ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Tuesday, September 1, 2015

Selamat Hari Kemerdekaan Bukan Kebangsaan!!!

Salah satu keunikan Malaysia adalah terlalu menjaga hati kaum lain kecuali Melayu dan terlalu menjaga hati Negeri tertentu kecuali Selangor.

Sejak saya lahir saya hanya tahu tentang 31 Ogos setiap tahun adalah sambutan kita mencapai kemerdekaan.

Walaupun hakikatnya pengisytiharan pertama bukan 31 Ogos dan bukan di Stadium Merdeka tetapi secara rasminya penyerahan dokumen pada 30hb Ogos serta penisytiharan rasmi pada 31 Ogos maka kita sambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos sejak 1957 hingga tahun 2007 apabila kita pula dikelirukan dengan Hari Malaysia.
Ini kerana Sabah dan Sarawak tidak merdeka pada 31 Ogos 1957 sebaliknya hanya dibentuk melalui Penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Untuk menjaga hati Sabah dan Sarawak, Hari Malaysia disambut pada setiap 16 September dan cuti umum diberi bagi memperingati peristiwa bersejarah itu.

Saya ingat ia telah selesai, rupanya belum!

Rupanya Sarawak tidak merdeka pada 31 Ogos dan tidak merdeka pada 16 September tetapi pada 22 Julai yang disambut rakyat Sarawak setiap tahun.

Sarawak bebas pada 22 Julai 1963 apabila Gabenor British Sir Alexander Waddel menyerahkan kuasa kepada Ketua Menteri Pertama, Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, sebelum menyertai Tanah Melayu dan Sabah membentuk Malaysia dua bulan kemudian.

Tahun ini, sekali lagi Hari Kemerdekaan diubah suai menjadi Hari Kebangsaan dan bukan Hari Kemerdekaan kerana Sarawak kecil hati.

SOALAN SAYA, bagaimana Malaysia mahu maju sekiranya kita tidak boleh bersatu tentang tarikh sekalipun.

Sejarah Kemerdekaan perlu dihayati dengan dalan dimana ia perlu diiktiraf dan diakui. United States of Amerika merdeka pada 4 Julai tetapi ia tidak merdeka pada hari itu. Hari itu ia menyatukan lebih 40 states dalam United States.

Bayangkan jika 40 states tersebut mempunyai hari kemerdekaan berbeza dan mereka memilih sikap Malaysia yang tunduk pada semua tuntutan maka berapa banyak tarikh yang perlu diingati?

Saya pohon dan mohon;

Pilihlah satu sahaja tarikah baik 1 January, 29 February, 31 Mac, 1 April, 13 Mei, 20 Jun, 22 Julai, 31 Ogos, 16 September, 10 Oktober, 11 November mahupun 31 Disember sebagai hari kemerdekaan SATU Malaysia.

Pilih satu sahaja asalkan memuaskan hati semua jadi jangan 31 Ogos, jangan 16 September dan jangan 22 Julai. Contohi Amerika, pilih satu sahaja!!!!

Henti kelirukan masyarakat, selama hampir 60 tahu sambut 31 Ogos hari kemerdekaan hari ini ditukar hari kebangsaaan. Kepada yang tukar pada Hari Kebangsaan saya ingin bertanya, bila Hari Kemerdekaan disambut?

No comments: