ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, September 26, 2014

ANWAR Terbukti Memang Pemimpin Anugerah Tuhan

Pemimpin anugerah Tuhan adalah ungkapan paling popular yang dikalungkan kepada Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim. Sebagai pemerhati politik tidak rasmi sejak kecil saya mengikuti perkembangan hero saya ini sehingga 1998 ini. Selepas 1998, saya memilih untuk memihak hero utama saya justeru hero kedua terpaksa saya abaikan.

Anwar saya kenali secara peribadi kerana beliau sering mengunjungi Arwah Abah saya Abdul Rahman Mohd Nurut di Semenyih, Kajang dan kemudian di Kg Baru, KL. Sehinggakan beberapa bulan Anwar dipecat dari UMNO polis sudah memulakan langkah awal menyoal siasat pengikut beliau sehingga ada yang masih mantong hingga hari ini, Arwah Bapa saya dipanggil Anwar pada 1998 tetapi Allah lebih kehendak dalam episod suka dan duka Anwar dan Abah pergi selamanya sebelum sempat berjumpa Anwar.

Dari 1998 hingga hari ini saya masih mengikuti kisah Anwar tetapi sebagai penentang bukan lagi sebagai penyokong.

Sekali lagi, Allah menunjukkan kuasaNYA dan Tun Dr Mahathir meletak jawatan diganti Pak Lah sebagai PM. Dalam kucar kacir kelemahan pentadbiran Kerajaan dan politik UMNO hingga hari ini, Anwar berjaya mencuri tumpuan ramai dimana ramai yakin he is the better one to replace Tun M.

Strategi Anwar dalam politik bukan alang bukan biasa juga bukan selalu boleh dilihat dimana-mana. Bagaimana setiap isu peribadi yang begitu menekan boleh dialih arah sehingga dilupai rakyat 

Malaysia sebaliknya beliau diterima secara popular sebagai calon Perdana Menteri Malaysia PRU 13.
Kalaulah orang biasa yang dituduh meliwat, video dirakam bogel berkuda, jam Omega terus hilang pasti sudah lama disebat, dipenjara atau sudah lama ditalkinkan.

Untuk ini, kita semua perlu akui kehebatan Dato Seri Anwar Ibrahim berstrategi, karismanya, ketokohannya dan kepimpinanya serta kebijaksanaannya.

Dan terbaru, saya sendiri terpaksa mengakui kehebatan Anwar dalam mengorak Langkah Kajang yang mengingatkan saya tentang Langkah Maut Chess dimana Queen sengaja masuk ke zon bahaya lawan untuk dikorbankan sebagai diversion pihak kawan dan lawan dengan tujuan sebenar adalah kemenangan mencapai tujuan utama.

Anwar adalah pemenang dalam kemelut poilitk Selangor. Langkahnya begitu tersusun, strategik, sistematik sehingga semua orang terlupa, terkeliru dan tertipu malah ada yang mentertawakan beliau bahawa Langkah Kajangnya sumbang.

Pada saya, dari awal Anwar sudah mengatur catur-caturnya dan Langkah Kajang bukanlah langkah utama sebaliknya adalah langkah untuk “misdirection” sebelum magis utama mengambil tempat.

Anwar sememangnya pemimpin Anugerah Tuhan dan tiada siapa boleh nafikan perkara ini sebagaimana Tun Mahathir adalah pemimpin Rahmat Tuhan.

Saya mahu melihat Anwar menjadi PM walaupun saya sendiri berani bertaruh beliau tidak akan jadi PM kerana beliau pernah melanggar sumpahnya dengan Arwah Bapa saya.

Namun, sebagai rakyat yang cintakan Negara, saya berdoa agar Anwar Ibrahim menjadi orang yang Allah gemari dan menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana asal Anwar mahu beliau mampu mempersada Malaysia ke satu peringkat tinggi yang tidak pernah difikirkan seperti yang dilakukan bekas bapa, dewa, mentor dan abang Anwar, Tun Dr Mahathir. 

Marilah kita sama-sama berdoa pemimpin Anugerah Tuhan ini akan berjuang untuk orang lain disisa kehidupannya kelak. Amin.


No comments: