ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Monday, January 25, 2016

Petronas Bodoh dan Sombong Punca Rugi!

Petronas bodoh dan sombong, bukan sahaja pentadbirannya, malah "management"nya.

Jika ada sahabat, kenalan dan saudara anda berkerja di Petronas Level Management, anda pasti setuju dengan saya.

Mereka ini telah dihasut bahawa kemakmuran Negara adalah hasil dari sumbangan Petronas, seolah nasib Malaysia ditentukan oleh mereka sahaja semata-mata.

Dakyah ini membuatkan pekerja(Management) Petronas memandang rakyat lain sebelah mata dan bermegah tanpa menyedari, tanpa GAS dan Minyak yang dimiliki semua rakyat Malaysia siapalah Petronas?

Ini mudah dibuktikan bila mereka sering ungkit zaman kegemilangan Petronas bila minyak berharga USD 120 setong tanpa mereka sedari ia berpunca dari perang Amerika keatas Iraq dll.

Dalam kata lain, perang dan pembunuhan besar-besaran menyumbang hasil yang banyak pada Petronas dimana darah ditukar menjadi minyak, dan dosa pula menjadi pertikaian??

Era F1, Petronas lebih sombong apabila terbukti pelaburan beratus juta setahun untuk logonya ditampal pada kereta McLaren membuahkan hasil apabila Petronas dilantik sebagai pencari gali minyak utama di Negara Arab.

Perancangan mereka paling hebat, kerja keras mereka paling ulung, mereka umpama berlian dan permata Negara justeru mereka boros dalam pengurusan.

Politik dalam Petronas khususnya Tender seperti satu Kerajaan Firaun kecil. Kesombongan pekerja "Mangement" Petronas yang menerima gaji puluhan hingga ratusan ribu sebulan bukan rahsia lagi.

Boros dan bodoh sombong, hinggakan mentaliti mereka bila separuh dari hasil PETRONAS dibayar pada Kerajaan apa salahnya mereka menghabiskan separuh lagi!

Saya mengaku saya cemburu melihat rakan dan saudara Petronas yang saban tahun menerima BONUS 6 BULAN - 12 BULAN.

Bayangkan jika gaji RM 50,000 kalau bonus setahun RM 600,000.

Tapi saya cemburu bukan sebab saya tidak dapat, saya cemburu kebodohan mereka.

Bodoh sombong kerana Petronas tidak sedar hasil alam yang dimiliki mereka bukan milik mereka sebaliknya mereka pinjam dari anak cucu Rakyat Malaysia.

Istilah pinjam ini sepatutnya membuatkan Petronas lebih dinamik dalam perancangan serta pengurusan khususnya kewangan.

Membelanjakan, boros, menghabiskan, dan mencurangi untung beratus billion ringgit selepas ditolak cukai dan bayaran royalti pada kerajaan setiap tahun akhirnya memakan diri.

Bodoh satu perkataan yang kurang sopan tetapi sebagai organisasi besar beratus billion setahun dan berusia lebih 30 tahun selain dibayar gaji berpuluh juta sebulan, saya berpendapat perkataan bodoh memang sesuai digunakan pada Petronas.

Petronas bodoh sombong kerana;

Budak-budak pun tahu tidak perlu sangka panas berpanjangan kerana hujan dan ribut pasti tetap menjelma.

Lihat organisasi orang Cina, Korea, Jepun, mereka tidak boros dan menyimpan dan sebagai rekod, Pertubuhan paling kaya dalam dunia adalah Pertubuhan Cina Seberang Laut dengan aset tunai USD 100 trillion, dan Parti paling kaya di dunia ialah Parti Koumintang Taiwan dengan aset tunai USD 100 trillion.

Pertronas belum sampai simpanan tunai USD 1 trillion sudah boros, sombong dan angkuh!

Apatah lagi Petronas hanya meminjam minyak dan gas dari generasi masa hadapan justeru mereka bukan sahaja tidak layak tetapi mereka adalah perompak yang merompak harta dan kekayaan generasi akan datang.

2016, menjadi pengajaran buat Petronas itupun jika mahu belajar, dan pada pekerja Petronas yang angkuh dan sombong walhal kaya dari hasil rompakan milik anak cucu kita.

Bercakap tentang masa belakang dan fokus pada masalah adalah sikap orang bodoh tuli.

Saya berharap Petronas dapat bercakap tentang masa hadapan dan fokus pada penyelesaian.

Petronas perlu melabur dalam industri tenaga alternatif, lakuran fusion, nuklear tenaga, hasil bumi seperti arang batu, emas putih, kinetik, hydro, biofuel, sisa makanan dan juga melakukan penyelidikan rahsia-rahsia Allah yang ada pada galian bumi Allah ini.

Bagi tujuan penjimatan kos yang memungkinkan pemberhentian pekerja, saya cadangkan Petronas tidak membayar mereka pampasan tunai secara penuh.

Duit tidak bermakna tanpa peluang!

Petronas perlu kumpulkan pekerja yang diberhentikan ini dalam kumpulan ie Koperasi, Sdn Bhd, Konsortium dll. Ie 100-1000 pekerja satu kumpulan.

Setiap Kumpulan ini diberikan separuh tunai pada ahlinya dan separuh lagi dalam bentuk SYER di Stesyen Petronas, Gas, Pembangunan dan Pelaburan Hartanah, Pelaburan Hospital Tourism seperti PrinceCourt atau peluang perniagaan lain dalam dan luar Negara secara bersama dengan Petronas.

Petronas juga disaran melantik sebuah syarikat pelaburan sedia ada untuk meneliti pelaburan risiko minima dalam dan luar negara termasuk hartanah tanpa ada sebarang kroni, dan juga rasuah.

Jika Petronas masih sombong, masih merasakan Malaysia ini jasa mereka, masih tidak insaf hasil minyak dan gas ini adalah kita pinjam dari generasi akan datang, masih menjadi lanun merompak hasil kekayaan Negara maka tidak mustahil Petronas akan dinesankan dan hilang selama-lamanya dalam 10 tahun mendatang.

Kepada pekerja Petronas yang mungkin terkesan dari krisis ini diharap dapat dibantu Petronas sepenuhnya bukan seperti MAS yang mengumumkan akan membantu tapi langsung tidak bantu.

No comments: