ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, August 17, 2015

Bayi Tidak Selamat Di Escalator Dan Lif KLCC

KLCC sila ambil perhatian.

Berikut adalah luahan dari keluarga yang kesal dengan KLCC diskriminasi keselamatan bayi tanpa sistem yang lengkap dan selamat.

"

KLCC adalah antara Mall perintis yang meletak besi ditengah-tengah eskalator supaya stroller bayi tidak dapat menaikinya.

Justeru keluarga yang punya anak kecil terutamanya yang membawa stroller terpaksa menaiki Lif.

Masalah Lif adalah ia dinaiki terlalu ramai dengan remaja bercinta, gadis muda gemuk, lelaki muda sihat dan kuat dan lelaki warga asing yang tidak mendapat suntikan TB, Rubella dan sebagainya.

Tiada notis atau peringatan yang diletak oleh pengurusan KLCC supaya golongan gemuk, bercinta, sihat dan berisiko membawa dan menyebar virus ini untuk beri keutamaan pada keluarga dengan anak kecil khususnya yang berstroller!!!

Dari sudut kesihatan, Malaysia Negara paling obes, adalah baik jika KLCC melarang terus mereka ini naik Lif khususnya pada hujung minggu ketika ramai pengunjung dan itulah masa berkeluarga.

Mahu diharap pada kesedaran sivik pengguna adalah mustahi malah mereka berebut dan terus menghimpit stroller bayi hingga ibu bapa terpaksa melipat stroller dan mengendong anak.

Jelas, bayi tidak selamat di escalator KLCC dan juga tidak selamat di Lif KLCC.

Harap KLCC boleh berubah agar ia se"GAH" namanya sebagai pusat mall antarabangsa yang terkenal seluruh dunia.

"

Di kesempatan ini saya juga ingin memohon KLCC menyediakan tandas yang mempunyai paip air di setiap bilik hadas besar.

Ini kerana, jika saya seorang pelancong dari Eropah dan China menunaikan hajat di Tandas KLCC kemudian menjamu selera di Food Court KLCC saya akan mempunyai tanggapan orang Malaysia adalah pengotor kerana makan menggunakan tangan.

Dalam tandas tiada air mereka gunakan tangan untuk ambil tisu dan bersih diri. Kemudian mereka makan menggunakan tangan bukan sudu, pengotornya orang Malaysia.

Jika KLCC enggan menyediakan paip air KLCC wajib letak notis dilarang makan menggunakan tangan di dalam KLCC.


PS: ISetan lebih bersifat global dan melindungi keselamatan bayi dimana Eskalator boleh dinaiki stroller. Untuk rekod, kemalangan di escalator banyak babitkan orang dewasa dan kanak-kanak tanpa ibu bapa, stroller tidak mampu naik sendiri tanpa ditolak ibu bapa.

Begitu juga Jusco yang sediakan paip air.

No comments: