ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Wednesday, January 13, 2016

Di Malaysia Kuasa Raja Sekuat Bauksit

Bauksit bukan isu baru.

Sudah hampir setahun penduduk di Kuantan menderita.

Utusan Malaysia hilang telurnya kerana kecut semasa menyelongkar bahana Bangladesh di Cameron Highlands yang sejuk. Nun jauh tinggi disana Utusan nampak, di Kuantan kampung halaman 2 Perdana Menteri, Utusan tuli.

Harian Metro hilang magisnya.

Sinar Harian yang kononnya telus pun tembus.

Harakahdaily, Keadilan Daily dan segala macam akhbar tidak berani melaporkan tentang bauksit.

The Star dan The Sun sangkut di langit semasa dalam perjalanan turun ke Bauksit.

Hanya FB sahaja harapan mangsa-mangsa bauksit.

Tapi apakan daya, rakyat suka cerita mistik dan spastik sahaja. Cerita benar tidak spastik, tidak fitnah, tidak memburukkan orang walau di share dalam FB hanya mampu bertahan 1 minggu sahaja.

Fitnah itu makanan ruji rakyat, mengata buruk tentang orang sudah menjadi gula dan garam dalam hidup masyarakat kita jadi akhbar hanya perlu hidangkan cerita fitnah dan buruk sahaja, gerenti akhbar laku.

Bauksit terus menjadi igauan.

Hinggalah ALLAH "terpaksa" masuk campur. Satu lori bauksit tertanggal tayarnya dan kena kereta seorang wanita tidak berdosa. Nyawanya yang semurah ayam diperjudikan demi keuntungan mereka yang tamak.

Barulah sekonyong-konyong segala jenis "wartawan beretika" sibuk melaporkan dosa bauksit macam ia baru jadi minggu lepas. Itupun sipi-sipi dan di imbangkan dengan berita Kerajaan Negeri tidak boleh buat apa-apa kerana pemilik tanah yang setuju tandatangan perjanjian.

Entah mana silapnya, Malaysia seperti tiada undang-undang, jika ada pun hanya terpakai kepada orang miskin sahaja. PTG dan Jabatan Alam Sekitar seperti tidak pernah wujud dan hanya memutar-memutar sahaja.

Nasib baik ada Raja.

Akhirnya Tuanku Puan Pahang, isteri kepada Raja Mahkota Pahang membuka mulut.

Maka barulah Utusan tumbuh telurnya. Sinar Harian baru lahir agaknya. Harian Metro berhias supaya cerita bauksit menjadi cerita tabloid. Langit pun terang, baru nampak Star dan Sun.

Kuatkan kuasa Raja? Nasib baik ada Raja membela nasib rakyat, kalau harap pemimpin, Ahli Parlimen Pekan yang pasti melewati kawasan bauksit kerana bermahkota di Putrajaya pun buat-buat rabun siang.

Allahuakbar! Siapakah gerangan VVVVIP yang menjadi dalang bauksit ini hingga selepas setahun membuat onar, hanya "2 ikan bilis sahaja ditangkap"?

2 ikan bilis dengan nilai suapan puluhan ribu, sedangkan Kerajaan Negeri menerima ratusan juta dan Pusat pula didakwa rugi RM 180 juta.

Mana jerungnya? Terlepas di laut luas atau sedang berlakon jadi ikan bilis supaya rakyat yang mudah diperbodohkan, terus diperbodohkan untuk sekian kalinya?


Alhamdulillah di Malaysia kuasa Raja masih kuat hingga akhirnya Kerajaan tunduk dengan tekanan Istana dan menggantung semua aktiviti bauksit.

Di harap Raja-Raja Melayu terus menekan Kerajaan Negeri agar mereka tidak hanya bermain wayang, selepas 3 bulan mula balik semula seperti di Cameron Highlands.

Tahniah Raja dan Sultan, andalah harapan bangsa Malaysia seluruhnya.

PS: Beberapa fakta terpaksa dilindungi bagi melindungi diri sendiri dibaham jerung. Sinikal atau tidak terpulang pada pembaca, penulis tidak mengatakan ya atau tidak.

2 comments: