Hal ini semakin heboh dijuarai oleh parti politik dan NGO umpama guruh dah berbulan di langit tanpa hujan, air di tempayan di periksa untuk seribu kali oleh pemimpin.
Dari 50% Tanah Rizab Melayu kini tinggal 11%, penurunan ini bukan terjadi dalam satu malam, tidak satu bulan, mustahil dalam setahun, sebaliknya ia menurun secara beransur-ansur selama lebih 60 tahun.
Dalam 60 tahun ini apa yang telah pemimpin kita lakukan untuk pertahankan 50% Tanah Rizab Melayu ini dari menurun ke 11%?
Seperti biasa kita akan salahkan pemimpin, Taukey-taukey Cina, para pemilik dan pewaris Tanah Rizab Melayu, dan salah apa jua melainkan diri kita kerana orang Melayu bodoh dan suka dibodohkan oleh parti politik yang menjuarai isu ini.
Sebelum menyalahkan pemimpin, pembaca perlu memahami terlebih dahulu latar belakang Tanah Rizab Melayu!!!
Tanah Rizab Melayu adalah perkara 2 dari 7 Wasiat Raja Melayu yang diumumkan pada 5 Ogos 1957 untuk melindungi dan memajukan orang Melayu.
Sudah pasti Tanah Rizab Melayu ini semuanya adalah Tanah Pertanian yang terletak di Bandar dan kebanyakannya di kawasan luar bandar utama dan lebih pasti ia telah diwarisi selama lebih 5 Generasi samada secara jual atau terus dari Generasi Pertama.
Mungkin Raja yang meninggalkan wasiat ini terlupa bahawa Melayu adalah Islam dan mereka terikat dengan faktor pembahagiaan harta faraid atau mungkin Raja tersilap menilai Melayu pandai menguruskan dan memajukan hartanah mereka sedangkan mereka bodoh lalu dibiarkanlah Tanah Rizab Melayu berstatus pertanian hingga hari ini melainkan jika diminta atau dipohon oleh pemilik Generasi pertama hingga ke Generasi kedua.
Melayu bodoh dan hanya pentingkan diri. Apabila mereka kaya dengan hasil makan gaji dan diwariskan mereka Tanah Rizab Melayu bersama beradik, sepupu dan anak buah lain, mereka abaikan kerana mereka tidak berminat dengan harta itu.
Selepas Tanah Rizab Melayu mencapai status Generasi ketiga dan keempat keatas maka ia adalah mustahil untuk dibangunkan.
Bagaimana Bahagian Pusaka Kecil Faraid serta Peguam Syarie harus mengumpulkan persetujuan semua 3 generasi dari Atuk ke Cucu berjumlah antara 50 orang hingga beratus orang dimana ada yang sudah mati, ada yang telah berpindah dan sebagainya.
Itu kita ambil tanah bawah 5 ekar, jika Tanah berpuluh ekar dalam satu geran kita akan jumpa beratus nama, berpuluh nama dalam Geran sudah meninggal dengan meninggalkan pewaris faraid berjumlah ratusan nama.
Untuk membangunkan atau menukar status tanah, PBT memerlukan setiap seorang dari ratusan orang in tandatangan dimana ia adalah mustahil.
Maka jalan paling mudah ialah dengan mencari pemaju atau broker Cina yang mempunyai kuasa wang dimana kuasa wang boleh menukar status Tanah Rizab Melayu ini, atau sekurangnya boleh memajukannya.
Apa salahnya pemilik Tanah Rizab Melayu mencari Cina untuk memajukan Tanah ini dari terbiar?
Tidak ada salah langsung dan yang salah adalah Melayu sendiri yang malas(pewaris Generasi awal yang kaya tapi tidak uruskan), yang bodoh(sikap penting diri dan enggan melihat dan menyokong pewaris bersama menguruskan Tanah ini) dan yang sombong(sikap Melayu Pegawai Kerajaan) yang enggan melonggarkan syarat kelulusan pembangunan Tanah dengan menetapkan syarat semua ratusan pemilik perlu tandatangan melainkan jika ada habuan.
Maka kesimpulannya, yang salah adalah orang Melayu itu sendiri bukan pemilik sahaja tetapi semua termasuk kita, dan lebih malan golongan yang suka dibodohkan apabila isu ini timbul tanpa mengkaji terlebih dahulu.
Ada yang suruh pakai duit ZAKAT tebus balik Tanah Rizab Melayu yang kehilangan itu adalah lebih baik duit ZAKAT itu digunakan untuk memajukan Tanah Rizab Melayu yang terbiar sebanyak 11% itu.
Saya tidak perlu tahu perangkaan pejabat Tanah tapi saya pasti 11% Tanah Rizab Melayu yang masih tinggal itu adalah TANAH TERBIAR selama berpuluh tahun kerana tidak dapat dimajukan oleh masalah faraid.
Jadi orang Melayu jangan jadi bodoh, berkokok bertingkat-tingkat, tahi bergelumang bertingkek-tingkek.
Buang sikap bodoh sombong, bodoh penting diri, bodoh hasad dengki, bodoh hati busuk, bodoh bodohkan orang, bodoh fakta, dan sepertimana yang masih belum telat kita lakukan, ayo Melayu, ayo Melayu, ayo Melayu, kita bersatu, kita maju, kita jangan dibodohkan lagi.
Majukan 11% Tanah Rizab Melayu itu dahulu baru berbicara mahu memperluaskan kuasa Tanah Rizab Melayu ke 50% kembali. Jika tidak, kita macam tengok filem Ultraman sahaja, hero mesti menang, tapi dalam dunia khayalan sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment