ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, January 17, 2016

Saya Cadangkan Kita Undi Qu Puteh Jadi Perdana Menteri Malaysia

Qu Puteh yang pandai dan hebat atau masyarakat Melayu yang bodoh dan bernilai rendah?

Apa sahaja Qu Puteh buat semua betul, beritahu sahaja akan buat Rumah Anak Yatim, Tahfiz dll apakah sudah boleh dianggap malaikat?

Pantang ada orang  tidak sehaluan sahaja dengan Qu Puteh, habis pemuja-pemuja ini akan mempertahankan tindakan Qu Puteh, bisnes la, tidak salah la, hukum agama la, dan lain-lain.

Saya tidak tahu mana silapnya Qu Puteh tapi saya tahu tiada orang sempurna jadi janganlah kita melihat dari perspektif sempit sedangkan kita pengguna sering dimanipulasi dan dikaji kelemahan otak kita kepada iklan media elektronik dan cetak.

Saya ingin cadangkan alang-alang Qu Puteh itu hebat, buat bola sepak Malaysia masuk World Cup, buat Bursa Saham Kuala Lumpur mencanak naik 1000 mata, buat harga minyak turun, buat anak yatim semua gembira dan cukup makan dll APA KATA KITA UNDI QU PUTEH JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA?

Dengan kehebatan dia berniaga, pandai, hebat, Doktor, usahawan, dermawan, agamawan dll saya pasti Malaysia akan lebih makmur dibawah pentadbiran beliau.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kelantan kerana sanggup berpakaian pink.

Jika anak-anak lelaki kita menjadi pondan kerana jiwanya dicenderungkan kepada perempuan sedikit demi sedikit bermula baju dan jersi pink, kita boleh salahkan Rosmah Mansor, Najib, Mahathir dan juga paling senang kita boleh salahkan Allah kerana salah masukkan jiwa perempuan dalam badan anak lelaki kita.

Kita sebagai ibu bapa tidak salah langsung walaupun bagi mereka pakai pink dari kecil, kita tidak salah dorong anak lelaki kita jadikan Dato Seri Asmida sebagai idol atau contoh, kita tidak salah biarkan anak kita buat jari di mulut Qu Puteh sambil pakai crown.

Yang salah Rosmah Mansor. Kalau mahu nampak halal, yang salah Allah SWT.

Jelas ramalan Anwar Ibrahim 40 tahun dahulu betul. Orang Melayu ini, jika hari ini kita masuk TV esok apa kita cakap semua dia percaya. Kalau kita cakap daun warna pink pun dia percaya.

No comments: