ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, August 5, 2015

Menteri Azalina Betul Tentang Filem

Nak cari salah memang senang apatah lagi jika ia mengikut trend dan viral alam maya!

Tapi dalam salah Azalina ada betul malah banyak boleh dilakukan dari kenyataan itu.

Azalina sebagai seorang Menteri meminta masyarakat berfikiran terbuka dalam menerima adegan berpegangan tangan, berpelukan serta beromen antara artis lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

Jelas kenyataan diatas boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu masalah, pelaku, serta hukum.

1. Setiap masalah ada penyelesaian tapi entah kenapa baik Mufti, Penceramah Bebas, Ustaz FB semua gemar menghentam salah orang berbanding fokus kepada masalah pokok serta penyelesaian.

Ya. Azalina salah ucapannya tapi kenyataan itu berpunca dari masalah haram dan halal dalam filem.

Bagaimana penyelesaiannya terhadap masalah ini boleh dibantu oleh Mufti dan Penceramah malah orang ramai termasuk kita?

Penyelesaian kepada masalah ini mudah;

i.. Boikot filem yang ada adegan haram kerana subahah.

ii. JAKIM boleh minta Kerajaan Malaysia wajibkan rating dosa pahala serta halal haram dalam filem oleh JAKIM. Sebagai contoh filem ini dikategorikan sebagai 100 dosa, 300 haram, 1 halal, semua anda tanggung sendiri kerana sudah diberi peringatan.

iii. Rating juga halal haram pada artis supaya bila mereka bertaubat kelak mereka dan peminat tahu berapa banyak dosa dan pahala yang mereka lakukan sepanjang dalam filem.

iv. Jangan puja artis termasuk artis yang bertudung dan jual tudung tapi berpegang tangan dalam filem termasuk menggambarkan situasi berduaan dalam bilik atau rumah walaupun sebenarnya ada krew lain kerana yang digambarkan itu tetap haram.

v. Jangan benarkan artis yang masih berlakon filem adegan haram bercakap sepatah pun soal agama, puasa, zakat, sedekah dll

Dan akhir sekali penyelesaian paling jitu yang mampu menggantikan 5 penyelesaian diatas, adalah JAKIM boleh haramkan terus artis wanita berlakon dan jika berlakon mereka kena tanggung risiko didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan berpegangan tangan bukan muhrim dikhalayak ramai dengan tujuan mencabar hukum Allah.

2. Pelaku.

Siapa pelaku? Artis.
Siapa Artis? Nobody tanpa peminat.
Siapa peminat? Masyarakat Islam Malaysia.

Justeru, sekali lagi, Mufti dan Penceramah harus keluarkan fatwa dan hukum atas pelaku iaiatu artis dan masyarakat yang menontonnya.

Jika didapati bersalah dengan sengaja menayangkan filem tersebut kepada anak dalam jagaan dan juga kepada khalayak ramai, peminat atau penonton akan didakwa di Mahkamarh Syariah atas kesalahan subahat dan mencabar hukum Allah.

PEMINAT dan masyarakat perlu sedar kesilapan dan dosa sendiri. Seni adalah sesuatu yang kita mahukan, jika kita tidak terima dan subahah seni haram tersebut maka tiada seni haram akan ditayangkan dalam filem oleh artis.

ARTIS adalah orang yang berseni mengikut kemahuan dan kehendak peminat. Bolehkah artis berseni filem seks 5 star ala kamasutra di Malaysia? Tidak boleh kerana masyarakat tidak boleh terima.

Tapi artis boleh berseni pegang tangan, atas katil, berduaan, berpeluk, bercium, mendedahkan aurat, jadi sotong, isteri ada anak dengan orang lain dan pelbagai lagi kerana peminat sukakannya.

Bagaimana mereka tahu peminat sukakan? Rating! Tahukah anda rating Suamiku En Sotong, Maharaja Lawak Mega amat tinggi hingga mencecah 4 juta tontontan satu masa? Siapa yang menonton? Raju atau Lim? Hantu atau syaitan?

Dan siapa pula yang menghentam Menteri Azalina? Orang yang sama yang menonton adegan haram!

3. Hukum.

Apa hukumnya bukan muhrim bersentuhan? Haram.
Apa hukum membiarkannya? Haram.
Apa hukum menonton atau memperagakan pada anak-anak? Haram.

Apa tindakan Mufti, Ulama, Ustaz dll?

i. Setakat tengok dan komen sahaja?
ii. Setakat menghentam orang yang berlainan pendapat.
iii. Tiada melakukan apa-apa.
iv. Boleh melakukan sesuatu termasuk rating serta kesedaran.
v. Boleh berdakwah agar tiada ibu bapa benarkan anak-anak menjadi artis atas syarak menghampiri maksiat itu maksiat.
vi. Boleh ajar masyarakat boikot kerana peminat adalah pengguna dan pengguna adalah berkuasa menentukan hiburan yang mereka mahukan.

Saya berpendapat kita mampu mengubah kepada hak dari kebatilan walaupun ia sudah sebati dalam masyarakat kita. Tapi setakat menghentam orang lain tanpa memberi penyelesaian itu bukan sifat yang dituntut Islam dan Allah.

Walaupun usaha seperti rating dosa dan pahala itu sedikit, tapi ia ada usaha setakat cakap menghentam orang tidak perlu ulama, penagih dadah pun boleh.

Akhir sekali, kepada pembaca yang budiman, jangan tanya pada Azalina dan jangan tanya pada saya tapi tanyalah pada artis kesayangan anda apa pendapat mereka tentang melakukan adegan haram dalam filem dan tanya mereka pendapat mereka hari pertama mereka ceburkan diri sebagai artis hingga hari ini in case kalau mereka kini sudah insaf tapi kesan perbuatan mereka 30 tahun waima 100 tahun dulu tetap ada saham dalam pembentukan rohani orang Islam lain termasuk nilai masyarakat hingga ke hari ini!!!

No comments: