ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, August 4, 2015

Sindiket Peminta Sedekah Berpusat di Putrajaya?

Di Lembah Klang kita boleh dapati beribu peminta sedekah berlegar di semua pelusuk bandaraya. Dari Lampu Isyarat Selayang, hinggalah ke bawah Jambatan Klang, melarat ke Terminal One Bas Seremban.

Ia juga merebak dari Perlis, Padang Rengas, Pekan Pahang, Kluang Johor, Lahad Datu Sabah, Sarawak, Bagan Dato Perak, Rembau malah ada juga ke Singapura, Thailand dan Brunei walaupun ia didakwa berpusat di Putrajaya.

Akhbar sering mendedahkan mereka ini didalangi sindiket dan kutipan derma mereka setiap hari seorang antara RM 200 - RM 500 seorang.

Bayangkan jika 10,000 peminta sedekah maka jumlah terkumpul adalah RM 5 juta sehari, atau RM 150 juta sebulan, atau RM 1.6 billion setahun.

Jadi bila SPRM mengatakan RM 2.6 billion dalam akaun Perdana Menteri adalah wang derma maka ia tidaklah mustahil dan bukanlah rasuah.

Polis diminta siasat apakah benar wang Rm 2.6 billion tersebut dari derma sindiket peminta sedekah seperti yang didakwa Ketua Rekrut Sindiket En Kerry J ataupun bukan kerana jika benar sudah pasti rakyat akan menderma kepada sindiket ini dengan lebih banyak lagi kerana Malaysia masih aman.

Jika tidak benar, kami mohon polis tangkap sindiket ini kerana memburukkan 1MDB dan PM.

Lagipun kami rakyat Malaysia yakin dengan kepimpinan serta kejujuran PM, TPM Zahid, IGP, AG Baru, Gabenor Bank, K.Pemuda serta semua yang terlibat asalkan kami tidak dipenjarakan.

Salam sedekah senyum dari saya. Satu Derma. Satu Derma. Satu dot dot dot.

No comments: