Rahman Palace adalah wakil pemilik 3 ekar tanah yang berjiran
dengan 26 banglo Taman Anjung Melati. Bermakna saya seorang berjiran dengan 26
orang dan perlu menghormati kesemua 26 mereka untuk mendapat status jiran
baik. Cukup seorang jiran yang saya
tidak berbaik tetapi ceritanya digoreng diletak cili ditambah perasa apalah disbanding
yang 25 lagi.
Konsep saya sebenarnya mudah kerana saya sering cuba untuk
mengikut ajaran Quran, dimana bila dating satu berita kepada kamu selidiki
dahulu, paling tidak bertanyalah pada pihak lagi satu yang terlibat, beri dia
peluang untuk membersihkan namanya.
Rahman Palace sombong dan tidak menghormati jiran itulah
fitnah yang dijaja kepada MB Selangor, Tan Sri Khalid, SUK Selangor Datuk
Khusrin Munawi, SETPOL Faekah Hussein, para wartawan Sinar Harian, Utusan
Malaysia, MPS malah kepada sesiapa sahaja yang mereka jumpa.
Saya tidak rela membuka aib orang atau menuduh tanpa bukti
kerana jika saya melakukannya apa beza saya dengan mereka. Lagipun saya masih
takut dengan neraka dan soal Allah kelak. Saya juga bukan menulis artikel ini
untuk menjawab tuduhan atau menuduh, kerana Rahman Palace sudah pun dirobohkan
gara-gara fitnah melampau.
Beginilah, pembaca yang budiman akali dan hakimilah saya;
Apatah saya jiran yang tidak baik sekiranya;
- 1. Saya memenuhi setiap 5 undangan pemilik Banglo berlainan tahun atas semangat kejiranan walaupun saya tahu tiada gunanya kerana pada masa itu mereka tidak mewakili suara semua pemilik jadi apalah guna berjumpa jika tiada keputusan boleh dibuat
- 2. Saya membantu mereka dari segala sudut yang mereka minta dan saya sendiri secara peribadi memberi mereka alamat semua pemilik tanah yakni saudara kami bagi memudahkan urusan mereka.
- 3. Saya sendiri menawarkan diri menjadi orang tengah jika mereka berminat untuk membeli tanah milik saudara saya agar masalah mereka diselesaikan
Apakah saya jiran yang jahat sekiranya;
- 1. Saya tidak menegur sapa dengan mereka yang menceroboh 10,000 kaki tanah saya untuk dibuat jalan yang mereka guna setiap hari
- 2. Saya tidak senyum pada mereka yang menceroboh 6000 kaki tanah saya untuk dibuat longkang bagi mengalirkan setiap titisan air dari rumah mereka kedalam tanah saya
- 3. Apakah perlu saya angkat tangan pada mereka yang selalu ram kereta mereka sekuatnya atas alasan yang saya tidak pasti samada mahu terkucil atau memang ada urgency
Apakah saya jiran Yahudi sekiranya;
- 1. Bila saya mengatakan pada mereka, Jalan dan Longkang mereka menceroboh tanah saya dan mereka menjawab itu urusan saya dengan pemaju perumahan mereka dan bukan mereka. Seolah, mereka upah pembunuh merampas anak saya dari saya dan bila sa’tacya bertanya pada mereka, jawapannya itu urusan saya dengan pembunuh yang mereka upah, bukan urusan mereka
- 2. Bila saya mengatakan pada mereka bahawa pemaju enggan bertanggungjawab mereka jawab sekurangnya saya dapat menggunakan jalan tersebut dan longkang tersebut dan tidak perlu mengeluarkan modal
- 3. Saya membina bangunan tanpa kebenaran PBT kerana tanah saya tanah pertanian dan pertukaran status tanah memakan belanja hampir 100 ribu, malah perlu melalui proses sukar di Bahagian Faraid yang umumnya mengambil masa 10 tahun, saya akui kesalahan saya yang tidak seberapa itu. Sayakah Yahudi yang merampas tanah Palestin?
Kesimpulannya, apa yang terjadi pada Rahman Palace adalah
seperti ini,
Bayangkan, anda mempunyai halaman rumput berukuran 200sqft dikiri
rumah anda. Jiran anda kemudian menyimen tanah tersebut untuk dibuat parkir
bagi meletak keretanya. Bila anda tanya pada jiran, anda mereka jawab itu anda
kena tanya dengan kontraktor yang mereka upah.
Sebagai jiran yang baik, anda diamkan sahaja, kemudian pada
hujung minggu apabila saudara anda datang dan tiada parkir lalu meletak kereta
atas petak parkir tersebut yang berada dalam tanah anda, lalu jiran anda
mengamuk dan menjerit ditepi jalan suruh anda jangan buat majlis kenduri.
Ok, anda diamkan lagi. Malangnya, diam dan baik anda tidak
dihargai kerana jiran anda melaporkan kepada Majlis Perbandaran Selayang bahawa
rumah anda tidak mempunyai pelan kelulusan bangunan. Lalu MPS datang merobohkan
bangunan anda dan bila anda tanya pada MPS bagaimana dengan parkir yang jiran
anda bina dalam tanah anda, MPS jawab Jabatan Bangunan hanya “tackle” bahagian
bangunan sahaja parkir adalah masalah Jabatan lain.
Akhirnya, kerana anda tidak mempunyai kabel MB atau SUK
Selangor, MPS merobohkan rumah anda dan membiarkan jiran anda menggunakan tanah
anda untuk parkir sesuka hati.
Saya Cuma ingin bertanya, apakah saya jiran yang jahat atau saya jiran saya yang Yahudi merobohkan bangunan orang Islam?
Yang paling menyedihkan,
watak-watak sanjungan masyarakat seperti SUK Selangor Datuk Khusrin, MB Tan Sri
Khalid hanya mendengar sebelah pihak dan tidak
turun padang atau sekurangnya bertanyalah pada Ahli Majlis MPS Zon
tersebut yang dilantik oleh MB sendiri.
No comments:
Post a Comment