ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, August 29, 2015

Lawatan Ke Batu Caves Menyedarkan Saya

Saya dikritik teruk kerana membawa saudara saya dari Indonesia melawat Batu Caves.

Ada diantara mereka datang ke Selayang berpuluh kali tetapi tidak pernah ke Batu Caves kerana antara kekhuatiran popular orang Islam adalah nanti kita berdosa, kafir dan rosak akidah anak-anak.

Untunglah saya ada seorang bapa yang saya kira alim jugalah.

Saya rasa beliau alim bukan kerana beliau selalu kondem orang yang kurang alim, tetapi kerana lidahnya tidak pernah berhenti berzikir "La Ila Hak Ila Allah" kecuali tidur. Sesiapa yang pernah berjumpanya boleh menjadi saksi setiap kali beliau menutur kata, sebelum mulutnya tertutup pasti kita terlihat lidahnya menggeletek menyambung zikir.

Saya ke Batu Caves pertama kali masa umur 4 tahun.

Semasa usia 7 tahun, selepas habis berniaga, Abah selalu bawah ke Dataran Merdeka, jalan hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad melihat pondan. Pada tahun 1987, jalan tersebut penuh dengan pondan dan pesta pada waktu malam untuk pengetahuan anda.

Semasa usia 10 tahun, beliau sering bawa saya makan ke Food Court Jalan Telawi Bangsar.

Pernah ketika berusia 11 tahun, beliau suruh saya ambil botol hijau pekat yang habis diminum dan suruh saya bau dalam-dalam. Busuk Ya Rabbi.

Saya kira walaupn saya ke Batu Caves saya tidak merokok, tidak minum arak dan itu adalah satu pencapaian membesar sebagai anak kota KL.

Lawatan ke Batu Caves pada raya yang lalu menyedarkan saya.

Saya bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam dan berazam memperbaiki Islam saya.

Saya yakin, penganut agama lain juga berfikiran begitu bila melawat Masjid. Atau jika mereka bernasib baik, mereka pasti berfikiran sebaliknya jika melawat Masjid.

Ritual agama Batu Caves amat berbeza dengan agama saya. Ia menyedarkan saya tentang kepelbagaian serta nikmat yang Tuhan jadikan untuk semua manusia.

Kasihnya pada manusia melebihi segalanya dan DIA memberi kebebasan beribadat pada hambaNYA semua.

Saya terfikir, Tuhan membuat manusia sempurna dan cantik. Pasti Tuhan memilik kecantikan yang lebih dari ciptaannya. Umpama manusia, bolehkah kita membina atau melukis yang lebih cantik dari kita?

Wallahualam.

Apa-apa pun, saya ingin cadangan agar beberapa aktiviti ditambah di Batu Caves seperti tarian budaya oleh Sekolah berhampiran samada budaya India, Melayu, Cina dan Islam.

No comments: