Seks adalah satu keperluan asas hidup!
Manusia dicipta dengan alat sulit, nafsu serta kaedah "sah" seks serta pengurusan nafsu seks dan ia dipanggil seks baik.
TETAPI, orang Melayu dan orang Islam bila bercakap pasal seks seolah bercakap mengenai JENAYAH.
Stigma ini begitu likat sehingga saya yang berazam untuk terbuka membicarakan tentang pengetahuan asas seks juga berdebar bila mengatakan dihadapan anak saya berusia 8 tahun.
Hakikatnya, walaupun di Malaysia adat ketimuran memilih untuk tidak membicarakan seks secara terbuka, namun ia tetap "berkembang" dengan pesat dalam jiwa lelaki dan wanita dengan kadar seks luar nikah beribu sehari dan 6 bayi digugurkan setiap hari.
Baru-baru ini satu "page" nilai tamadun Melayu Malaysia iaitu Amran Fans menghentam para ibu yang breastfie atau breastfeeding dan selfie dalam masa yang sama.
Amran dan penyokong serta pemujanya tanpa rasa segan silu meninggalkan komen mahu rogol, mahu nyot nyot, mahu hisap dan sebagainya seolah kita tiada emak untuk menghormati wanita.
Breastfeeding bukan isu baru kerana di Barat khususnya Amerika walaupun mengamalkan seks secara terbuka dan seks gaya hidup mereka, masyarakat Barat tetap mencemuh breastfeeding dan menganggap ia sangat menjijikkan bila breastfeed di tempat awam atau diselfie.
Untuk rekod, masyarakat Barat memang amat hipokrit dalam isu asas kehiduan dimana mereka menganggap sembelih lembu, ayam dan binatang adalah kejam dan zalim.
Tetapi dalam masa yang sama mereka juga makan daging, dan ayam walaupun jika disuruh "menyembelih" lembu dan ayam mereka akan menangis.
Apakah kita rakyat Malaysia mahu menjadi hipokrit seperti itu?
Apakah breastfeed ditempat awam dan selfie adalah satu seks keperluan atau satu seks jenayah?
Jika anda katakan breastfeed ditempat awam dan selfie adalah jenayah, fikirkan semula tentang statistik dibawah.
Di Youtube, seorang wanita barat-Spiritual Tasha Mama yang berkongsi beratus Video Breastfeedingnya mendapat hits 30,000,000 untuk satu video.
Dan untuk pengetahuan, dari 100,000 wanita 99,999 geli melihat buah dada wanita lain dihisap seperti lelaki geli melihat anu lelaki lain.
Disimpulkan dari berbillion hits beratus Video breasfteeding itu 90% ditonton lelaki untuk tujuan seks walaupun video tersebut di tagged sebagai People and Blog dan bukan seks malahan kebanyakan video di watermark sebagai educational.
Kini kita beralih kepada soalan paling sukar!
Siapa yang salah dalam video breastfeed edukasi, breastfeed private dan breastfeed ditempat awam?
Hakikatnya, walaupun anda tidak breastfeed, waima anda bertudung labuh sekalipun, lelaki tetap dengan imaginasi liar dan memandang dada dan punggung anda dan ia dibuktikan kajian.
Saya ingin berkongsi satu cerita.
20 tahun dahulu, di TC Permata Sri Gombak, saya sedang menunggu emak membeli barang. Di hadapan saya dua orang tua dari Pantai Timur(Negeri sensitif) sedang menelanjangkan seorang gadis sebaya anak mereka dengan mata dan perbualan.
Dapat sedap ini. Aku masuk, aku hisap, tengok dada dsb.
Keduanya berperwatakan alim, berjanggut alim, dan mereka tidak sedar saya sedang berada dekat dengan mereka.
Apakah mereka melakukan jenayah, atau seks jahat?
Allah cipta nafsu untuk lelaki supaya lelaki kawal, bukan mengelak dan lari dari masalah itu.
Paling Allah tidak boleh terima apabila lelaki menjadikan nafsu sebagai alasan untuk berkahwin 2, 3 dan 4 sedangkan keutamaan adalah mengawalnya sesuai peringkat umur, bukan membuaskannya dengan imaginasi liar dan ubat-ubat kuat.
Dalam isu ini, apakah breastfeed merupakan seks baik atau seks jahat?
Tanya soalan ini pada diri anda.
Sanggupkah anda(jika wanita) menyusukan bayi yang bukan anak anda? Dari 100 respondent, pasti 99 akan jawab tidak sedangkan Nabi SAW sendiri disusu oleh ibu susuan.
Sanggupkah anda(jika lelaki) membenarkan bayi lain menyusu dari isteri atau ibu anda?
Dari 100 respondent, pasti 100 akan jawab tidak.
Jelas, apa yang kita percaya dan amalkan tidak semestinya mengikut lunas islam.
Apakah mungkin breastfeed sambil selfie ini mengikut lunas Islam atau sebaliknya?
Saya ingin "gali" kedalam lagi!
Kenapakah anda tidak benarkan anak perempuan(bawah 9 tahun) anda berlenggeng tanpa baju dirumah, di Kolam Renang dan di kawasan panas lain?
Apakah anda bernafsu melihat anak sendiri? Jika tidak, bagaimana dengan adik lelaki anda, abang anda, bapa anda, anak lelaki anda dan lelaki lain, apakah mereka akan bernafsu melihat anak anda sekecil 9 tahun?
Jangan jawab kerana kebanyakan jawapan adalah tidak jujur.
Pada saya, ia adalah satu rangsangan tidak baik, tetapi kita tidak boleh abaikan langsung!
Jika diabaikan, dan esok dengan tiba-tiba anak perempuan anda terbuka auratnya, atau undang-undang membolehkan, adakah anda akan menerkam anak sendiri?
Saya tidak berkata selfielah semasa breastfeed, biarkan anak perempuan anda tidak berbaju, biar orang lain menyusu buah dada isteri anda atau sebagainya.
Apa yang saya cuba katakan adalah seks terbahagi kepada dua seks baik dan seks jahat.
Allah mencipta buah dada yang sarat dengan hormon merangsang nafsu lelaki sebagai ujian untuk hormon di kemaluan lelaki.
Letakkan nafsu seks anda ditempat yang sepatutnya iaitu di akal bukan di otak kerana binatang berotak tetapi tidak berakal seperti manusia.
Melihat aksi breastfeeding samada awam ataupun selfie(yang menutup aurat) tidak sepatutnya menjadi isu dan tidak sepatunya dijadikan seks jahat yang diimaginasi oleh otak.
Berikan ibu-ibu ini ruang, kebebasan dan juga hak menyusu bayi mereka dan hormati hak mereka dan teruskan menguji dan melatih nafsu anda.
Kepada sang lelaki termasuk diri ini, jangan biar nafsu beraja dihati, biar hati merajai nafsu.
Di Sekolah SMTI Persiaran Brash, saya ada seorang Ustaz yang agak "daring".
Katanya, kita wajib kopiahkan kemaluan kita dahulu baru kita layak pakai kopiah di kepala.
Katanya mungkin benar bila melihat kebuasan imaginasi seks lelaki Melayu yang nampak terkawal hakikatnya tidak langsung!
Lelaki Melayu tengok orang bersukan, berenang, bergimnastik pun terangsang dan dia salahkan perempuan buat dia terangsang?
Lelaki Melayu terangsang lihat Suzaily Moktar yang bertudung(dalam Bas di Klang) hingga dia rogol, liwat, bunuh kemudian dia salahkan perempuan buat dia terangsang?
Lelaki Melayu terangsang lihat budak kecil tanpa hormon didada seperti Nurul Huda, Nurin Jazlin hingga si lelaki bunuh, liwat dan rogol budak kecil pun dia salahkan budak buat dia terangsang?
Bila perempuan selfie breastfeed tutup aurat dia marah tetapi dia syok layan Youtube sampai berbillion hits.
Kalau boleh saya minta TM tampil kehadapan mengeluarkan statistik tontonan Youtube, You#$zz, dan pelbagai saluran seks lain termasuk breasfeed yang ditonton oleh orang Malaysia khususnya lelaki Melayu!
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment