Judi ini bukan perkara baru.
Selama bila saya tidak pasti, tapi saya pasti saya pernah bodoh terjebak dalam mesin kuda. Sejak 1998 hingga hari ini selepas 20 tahun, saya masih dengar ayat yang sama, banteras habis-habisan, kita gempur, sasar semua pusat judi tutup dan banyak lagi.
Kenapa polis membodohkan kita? Sebabnya mudah bagaimana Kerajaan mahu polis selesaikan kes judi sedangkan kerajaan tidak mahu sensor internet?
Umpama kerajaan bekalkan beras pada kita, tapi suruh polis rampas semua beras dan larang rakyat makan beras. Bunyi pelik, tapi bila Melayu mudah dibodohkan tidak sepelik mana pun.
Judi adalah salah satu pengaruh orang Cina yang Melayu dapat. Tapi bukan salah Cina sedangkan Melayu memang suka berjudi.
Ada Pak Cik Indonesia beritahu saya sepanjang di Malaysia selama 30 tahun dia sudah beli RM 1 juta judi ekor dan hanya menang sekitar RM 200 ribu sahaja. Bodohkan.
Judi Melayu paling popular adalah lucky ball, judi ekor, dan judi ekor haram. Pergi sahaja di Grand Season ada lebih 50 meja snooker pada masa solat Jumaat penuh dengan orang Melayu dan asap rokok. Saya tidak pasti ada lagi tidak, tapi semua pusat snooker pasti ada.
Tapi judi itu tidak apa kerana judi mesin ini mengayakan Cina dan mengundang masalah social. Mana ada judi yang tidak undang masalah social tapi masih belum atau sudah mencapai tahap itu sahaja menjadi ukuran.
Anda boleh ke pusat judi pada malam raya, pada pagi raya, pada bulan puasa siapa paling ramai melekat di mesin? Orang Melayu termasuk polis sendiri!!
Paling Melayu dibodohkan sekali adalah isu ini akan suam dan sejuk, kemudian ia kembali lagi bukan rahsia lagi, saya sudah hidup berpuluh tahun menyaksikan judi dan pati menjuarai carta Kerajaan gempur taik ayam,.
Sebenarnya jika Kerajaan benar-benar tidak membodohkan rakyat tahan sahaja judi Magnum Toto dan Genting yang berlesen serta sekat internet kerana zaman sekarang judi online.
Tapi bukan salah Kerajaan, kerana yang lebih salah adalah rakyat kerana ada demand. Demand dari Cina kita fahamlah kerana mana ada dosa berjudi, tapi orang Melayu sendiri suka berjudi, biar anak berjudi, kawan dengan pejudi, berbaik dengan orang judi, bagi bisnes, kontrak, tender pada kaki judi dan banyak lagi orang Melayu pula salahkan Kerajaan.
Terbuktilah Melayu bodoh diperbodohkan lagi oleh judi.
PDRM bagi seminggu kemudian sekarang 3 bulan. Saya bagi setahun sahaja kemudian puisat judi pesat kembali dan saya bagi 24 jam sahaja main banyak talian judi luar Negara untung berbilion dari Malaysia,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment