ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, August 5, 2015

Mahathir Dalang Utama 2.6 Billion dan 1MDB

Izinkan saya memohon maaf secara terbuka kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana dengan adanya Dato Seri Najib yang lebih rela melihat Melayu dan UMNO hancur bersama beliau, Pak Lah adalah seorang pemimpin berjiwa mulia kerana rela meletak jawatan dari melihat UMNO dan Melayu hancur.

Semasa Pak Lah dilantik menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memaksa Pak Lah melantik Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Adalah jelas bahawa Pak Lah mahu melantik Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan bakal menggantikan beliau sebagai PM.

Tetapi, Mahathir berkeras, malah dalam semua siri jelajah beliau meminta Pak Lah berundur, Tun Dr Mahathir secara terbuka mengatakan beliau meminta Pak Lah berjanji hanya menjadi PM satu penggal sebelum diserahkan kepada Najib.

Allah Maha Besar, sebaik mana Mahathir merancang, kuasa penentuan tetap di tangan Allah. Walaupun Mahathir serba serbi hebat, tapi beliau memang terkenal dengan kelemahan menilai orang hinggakan Negara hampir tergadai beberapa kali malah bertrillion ringgit hilang kerana orang yang dipercayainya tidak boleh dipercayai.

Mahu atau tidak, Mahathir berkongsi dosa kerana beliau yang berkeras mahukan Najib dan kini Najib telah memalukan Melayu dan Islam.

Sebenarnya, RM 2600,000,000 atau 2.6 billion bukanlah jumlah yang besar dibandingkan dengan kerugian pada orang Melayu dan Islam.

Jika dahulu satu dunia kenal Tun Dr Mahathir kerana kejujuran, kelantangan serta keberaniannya kini satu dunia kini beranggapan orang Melayu tidak amanah, malah sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa kerana itulah sikap yang ditunjuk oleh pemimpin nombor satu Melayu iaitu Najib Tun Razak.

Saya mohon Tun Dr Mahathir bertanggungjawab dengan menyerahkan kepada Allah urusan memilih pemimpin jangan lagi buat pilihan sendiri dan paksa orang lain terima.

Mahathir perlu bantu pemimpin ini untuk merampas kuasa dari Najib pada pemilihan UMNO 17 bulan dari sekarang.

Tolonglah Tun Dr Mahathir bantu perbaiki kesilapan anda.

No comments: