ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Friday, January 8, 2016

Dulu Sultan Gadai Singapura dan Pulau Pinang! Hari Ini?

Kalau bercakap fakta Sejarah yang dipelajari di Sekolah Kerajaan Malaysia dianggap menghasut dan melancarkan perang kebawah DYMM YDP Agung, maka saya redha ditangkap dan dibicarakan.

Tapi semua yang terlibat dalam buku Sejarah dan Kementerian Pendidikan juga perlu bersama-sama saya di penjara.

Asalnya, Singapura dan Pulau Pinang seperti bumi yang lain adalah milik Allah.

Kemudian, Tuhan kurniakan Singapura dan Pulau Pinang kepada semua "rakyat Malaysia" dan diamanahkan kepada Sultan Johor dan Sultan Kedah.

Atas sebab tertentu kedua Sultan ini menyerahkan atau menggadai Singapura dan Pulau Pinang kepada "penjajah" pada tahun 1819 dan 1786.

Ini adalah fakta Sejarah, yang walaupun pahit ia mempunyai banyak hikmah samada baik atau buruk! Sebelum kita salahkan kedua Sultan ini, harus diingatkan kita sebagai rakyat Malaysia berikrar Rukun Negara iaitu Taat Pada Raja dan Negara, justeru, kita harus taat dan belajar dari fakta sejarah adalah bukti ketaataan kita.

Pembentukan Kerajaan Persekutuan Pertama Tanah Melayu iaitu Negara Malayan Union gagal, kemudian digantikan Persekutuan Tanah Melayu sebelum deklarasi merdeka "merampas" semula Pulau Pinang tetapi membiarkan Singapura kekal dibawah British kerana pembesar Melayu khuatir mereka perlu bersaing dengan orang Cina Singapura dalam politik dan perniagaan.

Selebihnya adalah sejarah!

Sejarah masa lalu yang tidak dapat diubah!

Kita wajib jadikan Sejarah sebagai rujukan diri, bukan sebagai ungkitan dan alasan untuk menentang Perlembagaan Malaysia.

Walaupun banyak yang masih ungkit "dosa-dosa" Perdana Menteri yang lalu, tetapi ia buang masa kerana masa lalu tidak boleh diubah. Lebih baik kita fokus pada "dosa-dosa" Perdana Menteri hari ini yang masih boleh diubah esoknya, begitu jua dengan halnya menggadai tanah Malaysia.

Sebagai rakyat yang berterima kasih dan menjunjung kasih Sultan yang banyak berjasa khususnya dalam soal penyebaran agama Islam di bumi  yang asalnya dikuasai bukan Islam, saya amat sayangkan 9 Raja Melayu khususnya Sultan Selangor yang juga Sultan Nenek Moyang saya.

Kerana sayanglah saya hamba Allah yang hina ini ingin ingatkan 9 Raja Melayu akan sejarah bagi rujukan kita semua dan akan hari esok yang bakal dicatat sebagai Sejarah!

Sejarah tidak boleh diubah tiada guna bazirkan tenaga bercakap mengenainya, tetapi esok masih boleh diubah dengan iltizam, azam serta izinNYA.

Tanya diri kita, mahukah kita lihat Sultan Johor kesayangan kita di catat dalam Sejarah sebagai Sultan yang menggadai Johor pada Negara Asing? Pasti tidak.

Tanya diri kita, mahukah kita lihat Sultan Kedah kesayangan kita di catat dalam Sejarah sebagai Sultan yang menggadai Pulau Pinang pada Negara Asing? Pasti tidak.

Tanya diri kita lagi, mahukah kita lihat 9 Raja Melayu kesayangan kita ini di catat dalam Sejarah sebagai Sultan yang menggadai Negeri masing-masing malahan Malaysia pada Negara Asing? Pasti tidak.

Hari ini masih belum ada apa-apa yang digadai Sultan-Sultan kita. Sebaliknya, pengkhianat bangsa yakni para pemimpin Kerajaan Malaysia-BN dan Kerajaan Negeri-BN dan PR yang menjadi dalang menggadai Tanah khususnya Tanah Rizab Melayu.

Tanah Rizab Melayu bukan sahaja digadai tetapi dihalang pembangunannya oleh PBT dan Kerajaan Negeri kerana masalah faraid dan Sultan tidak mampu buat apa-apa melainkan melihat tanah itu terbiar sahaja.

Marilah kita terus berdoa pada Allah agar memberi 9 Raja Melayu rahmatNYA serta kasihNYA dalam mengekalkan Malaysia kukuh sebagai sebuah Negara Berdaulat tanpa seinci pun mana-mana tanah dari Perlis ke Johor hingga ke Sabah yang akan digadai lagi!!!

Atas nama kemajuan, globalisasi, pembangunan dan juga "perniagaan", alasan ini juga diberikan semasa kita "melepaskan" Singapura dan Pulau Pinang!

Atas nama Tanah Rizab Melayu yang didondangkan setiap kali menjelang Pilihan Raya, alasan sama juga diberikan semasa kita "melepaskan" lebih 50% Tanah Rizab Melayu kepada Bukan Melayu!!!

Secara peribadi saya ingin merakamkan kerisauan saya terhadap penjualan Bandar Malaysia, dan mengatakan keyakinan saya kepada kebijaksanaan Sultan Johor selaku pihak terlibat dalam urusniaga itu serta kepada 9 Raja Melayu dalam memastikan kedaulatan dan maruah Negara terus terpelihara.

Semoga Sejarah meningati para Raja Melayu sebagai hero bukan sebaliknya.

Wallahualam.

PS: Niat saya jelas kerana sayang dan kasih pada 9 Raja Melayu supaya Sejarah tidak menghukum atau "tersalah hukum" mereka! Noktah penuh!

No comments: