Tahukan anda pada malam Anwar dipecat, orang yang paling sedih bukan Dato Ibrahim, Ayahanda Anwar, bukan Emak Anwar, bukan Isteri Anwar Ibrahim jauh sekali Ezam, Zahid Hamidi, Rahim Ghouse, Azmin Ali, Nik Aziz, Hadi Awang, Fadzil Noor, Harun Din, Johari Abdul, waima pengikut setia beliau sekalipun.
Tetapi orang yang paling sedih adalah Dato Seri(Tun) Dr Mahathir.
Mahathir menangis teresak-esak, tersedu-sedu, berhingus, berjam-jam dihadapan Arwah Dato Seri Aziz, bekas CEO Bumiputera.
Cerita ini diceritakan oleh sahabat saya, Faisal Dato Aziz yang saya tidak dapat kebenaran darinya untuk menyiarkan cerita ini kerana lost contact. Tapi saya ambil tanggungjawab sepenuhnya, dan berharap dia maafkan saya kerana bercerita tanpa kebenarannya.
Mungkin ramai tidak tahu kenapa, tetapi dari mulut bekas orang kuat Mahathir era 80-an, Datuk Sharifuddin Ali sendiri, beliau adalah orang yang menaip laporan kenapa Mahathir perlu menolak Anwar Ibrahim dari menyertai UMNO dari ABIM. Beliau kata, beliau hafal laporan itu, kerana mesin taip dulu memerlukan beliau menaip berpuluh kali setiap kali ada "blanco".
Malahan, beliau berkata, Tun Hanif memberitahu beliau, Tun Hanif sudah beritahu Mahathir lama sebelum 1998, bukan 1997, bukan 1995 tetapi sebelum itu lagi. Tetapi, Tun Hanif berhenti mendesak kerana tiada bukti melainkan laporan intelligence polis selain sebab utama Mahathir beranggapan setiap orang yang memburukkan Anwar bererti memburukkan Mahathir.
Setiap orang memusuhi Anwar bererti memusuhi Mahathir. Mahathir beranggapan Anwar adalah anak beliau sendiri, dan semua orang cemburu pada hubungan itu justeru semua kesalahan Anwar yang dikemukakan adalah fitnah.
Untuk rekod, Mahathir amat mempercayai Anwar hingga ketahap menyerahkan kepalanya untuk Anwar. Semua SETPOL Menteri semua dilantik oleh Anwar dan angkat sumpah taat setia kepada Anwar bukan kepada Mahathir serta banyak lagi.
Ini adalah fakta dan didokumentasikan. Ia tidak boleh dinafikan.
Hinggalah selepas Ummi Hafilda, adik kepada Azmin Ali sendiri membawa bukti kepada Mahathir, itupun Mahathir buang kedalam tong sampah tanpa membuka sehelai pun laporan Ummi Hafilda itu.
Akhirnya, kebesaran ALLAH mengatasi kebodohan emosi Mahathir.
Allah sedarkan Mahathir.
Pada malam itu, Mahathir memanggil Anwar di Seri Perdana lama. Rumah Anwar TPM sebelah rumah PM.
Anwar datang dan Mahathir menunjukkan semua bukti yang dikemukakan pihak polis, dan meminta Anwar meletak jawatan selain berjanji akan menyembunyikan perkara tersebut.
Anwar enggan.
Kemudian, Azizah datang menangis merayu-rayu membawa surat dari Anwar, merayu!
Mahathir enggan.
Bila Azizah pulang, Mahathir meluahkan perasaannya pada Dato Seri Aziz yang kebetulan ada dengan Mahathir pada malam itu. Mahathir menangis seperti anak-anak kecil, sedu, berhingus.
Esoknya, insan yang anda kenal bernama Tun Dr Mahathir memecat Anwar sedang satu dunia menonton kejamnya Mahathir berjiwa tembok, sedangkan dalam hatinya paling hancur, jiwanya paling berkecai, sedihnya paling hiba.
Dalam isu liwat ini, jika ikut Islam saya tidak percaya selagi tidak melihat sendiri atau melihat sendiri bukti-bukti, jadi pada saya Anwar tidak bersalah.
Tetapi, perlu diingat, sebagai orang yang paling hancur hatinya bila Anwar tidak dapat jadi PM, Mahathir mempunyai pandangan dan kapasiti berbeza.
Untuk kita menilai tidak adil untuk Anwar, juga tidak adil untuk Mahathir.
Cukuplah kita nilai hubungan mereka yang baik sebagai pelajaran kepada diri sendiri, percayakan orang biarlah berlandaskan agama bukan emosi. Wallahualam.
Hari ini saya pasti, menurunkan Dato Seri Najib adalah perkara kedua tersukar buat Tun Dr Mahathir. Walaupun nampak beliau kuat, beliau vicious. kejam, cold heart, tetapi saya pasti Mahathir menangis.
Mahathir sedih setiap kali nama Najib disebut.
Ini dosa Mahathir, meletakkan Malaysia kedalam kancah paling berbahaya pernah dialami sejak dijajah. Semua hampir tergadai kerana kesilapan Mahathir.
Apapun tidak adil kita salahkan Mahathir, kerana kita hanya boneka kepada perancangan Tuhan. Paling penting Melayu dan Islam perlu bersatu menghadapi masa getir ini.
Dont ask what Malay and Islam do for you, ask what you do for Malay. What you do for Islam? Is it enough?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment