ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, November 12, 2014

Tolonglah Bantu Utusan Malaysia betterknown "Akhbar OKU"

Tan Sri Zainudin Maidin mengecam Nazir Razak kerana CIMB kurang mengiklankan iklannya dalam akhbar Utusan Malaysia.

Dari sudut perniagaan apa yang dibuat oleh Nazir Razak itu adalah betul lagi tepat kerana apa guna mengiklankan iklan perniagaan dalam akhbar yang hanya menjual ribuan naskah sahaja itupun diberi percuma, diborong pembantu melalui tender bekalan akhbar MAS, Hotel, Pejabat Kerajaan dan Sekolah.

Dari sudut persaingan pula ia adalah tidak sihat dimana Utusan semakin manja dan hanya bergantung kepada bantuan dasar-dasar kerajaan. Untuk rekod, Utusan sudah berusia hampir 80 tahun dan sewajarnya ia sudah tidak memerlukan bantuan dalam survivalnya.

Dari sudut politik, agama, kaum dan lain-lain yang Utusan dikatakan pejuangnya, terpulanglah pada masing-masing menilai dan kita hormati pendapat masing-masing.

Jujur saya katakan, saya begitu dekat dan sayang pada Utusan Malaysia akhbar yang saya baca 3 jam setiap hari sejak ia dipanggil akhbar Utusan Melayu lagi.

Malahan jika dikaji kebangkitan nasionalisme dan kejatuhan imperialisme di China, Indonesia dan banyak lagi sebenarnya dicetuskan oleh akhbar yang hebat.

Setiap bangsa dan kaum didunia memiliki akhbarnya sendiri kerana akhbar mempunyai roh yang memperjuangkan kaum dan agama bangsa tersebut. Malangnya, Melayu tiada akhbar sendiri dan keliru diantara nasionalisme dan kaum dalam akhbar Utusan Malaysia. Terperangkap sekian lama dalam idealisme Negara dan Kaum yang dicipta sendiri.

Lebih malang lagi, UTUSAN adalah bukti kepada kelemahan organisasi Melayu sekaligus memberi moral dan contoh yang lemah dan buruk kepada masyarakat Melayu dimana "kaum Melayu tidak boleh, tidak mampu", "Bahasa Melayu tidak laku", "perniagaan Melayu gagal dan tidak mampu, perlu dibantu", "orang Melayu tidak sokong produk Melayu" dan banyak lagi yang tidak perlu disebut sebaliknya boleh difikir dengan mudah.

Hakikatnya pada akhir Abad 20 akhbar Utusan Malaysia adalah akhbar yang paling laris di Malaysia dimana jualannya mencecah jutaan naskah setiap hari.

Kelemahan Utusan Malaysia dalam melayari ombak besar internet mengakibatkan Utusan Malaysia hancur musnah dibadai ombak itu. Kedegilan pengurusan akhbar ini melakukan perubahan menuruti anjakan paradigma pembacanya berpunca dan akibat dari sikap selesa- comfort zone Utusan yang tidak memahami denyut nadi rakyat khususnya Melayu.

Untuk kesekian kalinya, Utusan dibantu lagi dan ia selamat dari dibaham ombak iinternet penghujung 90-an. Kini selepas berusia 80 tahun dan 15 tahun selepas ditewaskan Internet, Utusan terus dan terus jatuh.

Langkahnya untuk kembali untung dengan mengenakan limitasi pada akhbar onlinenya hanya mampu bertahan seminggu sahaja dimana ratingnya terus menurun dalam masyarakat online apatah lagi masyarakt offline.

Semua pemilik dan pengurusan atasan Utusan hari ini dan masa lepas perlu malu pada diri sendiri dimana mereka gagal seta kita binggung apakah yang mereka lakukan semasa selesa dipangku tongkat emas?

Jika kita, orang kaya malahan orang miskin diberi ayam yang bertelur emas setiap hari, sudah pasti ramai kita masih berjaya hingga hari ini walupun ayam sudah tidak bertelur lagi.

Sepertimana yang saya katakan, orang Melayu tiada akhbar Melayu dan bukan rahsia akhbar Melayu sahaja perjuangkan agama Islam dan kaum Melayu, akhbar Inggeris, Cina dan India perjuang kaum dan agama masing-masing, maka adalah wajib kita pertahan dan perjuangkan akhbar Melayu dengan cara yang betul, iaitu melepas tongkat emas.

Utusan Malaysia perlu berhenti dibantu dan dirombak dan diberi tenaga baru supaya kembali gagah dalam industri pembacaan harian rakyat Malaysia dan bukan kembali sebagai "anak emas" Kerajaan.

Utusan Malaysia perlu bebas, dinamik, tidak selektif dan terbuka samada secara kias,imej atau realiti. Ia juga perlu konsisten dalam memperjuangkan agama, bangsa dan Negara dan bukan Negara, bangsa dan agama.

Sudah-sudahlah dibantu tongkat emas, bersainglah secara sihat lagi bersih dan amanah kerana akhbar adalah benteng terakhir setiap kaum, agama dan Negara.

No comments: