ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, August 14, 2015

2.8 Juta Perlu Unlike FB @najibrazak Kerana PM Pertama DiTangkap Menipu

Untuk rekod saya pertahankan Najib Razak kerana kebenaran walaupun sejurus selepas keputusan PRU 13 diumumkan saya mendesak beliau meletak jawatan dan bertanggungjawab atas kekalahan berbanding PRU 12.

Tahun berganti dan saya kembali menghargai usaha beliau termasuk MRT walaupun saya lebih suka Keretapi Laju KL-JB(bukan KL-Singapore), PR1MA walaupun belum nampak tiangnya dan pelbagai usaha beliau selaku PM termasuk BR1M.

Sungguhpun beliau dipalit pelbagai skandal khusunya membabitkan isteri beliau, saya fikir, JASA mampu menandingi DOSA.

Hinggakan, semasa WSJ melaporkan USD 700 juta atau RM 2.6 billion dimasukkan ke akaun Najib Razak saya termasuk Haron Din masih mengeluarkan artikel agar umat Islam tidak terjerumus kedalam dosa fitnah.

Bezanya, Haron Din sebaga Mursyidul Am PAS yang juga Ulama tidak wajar mengeluarkan kenyataan "tidak mungkin dana awam dimasukkan ke akaun peribadi Najib Razak dan bukan akaun sulit" kerana tindakan Ulama ini termasuk dalam dosa subahat. Memadai jika Harun Din menasihatkan umat Islam sabar menunggu hasil siasatan sahaja.

Harap semua diatas menjadi pertimbangan kepada IGP Tan Sri Khalid tidak menangkap saya atas tuduhan menghasut, tetapi kalau tetap mahu ditangkap atas arahan AG saya redha sahaja kerana mungkin ini nasib pengundi BN pada PRU lepas.

Ini kerana, pada saya, saya boleh terima PM yang difitnah bermain Mahjong dan menggadai Singapura, saya boleh terima PM yang difitnah kena HIV, saya boleh terima PM yang difitnah sebagai bodoh kerana SPM sahaja, saya boleh terima PM yang difitnah Mahazalim, Mahafirauan dan ada akaun beratus juta USD di Bank Israel, saya boleh terima PM yang suka tidur dan sayangkan menantu,

TETAPI,

Saya tidak boleh terima PM YANG MENIPU RAKYAT.

Dilaporkan akhbar Najib Razak berkata

"Saya berterima kasih ramai juga yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Datuk Haron Din (gambar). Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib.


"Kalau saya nak menyamun pun, takkan saya menyamun bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itupun kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya.

Saya boleh terima Presiden UMNO yang menipu kerana itu keperluan menjadi ahli politik iaitu menipu rakyatnya.

Tapi saya tidak boleh terima PEMIMPIN atau PM YANG MENIPU rakyatnya.

Justeru, saya mohon kepada semua pembaca unlike FB @najibrazak.

Share artikel ini, atau post di wall masing-masing menyeru kepada 2.8 juta rakyat Malaysia unlike FB Najib Razak hingga beliau mengaku salah menipu dan berjanji tidak akan menipu lagi.

Sebagai manusia saya pasti boleh terima jika dari mula Najib Razak mengaku beliau menerima wang 2.6 billion waima jika dari 1MDB sekalipun kerana manusia mana tidak lakukan kesilapan, asalkan jangan menipu dan berjanji berubah.

Jika PM pun menipu, jika seorang Pemimpin Melayu dan Pemimpin Islam pun menipu, apa yang diharapkan dari orang Islam dan Melayu lagi?

Mungkin akan ada yang kata semua PM pun menipu, betul, tapi bila sudah ditangkap saya berpendapat ia amat memalukan Malaysia, Melayu dan Islam.

Sebagai pencinta keamanan dan demokrasi, majoriti rakyat telah memilih BN/UMNO pada PRU 13 dan hanya Parlimen atau PAU, atau PRU 14 sahaja boleh menjatuhkan Najib Razak.

Justeru, saya harap saya tidak ditangkap menghasut untuk menumbangkan demokrasi semata-mata kerana saya menghasut orang unlike FB Najib Razak.

No comments: