Pada era 80-an Negara dikejutkan dengan pengakuan dan pendedahan pelbagai pihak berkenaan gejala sosial yang mengaibkan yang menjadi amalam Tentera Di Raja Malaysia.
Saban minggu, beratus parti diadakan di Kem Tentera seluruh Negara dan dinamakan MES Party.
Arak menjadi hidang utama.
Perempuan menjadi peralatan mereka.
Saya sendiri mempunyai seorang sahabat yang menuntut di UNIMAS pada tahun 2000 hilang daranya pada seorang Pegawai Tentera ketika menghadiri MES Party Kem Kuching.
Saya maklum bapanya seorang pesara Tentera yang bersara awal, jadi saya menjadi hairan bagaimana dia boleh ke MES Party yang "tertutup" itu.
Katanya, seorang rakannya yang baru sahaja habis kursus dan bergelar Tentera diwajibkan oleh Pegawai Atasan mereka membawa seberapa banyak gadis yang boleh ke Parti mereka.
Prebet atau Anggota baru yang tidak dapat membawa gadis akan dimarahi dan di tekan serta hilang peluang untuk menyinar.
SOALAN SAYA!!!!!!
Ketika kita sibukkan arak dilangit dan biarkan arak di darat, KENAPA tiada seorang pun Mufti, Ulama dan Keyboard Warrior yang mahu berjuang membanteras MES Party ini.
Kenapa kita biarkan MES Party tetap diadakan di Kem Tentera.
Kenapa kita biarkan beribu anak Melayu Islam minum arak dan mengorbankan beribu perawan gadis Melayu Islam tapi kita biarkan MES Party?
Saya pasti, Parti ini juga ada diadakan di Kem Tentera di Utara Negara.
Tujuan say amenulis artikel ini tidak lain sebagai orang yang tiada kuasa hanya mengacah saudara Islam tentera kita, dan meningatkan ibu bapa masing-masing supaya anak gadis mereka berhati-hati.
Tujuan ke MES Party sebagai "partner", tapi pegawai Tentera tersebut bukan sahaja mahir berperang tetapi mahir mencairkan gadis di ranjang jua.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment