Sebagai ahli UMNO tanpa rela saya tidaklah sayang pada UMNO kerana tidak pernah dapat apa-apa imbuhan dan keuntungan pun. Pengalaman panjat tiang elektrik, penunggu di pondok panas dan lain-lain semasa Kempen PRU 11, 1999 untuk UMNO tidak berbaloi kerana dibayar RM 50 sahaja sedangkan Ketua Cawangan diberi 200K untuk kerja itu.
Tapi, kasih pada jasa UMNO tidak pernah padam.
UMNO yang berjuang dan berjaya memaksa British membatalkan Negara Malayan Union pada 1948 selepas 9 Raja Melayu bersetuju pada 1946.
UMNO yang menubuhan Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Malayan Union.
UMNO yang merampas merdeka dari Chin Peng yang terlebih dahulu menemui Ratu England malah melobi sejak 1949 bersama dengan Lee Kuan Yew untuk Singapura.
UMNO yang menubuhkan Negara Malaysia dan membawa masuk Sabah dan Sarawak.
UMNO yang mengetuai dan memajukan Negara Malaysia bersama pembangkang lain.
UMNO yang melancarkan DEB yang memberi manfaat kepada semua orang kaya Melayu serta memberi kestabilan kaum kepada perniagaan orang Cina.
UMNO yang menjadikan billionair Cina India dan Melayu.
UMNO yang terus berbakti kepada agama, bangsa dan Negara.
TAPI, kerana Najib UMNO tidak lagi relevan.
Kenapa Najib sudah tidak relevan.
Silap Najib bukan Rosmah, bukan Jho Lo, bukan Penasihat, bukan 2.6 billion dan lain-lain lagi kerana Mahathir, Pak Lah, Hussein, Razak malah Tunku pun buat salah juga.
Salah Najib adalah kerana beliau tertangkap menipu.
Bila seorang Perdana Menteri didapati menipu kepada rakyat maka apa yang dikatakan selepas itu walaupun betul sudah tidak lagi relevan.
Apa yang dikata Najib kini semuanya dianggap sampah oleh banyak rakyat.
Apa yang dikata Najib kini semuanya dianggap menipu oleh banyak rakyat.
Apa yang dikata Najib kini semuanya dianggap membodohkan rakyat.
Semua sudah tidak percaya lagi pada Najib dan secara automatisnya UMNO.
Apakah ahli UMNO bersedia menguburkan semua jasa UMNO bersama UMNO sekali hanya kerana Najib Tun Razak?
Apa sekalipun silap Najib walaupun jika ia termasuk Altantuya kita boleh maafkan kerana jasa baik mampu tutup kesilapan.
TETAPI, silap Najib hanya satu iaitu ditangkap/didapati/disahkan menipu.
Ini bukan lagi isu kepimpinan atau krisis UMNO, ini isu penipuan kepimpinan.
Najib sudah tidak relevan lagi, apakah UMNO akan biarkan dirinya ikut serta? Tunggu PRU 14!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment