Hakikatnya banyak yang dilakukan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak adalah "damage control" terhadap polisi kerajaan sebelum beliau. Sebagai contoh BR1M, BR1M adalah imbangan kepada kerosakan yang terjadi akibat menaikkan gaji kakitangan kerajaan.
Polisi menaikkan gaji kerajaan cukup popular dan disokong ramai, Saya tidak pernah mendengar sesiapa membantah polisi ini mungkin kerana gembira dan juga takut. Dan tidak ramai yang sedar atau sengaja buat tidak realistik dimana logiklah bila gaji naik, harga barang juga akan naik.
Kos operasi yang meningkat akan mengakibatkan harga jualan dinaikkan.
Kalau gaji naik, kuasa membeli tinggi dan barang kekal dengan harga murah apa yang akan terjadi? Produktiviti akan menurun, inflasi akan meningkat cepat kerana imbangan supply dan demand terjejas teruk dan sebagainya. Justeru, saya tidak faham kenapa orang yang menikmati kenaikan gaji marah bila orang lain naikkan harga barang(naikkan gaji pekerja mereka).
Juga akibat dari ketidak seimbangan gaji sama gred. Pada masa gaji kakitangan Kerajaan dinaikkan Kerajaan dari RM 700 kepada lebih RM 3000, pekerja Swasta yang membentuk golongan majoriti masih ditakuk gaji lama iaitu RM 1100 sahaja.
Apakah akibat dari keadaan ini, samada kesilapan atau tidak ia bergantung kepada keadaan.
Justeru, bila Dato Seri Najib dilantik Perdana Menteri beliau sedar menaikkan gaji swasta(permulaan RM 1100) menyamai gaji Kerajaan(permulaan RM 2500) hanya akan akibatkan kos sara hidup menjadi lebih tinggi dan akhirnya mengundang inflasi serta produktiviti menurun.
BR1M dilihat sebagai satu kaedah berkesan menyampaikan kuasa membeli pada golongan Swasta yang bergaji rendah dengan kos sara hidup tinggi tanpa menjejaskan aturan ekonomi itu sendiri.
Kesan domino tidak berkesan dan terkesan pada BR1M. Ia juga boleh dianggap perang senyap Kerajaan dengan Peniaga dalam memerangi kenaikan harga barang.
Namun saya tetap bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir tentang BR1M dan saya ingin mencadangkan pada Kerajaan menukar nama BR1M kepada GR1M atau Ganjaran Rakyat 1 Malaysia dimana penerima perlu berusaha untuk mendapatkan GR1M. Usaha mereka ialah menyumbang kearah Malaysia yang lebih baik dengan menanam pokok, membersih sampah, jauhi dadah dan jenayah, bina keluarga bahagia, sumbangan kepada Negara, jauhi rusuhan, rapat haram dan banyak lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment