi sebab Boss mereka memihak pada penduduk maka terpaksalah mereka ikut Boss mereka yang memilikperibadikan Selangor.




Benarlah kata orang, beliau mentadbir Selangor macam mentadbir Syarikat dimana "you must listen to your boss and your boss always right, or you are fired". Apakah terbaiknya diukur dari simpanan wangnya atau dari kemajuan ekonomi yang dicapai. Setahu saya bilangan kilang di Selangor tidak bertambah tapi bilangan rumah urut, judi dan juga pelacuran memang bertambah. Bilangan usahawan Melayu tidak bertambah tapi kedai kena roboh bertambah. Lagipun, seorang bapa yang memiliki banyak wang simpanan kerana hanya beli baju sehelai setahun dan bagi anak makan telur ayam hari-hari bukanlah bapa yang baik.

Sedihnya, watak seperti ini sering diangkat sebagai wira khususnya orang UMNO dan Utusan yang mempunyai agenda meruntuhkan perpaduan kaum dan memiliki sokongan orang Melayu dengan menakut-nakutkan orang Melayu terhadap bangsa lain.

Saya yakin masa akan buktikan segalanya, mungkin nasibnya akan lebih buruk dari MB Khir Toyo tapi yang pasti beliau tidak layak digelar MB terbaik.