ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Sunday, January 10, 2016

Melayu Dengki VS FizoMawar, AlifSyukri, Vida, NV, Air Asia Dll

Saya tidak mahu komen klise jatuh bisnes melayu, atau cakap dari sudut pengiklanan, publisiti, dan sebagainya.

Saya mahu bercakap mengenai Islam dan ajaran AlQuran.

Mungkin kita tidak jelas bagaimana Saidina Umar menegur Baginda Rasulullah SAW hingga turunnya ayat Al-Quran yang memihak kepada Saidina Umar.

Apakah Umar viralkan di FB atau di Media massa ketika itu???? 

Apakah Umar terus "sound" baginda SAW secara terbuka supaya jangan bebaskan mereka?

Apakah Umar sekolahkan Baginda SAW, kau kena belajar lagi tentang perang dan berlalu tanpa memberi sebab dan cadangan????

Malangnya banyak komen tentang perkhidmatan FnB yang saya baca saya jamin 110% ia bukan pilihan terakhir pengomen dimana mereka tidak cuba bercakap dengan kakitangan/manager di premis tersebut????

Pengomen juga tidak ada cuba bercakap sendiri PM/ Tweet/ Whatssap/Email pemilik Restoran apatah lagi mereka adalah celebriti yang jelas ada akaun FB?????

Malahan saya jamin 100,000% kritikan mereka tidak disertai dengan cadangan yang membina???

Jika mereka ikhlas apalah salahnya memberi cadangan selepas mengkritik supaya kritikan itu lebih adil lagi saksama mengikut nas Islam????

Begitu juga apa yang terjadi pada Alif Syukri, Qu Puteh dan NV.

Malahan ia juga terjadi pada Air Asia!!!

Servis Air Asia lembab, beg pecah, keji, menipu dan sebagainya, tapi kita sudah jelas Air Asia adalah penerbangan tambang murah dengan harga minima tanpa perkhidmatan sampingan.

Bermakna selain dari berjalan kaki jauh sendirian tanpa bagasi menaiki kapal terbang, servis lain perlu dibayar!!!

Jika ada kritikan, anda bebas mengkritik tapi bagi orang yang bijak mereka kritik dengan cadangan!

Sila cadangkan pada Air Asia menyediakan perkhidmatan terus kehadapan pintu rumah anda, pasti Air Asia lebih dari gembira untuk melakukannya dengan bayaran yang "berpatutan".

Kalau diri sendiri sudah mahu pilih yang murah, maka kenalah telan walaupun nasi itu pahit sikit!

PHD adalah SIFAT MELAYU.

PentingdiriHatibusukDengki bila Melayu lain berjaya.

Syukurlah saya separuh sahaja Melayu, kalau tidak saya sudah pasti akan jadi seperti anda!

Oh YA!

Orang Melayu yang suka mengkritik hingga sanggup keluarkan ayat "Jangan Beli Qu Puteh, D Herbs, NV, AirAsia dsb dan "JANGAN PERGI MAKAN" Restoran dot dot dot mungkin tidak pernah makan di Restoran Cina.

Saya lebih 100 kali makan di Ming Tien Food Court Taman Megah PJ, Sunway, SS2 dan Food Court Cina yang lain! 
Saya suka pada Gerai Vegetarian dan hanya ambil sayuran sahaja selain dari kecil diajar Emak bahawa Vegetarian Buddha amat jujur dan displin dalam soal tidak makan benda berdarah hingga mereka asingkan peralatan dan sebagainya.

Di Kedai Makan Cina dan Food Court Cina ini saudara dan kawan saya banyak kali mengalami pengalaman yang sama dengan Fizo Omar, Gerai No 6 Klebang, malah ada yang lebih teruk lagi termasuk "dihalau secara terhormat" dan semuanya disaksikan saya sendiri.

Tetapi saya tidak pernah nampak mereka "viralkan" di FB dan Media dan jika ada pun tidaklah sampai keluar ayat "jangan pergi makan"!

Oh Ya, untuk pengetahuan pembaca saya berada dalam bidang FnB dan saya lahir dari keluarga FnB dengan pengalaman 20 tahun Kantin Sekolah, 3 tahun Kantin Kilang, 3 tahun Cafeteria Hotel dan 4 tahun Restoran.

Dari pengalaman saya dalam FnB musuh utama pengusaha FnB adalah PEKERJA!


Kalau gaji orang Melayu kita, servis akan macam sampah sebab orang Melayu tidak boleh jadi hamba macam pekerja kedai mamak, orang Melayu ada status Master/Tuan.

Gaji Pekerja Melayu juga kita akan ada masalah cuti, suami sakit, anak demam, panjang tangan, curi tulang, curi beras, tepung, ayam, bawang, gula dll, ayam itik Kampung hilang dan sebagainya membuatkan servis di Restoran pasti terganggu.

Jika dianalisis Restoran yang hebat servisnya seperti Village Park, Old Town White Coffe dll mereka semua guna bukan MELAYU!

Ragam Pekerja Melayu yang kerja tidak perlu layan pelanggan seperti Restoran Layan Diri di McDonald dan KFC juga bukan mudah dikawal, tidak percaya, tanyalah pengurus KFC & McD. Barang hilang dari dapur, stor, kelengkapan hilang, pecah, pekerja biskut dan macam-macam lagi.

Mamak sendiri guna khidmat pendatang India dengan gaji setinggi RM 400 sebulan. Mahukah pekerja Melayu berkerja dengan baik jika dibayar 2 kali ganda yakni RM 800?


Saya sendiri lebih selesa guna INDONESIA, dan Thailand OK cuma setahun sekali kena tutup kedai lama selain "peel" mereka aneh sikit. Jadi saya "salutelah" mereka yang nekad guna pekerja Melayu ini seperti Sekinchan Ikan Bakar, akhir sekali entah kemana?

Nasihat saya pada Fizo dan pengusaha FnB lain, kalau mahu berjaya jangan guna pekerja Melayu, bukan anti-Melayu, tapi nanti yang kena hentam oleh Melayu awak juga!

Saya juga layak komen tentang sifat buruk pelanggan termasuk memasukkan lipas dalam karipap, menyorok ayam dalam nasi, lari tidak bayar, makan lain cakap lain, meludah dan kahak dalam Gelas, lipstik melekat di cawan dan banyak lagi, tapi PERNAHKAH ANDA BACA PEMILIK RESTORAN VIRALKAN???

Kesimpulannya, Melayu perlu berhenti PHD.

Walaupun mustahil, tapi cubalah ikut ajaran Allah dalam AlQuran.

Menegur ada adab.

Mengkritik ada etika.
Bercakap ada sopan.

Bicara ada santun.

Gunakan hak berfikir sebelum gunakan hak komen di FB dsb.

Oh ya, saya berkerja dalam bidang Customer Service selama 10 tahun di Fujitsu Malaysia Sdn Bhd. Untuk riak, dari Ogos 2004- Jan 2007 saya tidak bercuti walau seharipun samada Raya, demam, ataupun Sabtu dan Ahad.

Dari pengalaman berkerja dengan ribuan manusia dari pelbagai sektor, kami di Fujitsu ada satu kepercayaan iaitu

"Customer Always Right"  ... BUT 

"When Customer Is Wrong They Must Be Treated Like They Are Right"  ...SO

"Wise Customer Can Learn, Stupid Customer Can Lean" ... AND

"At the end of the day, its you to think about you, and them to think about them!"

No comments: