Salam Datuk
Saya ingin menyampaikan rasa simpati saya pada Datuk atas perkembangan terkini dimana Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan begitu juga PM keatas UMNO Selangor.
Apa yang dapat saya perhatikan sejak dahulu lagi zaman Dato Razali Ali dan Harun UMNO Selangor sering dikambinghitamkan oleh UMNO Pusat.
Almaklumlah, kita orang Selangor tidak pandai melawan Bos, Bos pula orang Utara pandai menekan kita, hun pun un apa lagi lah. Orang Selangor yang setia ini juga amat berjiwa besar dalam memastikan keutuhan agama dan bangsa, mungkin itu jasa Sultan Sulaiman terdahulu dalam mendidik rakyat Selangor mendahulukan kepentingan Islam berbanding kenegerian.
Kemudian, zaman Mohd Taib, zaman Khir Toyo juga begitu tidak lepas zaman Khalid Ibrahim. Semua MB Selangor samada dikekahkan atau dikorbankan oleh Parti sendiri atau terpaksa berundur atas semangat Islam diutamakan.
Dato,
Sebagai rakyat Selangor saya yang memuja Tun Dr Mahathir tetap berasa sedih apabila beliau menimbulkan isu kurangnya penjawat awam kelahiran Kedah menjawat jawatan tertinggi dalam Kerajaan beberapa kali semasa dan selepas beliau menjadi Perdana Menteri.
Semangat kenegeriaan mereka memang bagus, tetapi dalam masa yang sama ada tidak bagusnya dalam menyisih rakyat Selangor khususnya yang tidak punya semangat kenegeriaan melainkan agama Islam agenda utama.
Untuk makluman Dato, lebih separuh dari Rakyat Selangor, pengundi Selangor dan ahli UMNO Selangor lahir bukan di Selangor, malahan baru generasi pertama lahir di Selangor.
Untuk ini, mereka mempunyai kampung halaman dan tanah tumpah darah mereka tetap Negeri yang mereka dahulu dan utamakan.
Saya tidak menyisih mereka, dan mengikut resam rakyat Selangor kami ini berterima kasih pada mereka dan membiarkan mereka menjawat jawatan tinggi dalam Selangor termasuk Yang Dipertua Majlis PBT.
Tetapi saya ingin mencadangkan penyelesaian yang boleh UMNO Selangor lakukan dalam memastikan kepentingan rakyat Selangor terjaga dan utuh terlindung samada dari luar mahupun dari dalam sendiri.
UMNO Selangor perlu mengusulkan pada konvesyen dan diluluskan satu ketetapan bahawa semua jawatan dipertandingkan diperingkat Cawangan dan Bahagian UMNO perlulah rakyat asal Selangor yang lahir di Selangor.
Bagi jawatan AJK mungkin dibolehkan 50% bukan kelahiran Selangor.
Ini kerana, dalam masa kita susah, Ketua-ketua UMNO Selangor termasuk AJK yang tidak lahir di Selangor mengambil jalan mudah memihak kepada Ketua UMNO kelahiran Negeri mereka seperti Pekan Pahang, Kedah dan lain-lain.
Lagipun, ini adalah harapan Sultan Selangor yang mahukan Menteri Besar anak kelahiran Selangor. Bagaimana Menteri Besar rakyat Selangor tetapi Ketua Ranting dan Dahannya semua kelahiran bukan Selangor boleh mentadbir Selangor dengan berkesan dalam mendahulukan Rakyat Selangor?
Natijahnya, UMNO Selangor untuk kesekian kalinya dikambinghitamkan dan dibelasah terbuka.
Malu ada, tapi hakikat UMNO Selangor tidak berkesan dalam alam maya terpaksa kita akui dan bila Dato buat "post-mortem" jangan terperanjat antara sebab utama UMNO Selangor lemah adalah kerana 90% ketua dan pemimpin UMNO Selangor bukan anak kelahiran Selangor.
Justeru walaupun benar UMNO Selangor salah dan perlu berubah dan terpaksa menanggung malu ditegur, tapi bukanlah 100% salah UMNO Selangor sebaliknya UMNO Negeri lain pun terlibat sama kerana tanah subur ini, di semai dan di tuai oleh semua rakyat Malaysia tanpa ada kenegeriaan.
Sekian harapan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment