Daulat Tuanku sebagai anak jati Selangor dimana tanah ini dikurniakan ayahanda Tuanku pada moyang patik, maka keputusan Tuanku mengekalkan Tan Sri Khalid hanya memberi peluang kepadanya berbuat onar dan membasuhnya bersih bekas-bekas najisnya. Diharap najisnya di Rahman Palace akan dikekalkan sebagai ingatan dan pengajaran kepada rakyat Selangor.
Berapa banyak tanah pertanian di Selangor yang dibina bangunan rumah, kedai dan kilang? Tidak terkira? Malahan MBSA sendiri menetapkan peraturan boleh berniaga diatas Tanah Pertanian yang dikelilingi tanah bukan pertanian.
Saya agak musykil kenapa Rahman Palace yang menjadi sasaran MPS untuk dirobohkan secepat mungkin. Sedangkan kami sudah tidak berniaga dan merayu untuk menjadikan bangunan tersebut sabagai tapak semaian bagi memenuhi status tanah persendirian tersebut.
Malangnya, saya diberitahu ahli Majlis MPS kawasan Rahman Palace, Tuan Mustapha Kamal Othman dari PKR beliau sedia maklum akan keputusan roboh ini dan desakan datang dari Pejabat MB Selangor. Beliau mengatakan MB menelefon sendiri YDP MPS dan beliau sendiri menerima panggilan dari SETPOL MB.
Kes Rahman Palace ini kes terpencil dan amat kecil membabitkan tidak sampai 20 orang dan 10000kaki keluasan bagi seorang MB yang seharusnya menjaga seluruh negeri Selangor. Sewajarnya biarlah kes ini diadili dan dihukum oleh Ahli Majlis yang beliau lantik untuk kawasan tersebut dan ADUN yang dipilih rakyat.
MB salah guna kuasa dan mengarahkan Rahman Palace dirobohkan pada 18 September sebelum tempoh beliau sebagai MB tamat pada 23 September ini.
Dalam blog yang sama, saya ada menulis keunikan MB Selangor ini dan bangga dengan tindakannya mempertahankan kepentnigan rakyat Selangor dan bersyukur kerana sifat amanahnya dalam menjaga duit rizab selangor.
Malangnya, beliau tidak amanah dalam tugasnya kerana masuk campur dalam hal yang kecil dan tidak mendapatkan pandangan orang bawahannya yang dilantik beliau sendiri menjadi ahli Mahlis yang lebih jelas masalah kawasan tersebut. Tanyalah ADUN, tanyalah Ahli Majlis jaga kawasan ini, mereka akan memihak kepada Rahman Palace, tapi sebab Boss mereka memihak pada penduduk maka terpaksalah mereka ikut Boss mereka yang memilikperibadikan Selangor.
Benarlah kata orang, beliau mentadbir Selangor macam mentadbir Syarikat dimana "you must listen to your boss and your boss always right, or you are fired". Apakah terbaiknya diukur dari simpanan wangnya atau dari kemajuan ekonomi yang dicapai. Setahu saya bilangan kilang di Selangor tidak bertambah tapi bilangan rumah urut, judi dan juga pelacuran memang bertambah. Bilangan usahawan Melayu tidak bertambah tapi kedai kena roboh bertambah. Lagipun, seorang bapa yang memiliki banyak wang simpanan kerana hanya beli baju sehelai setahun dan bagi anak makan telur ayam hari-hari bukanlah bapa yang baik.
Sedihnya, watak seperti ini sering diangkat sebagai wira khususnya orang UMNO dan Utusan yang mempunyai agenda meruntuhkan perpaduan kaum dan memiliki sokongan orang Melayu dengan menakut-nakutkan orang Melayu terhadap bangsa lain.
Saya yakin masa akan buktikan segalanya, mungkin nasibnya akan lebih buruk dari MB Khir Toyo tapi yang pasti beliau tidak layak digelar MB terbaik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment