ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Thursday, July 30, 2015

Muhyiddin Dedah Sebab Malaysia Dijajah!

500 tahun Malaysia atau Tanah Melayu dijajah tanpa sebarang penentangan. Jika ada pun tidak banyak.

Pendek kata amat mudah menjarah orang Melayu dan dibuktikan dalam Laporan British ketika penentangan Malayan Union. Penentangan Malayan Union adalah penentangan pertama orang Melayu dan penggerak utamanya juga dilupa dan dihina orang Melayu pada hari ini, Onn Jaafar.

British secara terbuka mengatakan mereka terkejut dengan penentangan orang Melayu atas penubuhan Negara Malayan Union kerana orang Melayu sejak dijajah mudah diarah, diurus serta tunduk pada arahan.

Di Indonesia Makan Pahlawan disetiap Daerah yang mana tertanamnya jasad pejuang kemerdekaan mereka dan di Malaysia tiada.

Yang ada Tugu Negara yang dibina mengenang 11 ribu perajurit yang terkorban memperjuangkan kemerdekaan. Kurang 20 ribu dalam tempoh 500 tahun. Itupun kebanyakan Askar adalah bukan orang Melayu pada masa itu.

Kini Pemecatan Tan Sri Muhyidin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri berjaya mendedahkan kenapa Malaysia khususnya kenapa orang Melayu dijajah 500 tahun dengan mudah.

Sikap yang ditunjukkan melalui komen dan reaksi orang Melayu khusunya ahli UMNO terhadap pemecatan TPM yang tidak bersalah oleh PM yang disyaki banyak salah adalah jawapan kepada soalan kenapa Melayu dijajah 500 tahun tanpa penentangan;

1. Muhyidin TPM aku makan bayar sendiri, Muhyidin dipecat pun aku makan bayar sendiri.

2. Tiada kena mengena dengan aku.

3. Ahli UMNO berasa puas hati dengan penjelasan Presiden

4. Ahli UMNO setia kepada pemegang kuasa utama kerana takut kedudukan dan punca pendapatan mereka terjejas

5. Ahli UMNO tidak buat apa-apa dan terus taat sembrono selagi keluarga mereka tidak terjejas

6. Orang Melayu/Rakyat tetap mengundi UMNO

Persoalan dan kenyataan ke 6 iaitu rakyat tetap undi UMNO ini agak sukar kerana  jika UMNO kalah pada PRU akan datang dan jika PR memerintah Negara apakah agenda mereka akan menjadi agenda satu kaum dan agenda agama bukan Islam?

Apa pun, orang Melayu perlu ubah sikap dan ahli UMNO terutamanya perlu ubah sikap taat pada ketua, takut hilang harta benda dunia, serta tamakkan jawatan kerana itulah sikap nenek moyang kita hingga kita dijajah tanpa penentangan.

Perlu diingatkan, British memberi kemerdekaan pada Malaysia bukan kerana penentangan Melayu kerana Melayu tidak menentang pun, bukan kerana Melayu atau Tanah Melayu memohon kemerdekaan jauh sekali bukan kerana British baik hati, sebaliknya British terikat dengan Perjanjian Atlantik 1942 yang mensyaratkan semua Negara terlibat bersetuju melepaskan setiap jajahan mereka.

Mungkin ramai tidak tahu British pening kepala mahu beri kemerdekaan Tanah Melayu. Jika diberi pada Cina, Komunis akan kuat, jika beri pada Melayu mereka tidak layak. Hinggakan Malayan Union digerakkan oleh British sendiri dimana semua 9 Raja bersetuju tandatangan Penubuhan Negara Malayan Union dalam tempoh 48 jam sahaja kerana khuatir hilang kuasa.

Orang Melayu memang tidak pernah peduli bangsa dan Negara mereka dijajah kerana mereka pentingkan diri. Selagi diri dan keluarga mereka tidak diusik mereka akan sokong siapa sahaja yang berkuasa waima SYAITAN sekalipun.

Justeru orang Melayu di rayu, jangan pentingkan diri, jangan diulangi kesilapan nenek moyang kita yang mementingkan diri selagi keluarga mereka tidak diusik, biar jiran dibunuh dan dirogol, asal bukan mereka, kita biarkan sahaja.

Suka hati PM mahu pecat sesiapa asalkan kerja kita tidak dipecat, makan kita cukup, biarkan si luncai terjun dnegan labu-labunya.

Orang Melayu adalah orang Islam. Islam mewajibkan kita perjuangkan agama kita bukan diri kita sendiri sahaja.

Bangkitlah Islam menunjang Melayu.

Bangkitlah Iman menunjang Melayu.

Bangkitlah ahli UMNO pertahankan Islam, Melayu dan Malaysia.

Bangkit gulingkan pemimpin seperti "you know who" yang meletakkan kepentingan diri dan isteri lebih dari agama, bangsa dan Negara.

Bangkitlah ahli UMNO kerana tanpa ahli UMNO siapalah Ketua Cawangan. Bahagian, MT, Naib, Timbalan malah siapalah Presiden tanpa ahli UMNO?


No comments: