ALLANA HIJAB

ALLANA HIJAB
Whatsapp 012-6144924 NOW For Guaranteed Special Free Gift

Saturday, January 23, 2016

Bendung Anak Haram: Rayuan Terakhir Pada Mufti2, Imam2, JAINN, JAKIM, Sultan, Menteri Dll

Jangan salah faham, rayuan terakhir bukan sebab saya akan mati esok, jika ya sudah ketentuan.

Rayuan terakhir kerana banyak rayuan saya sebelum ini tidak diendahkan sedikitpun oleh mereka yang bertanggungjawab dalam menegakkan agama Allah.

Pada 2005, saya menulis rayu kepada semua Mufti, Jakim, UIA, dan Negara Islam lain merayu supaya di bincang dan dilaksanakan satu draf ISLAM CYBERLAW dimana FBian, Twitterian, Instagrian, dan pengguna software lain semua akan diwajibkan klik "right" I agree yang menggariskan hukum-hukum Islam dalam internet.

Pada 2008 saya menulis rayu kepada mereka semua supaya hudud diserap kedalam undang-undang sivil sebagai satu "introduction" hukum Allah kepada golongan bukan Islam dimana mereka yang dibicarakan untuk kali ketiga bagi kesalahan mencuri/ragut di potong tangan selepas kali pertama dan kedua dipenjara! Saya yakin tidak kira agama apa pun pasti bersetuju kesalahan ketiga berturut yang sama tidak layak dikasihani.

Pada 2010 saya menulis rayu supaya semua dengan menggunakan kiasan/metafora ibu bapa (ulama/ustaz) berhenti memecahbelahkan anak-anak mereka sendiri(umat Islam) dengan menggelar anak sulung orang Kelantan(Sunni) penipu, anak kedua orang Perlis(Wahabi) tamak, anak ketiga orang KeyEll (Tabligh) berlagak, anak keempat orang Sabah(syiah) sesat, anak kelima Pahang(Syafie)penakut, anak ke enam Nogori(Hanafi) kafir dan anak bongsu Melakau(Hambali) sasau.

Perbuatan menggelar anak sendiri dengan gelaran buruk atau bertujuan buruk hanya memecah belahkan perpaduan dan kasih sayang antara anak-anak kita dan menggalakkan permusuhan antara mereka.

Namun itulah yang dilakukan ulama yang dikiaskan seperti bapa dan orang Islam yang seperti anak-anak. Bayangkan jika Baginda Rasulullah SAW memanggil umatnya pada masa itu dengan panggilan Bani Umar, Bani Uthman, Bani Abu Bakar, dan Bani Ali, sudah tentu ia akan mewujudkan permusuhan dan perpecahan.

Pada 2013 saya menulis rayu kepada mereka supaya umat Islam bersatu dibawah payung ekonomi Surau dan Masjid dengan menjalankan rangkaian perniagaan di premis Masjid dan Surau.

Pada 2015 saya menulis rayu pada Dr Maza agar melaksanakan hudud di Perlis kerana Perlis adalah Negeri yang kecil dan lebih mudah dilaksanakan berbanding Kelantan.

Dan hari ini pada 2016, saya berharap ini adalah rayuan terakhir saya pada para Mufti, Penceramah, Imam Muda, Ustaz, Imam, Sulan dan Raja Melayu, Menteri dan Pegawai Agama Islam Negeri dan JAKIM.

Rayuan terakhir saya adalah supaya kita melaksanakan satu sistem nikah untuk saudara Islam kita dari Indonesia, Bangladesh Pakistan dan Rohingya.

Sejak kecil saya tahu ramai orang Indonesia yang sering bertukar suami malah ramai yang memiliki suami tidak sah.

Senario lebih teruk apabila ada kalangan mereka yang mempunyai 2,3,4,5 dan lebih suami dalam satu masa.

Kemudian, bila remaja, lebih ramai wanita Indonesia yang "berkahwin palsu" dengan lelaki Bangladesh dan Pakistan dan menanggung dosa bersekedudukan dan ZINA!!!

Natijahnya, ramai bayi dibuang atau dibunuh dan ramai anak haram dilahirkan, kerana hampir semua "perkahwinan palsu" dua tamadun ini hanya dibuat untuk menghalalkan seks sahaja kerana JAKIM tidak akan menangkap mereka ini selain terbatas pada pengesahan dari pihak Jabatan Agama Islam Indonesia, Pakistan dan Bangladesh.

Keadaan pada hari ini semakin teruk, lebih ramai anak haram dilahirkan, lebih banyak bayi tidak berdosa dibuang selepas lahir atau dibunuh dalam perut.

BILAKAH PERKARA YANG DIBENCI ALLAH DIATAS AKAN BERAKHIR?

Siapakah Penceramah Bebas, Ulama, Mufti, Ustaz, Ustaz FB, Jabatan Agama Islam, Ketua Agama Islam Raja dan Sultan serta Menteri yang akan memperjuangkan syiar Allah ini?

Kebanyakan perkahwinan palsu Bangladesh, Indonesia, Pakistan ini hanya dibuat ala koboi dengan dihadiri oleh seorang jurunikah, dan dua saksi sahaja. Biasanya mereka akan bayar sekitar RM 500 dan membuat sedikit kenduri.

Perkahwinan tersebut boleh diragui "sah"nya, kerana banyak kes wanita Indonesia belum bercerai dengan suami lama, tidak mendapat kebenaran wali(waris) perempuan, tahukah anda wanita "Bangladesh" tidak bersunat, saksi tidak layak, akad nikah dibuat oleh wali hakim yang tidak layak, lelaki berkahwin lebih dari empat.

Untuk lebih teruk banyak pasangan yang tidak bernikah, tetapi memberitahu masyarakat mereka adalah suami isteri.

Selain itu banyak juga kes pasangan adalah PATI dan tidak mempunyai permit jauh sekali visa. Mereka ini tidak sesekali akan mendaftar di Pejabat Agama jauh sekali pada kenalan mereka.

Sebenarnya penyelesaian mudah tetapi tiada keuntungan dunia dan rasuah!

Jabatan Agama dan Mufti boleh adakah "Special Squad" di Negeri masing-masing dan membuka pendaftaran kepada pasangan warga asing yang sudah berkahwin di Malaysia atau di Indonesia, Pakitsan dan Bangladesh.

Special Squad ini tidak boleh pasif tapi mesti aktif ketuk rumah dan lebih mudah jika ia turut dianggotai pemimpin masyarakat tempatan.

Pada pasangan yang baru mahu berkahwin, adalah penting urusan ini dimudah cara tanpa melibatkan dokumen Immigration mahupun implikasi undang-undang pada mereka. Tetapi walau dimudah cara tiada kompromi pada hukum Allah dimana pengesahan wali sah adalah wajib selain jika sudah bercerai pengesahan bekas suami.

Kerajaan boleh membantu dengan mewajibkan dokumen perkahwinan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Negeri bagi melayakkan wanita bersalin di Hospital milik Kerajaan dan jika mereka gagal kemukakan dokumen mereka perlu daftar perkahwinan mereka.

Tindakan ini bukan sahaja dapat mengelakkan anak haram, kes buang dan bunuh bayi malah dapat melindungi hak wanita dalam Islam seperti yang Allah tuntut khususnya jika berlaku penceraian dan kematian.

Selain itu ia memudahkan tugas penguatkuasa agama yang sering ditampilkan dengan Sijil Nikah Daerah yang tidak pasti wujud atau tidak!

Harap diterima dan dipertimbangkan agar onar dosa mereka ini dihentikan segera.

No comments: