ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, August 23, 2015

Cabaran Mengkritik - Jom Renung Bersama!

Hidup dalam dunia moden ini ada dua perkara yang mencabar jiwa Islam iaitu;

1. Pengkritik

Kita semua pengkritik. Bagi pengkritik cabaran paling besar adalah terlupa untuk mengkritik diri sendiri dan akhirnya tanpa disedari menjadi seperti orang yang kita kritik secara perlahan-lahan justeru "we do not fix but we join the club".

Dalam konteks lebih besar, kita sibuk mengkritik orang lain hnigga tiada masa untuk pastikan kita, dan mereka dibawah jagaan kita ie ibu bapa, anak isteri, adik abang memiliki sifat seperti orang yang kita kritik.

2. Hati

Dari 1000 komen serta status yang kita baca 999 mengotorkan hati dan jiwa kita. Fitnah, khabar angin, aib dan banyak lagi semuanya membuatkan kita berubah dari Islam menjadi kafir.

Hati yang merasakan diri sahaja betul adalah seperti quick sand atau pasir jerlus.

Hati yang merasakan dirinya sahaja betul dan orang lain salah adalah situasi kita berada dalam pasir jerlus, secara perlahan tanpa kita sedari kita sudah terbenam sepenuhnya, dan jika kita sedar awal semakin kuat kita menggelupur menyalahkan orang lain, semakin cepat kita terbenam.
Semoga kita semua dijauhkan dengan sifat yang ALLAH nyatakan dalam surah Al-Baqarah.


Sekadar renungan,


Dalam gambar dibawah, ada 2 salah yang ketara tapi kita hanya nampak satu kerana kita tidak suka padanya.

Gambar ini agak popular untuk tahun 2015.

Isteri dikatakan memboskan suaminya dan berjalan dihadapan.
Troll dari pihak orang mengaku Islam pula Putera Raja sedang mengumpat dengan Raja.

Pada saya, gambar ini ada 2 kesalahan yang serius;

1. Isteri perlu jalan di belakang suami bukan kerana isteri 2nd class atau tidak layak jalan dihadapan. Tapi Islam itu sempurnya. Isteri jalan dibelakang agar dapat melihat sisi suaminya yang sukar dilihat samada fizikal, gaya berjalan mahupun sikap dan sifat dari belakang supaya dapa diperbetulkan dan diindungi aib suami dari pengetahuan orang.

Jika anda marah kereta dihadapan, pernahkan anda melihat diri sendiri memandu kereta dari belakang:?

2. Anak lelaki perlu berada di sebelah kiri bapanya. Bukan kerana anak martabat rendah, Islam mengukur martabat dari iman bukan dari kedudukan dunia. Anak perlu berada di sebelah kiri bapanya kerana sebagai Ketua Keluarga, sang bapa adalah simbol utama, pelindung serta ketua.

Tidak salah untuk agama lain kerana mereka tidak gunakan tangan kanan untuk makan dan kiri untuk dot dot dot malahan dalam Qiam solat juga tangan kanan diutamakan.

Kiri secara automatik adalah titik lemah dan anak perlu lindugi ketuanya dari serangan musuh di titik lemah itu. Musuh bukan sekadar manusia, kerana Syaitan dan Iblis senantiasa menyerang dari sebelah kiri manusia dan jika anak tahu ilmu tertentu ia boleh melindungi ketuanya dari serangan itu.

Sekadar renungan buat saya dan anak-anak.

Dalam mengkritik bahaya utama atau antic of critic adalah kita akhirnya terlupa lihat diri sendiri dan akhirnya merasakan kritikan kita betul sepenuhnya.

Apa yang ditakutkan adalah apakah pandangan ALLAH terhadap kita?

Wallahualam.

Saya minta ampun dariNYA yang baik dari ALLAH dan maaf dari kalian semua.

No comments: