Kayu hiburan atau joystick sudah digelakkan sejak tahun 1998 ketika saya hadiri kelas komputer tahun 1998 di Kolej Latihan Telekom oleh Cikgu Azmi.
18 tahun yang lalu sebegitu lama IT bertapak dengan meluas dan menjadi satu keperluan.
Lahirnya pelbagai kelab IT seperti KITS, Kg Channel, Mamak dan pelbagai lagi menjadi bukti sejarah Melayu hanya pandai berkokok tapi tiada tindakan. Berkokok sahaja dah jadi juara Kampung.
Kerja dalam bidang IT awal 2000 bagai berada di Petaling Street dikelilingi oleh Cina yang 3 tahun lebih awal meredah dunia ganjil di Systematic, Informatic, dll Tik.
Pada masa itu, Melayu dalam bidang industri ini amat sikit lebih lagi Kerajan baru separa IT. Lowyat belum lahir IMBI adalah Syurga.
PC Fair oleh PIKOM diadakan setiap tahun bagai pesta dan lubuk kerja bagi gadis-gadis Cina sebagai promoter. Lelong, lelong, lelong Lexmark Printer RM 1 dijeritkan pada malam terakhir peperangan Cina(peniaga dan promoter) vs Melayu(pembeli,pengguna) yang jika ada kejadian curi pasti lenyek ditibai.
Saya mengatakan kebimbangan akan kasta dalam bidang IT kepada kerajaan lebih lagi kritikal dalam bidang hardware dan kepakaran.
Berpuluh kertas kerja dan surat dihantar tiada layanan.
Ini kerana pada saya kehadiran Melayu dalam bidang IT hanya kerana Kerajaan adalah akaun terbesar IT untuk "big 5" dalam IT.
Dell, Fujitsu, HP, Ienovo, Toshiba, EDS, Formis, IBM, i-Perintis, Kompakar, Mesiniaga, dan lain-lain hanya menggaji Melayu sebab muka Melayu ini perlu tampil di Pejabat Kerajaan.
Syarikat Melayu lain seperti Rania, Masterplan, SAPURA dan saya tidak ingat ada satu lagi di Shah Alam milik Melayu hanya berminat pada tender bukan modal insan. Bila dapat tender tidak mahu tingkatkan TKM dan modal insan pekerja sedia ada tapi hanya "sub" pada "big 5" tadi.
Ya!!! Melayu dipergunakan dalam IT!!!
Dan hari ini Lowyat 2 baru mahu ditubuhkan???
Apakah Menteri tidak sedar sejarah perkakasan IT? Tidakkah dia sedar kebangkitan Taiwan awal tahun 2000 dahulu dalam bidang hardware?
LOWYAT 2 sudah terlambat dan tidak mampu dilaksankan dengan jaya, jika sekadar projek Gajah Batu seperti Pasar Kerama, Pasar Selayang bolehlah.
Menteri cakap guna joystick. 99% PIKOM adalah Cina 1% lagi adalah pekerja Melayu ikut syarat DEB.
Kalau Menteri mahu lakukan sesuatu perlulah difokuskan untuk dibangunkan Melayu dalam kepakaran IT.
Kerana ia amat kritikal.
Dalam 100 pekerja IT, 90 adalah bertaraf Technician/Engineer/Repair dan 10 adalah Pakar.
Dari 10 pakar ini 9 adalah Cina dan 1 Melayu yang amat berlagak kerana dia adalah 1 dalam 100 cuma dia tidak sedar dia 1 sahaja Melayu.
Dalam industri, kita ada "sainto" dalam Oracle, Linux, Open Source, CCCCCC, Kernel, NMS, Sql, SAP dan pelbagai jenis "propertiery-salah eja nie" dan saya pernah terjumpa termasuk manusia yang hafal 80,000 command.com.
Semuanya Cina kerana kursus ini amat mahal remaja Melayu tidak mampu.
Kursus SAP berharga RM 40,000 dan kerja sebagai SAP Admin hanya RM 4000 sahaja. Tetapi bila sudah jadi PM SAP gaji boleh mencecah ratusan ribu ringgit sebulan mengikut projek. Kursus seperti Oracle Administrator, Cisco Network "God", Linux CE, dan pelbagai lagi amat mahal malah setengahnya hanya boleh diambil di Australia.
Kalau kerajaan dan Menteri mahu bantu, bantu peniaga Melayu ini menjadi "sainto" dalam bidang-bidang ini dan saya yakin anak Melayu akan dapat mencipta teknlogi IT yang jauh lebih hebat dari Oracle sendiri.
Ada orang Melayu hebat IT mungkin boleh bayar mereka ini berjuta ringgit untuk mengajar anak Melayu lain kerana jika mahu harapkan pakar IT ajar orang lain secara percuma, saya hanya pernah nampak Pakar IT Cina ajar Cina sahaja, pakar IT Melayu tanya 100 patah, jawab sepatah.
Justeru, terbaik jika Kerajaan tubuh dana khas untuk orang Melayu yang menjadi "hamba IT" dan diperalatkan kerana nama dan wajah Melayu menjadi pakar IT dan benar-benar dihormati.
Kalau Menteri perlukan bantuan saya sedia membantu walaupun saya tahu mereka tidak perlukan bantuan dari bukan kroni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment