Saya pasti ramai tidak tahu bahawa Malayan Union adalah institusi Negara Malaysia yang dicadang oleh British dan Negara Malayan Union adalah inisiatif British yang mahu beri kemerdekaan kepada Malaysia yang tidak bernama bukan seperti yang dibertitahu oleh Guru kita di Sekolah bahawa orang Melayu menentang penjajah hingga mereka cabut lari.
British beri kemerdekaan bukan kerana dipaksa tetapi kerana terikat dengan Piagam Atlantik 1942 justeru merangkan Negara Malayan Union sejak 1944.
Ramai juga tidak tahu selama lebih 300 tahun British menjajah Melayu, itulah kali pertama orang Melayu bersatu.
Lebih penting 9 Raja Melayu setuju tandatangan penubuhan Negara Malayan Union dalam masa 48 jam sahaja selepas diugut akan hilang takhta pada sepupu mereka jika tidak tandatangan.
Mujurlah ada Onn Jaafar(tiada Gelaran Tun diberi) yang bangkit menentang Malayan Union. Jika tidak kerana Onn Jaafar maka kita bukan Malaysia,kita adalah Malayan Union dengan kriteria dibawah;
i. 9 Raja Melayu menyerahkan semua kuasa pemerintahan kepada Ratu England kecuali hal agama
ii. hak sama rata kepada semua rakyat tanpa kira agama dan bangsa
iii. kelayakan menjadi rakyat Malaysia hanyalah perlu lahir sebelum 15 Feb 1942 atau bapa lahir sebelum itu, atau perlu tinggal di British Malaya atau Singapura lebih 8 tahun dari tarikh diluluskan
iv.boleh bercakap Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
Onn Jaafar melalui 3 mesyuarat Kongres Melayu pada 1 Mei 1946 menubuhkan UMNO dan dilantik menjadi Presiden yang pertama.
2 tahun kemudian Negara Malayan Union dibatalkan dan digantikan dengan Negara Persekutuan Tanah Melayu. Sebelum Malayan Union kita tiada Negara, kita hanya ada Negeri dengan 9 Sultan sahaja.
5 tahun kemudian Onn Jaafar merajuk kerana ideanya, idea yang saya rasa paling unggul ditolak orang UMNO. Hari ini kita merasa kesan kerna tidak mendengar pendapatnya.
UMNO hari ini melupakan terus Onn Jaafar. Beliau jarang disebut jasanya malah tidak diberi gelaran Tun sepertimana semua Presiden UMNO iaitu Tunku(gelaran Tunku lebih superior), Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Tun Ling Liong Sik.
Justeru, pada saya selagi UMNO tidak angkat Onn Jaafar di tempat yang sepatutnya, selagi itu UMNO akan dilanda krisis yang akhirnya membawa kepada keruntuhan UMNO.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment