ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, November 29, 2014

Larang Penjawat Awam Terima Pangkat Dato/Datin/Tan Sri/Puan Sri Bagi Kurangkan Birokrasi Berurusan Dengan Kerajaan

Kerajaan sebenarnya terdiri dari dua golongan berbeza iaitu Golongan Pemerintah yakni ahli Politik dan Golongan Pentadbiran yakni penjawat Awam.

Dalam organisasi Kementerian, terdiri dari KSU, TKSU 1, TKSU 2, Ketua Pengarah, Timbalan, Pengarah, dan Timbalan. Juga yang setaraf seperti dalam organisasi lain seperti Ketua Polis Negara, YDP Majlis Perbandaran dan lain-lain. Mereka ini adalah pihak paling tinggi dalam golongan pentabdiran.

Dari pengalaman bertugas sebagai kontraktor Sektor Kerajaan, saya perhatikan banyak Ketua Pengarah dianugerahkan pingat mungkin disebabkan khidmat baik mereka. Saya ingin mencadangkan pingat tertinggi yang membawa gelaran Datuk dan Tan Sri hanya diberikan dengan menilai khidmat baik mereka selepas mereka berhenti berkhidmat.

Ia dapat meningkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan dan menaikkan semangat kakitangan Kerajaan ini untuk terus berkhidmat baik hingga saat terakhir di Pejabat.

Ini kerana pelbagai Gelaran ini hanya meningkatkan karenah birokrasi serta pelbagai protokol lain yang perlu dipatuhi yang menyukarkan rakyat atau pembayar cukai berurusan. Malahan sistem sebelum ini tidak sahaja menyukarkan rakyat tetapi juga menyukarkan usaha antara Jabatan apatah lagi antara Kementerian untuk berkerjasama.

Bak kata pepatah, besar periuk besar keraknya.

Saya juga berpengalaman berurusan dengan PBT. YDP yang memakai gelaran Dato mempunyai ego yang berbeza dikala yang tidak memakai Gelaran Dato pula mengejar nama dan gelaran peribadi dan bukan mengejar mutu perkhidmatan.

Dalam norma dan etika perjalan sistem Kerajaan Malaysia yang diwarisi dari Kerajaan British, sewajarnya mengikut juga etika mereka yang hanya menganjarkan gelaran Sir atau Dato selepas anggota kerajaan berkhidmat.

Harap Ketua Kerajaan Pemerintah & Para Sultan dapat memperhalusi cadangan ini sesuai dengan Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan.

No comments: